Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 8, 2010

Konvensyen BN Selangor Konvensyen Kartun

Saya pun hairan. Pakatan Rakyat telah mengadakan konvensyen banyak kali. Namun, kita tidak dengar satu bentuk protes pun dari mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Apabila diaadakan program, maka wakil dari kesemua parti diminta duduk di atas pentas. Ini kerana ia adalah program bersama dan tak memerlukan IQ yang tinggi untuk mengetahui “adab” seperti ini.

Namun dilaporkan oleh Malaysiakini:

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.


Setelah diprotes:
“Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.”

Nak kena protes baru ada perubahan?

Soalan saya, takkan benda mudah macam ni pun UMNO Selangor tak boleh pikir? Dengan kata lain, keseluruhan Konvensyen BN ini menunjukkan rupa sebenar Barisan Nasional. Yakni, ia setakat satu persefahaman politik yang digunakan untuk menguntungkan UMNO dan UMNOPUTRA.

Seluruh kaum-kaum dalam Malaysia mesti tunduk kepada kepimpinan UMNO dan UMNOPUTRA yang korup dan tidak bermaruah.

Konvensyen Barisan Nasional Selangor adalah Konvensyen Kartun.

Tulang Besi.

Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan- Kuek Ser Kuang Keng & Regina Lee Apr 7, 10 3:05pm


Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hany

a lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.
Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar jug

a memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.


"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya.
Ketika dihubungi, Mohd Zin yang juga ahli parlimen Sepang berkata dia tidak menyedari berlaku tindakan meninggalkan konvensyen itu kerana Song tidak bercakap dengannya.


"Apa isunya? Saya tidak melihat sebarang isu,” katanya sambil menambah bahawa dia tidak menerima sebarang aduan rasmi.

Beliau juga mempertahankan lagu Umno dinyanyikan pada sessi sebelah pagi dengan alasan kerana jawatankuasa majlis itu diketuai oleh Umno.

Mohd Zin meminta pihak media supaya tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai isu dan mengingatkan bahawa hanya lagu BN dimainkan pada sessi petang.

“Bagaimanapun jika saya membuat silap, saya sanggup memohon maaf,” katanya.
Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Lumayan Lain! Sertailah Kaji Selidik Sekarang!






7 comments:

lan said...

Yup buang masa dan wang je.
STOP konon!

AzamDin said...

slogan dia tu..apa..sayangi selangor yakin BN..boleh ke dia bagi air percuma?? ahahahaa.....

slogan dia tu macam kempen dajal je..

azman kamarul said...

TGNA pernah berdoa untuk "pecah perut Najib"....waktu itu puak-puak umno ni "meroyan" bukan main lagi.Konon nya TGNA tidak ikut cara Islam sebenar.Semua akhbar penghubung lidah biawak umno mengulas isu ini dengan sewenang-wenangnya.

Mari kita lihat senario sekarang...perut buncit najib tidak pecah...tetapi dengan pelbagai isu yang timbul dari MCA,MIC dan UMNO sekarang ini...ITULAH YANG AKAN MEMECAHKAN PERUT NAJIB...

Anonymous said...

http://thekelantaninsider.blogspot.com/
THE TOP TEN THINGS THAT TUANKU ISMAIL PETRA’S FIRST PUBLIC APPEARANCE AT ISTANA MAHKOTA ON WEDNESDAY, APRIL 8, 2010, MANAGED TO SHOW TO THE PEOPLE

1. The event managed to show to the people that the Raja Perempuan of Kelantan, Tengku Anis, is a queen control who does not respect Tuanku’s rights not only as a Sultan but also as a human being. In the event, when Tengku Anis asked Tuanku whether Tuanku wanted to sing a song, Tuanku flatly refused it by saying it would be difficult for him to do so. Despite Tuanku’s clear rejection, Tengku Anis however still forced Tuanku to follow her singing three songs. True to Tuanku’s prediction, he failed to sing the songs despite being guided by Tengku Anis. To prevent this blunder from being captured by the mass media, Tengku Anis had to cover Tuanku’s mouth with a piece of paper containing lyrics of the songs besides telling the people that Tuanku was too shy to sing that day. On the same note, Tengku Anis also forced Tuanku to talk to the press but, again, Tuanku miserably failed at that, prompting Tengku Anis to once again tell the people that Tuanku was too shy to talk that day. Now, what kind of wife would have dared to defy her beloved husband’s word or to subject him to such a great embarrassment in public?

Anonymous said...

MCA Kapar lagi berani dari Tulang Besi..tak setuju terus keluar..tak macam Tulang Besi..asyik dari dulu tak setuju tapi tak pernah keluar pun..memalukan sebagai ahli parti islam...orang bukan islam boleh ajar Tulang Besi bab adab ni..takkan nak tunggu resume kot.....

Anonymous said...

The politis in Thailand has always been the same. Politicians say what they like and if they have are caught saying something wrong they ask for 'po-gib-net(Forgiveness.)That has been always the Thai way. I hope that it does not become the Malaysian way. See where Thailand is today. His Royal Highness the Sultan of Kedah has commanded that we should learn form the mistakes of our neighbours. Ramlax

Anonymous said...

Najib dah buat pengumuman MIC akan letak calun diUlu Selangor.Nak tengok "ketuanan Melayu UMNO dan Perkasa@Perkosa"" diUlu Selangor sebab disana ada 54% pengundi Melayu dan cuma ada 19% pengundi India.
Bukan nak lagakan MIC dengan UMNO cuma nak tau saja sejauh mana komitmen UMNO terhadap orang Melayu.Nak lihat jugak Perkasa@Perkosa@Pekasam ni nak kempen untuk siapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.