Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 29, 2010

Kes Aminulrashid : Cerita Dari YB Khalid Samad

NOTA EDITOR: Berikut adalah kesah dari pena YB Khalid Samad berkenaan penembakan Aminulrashid di Seksyen 11 Shah Alam.

Kes Aminulrashid : Cerita Dari YB Khalid Samad
Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam.

Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD

23 comments:

Anonymous said...

Memang susah jadi polis sekarang. Tembak pun kena, tak tembak pun kena.

Anonymous said...

Bro,i m not a malay ,but i feel so hurt n disturbed when i read the news of this incident..cheh!..for no reason an innocent boy has died tragically..

Takpas said...

yg pasti kickdefella sedang mengganas...kah kah kah kah...kitaa lihat siapa yg kenaaa!!

Anonymous said...

silap nya adek yg malang ni bila dah pukul 2 pagi kena kejar patrol car dah tentu polis suspect yg bukan bukan itu kaedahnya....nape lah yg dia pakat lari...kalau stop apa salahnya...rasanya nak kita salahkan polis 100% pun tak fair...ini dipanggil kecuaian...malang sungguh...innalilalh...takziah pada keluarga nya

Anonymous said...

BN n police any differnce ah?both cannot dipersalahkan..both think they r above the law,both think rakyat must b slave to them..

Grand Marquis said...

Ha ha. Tak sangka posting cabaran Kick kat TB dah masuk main page utusan. Bukan senang tu. So sekarang ni TB dah tekenal seantero dunia.

Jadi, bila lagi TB nak sahut cabaran kick. Kononnya TB ni sentiasa mendapat maklumat yang benar dan tidak dapat disangkal.

Ni cabaran kick, (kalau TB buat-buat tak nampak). Senang aje cabarannya. Bukan kena tahqiq status hadith pun.

Saya juga mencabar Blogger Rahman Tulang Besi untuk mendedahkan dakwaannya bahawa saya sekarang dibela oleh seseorang. Jikapun dia tidak mampu mengemukakan bukti, setidaknya, sebut nama orang tersebut dengan jelas.

Anonymous said...

dear yb khalid,

pls dont let the boy die in vain.

4RAKYAT

zakwan said...

Grand Marquis(blogger logo)
I think u'r commenting something off topic
I don't really care about whatever beef kickdefella has with TB or any other blogger
Syed Azidi is just being sour grapes and venting his frustration on Tok Guru for fun

So sekarang ni TB dah tekenal seantero dunia.

You know what?
You're absolutely right
And guess what?
You're still just a nobody in cyberspace

Anonymous said...

alahai.. TB..
1.Kickdefella dapat 4 juta untuk sebaq persepsi fitnah dari Pas!!
2.Hang dapat berapa juta agaknya ya!!
3.Ish!ish!ish!dah agak dari dulu!Pas ni bukan pasti Islam!!sebab tu Allah jadikan pas sekarang sebagai sebuah parti barua puak kapiaq harbi jee!!
4.Ke neraka jahanam tempatnya pada mereka yang dok buat fitnah!sebaq berita yang berbentuk persepsi!dan mereka-mereka yang bersubahat!!tak kiraka bn atau pr!!!

Anonymous said...

dari pandangan aku yg xseberapa nie berdasarkn laporan diatas n laporan polis kawan mangsa...

kesalahan mangsa
1. keluar mlm tanpa kebenaran..
2. pandu kereta tanpa lesen dan secara b'bahaya..

kesalahan polis
1. tembak mangsa (xpasti ler sama ada m'ikut prosidur)..


p/s : kpd p'baca, korang bole post ikut adab x, buat malu jer level pemikiran sama mcm budak tadika..

p/s 2: takziah kpd keluarga mangsa..

drabdulwahid said...

hanya dgn syak wa sangka anon April 29, 2010 1:21 PM menghalalkan pembunuhan adik Aminul Rashid oleh pihak polis.

tiada sebab mengapa Aminulrashid mesti dibunuh. masih ada byk cara lain utk menghukum. tanpa pengadilan, ditembak mati dijalanan. ini semua berlaku di negara yang mengaku Islam oleh UMNO. saat utk umat Islam sekalian malu.

sam raspiut said...

atas rasa prihatin,kemanusiaan dan kewarasan rakyat Malaysia, MINTA jangan isu ini di politikkan..
jangan ada komen2 yg tidak berprikemanusiaan. Hormati arwah dan kesihanilah keluarganya..
berilah pandangan yg membina..

