Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 5, 2010

Kerajaan PR Selangor Memenuhi Janji

Gambar diatas adalah tawaran Barisan Alternatif/Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor sekiranya memerintah, sebelum PRU 2008 yang lepas.

Untuk membaca tawaran kerajaan Selangor yang diambil dari Laman Web rasmi Kerajaan Selangor, sila rujuk di sini:

1.0 Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).: Berapa banyak kempen dan usaha yang dilakukan oleh PAS Selangor untuk membantu orang Melayu di Selangor kepada program ini. Yang lebih memalukan, DAP lebih banyak mendaftar orang Melayu
yang miskin kepada program ini dari PAS Selangor.

2.0 * Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

3.0 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (m3)

4.0 Hadiah Anak Masuk Universiti.

5.0 Caruman Takaful/ Perubatan Percuma Warga Emas

6.0 Program Penigkatan Hasil Bahan Batuan Dan Mineral.

7.0 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).

8.0 Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang .

9.0 MESRA USIA EMAS.

10.0 Pinjaman Pelajaran Selangor.

11.0 Khidmat Kaunseling Kerajaan Negeri Selangor .

12.0 Skim Komprehensif Takaful Selangor.

13.0 Maklumat Pelan Bencana.

14.0 Kempen Pelancongan Selangor.

15.0 Program Pekerja Yang Diberhentikan (Retrenchment Helpline).

Bagi saya, segala tawaran Barisan Alternatif/Pakatan Rakyat hanya tinggal 10% sahaja yang masih belum dipenuhi.

Dengan kata lain:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MEMENUHI JANJI
.

Adapun kerajaan UMNO dan BArisan NAsional, janji2 mereka di Bagan Pinang setahun lepas pun, mereka masih belum penuhi. Sila baca di sini

Tulang Besi

27 comments:

First time said...

mana dia local election ??? PR kata BN di selangor hebat rasuah tapi sampai sekarang tiada yang kena siasat/tangkap pun ???

Tulang Besi said...

Local election, tanya SPR

Anonymous said...

alahai..TB..
1.Kalau dah tunai janji!alhamdulillah.
2.Janji fizikal!boleh ditunaikan!tiada masalah!
3.Sakit dihati!susah sikit terutama pada orang melayu dan islam!
Sakitnya:
3.1.Bila puak kapiaq harbi jadi "tuan" diselangoq!
3.2.Bila nama Allah diberi pada puak pakiam kristian!
4.Dapatkah puak melayu dan islam selangoq!maafkan begitu saja!

Tulang Besi said...

Sakitnya:
3.1.Bila puak kapiaq harbi jadi "tuan" diselangoq!
3.2.Bila nama Allah diberi pada puak pakiam kristian!
4.Dapatkah puak melayu dan islam selangoq!maafkan begitu saja!
.

Macam UMNO skrg buat kawan dgn Zionis la, kan?

Anonymous said...

"Macam UMNO skrg buat kawan dgn Zionis la, kan?"-TB

Alahai...Tb..
1.biar pengundi tentukan!
2.Tolong huraikan sabda Rasullullah-belajarlah sampai kenegeri China!
2.1.Adakah bila belajar sampai keChina bermaksud,puak China akan jadi tuan orang islam!
2.2.Atau adakah kita hanya akan mengambil perkara yang positif sahaja dari China!

Hadeeth tu hadeeth palsu

Anonymous said...

Perghhh...da leh wat huklum plak si Rahman Celcom nie..caya la..gua ingat lama2 lo leh jadik Mursamdol PAS babe..
Apa yg org lain wat ko haramkan jer..ko wat bole ..heeeee..di bawah fatwa mursamdol PAS baru...sahibussamah..Rahman Alcelcomi..hu..hu..

Anonymous said...

alahai..
1.GM!hang check sat!hadis tu!hadis palsu atau tidak!
2.Dah belajaq dari kecik mengenai hadis tu!!

Tulang Besi said...

