Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, April 30, 2010

Kickdefella, Bila Nak Berenti Bagi Alasan-Alasan Merapu?

Apabila dicabar Sheikh/Kickdefella membuat laporan kepada SPRM terhadap penyelewengan yang beliau dakwa berlaku di Kelantan, ternyata Sheikh/Kickdefella bachul dan takut.

Alasan bodoh yang diberi beliau adalah “ TOK GURU SEDANG DALAM PENYIASATAN SPRM”. Itu alasan paling tidak masuk akal yang saya pernah dengar. Satu sebab adalah SPRM sedang menyiasat Tok Guru dalam isu berkaitan hadiah pakej haji dan hadiah kek.

Sedangkan Sheikh cuba menuduh bahwa terdapat penyelewengan dalam pemberian balak di Kelantan. Apa kena mengenanya. Kalau dia yakin dia benar, sila buat laporan SPRM terhadap tuduhan-tuduhan rambang yang beliau buat. Jangan hanya berani berkokok di luar semata-mata.

Itu pun saya pernah jawab, apa masaalahnya TOk Guru terima hadiah kek dan pakej haji? Orang gila sahaja yang akan bertanya harga hadiah yang diberikan oleh pemberi hadiah. Lagipun, penerimaan kek tu apa yang rasuahnya?

Lagi satu, bukan ke Sheikh Kickdefella telah menyatakan taat setia beliau kepada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di hari beliau dipecat dari PMBK tempohari? Tiba-tiba sekarang ini beliau mahu menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz pula. Ni bukan perangai penipu ke?

Apa yang kita baca setakat ni, semua dokumen yang Kickdefella dedah tidak membuktikan penyelewengan yang beliau dakwa. Kalau setakat syarikat konsesi balak bagi derma ke PASTI Kelantan, saya kata bodohlah Kick kalau nak guna perkara tu sebagai bukti.

CABARAN BARU BUAT KICK: Wahai Kick, kao begitu hebat berkokok maki Tok Guru Nik Aziz, si Najib Tun Razak bersenggama dengan Yahudi, kenapa kao SENYAP? Sila jawab Wahai KICKDEFELLA.

Kalao kao tak nak jawab, aku cabar MEMBER KAO, si Zul Noordin untuk jawab. Punya hebat Zul Noordin maki Zaid Ibrahim pasal Zaid Ibrahim dulu sokong Artikel 11. Tapi Zul Noordin senyap sunyi pasal Najib buat hubungan luar tabiiee dengan Yahudi.


APA CERITA GMC YANG BELIAU PERNAH PIMPIN SATU MASA DAHULU?

Dan artikel terbaru dari Harakahdaily melaporkan berkenaan Global Media Channel (GMC)yang pernah Syed/Kickdefella ketuai. Antara laporan adalah:

”Namun hampir dua tahun beroperasi GMC bermasalah sehingga seorang demi seorang kakitangan berhenti kerja sehingga ada yang membawa diri ke Kuala Lumpur.
”Mereka tidak senang dengan cara pengurusan yang diketuai Syed Azidi dan isterinya. Ramai yang tidak dapat mendapat gaji, sedangkan pada peringkat awal ada pihak memberi modal bagi mengurus operasi GMC.

”Persoalan mengapa syarikat itu kini lingkup, ke mana duit peruntukan yang disumbang pelbagai pihak. Kita bimbang berlaku silap urus sehingga GMC berkubur,” kata sumber berkenaan.
CABARAN KICKDEFELLA KEPADA SAYA

Pandai Kick ni mengelat. Cabaran saya dia tak berani jawab. Bagi berbagai-bagai alasan. Lepas tu nak cuba cabar saya pulak. Bang, berenti perangai UMNO tu boleh tak? Kao tu dah duduk dalam PAS, sekurang-kurangnya buatlah perangai macam orang Islam.

Antara cabaran Kick pada saya adalah:

Saya juga mencabar Blogger Rahman Tulang Besi untuk mendedahkan dakwaannya bahawa saya sekarang dibela oleh seseorang. Jikapun dia tidak mampu mengemukakan bukti, setidaknya, sebut nama orang tersebut dengan jelas.
Saya tak perlu jawab. Saya menaqal dari artikel tulisan Topeng Perak yang mempunyai hubungan pribadi dengan Kick seperti dibawah:
TV3 (suku)

Beberapa hari sebelum kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan (serta-merta), Blogger Kickdefella dikatakan ada menerima tawaran daripada Stesyen Berita TV3 (suku). tawarannya ialah mengendalikan "1 Operasi" yang diklasifikasikan sebagai "Media ke-2" atau "Alternative Media" yang mana antara tugasnya ialah menyelia laman-laman Blog dan Website dengan tujuan menarik para pengundi muda dan celik IT supaya cenderung kearah UMNO/BN dan seterusnya meningkatkan undi anak muda kepada UMNO/BN.