Anonymous said...

alahai.. TB..
1.Kickdefella dapat 4 juta untuk sebaq persepsi fitnah dari Pas!! Alahai.. aku tak dapat apa pun, sedang aku lagi kuat fitnah dari kick.. Alahai bodoo nya aku!
2.Hang dapat berapa juta agaknya ya!! Aku tahu hang habuk pun tak dapat!! Tu laa.. hang mana pandai fitnah.. belajaq la ngan aku noo!
3.Ish!ish!ish!dah agak dari dulu!Pas ni bukan pasti Islam!!sebab tu Allah jadikan pas sekarang sebagai sebuah parti barua puak kapiaq jee!! dok ajar kapiaq kenal islam.. wat hapa noo? Tak macam parti aku Umno.. HALALKAN JUDI sebab taknak jadi barua kapiaq! nak bagi kapiaq tak berjudi? Gila ka hapa.. takan nak biar melayu berjudi sorang2 kot..!!
4.Ke neraka jahanam tempatnya pada mereka yang dok buat fitnah!sebaq berita yang berbentuk persepsi!dan mereka-mereka yang bersubahat!!tak kiraka bn atau pr!!! mana ada tuhan cakap umno jadi kapiaq kalu sokong arak dan judi?? mana ada... fitnah tu... fitnah!!

Anonymous said...

1)Tranung kita :
Walaupun Cikgu Pa tak lulus, kami taklah bermusuh dengan Cikgu Pa sehingga nak menjatuhkannya, seperti apa yang berlaku kepada Dr Hassan Ali apabila sahabatnya tak diberikan jawatan menyerang Dr Hassan Ali dalam segenap sudut sehingga sekarang.

2)Kickdefella :
Saya mencabar Blogger Rahman Tulang Besi menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti Gerak Saraf itu dan jumlahnya sekali di blog beliau. Pada waktu yang sama saya mencabar Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz yang baru itu untuk menyiasat apa yang saya buat dengan pembiayaan wang sebesar itu. Jika ada bukti saya menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi, saya berharap beliau sertakan buktinya sekali.


Tulang Besi..boleh komen tak......


Kes amirullrashid kita amat simpati..biarkan Khalid Samad dan Noh Omar perjuangkan..Tulang Besi tak payah sibuk2.....

tamingsari said...

YB tak perlu nak kaitkan dgn kes-kes lain yg tergantung. Itu dah macam berpolitik. Nak tolong biar ikhlas. Beritau pada Gobind peguam cara yg bertul. Menemani budaktu kebalai pun betul. Sebut kes yg dah dipolitikkan itu yg tak betul. Polis yg menembaktu bukan orang politik.

Jangan cari political mileage 24 jam.Kalau nak begitu pegi duduk kat balai polis pagi petang siang malam.

Grand Marquis said...

Zakwan, zakwan...

Nampaknya pemikiran anda masih amat ketinggalan.

You know what?
You're absolutely right
And guess what?
You're still just a nobody in cyberspace


Adakah menjadi somebody itu bereti kita sudah mendapat redha Allah S.W.T.? There are so many nobody out there yang Allah S.W.T. redha pada mereka dan juga banyak somebody out there yang mungkin Zakwan terliur-liur nak jadi macam mereka, tapi sebenarnya mereka ini orang yang dimurkai Allah S.W.T.

Anda ni kan penyokong parti Islam, anda sepatutnya memikir balik, dimanakah tahap tarbiah anda tu.

Kala said...

Anonymous April 29, 2010 1:21 PM

Saya setuju pendapat saudara. polis kena kejar dan saya setuju polis patut kejar sampai lubang cacing, gajah, hatta dinosor sekalipun.

Yang saya mahu tuntut polis jawab kenapa tak ikut SOP - tembak membabi-buta???

Anonymous said...

Anonymous said...

1)Tranung kita :
Walaupun Cikgu Pa tak lulus, kami taklah bermusuh dengan Cikgu Pa sehingga nak menjatuhkannya, sbb kami ni cuma gurka bodoh yg cikgu Pa tarbiyah.. mana larat kami nal lawan tokey sbb geng tganu cuma rekrut ahli yg lebih bodoh dari depa.. orang bodoh mana melawan, tp kami cerdik bila pakai ayat dan gaya tok guru.. tambah lagi gelaran almaniri, alrusari.. hang mana ada! jadi seperti apa yang berlaku kepada Dr Hassan Ali apabila sahabatnya tak diberikan jawatan menyerang Dr Hassan Ali dalam segenap sudut sehingga sekarang. tengok berapa ramai yg menentang hasan ali dan pas tu.. suma sbb tak dpt habuan dan jawatan. Tengok geng Umno mana serang Hasan Ali walaupun depa berkawanbaik, tp takde pun minta jawatan2.. ikhlass! mereka tak minta apa2, beri lagi adala.. bukan macam kau!