Anonymous said...

alahai..
1.GM!hang check sat!hadis tu!hadis palsu atau tidak!
2.Dah belajaq dari kecik mengenai hadis tu!!

kelakarnya tanya GM pasal hadeeth. Mamat tu ambik hadeeth sekerat-kerat. Dan ambik hadeeth yang dia suka je.

Soalan aku pasal status hadeeth hari tu pun dia tak jawab lagi.

Hehehehehe

Grand Marquis said...

Kepada alahai,

Hadith tuntut ilmu sampai ke cina tu memang adalah hadith palsu. Masyarakat awam kurang check status hadith ini menyebabkan ia banyak tersebar. Apatah lagi maksudnya amat popular, terutama di Malaysia banyak orang cina.

Cuma hairannya ialah TB hanya berminat tentang status hadith bila dia rasa dia dipihak yang benar.

Tang dia dustakan hadith tu sampai hari ini dia tak jawab. Kalau sampai hadith palsu tu masih boleh dimaafkan kalau orang tu tak tau. Tapi TB mendustakan hadith semata-mata nak menangkan hujah dia. Dia pandai-pandai kata hadith tu muttawatir walaupun dia tak tau status sebenar. Lepas tu nak menang punya pasal, dia cipta ilmu mustalah hadith sendiri.

Bila nak tutup malu dan alih isu, dia suruh orang kemukakan status hadith lain dan kata orang lain ambil hadith ikut suka.

Itulah kelibat TB nak jadi jaguh agama, tapi hadith pun sanggup tipu.

Tulang Besi said...

Tang dia dustakan hadith tu sampai hari ini dia tak jawab. Kalau sampai hadith palsu tu masih boleh dimaafkan kalau orang tu tak tau. Tapi TB mendustakan hadith semata-mata nak menangkan hujah dia. Dia pandai-pandai kata hadith tu muttawatir walaupun dia tak tau status sebenar. Lepas tu nak menang punya pasal, dia cipta ilmu mustalah hadith sendiri..

Soalan aku hari tu tak berjawab: MANA BUKTI ADA RUMAH URUT HARAM (PUSAT PELACURAN)DI SELANGOR. Kao sampai hari ni tak bagi contoh. Sebab tu aku malas nak jawab soalan kao.

Lepas tu nak tuduh aku dusta hadeeth. Yang aku bawak tu BUKAN HADEETH pun. Ni lah standard manusia tak reti tapi nak bercakap.
Hadeeth kao bawak tu mana bukti dia sahih?

Dah lah ambik hadeeth2 yang dia suka je. Ayat2 Quran dalam topik yang sama dia buang.

GM tak ori ni manusia takda akhlak kepada Allah SWT. Hadeeth diambil dgn nafsu bukan Ilmu.

Grand Marquis said...

Soalan aku hari tu tak berjawab: MANA BUKTI ADA RUMAH URUT HARAM (PUSAT PELACURAN)DI SELANGOR. Kao sampai hari ni tak bagi contoh. Sebab tu aku malas nak jawab soalan kao.

Lepas tu nak tuduh aku dusta hadeeth. Yang aku bawak tu BUKAN HADEETH pun. Ni lah standard manusia tak reti tapi nak bercakap.
Hadeeth kao bawak tu mana bukti dia sahih?

Hari ni hang mengaku ia bukan hadith. Tapi macam mana hari tu hang boleh kata muttawatir? Nampak sangat bohong hang sudah sampai tahap kronik.

Kalau ia bukan hadith, mengapa anda ambil untuk berhujah dengan hukum menegur pemerintah dikhalayak? Adakah dalil yang bukan hadith boleh menjadi sumber kepada hukum agama?

Jadi disini membuktikan anda ni membuat hukum berdasarkan dalil khayalan anda sendiri. Lepas tu ada hati nak kata orang lain ambil hadith ikut suka. Padahal itu hanya khayalan anda yang jahil tentang isu yang dibincangkan.

Lepas tu main isu rumah urut sebab nak alih isu. Memalukan sungguh blogger macam hang ni.

Dulu tipu pasal hadith, lepas tu nak tipu pasal ilmu mustalah hadith dan hari ni mengaku pula ia bukan hadith. Bermakna anda ni nak tipu pasal hukum pula.