Jumlah Gaji/Salary/Peruntukan atau "pembiayaan" yang ditawarkan oleh pihak TV3 (suku) kepada Blogger Kickdefella ialah tidak kurang dari RM15,000 sebulan.
Saya CABAR Kick nafi maklumat yang disampaikan oleh Topeng Perak ini kerana Kick kenal Topeng Perak secara pribadi.

Pandai Kick ni nak mengelat. Cabaran saya yang mudah dan praktikal (yakni buat laporan SPRM) dia tak berani sambut. Tapi, nak cabar saya buat benda lain pulak.

Adapun cabaran lagi satu oleh Kick adalah:

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?

Saya mencabar Blogger Rahman Tulang Besi menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti Gerak Saraf itu dan jumlahnya sekali di blog beliau.

Bagi saya kos RM4 juta itu murah bagi gerak saraf kerana ia termasuk upah gaji, pembelian asset, kos sewa premis, kos membeli maklumat dsbnya. Dan kos tersebut adalah sepanjang 3 tahun yakni 1.3 juta setahun. Sekiranya dilakukan dengan telus, apa salahnya.

Lagi sekali, kalau dia rasa perkara ini satu penyelewengan buatlah laporan SPRM. Apa yang nak ditakutkan?

Kalau saya jadi MB Kelantan, saya akan belanja RM20 juta untuk gerak saraf dan penerangan kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia. Secara pribadi saya sering mengkritik exco2 kerajaan negeri Kelantan kerana tidak berbelanja cukup untuk penerangan, Maka, Kerajaan Negeri sering menjadi mangsa fitnah yang tidak berasas.

Kalau kata Kick ni betul, saya cukup marah sebab perbelanjaan penerangan dan saraf hanya RM4 juta. Sepatutnya, kena belanja RM 20 juta atau RM30 juta. Memerangi fitnah itu satu yang dianjurkan oleh Islam. Dan menceritakan apa kejayaan negeri Kelantan juga satu perkaya yang wajib.

Lainlah kalau media di Malaysia ni adil dan saksama. Barulah kita boleh persoalkan kenapa belanja sampai RM4juta. Kerana media-media utama Malaysia telah dilacurkan oleh UMNO, maka Kerajaan Kelantan WAJIB mencipta media sendiri.

Dan kos RM4 juta itu satu kos yang KECIL bagi saya. Mungkin juga duit RM4 juta tu datang dari derma dan sponsor berbagai pihak yang mahukan kerajaan Kelantan tidak dirampas oleh UMNO yang rakus lagi dayus? Mungkin juga orang-orang Sabah bagi derma kerana tidak mahu melihat Kelantan menerima nasib seperti Sabah yang hancur di bawah pemerintahan UMNO/BN? Ada banyak kemungkinan yang boleh diberikan.

Benarlah kata kawan saya, orang UMNO kalau dia kata Tuhan itu satu, jangan kita percaya. Bukan kerana apa dia cakap tu tak betul, tapi kerana yang bercakap itu UMNO.
Kick ni spesis sama dengan Berahim Ali. Yakni spesis melepas anjing tersepit. Bila dah bebas, dia gigit kita balik. Kalau kick ni ada iman dan ada maruah, dia tak buat benda yang dia tengah buat sekarang ni.

Tulang Besi

23 comments:

Anonymous said...

KIRIMAN: SHAMSUL

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..
Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu.. * MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..

LIHAT LAH link bawah ngan MATA SENDIRI MANA ADA MB SEPERTI TOK GURU !!!

http://2.bp.blogspot.com/_VeYBf0DSz50/S9l4v7STaaI/AAAAAAAAL7s/qg7Run_QFXs/s1600/nik.jpg

Anonymous said...

time now to kick kickDfella's arse!!

Anonymous said...

Mamat KICK suka sangat buat wayang..macam jadi pengarah filem gunakan pelakun-pelakun tapi dia sembunyi dibelakang tabir.

Sebenarnya dia ni jenis penakut jenis baling batu sembunyi tangan. Sebab itu dia tak pernah buat laporan kepada SPRM atau pihak yang bertanggung jawab. Jenis pakai prop.

Penerbit dan sponsor filem KICK kena tanya Mamat Kutty dari Bombay Production.

tokdin said...

Dalam dunia politik ada sundal Three Stooges yang berkokok siang malam, lidah bercabang gilakan publisiti.. Brahim Katak, Ezam Kotak dan Zul Kopiah.

Dalam dunia blogger pun ada begitu. Tapi Kickdefella tak berani kehadapan..main curi-curi, selak, selindung dan penakut, Penembak Badak konon.

