Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 7, 2010

Kesah Zul Nordin Minta Duit - Sinar Harian

NOTA EDITOR: Kenapalah Anwar Ibrahim pegi ambik manusia nama Zul Nordin ni jadi calon pilihanraya? Lebih baik ambik Puspha reformis jadi calon dari mamat ni. Arwah Tan Botak tu 100x lebih berakhlak Islami dari Zul Nordin haru ni. Kalau nak cerita Zul Nordin mintak duit ni, saya pun ada banyak cerita, tapi cukup lah dengan pendedahan Exco Kedah, Lim Soo Nee di bawah ini.

Ada pun permintaan RM21k tu terlalu tinggi. Biasanya kos akan diminta supaya calon bayar untuk "poster calon". Tapi kalau calon takda duit, boleh merayu pada PAS Kawasan dan mereka akan tolong carikan duit dahulu. Tapi saya tak rasa sampai RM21k. Ishh melampau. Saya biasa dengar calon2 PAS bertanding duit dalam poket cuma RM100. Mat Sabu bertanding di Kuala Kedah dulu pun, duit dalam tangan tak sampai RM200. Maka, Zul Nordin ni dianggap sebagai sebahagian dari PAS dan tidak mungkin PAS Kawasan akan meminta begitu banyak duit.

Jadi, tak heranlah dia ni jadi duri dalam daging dalam PAS mahupun PKR. Nak berjuang Islam tapi menguntungkan UMNO. Saya dapat maklumat, dia antara perancang kerajaan perpaduang bersama2 geng Fraksi UMNO sewaktu baru menang PRU 2008 dahulu.

Dia berlagak lagi paham Islam dari Yusuf Qardhawi.

Memang dasar lidah bercabang serta talam dua muka. Kenapalah DSAI pegi percaya con man macam Zul Nordin.


Sekian

Soo Nee dakwa Zul minta wang

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee menyifatkan Ahli Parlimen Kulim :Bandar Baharu, Zulkifli Noordin seorang yang gemar memutar belit fakta.

Katanya, Zulkifli sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya, walaupun terpaksa mempergunakan nama pihak ketiga.

“Saya dedahkan perkara ini kerana tidak sanggup lagi melihat rakyat ditipu dengan mudah oleh Zulkifli. Dengan penampilan dirinya itu saya yakin ramai yang sudah terpedaya,” katanya, ketika ditemui, di sini.

Soo Nee, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim berkata, beliau terpanggil untuk mendedahkan rahsia Zulkifli kerana tidak sanggup lagi bersubahat dengan Ahli Parlimen bebas itu, terutama apabila Zulkifli mendakwa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Jika benar beliau ikhlas dan profesional, sepatutnya ketika menerima tawaran itu beliau membuat laporan polis atau mendedahkannya kepada umum. Tetapi kenapa baru sekarang, setelah hampir empat tahun berlalu?” katanya.

Soo Nee berkata, ketika sama-sama berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12), Zulkifli pernah mengaku menyimpan bukti kes pembunuhan itu, ketika mewakili tertuduh dalam kes terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri, tetapi menarik diri kerana didakwa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.

Mengulas mengenai insiden yang dianggapnya menganiayai rakan separti, Soo Nee berkata, Zulkifli pernah menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada PRU-12, untuk meminta wang bagi digunakan ketika berkempen dengan menggunakan nama pihak ketiga.

“Mengikut rekod SMS itu, katanya, jentera Pas meminta RM21,000 untuk berkempen dan jika tidak dipenuhi, jentera Pas akan memboikot kempen itu. Katanya, saya hanya perlu tanggung sebahagian kos, iaitu RM7,000,” katanya.

Soo Nee berkata, memandangkan beliau tidak memberi maklum balas kepada SMS itu dengan segera, Zulkifli menghantar SMS kedua, memaklumkan kemarahan pihak terbabit dan meminta beliau memberi sejumlah yang mampu.