Sebab hang dah mengaku hang tipu bila bawa suatu yang bukan hadith tapi hang cakap hadith, to be fair, saya pun kena bagi hang status hadith yang saya bawa dulu.

Hadith tu hadith yang popular, kalau hang rajin google, hang akan dapat jumpa status hadith tu.

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara; Maka janganlah ia paparkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa (raja) dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati).”
Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad al-Khaitysami dalam al-Majma’, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah. Hadis ini banyak yang meriwayatkannya sehingga kedudukannya sahih. Demikian keterangan Syeikh Abdullah bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim.
Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam Dilalul Jannah fi Takhriji Sunnah.

Tulang Besi said...

Hari ni hang mengaku ia bukan hadith. Tapi macam mana hari tu hang boleh kata muttawatir? Nampak sangat bohong hang sudah sampai tahap kronik.

Kalau ia bukan hadith, mengapa anda ambil untuk berhujah dengan hukum menegur pemerintah dikhalayak? Adakah dalil yang bukan hadith boleh menjadi sumber kepada hukum agama?

Ada ke saya pernah kata ia hadeeth? Apa ni cakap belit la GM tak ori ni. Benda orang tak cakap diaada2kan. Memang tak guna la si GM tak ori ni. Kaki belit kaki pusing.

Tulang Besi said...

Hadith tu hadith yang popular, kalau hang rajin google, hang akan dapat jumpa status hadith tu.

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara; Maka janganlah ia paparkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa (raja) dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati).”

Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad al-Khaitysami dalam al-Majma’, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah. Hadis ini banyak yang meriwayatkannya sehingga kedudukannya sahih. Demikian keterangan Syeikh Abdullah bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim.
Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam Dilalul Jannah fi Takhriji Sunnah.
.

Jatuh HARAM ke kalau kita tidak menyimpan rahsia penguasa tersebut? Terutama dalam bab yang berkaitan dengan maslahat umum?

Tulang Besi said...

Hadith tu hadith yang popular, kalau hang rajin google, hang akan dapat jumpa status hadith tu.

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemerintah dengan suatu perkara; Maka janganlah ia paparkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa (raja) dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menasihati).”

Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad al-Khaitysami dalam al-Majma’, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah. Hadis ini banyak yang meriwayatkannya sehingga kedudukannya sahih. Demikian keterangan Syeikh Abdullah bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim.
Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam Dilalul Jannah fi Takhriji Sunnah.
.
GM Tak ori suka bawa hadeeth ahad ini sebab hadeeth ni sesuai dgn jiwa UMNO beliau yang mahu orang Melayu tunduk pada kepimpinan UMNO walau bagaimana zalim sekali pun.
Kita lihat bagaimana GM Tak Ori tak ambil pun hadeeth yang disahihkan oleh Imam Muslim:

“Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)”.

Dari segi kesahihan, Hadeeth Imam Muslim lebih tinggi nilainya berbanding hadeeth kegemaran GM Tak ori itu. Berdasarkan hadeeth ini jugalah menerangkan betapa para Sahabat tidak takut menegur Umar dengan pedang dan menegur Saidina Umar kerana memakai pakaian yang lebih besar dari bahagian “Ghamnimah” beliau.

saoalan saya pada GM tak ori, apabila saya mencegah kemungkaran yang dilakukan pemimpin seperti yang diajar oleh hadeeth Muslim ini, adakah saya bersalah?

Hadeeth GM Tak ori ni hadeeth rendah tahap kesahihannya serta hadeeth Ahad. Ia bererti Hadeeth Imam Muslim lebih “aula” untuk dipakai dan hadeeth GM Tak Ori boleh ditolak penggunaannya apabila berlawanan antara keduanya.

Hadeeth ini dipopularkan oleh kumpulan Wahabbi Saudi Arabia yang mahu rakyat Saudi supaya jangan menegur kezaliman serta kemaksiatan yang dilakukan oleh pemerintah Saudi.