2)Kickdefella :
Saya mencabar Blogger Rahman Tulang Besi menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti Gerak Saraf itu dan jumlahnya sekali di blog beliau. Pada waktu yang sama saya mencabar Setiausaha Akhbar Tuan Guru Nik Aziz yang baru itu untuk menyiasat apa yang saya buat dengan pembiayaan wang sebesar itu. Jika ada bukti saya menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi, saya berharap beliau sertakan buktinya sekali. adat la kan.. sapa tuduh wa.. wa tuduh balik. wa takyah bukti tuduhan wa.. TAPI lu kena buktikan tuduhan dan fitnah wa betul. Wa pandai..! kalau lu taknak jadi bodoh.. lu kena carilah atau reka bukti perbelanjaan 4juta wa.. wa bagi tajuk je.. kalau lu tak dapat cari bukti, fail atau dokumen tuduhan klasik wa ini.. bermakna.. semua tuduhan wa BETUL.. lu TAK JUMPA BUKTI lu punya pasal! wa tak peduli yg penting setiap tuduhan wa misti ada yg kata betul.. wa famous!. lu sapa??


Tulang Besi..boleh komen tak...... takyah la tunggu budak kick tu bagi bukti2.. lu pakai percaya jerr.. kick tu tahap maksum.. wali aulia tu.. Nik Aziz tu sapa?? bekas guru pondok jerr.. apa klass nak lawan kick!

Kes amirullrashid kita amat simpati..biarkan Khalid Samad dan Noh Omar perjuangkang..Tulang Besi tak payah sibuk2..... biar budak umno dan gurka tranung je hentam budak tu.. alaa budak yg dah mati mana bulih bela diri lagi.. selamatkan yg hidup jerr! Lagi pun polis2 tu lambang pahlawang ug dan 1malaysia.. lu tengok, betapa wala'nya polis tu pada tarbiyah yahudi.. itu belum tarbiyah rusila wa! kalau budak tu senanng je berdetup kat kepala.. apa lagi lu!! takat aktivis PR nak demo tu.. jalan la.. polis yahudi tu senang2 je tabur dgn M16 lak.. hah berani kouuu!!??? AKU CANCIBAi CABARR!

Anonymous said...

apa daaaa...lain topik..lain pulang yg diserang....
kiri ke kanan ke samer jer...

Anonymous said...

NASIB BAIK KERETA YG DIPANDU ADIK TU TAK LANGGAR SI KHALID GEREJA TU, STATEMENT MENYIBUK, MACAM CERDIK TAPI BODOH.

KES KUIL PUN BLOM SELESAI, NAK TUNJUK PANDAI,.

BUAT ANDAIAN MEMBABI BUTA , TUNGGULAH SIASATAN SELESAI.

Anonymous said...

Yang BANGSATNYA adalah ahli politik yang mengambil kesempatan diatas kematian orang lain.Mereka adalah PEMBANGKAI MAYAT untuk publisiti murahan.Kerja pembangunan untuk rakyat dilupakan!

Anonymous said...

hmm...paling bahaya bila emak bapak kata, saya kenal anak saya macamana...kenyataannya, mak bapak lah yang selalu tertipu oleh perangai anak-anaknya...

Tgk CSCI n FBI n KONAN said...

pernah x korg terpikir… ANDAIKATA kwn arwah tu yg terkena tembakan? ad x isu ni jd sebesar ni? cbe siasat latar belakang kwn die. (x silap die ank polis~ank polis pon x tentu baik). korg ad wonder x ke mane kwn die lari lps tu? sbb… berdasarkan crita yb khalid, kwn die tu MACAM x blk umah slps kjadian.ad x nmpk mak bpk kwn arwah tu tmpil spnjg isu ni? berani plak kwn arwah ni die buat knyataan kt media tnpa parents die. so, the conclusion is, isu ni nmpknye seperti dipolitikan oleh org2 tertentu. for sure, byk lg bende yg kte x tau disebalik kes ni. biar je la siasatan selesai coz dlm islam pon x bole kte buat andaian dan menghentam org tanpa bukti. kang jd fitnah lg besar dosanye.kalo asik memfitnah bek bnuh org je kurg skit dose. just be RASIONAL… BERFIKIR gne akal tuhan bg jgn ikot sesuka hati. for me, due2 pihak pon slh…terima la qada’ dan qadar tuhan.. tuhan je yg maha mengetahui ape yg sebenarnyer terjadi dlm kes ni .. wallahwalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.