Suroh buat repot Mamat ni tak mahu dia.. sah dia ni jenis Biawak!

Grand Marquis said...

Ha ha...
Terbukti TB main cedok dari internet (Topeng Perak) kemudian main dakwa maklumat dia terima sekian, sekian. TB sebagai pejuang Islam ni kenapa tak ikut saranan Allah S.W.T. dalam Quran supaya siasat dulu satu satu maklumat yang diterima dari orang fasik.

Bila dah kena cabar tu ha, cepat-cepat dedahkan sumbernya supaya dia boleh lari dari dipertanggungjawabkan.

Anonymous said...

Lame blog

john labu said...

mak aii.. betui ke kick ada 4jota dok perabih?? beli aset rumah bungalow ke beli nissan xtrail?
apo kojo kick bua haah.. 4jota tuhh? serang paklah takde la aku nampak.. tapi serang nik aziz banyok laa.. tapi 4jota tu bulih diserang gilo tuh!

kalu Kickdahgilo perabihh 4 juto.. kick la DEDAH BUKTI.. apo ko jadohnya TB kat indon nun nak dedah.. sah gilo budak nih.. barang dalam kain sendiri mintak orang dedah?? takdak akai punya kaki..

Tulang Besi said...

Ha ha...
Terbukti TB main cedok dari internet (Topeng Perak) kemudian main dakwa maklumat dia terima sekian, sekian. TB sebagai pejuang Islam ni kenapa tak ikut saranan Allah S.W.T. dalam Quran supaya siasat dulu satu satu maklumat yang diterima dari orang fasik.
.

Yang aku tau, kau yang fasiq. Dah berapa banyak kali kao ditangkap menipu dalam blog ni, wahai GM tak ori

Anonymous said...

4 juta yang di habiskan untuk beli camera dan kelengkapan GMC RM450,000, renovation office yang di sewa RM650,000. Belanja-belanja lain yang tak masuk akaun lah bakinya.

Yang Kick ambil wang yang selebihnya dari 4 juta, Dato' Husam bagi 10 juta kpd Kick untuk operasinya di Kelantan, Bukan setakat nak menjatuhkan Pak Lah, tetapi pemimpin-pemimpin lain di dalam PAS Kelantan dan PAS Pusat.

BUBUK JAWA

Anonymous said...

Blogger dan tukang komen termasuklah kickdefella dan tukang komen dalam blognya perlu ingat bahawa anda semua akan di soal pada hari akhirat nanti tentang apa yang anda kemukakan. maka oleh itu berhati-hatilah.

Kita jangan beremosi sangat dengan politik hingga melanggar batas-batas agama.

ingatan ini datangnya dari seorang yang ikhlas yang tidak menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya menunggu di hari akhirat esok di hadapan Allah untuk melihat siapa yang benar dan siapa yang salah. kalaulah benar tulisan Kick maka saya akan meminta balasan dari pemimpin kerajaan kelantan kerana sebahagian kecil dari wang itu adalah hasil dari sumbangan saya yang dilahirkan, dibesarkan dan insya Allah akan mati di bumi yang mereka penrintah.

Buat masa ini saya cuma tunggu dan lihat. Saya tidak ingin membuat dosa dengan memberi komen-komen yang emosional tanpa bukti. Dihadapan Allah nanti kita berjumpa.

HATI HATILAH DENGAN KOMEN ANDA.

Rakyat kelantan

Anonymous said...

Salam TB,

Betul cakap GM tu.. At least ada bukti yg concrete sket & ada facts yg jelas. Jgn pakai cedok je... X de credibility la mcm ni.

Anonymous said...

he was a mole from the very beginning - dispatched to "bury" pas.

How else can you do it if not from within and the road was paved for him when he was invited to join pas as husam's aide.

Anonymous said...

"Benarlah kata kawan saya, orang UMNO kalau dia kata Tuhan itu satu, jangan kita percaya. Bukan kerana apa dia cakap tu tak betul, tapi kerana yang bercakap itu UMNO."


kalau org ada iman ada maruah, takkan cakap/tulis macam ni.

sae-tumpang lalu.. said...

dei syeh.. lu tak siar komen wa.. wa tumpang sini..
lu baru dedah tajuk je.. tuduhan lu, lu yg tahu detailnya!
orang lain mana tahu.. skang suma orang minta detailnya, apalagi dedahkan semua la!
lu scan dan paste suma transaksi lu, minit mesyuarat, dokumen subversif perang saraf yg lu dah sebarkan, detail aset dan akaun GMC sekali.. berani kerr? berani.. dedah cepat kita tengok siapa kena siasat! atau, lu saja2 bikin gempak?? tunggu olak baru nak spin.. wa tunggu ni.. depa tunggu tu.. lu jangan ngelat!!
Tunggu ni.. tunggu.. tunggu ni…
lagi satu.. lu buat blog umum, jd siar la suma komen! jgn lepas yg sokong lu jerr..
tak rock la lu tapis2 bhaii.. lawan macam jantan la skiit!