Propaganda yang sama yang cuba dijaja oleh GM tak ori. GM tak ori adalah PEMBOHONG #1 yang membawa hadeeth mengikut kesukaan hati dia sahaja.

Kita mesti sedar, setengah2 Whaabi ni tak beredar dgn peredaran zaman dan masih duduk dalam tempurung.

kalau hadeeth ni benar, kenapa Keluarga Saud bangun menentang secara bersenjata Khalfah Islam yang sah yang berpusat di Turki?

Cuba tanya puak2 Saudi Wahabbi tu balik soalan yang sama.

Grand Marquis said...

TB ni nak mengelat dengan buat alasan seperti dalam kes solat Tarawikh bila dia kata Solat dibelakang Nabi S.A.W. tu bukan solat berjemaah dengan Nabi S.A.W.

Kita tengok yang ni dulu:

TB kata

Tulang Besi said...

gm tak ori, kau pakai hadeeth ahad dan tolak riwayat muttawatir. hmm hebatnya madzhab khawarij kau ye?

Kalau TB tak kata ia hadith, kenapa TB kata pakai hadeeth ahad dan tolak riwayat muttawatir?

Nampak sangat bohong tahap gaban TB ni.

Dalam bab hadith-hadith ni jangan kita suka main-main sebab kita bukan bermain-main dengan urusan dunia, tapi kita sedang bermain dengan urusan agama.

Grand Marquis said...

TB ni seorang penentang anti-hadith. Tapi malangnya dalam method fiqh, TB meniru cara mereka.

Orang anti-hadith kata, dalam Quran, solat tu qiam, rukuk dan sujud. Bila kita bawa hadith tentang perincian solat, mereka tolak. Sebabnya mereka kata dari segi kesahihan, dah tentu Quran ni lebih sahih dan lebih berautoriti.

Puncanya ialah mereka ini tidak faham usul fiqh. TB pun sama. Tak tau mana umum, tak tau mana khusus, terus main istinbad hukum. Hujahnya hadith Muslim lebih aula untuk dipakai.

Adakah kerana hadith itu dari Muslim, bermakna kesahihan nya melebih kesahihan hadith sahih dalam kitab hadith yang lain? Ini ilmu mustalah hadith mana pulak? Lepas tu adakah kaedah usul fiqh ada mengatakan kalau hadith itu dari Muslim, ia lebih aula untuk digunakan berbanding dengan hadith sahih yang tidak diriwayat dalam Muslim?

Lagi satu, adakah hadith dalam sahih Muslim tu semuanya bukan hadith Ahad?

Nampak sangat bercelaru TB ni.

Apapun, kesilapan TB yang paling besar ialah TB tak tahu menentukan mana itu hadith umum dan mana itu hadith khusus. Hadith yang dibawa oleh TB adalah keumuman dalam nahi mungkar. Sedangkan hadith yang saya bawa itu adalah pengkhususan dalam nahi mungkar terhadap pemerintah.

Bila dah tak paham kaedah usul, tu yang itu yang main bantai aje ikut suka. Jadi TB maca orang anti hadith, ambil dalil sembarangan untuk diistinbad hukum.

Tulang Besi said...

Kalau TB tak kata ia hadith, kenapa TB kata pakai hadeeth ahad dan tolak riwayat muttawatir?

Nampak sangat bohong tahap gaban TB ni.M
.

Saya kata HADEETH MUTTAWATEER atau RIWAYAT MUTTAWATEER?

GM Tak Ori mendedahkan kebodohan beliau dalam ilmu hadeeth. Sebab tu dia tak dapat beza.

Tulang Besi said...

TB ni seorang penentang anti-hadith. Tapi malangnya dalam method fiqh, TB meniru cara mereka.

Orang anti-hadith kata, dalam Quran, solat tu qiam, rukuk dan sujud. Bila kita bawa hadith tentang perincian solat, mereka tolak. Sebabnya mereka kata dari segi kesahihan, dah tentu Quran ni lebih sahih dan lebih berautoriti.
.

GM Tak ori pakai kepala otak dia sendiri dan tolak Hadeeth Muslim. Apa nak kata sekarang?