“Setelah Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya itu, kebetulan saya terjumpa Yang Dipertua Pas Kulim Bandar Baharu ketika itu, Yaakub Husin dan bertanya mengenai hal itu, tetapi beliau menafikan meminta wang untuk berkempen. Sejak itu, saya tertanya-tanya bagi tujuan apa duit itu diambil oleh Zulkifli?” katanya.:

Dengan pendedahannya itu, Soo Nee mencabar Zulkifli membuat kenyataan balas terhadap semua tindakannya, atau setidak-tidaknya meletakkan jawatan untuk menegakkan kebenaran.

“Eloklah buat pilihan raya kecil (PRK). Selepas itu kita lihat sama ada penduduk Kulim Bandar Baharu masih menyokong beliau atau sebaliknya,” katanya.

Soo Nee berkata, beliau berani membuat tuduhan ini kerana sehingga kini beliau masih menyimpan bukti, termasuk SMS yang dihantar Zulkifli dua tahun lalu, bertarikh 5 Mac dan 6 Mac.

Sementara itu:, Zulkifli, ketika dihubungi berkata, beliau tidak berminat berbalas kenyataan secara terbuka.

Menurutnya, apa sahaja tuduhan yang dilemparkan kepadanya “tidak perlu diperbesarkan” dan beliau “tidak kisah dengan tuduhan itu”, walaupun tuduhan itu sedikit sebanyak akan mencalar imejnya sebagai seorang pemimpin.

“Saya tidak minat untuk menjawab semua pertuduhan itu secara terbuka.

“Saya tak minat langsung nak komen isu ini. Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya.:

”Saya minta dia jaga kawasan dia dengan elok supaya dapat jadi calon pada masa akan datang.

“Biarlah apa dia nak kata. Saya tetap dengan pendirian saya, tak mahu berbalas kenyataan tentang isu yang dibangkitkan,” katanya.

7 comments:

Anonymous said...

Ala apa nak heran..Tulang besi pun mintak duit jugak..tu tabung bantuan bukan ke tabung minta duit..dah la buat diam je..berapa skrg pun tak audit...sama je macam zul nordin...nama je islam..lebih baik puspha dan tan botak dari TB..nasib baik PAS bawah UG..kalau tak dah lama TB kena buang macam nasib zul nordin..

Anonymous said...

APCO Israel nafi ada kaitan ngan malaysia.... NAH NI BUKTI DARI APCO WEBSITE SENDIRI !!!!!

APCO Worldwide Opens in Malaysia
Firm to assist new Malaysian government in strengthening communication


Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.
...

One of the first clients of APCO’s new office will be the Malaysian government, which is retaining APCO to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO will also assist the Malaysian government’s new leadership by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa. Separately, APCO will be providing support in Washington, D.C., to Malaysia’s ambassador to the United States.

KORANG CONTINUE BACA LA KAT APCO WEBSITE
http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx

perkasa,umno pencacai bangsat melayu!!!

Anonymous said...

http://www.apcoworldwide.com/content/news/press_releases2009/malaysia0809.aspx

APCO Worldwide Opens in Malaysia
Firm to assist new Malaysian government in strengthening communication

Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.

UMNO pencacai?????bansat melayu!!1

Anonymous said...

“Saya tidak minat untuk menjawab semua pertuduhan itu secara terbuka.

“Saya tak minat langsung nak komen isu ini.
Apa yang saya boleh katakan ialah saya kenal Soo Nee sebagai seorang rakan dan ucapkan selamat maju jaya kepadanya.:


aihhh bila pecah tembelang tak minat nak komen pulak??? biasanya mamat ni KAKI CABAR... la ni KAKI BACUL!! spiesis nasa la niii..

orang biasanya kalu rasa betul melenting mencacak menyalak! kalu salah biasanya sopan meleleh macam TIKUS! aku rasa mamat con man ni sesuai jadi samseng pekida je..

john labu said...

TB..nasib baik PAS bawah UG..kalau tak dah lama TB kena buang macam nasib zul nordin..

NASIB baik Pas bawah UG, kalau bawah TB lama dah nasha, HA, HD, MA dan semua Tikus UG kena buang.. nasib baik betoi.. perhh!!

Anonymous said...

Ya..Rusia dula ada Rasputin Sami Gila..Malaysia punya ialah Zulfarkli MatPuting Imam Gila..

Anonymous said...

Sy gerenti Zulfarkli di akhir hayat akan tidur bawah pokok,membebel kesorangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.