sae-tumpang lalu.. said...

bai.. hampeh la lu..
apasal komen2 aku sebelum ni kou tak siar? takut eeehh..
jenis lawan sembunyi balik tiang eeh? buat malu baka klate jah mu..
kalu kiaa.. tyah buat blog umum la… wat malu jaahh..
mu wat komen sendiri byk2 gitu..? jaga rating? sapo nak caya wehh!?
takut gaji orae tak bayar ko?? tak tau la blog demo tak pro ker.. atau
bos demo tak pro.. gaji orang tak cerdek macam demo!
tak siar pun takpe bai.. kawe cuma nak demo baca jahh.. kalu dah blok tu
maknanya objektif sampai la tuhh!!
kesie demo.. kerana pitihh jadi lagu ni.. kesie..

Anonymous said...

Sebelum penubuhan GMC dulu, sheikh telah buat proposal yg GMC tu bila ditubuhkan akan dapat menyaingi BERNAMA dalam penyiaran berita, tetapi selepas beberapa tahun penubuhannya duit habis, habuk pun tarak...ko guano pak sheikkk????

Atas ihsan pimpinan PAS jugak la pak sheikh diserapkan ke PMBK, baiknya pimpinan PAS nak jaga Pak Sheikh walau projek GMC gagal segagal gagalnya....

Anonymous said...

Sebelum penubuhan GMC dulu, sheikh telah buat proposal yg GMC tu bila ditubuhkan akan dapat menyaingi BERNAMA dalam penyiaran berita, tetapi selepas beberapa tahun penubuhannya duit habis, habuk pun tarak...ko guano pak sheikkk????

Atas ihsan pimpinan PAS jugak la pak sheikh diserapkan ke PMBK, baiknya pimpinan PAS nak jaga Pak Sheikh walau projek GMC gagal segagal gagalnya....

Anonymous said...

PAS dalam kepanasan. saya bertugas di salah sebuah IPTA di Kelantan ni sebagai pensyarah. Alhamdulillah, semakin ramai golongan muda kembali celik dgn penipuan PAS selama ini. Saya akan terus menyedarkan golongan muda siwa/i saya ttg pembohongan PAS

Anonymous said...

Blog brader kick tu penuh dengan bukti hardcopy(betul atau tidak, lain cerita), brader TB pulak ceduk dari infor dari penulisan orang lain.Aiseh man, fumble la macam ni bro kalau nak jadi counter blog to brader kick.
Brader kick pun dah menyahut cabaran korang jumpa SPRM ..makin kalut la jadinya.Mungkin pacing Kick dah mengena ni. Kalau tak de bukti kukuh, takkan dia berani sampai macam ni....

BILLY

Anonymous said...

BILLY...
kehkehkeh.. lu kena ngji dulu bab spin politik.. bau belajaq tembak orang.. ehek

Anonymous said...

kick dah dedah bukti. tu baru sket. ada lagi tu huhuhu

pas dah kembang kempis kembang kempis

hahahaha

Anonymous said...

Bro ANON 5.01pm,
Tak perlu ngaji-ngaji la bab spin politik takuk lama, buang boreh yo tembak peluru kapur...keh keh...peace bro.
BILLY

Anonymous said...

Saya teruja dengan komen shamsul. Baru Tok Guru belanja sarapan pagi,x sedar ke Tok Guru tengah nk merasuah tu supaya org luar puji negeri dia. Tu baru sikit...belum 4 JUTA lagi.

Sekarang ni isunya bukan fitnah Kick, masalahnya PAS sendiri sudah pandai dan tahu belajar macamana nk rasuah rakyat...seperti cth di atas.Itulah balasan daripada ALLAH ke atas apa yg dikata oleh ustaz PAS. Sekarang kata2 doa itu terbalik kepada parti PAS. Contoh:-
1. Mula dulu kate xleh kawan dengan agama lain, sekarang dok peluk KAPIR..
2. Dulu kate rasuah haram, skarang kate rasuah tu...hadiah
3. Dulu tuduh Tun Mahathir nk jd PM sampai mati, skang Pok Nik sendiri y nk mati dlm MB...20 tahun dah..
Last..
Dasat...dulu tuduh Anwar Al-Juburi,Mat Sabu punya mulut, skang dok belakang Al-Juburi kate dia baik..dah x Al-Juburi sebab dah geng ngan PAS...tu buat2 lupa ingatan....INGAT LAH ALLAH...tp geng dia xingat jugak...GILA KUASA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.