Bodoh punya GM Tak ori. Yang pecahkan tahap kesahihan ni adalah Imam Nawawi dalam Matan Arbain. Pegi ngaji lagi la.
Yang pastinya, Hadeeth Ahad tak wajib digunakan sebagai sumber hukum. Yang ni CONFIRM GM tak ori tak tau.
Sebab tu sebelum berhukum, mujtahid akan menilai semua hadeeth dan mengambil yang muttawateer sahaja.

Tulang Besi said...

Puncanya ialah mereka ini tidak faham usul fiqh. TB pun sama. Tak tau mana umum, tak tau mana khusus, terus main istinbad hukum. Hujahnya hadith Muslim lebih aula untuk dipakai.

Adakah kerana hadith itu dari Muslim, bermakna kesahihan nya melebih kesahihan hadith sahih dalam kitab hadith yang lain? Ini ilmu mustalah hadith mana pulak? Lepas tu adakah kaedah usul fiqh ada mengatakan kalau hadith itu dari Muslim, ia lebih aula untuk digunakan berbanding dengan hadith sahih yang tidak diriwayat dalam Muslim?

Lagi satu, adakah hadith dalam sahih Muslim tu semuanya bukan hadith Ahad?
.

Hahahahaha nampak sangat tak baca Matan Arabain. Antara hadeeth Imam Muslim dgn hadeeth “wahabi” yang kamu bawak tu, mana lebih tinggi taraf kesahihannya? Hadeeth Muslim lebih rapat dgn khabar muttawateer berbanding hadeeth “wahabi” yang kamu bawa tu.
Betul tak? Sendiri jahil tapi nak panggil orang lain keliru. Hahahahaha

Grand Marquis said...

Saya kata HADEETH MUTTAWATEER atau RIWAYAT MUTTAWATEER?

Dah, TB mula main bahasa. Solat belakang Nabi S.A.W. bukan solat berjemaah. Orang yang ikut blog hang dah tau tektik basi hang.

Bodoh punya GM Tak ori. Yang pecahkan tahap kesahihan ni adalah Imam Nawawi dalam Matan Arbain. Pegi ngaji lagi la.
Yang pastinya, Hadeeth Ahad tak wajib digunakan sebagai sumber hukum. Yang ni CONFIRM GM tak ori tak tau.
Sebab tu sebelum berhukum, mujtahid akan menilai semua hadeeth dan mengambil yang muttawateer sahaja.

Yea ka? Imam Nawawi lahir lepas beratus tahun para imam hadith utama wafat. Kalau Imam Nawawi yang klasified bermakna imam lain seperti bukhari, Muslim tak klasified hadith la tu. Entah mana hang belajar ni.

Sekarang ni hang nak tunjukkan kejahilan hang dalam bab hadith Ahad pulak. Yang dok kata hadith Ahad itu bukan sumber hukum ialah Astora Jabat dan golongan neo-Anti Hadith. Tak sangka tiba-tiba hang ni pi adopt ideologi tu pulak.

Baguslah TB. Hang ni boleh berubah kaler. Kejap jadi pendusta hadith, kejap jadi penyokong ideologi anti hadith dan sekarang ni jadi geng astora Jabat.

Hahahahaha nampak sangat tak baca Matan Arabain. Antara hadeeth Imam Muslim dgn hadeeth “wahabi” yang kamu bawak tu, mana lebih tinggi taraf kesahihannya? Hadeeth Muslim lebih rapat dgn khabar muttawateer berbanding hadeeth “wahabi” yang kamu bawa tu.
Betul tak?

In the fist place, ada ke pertentangan dalam hadith-hadith tu? TB kena pi mengaji bab Ta'arudh dulu baru mai bincang mana lebih kuat.

Tulang Besi said...

Wow, GM Tak Ori nak lawam Imam Nawawi sebab nak pertahan UMNO.

Tulang Besi said...

GM tak ori bodoh sombong.

Hadeeth yang lain dari Bukhari dan Muslim TIDAK IJMAK akan kesahihannya

Maka, penerimaan juga boleh dipertikaikan.

Hadeeth Muslim TIADA PERTIKAIAN dari segi kesahihannya.

Ada nampak tak sebab apa Hadeeth Muslim lebih KUAT?

Ke buat2 tak tau?

Hadeeth kau ambik tu Albani sahaja yang kata sahih.

Imam lain tidak semestinya kata ia sahih.

betul tak?

Grand Marquis said...

TB, hang ni tak baca betul-betul ke?

Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad al-Khaitysami dalam al-Majma’, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah. Hadis ini banyak yang meriwayatkannya sehingga kedudukannya sahih. Demikian keterangan Syeikh Abdullah bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim.

Takkan itu pun tak baca? Lagi satu, betul ke semua hadith Bukhari & Muslim ijmak kesahihannya?

Saya nak lawan Imam Nawawi? Hang dah desperate sampai nak tuduh saya yang bukan-bukan. Hang sendiri kata Imam Nawawi yang mula-mula pecahkan kesahihan hadith. Jadi saya tanya, sebelum imam Nawawi tu, orang tak erti lah pasal pecahan tentang kesahihan hadith. Adakah itu bermakna saya nak lawan Imam Nawawi?

Saya dah kata. Isu sebenar bukan sahih tak sahih. Tapi TB tak paham usul fiqh. Tak paham Ta'arudh, lepas tu main ambil hadith dan istinbad hukum sendiri.

Saya tanya, adake Ta'arudh antara hadith yang saya bawakan dengan hadith yang awak bawa tu?

Pengundi Hulu Selangor said...

Back to the topic.....
Mana ada 10% yang belum dilaksanakan. Kau ini pembohong besar lah TB. Dah buta kot, 90% menasabahlah.

LIHAT APA YANG BELUM DILAKSANAKAN:

1) Bantuan RM 75 sebulan untuk anak ke nurseri.
2) Bantuan RM 50 sebulan bagi pendidikan pra-sekolah
3) Hadiah RM 1000 ke universiti kepada setiap anak selangor. Tak pernah pula disebut gaji kena bawah RM1500.
4)Bantuan dan biasiswa unutk anak selangor. Ini memang dah lama ada, tak nampak pun apa-apa perubahan.
5)Bantuan pada anak-anak muda mendirikan rumah tangga.
6)Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi. Yang ada semuanya peninggalan masa pemerintahan dulu.
7)Mencarum takaful bernilai RM 2500. Yang di'link'kan insuran takaful untuk kakitangan kerajaan Selangor.
8) Memberi elaun ibu tunggal yang layak
9)Memberi elaun khas suri rumah tangga
10) Membantu setiap rakyat mendapat rumah sendiri. Habuk pun tak ada!!!

Yang pasti, subsidi air yang tak pernah disebut didalam kempen diberi ( itu kesilapan sebenarnya), dan memertabatkan agama lain selain islam memang telah dilakukan dengan amat berjaya sekali.

Skim TAWAS itu apa ada, serupa skim kerajaan BN Selangor dimana ASB diberikan tetapi hanya boleh ditunaikan 10 atau 15 tahun akan datang. Skim TAWAS kena tunggu 18 tahun, tak serupa ke?

Yang pasti kerajaan Pakatan diSelangor GAGAL dan kami akan tunjukkan kemarahan kami dengan mengundi sesiapa saja dari BN. Nasihat kepada pengundi Hulu Selangor, "Apa guna undi melayu jika tunduk kepada cina DAP yang jelas ANTI-ISLAM, ANTI-MELAYU DAN ANTI DEB".

Fikir-fikirkan lah saudara...

Anonymous said...

kahkahkah ada org dah takut. nampaknya kerjaan pr selangor tunai janji kalau stkt satu dua tu biasalah. dan apa yang takda dlm senarai diatas boleh dicari dlm web kerjaan selangor

yunus said...

Dah gaharu cendana pulak.Pasal pulak org semua sibuk janji menefisto PR saja.Mana janji BN,semuanya general saja tak ada yg spesifik,jadi org tak tau nak tuntut apa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.