Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 6, 2010

LAGI GENG PRO UMNO DILINDUNGI OLEH KEPIMPINAN PAS PUSAT?

NOTA EDITOR: Saya menerima satu surat dari seorang ahli PAS yang satu negeri dengan Suwardi Yaakob, yakni Perlis Indera Kayangan.

Surat ini adalah pendedahan tindakan tidak sopan dan tidak amanah beberapa kepimpinan PAS Negeri Perlis di dalam berkawan dengan rakan dalam Barisan Alternatif.


Saya nasihatkan saudara supaya membuat laporan rasmi kepada SU Agung seperti yang saya telah lakukan kerana ada kemungkinan SU Agung yang baru ni pun tidak sedar akan memorandum ini.

Yang penting adalah kebenaran dan keadilan mesti ditegakkan. Sikap menikam kawan sendiri adalah sikap yang jijik dan tidak melambangkan akhlak Islam. Pembahagian kerusi adalah keputusan yang diambil di Peringkat PAS Pusat.

Apa pun alasannya, Keria Senawi tetap calon PKR yang menjadi komponen Barisan Alternatif. PAS patut menghormati keputusan parti kawan kita sepertimana mereka menghormati PAS apabila tidak meletak calon di tempat kita bertanding.

Kalau dicampur undi Bebas dan PKR, BN cuma menang dgn majoriti 948. Kalau ada satu calon Barisan Alternatif, kemungkinan ada harapan BA untuk merampas kerusi ini.

Tindakan seperti ini jelas menunjukkan betapa tidak wala’ kepimpinan PAS Perlis terhadap PAS Pusat.

Saya dah kata sebelum ini. Wala' hanya untuk ahli-ahli biasa dan picisan macam saya. Untuk orang atas, kalau langgar keputusan parti secara terbuka pun, masih boleh dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat.

Yang saya pelik juga, PJ Perlis juga terus dikekalkan sebagai Ahli Majlis Syura walaupun sudah ada aduan rasmi berkaitan perkara ini terhadap beliau?

Wala' dan akhlak jemaah HANYA UNTUK ORANG KECIL.

Sekian


Assalamualaikum W.B.T

Untuk makluman, Pas Perlis yang dipimpin oleh Ustaz Hashim Jasin salah seorang geng perpaduang telah secara terbuka menyokong Pengarah MTD Titi Tinggi Mohd Radzi Mustafa sebagai calon bebas menentang calon dari PKR dalam pilihanraya umum yang lepas.

Kami telah menghantar memorandum bantahan kepada Setiausaha Agong Pas sejak tahun 2008 tetapi sehingga ke hari ini kami tidak pernah dipanggil untuk siasatan oleh SU Agong dan Mohd Radzi masih bergiat dalam Pas dan masih memegang jawatan AJK Pas kawasan Padang Besar (lihat gambar yang dilampirkan; gambar terbaru pada Mesyuarat Agong Pas Kawasan). Setahu kami, mengikut perlembagaan Pas, ahli Pas tidak boleh bertanding sebagai calon bebas. Ini tambahan pula menentang calon parti rakan daripada PKR.

Ustaz Zolkarnain Abidin yang pada PRU lepas bertanding sebagai calon bagi kerusi Parlimen Padang Besar (Titi Tinggi dalam Parlimen ini) boleh mengesahkan bahawa beliau telah berkempen bersama-sama calon bebas ini dan calon bebas menggunakan Markaz Pas serta poster dan wang deposit calon bebas ini telah disediakan oleh Perhubungan Pas Perlis.

Di manakah keadilan dalam Pas kerana memorandum yang kami hantar telah diperam dua tahun oleh SU Agong parti?

Harap Sdr Abdul Rahman dapat dedahkan dalam blog saudara.


Salam perjuangan,




XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Ahli PAS Perlis Indera Kayangan

* gambar Mohd Radzi Mustafa di barisan kedua, lima dari kanan (baju melayu berwarna hijau)






7 comments:

Anonymous said...

Semua sampah sarap disapu dan disimpan bawah karpet...selesai masalah! Itukah budaya kerja dalam parti yg bertunjang kepada alquran dan assunnah???

Anonymous said...

Salam.. hati2 lah TB. jgn seronok sgt kutuk pada ulamak kita ni.mungkin apabila ulamak tak tahan silap haribulan, dia doakan kat ko, mampus ko nnt. terutamanya Harun DIN. seorang yg warak lg alim.. hati2 dgn doa ulamak.

Mungkin ko ada hujah menyatakan mereka tu buat penyelewengan,,tp dgn melondehkan dan melabelkan mereka macam2 tanpa usul periksa, itu dah dinamakan memfitnah.

Takutlah doa org2 alim ni.Tp mungkin Tb tak iktiraf mereka ni alim sbb mereka gol perpaduan..(lebih celaka dr UMNO ko ni)

john labu said...

patutnya cakap kita kena TAKUTT dg Tuhan!!
bukannya takut dgn doa ulamak... apa kau ingat gelaran ulamak tu LESEN doa mustajab ke..
apa kau ingat gelaran ulamak tu kekal macam dapat dato negeri melaka tu ker?
ulamak tu kita yg gelar selagi dia benar.. kalau dah tak benar, bohong dsbg kita panggil ....mak!

aku ingat klau lah doa puak UG ni mustajab dah lama TB ni bertukar jadi batu atau pokok..
tapi doa puak UG yg jual agama ni mustahil mustajab!!

pirahhh mabuk!! mengugut pulak puak-puak ularmak nihh..

Anonymous said...

Haha John Labu,,jgn emosi sgt. mana ko dpt tahu ulamak UG jual agama? siapa bagtau? TB ke? apasal TB? dia saksi benar ke? layak ke dia jd saksi?

Wahai John,,kalau rujukan ko adalah laman2 blog picisan ni,,baik takutla doa2 orang alim dr kena bala pada kita..

Kalau ko tak nak dgr pun tak apa,aku tiada rugipun..pirah mabukk!!ckp tu jgn riak sgt.nmpak mcm syaitan tu..

john labu said...

ciri-ciri ularmak ug,
1.suka mengkapirkan orang islam lain, buktinya kat trg.. aku ada simpan keset sbg bukti
2.suka tuduh org lain sebagai syaitan kalau tak sokong ug.. bukti nya kau!
3.suka bidaah mendakwa selalu mimpi jumpa nabi, mulut masin, doa mustajab.. dgn doa ularmak ug binasa lah orang lain! ajar orang BERSYIRIK lah tu.. buktinya kou!
4.mendakwa ugama halalkan asobiyah, melayu islam lebih aula dari muslim.
5.ulamak ug suka berbohong, contohnya nasa dan HA
6.tidak AMANAH cth NASA, orang bersidang/berdebat lwn apco dia minum kopi dgn geng apco.. baru dahaga sikit dah cari penyokong yahudi.. pejuang islam BANGANG!
orang undi suruh bersuara diparlimen.. belum bukak mulut dah dahaga..
7.berjanji setia dgn PR.. tapi tikam belakang. cth hasan ali, nasa, pj perlis dll.. cakap lain buat lain... kalau bukan munafik nak panggil apa tu??
8.khianat pd perjuangan asal pas
9. suka bercumbu/bermesra/memulia musuh lebih dari ahli pas.. contoh nasa!
10.tersangat bangga diri yg geng ug konon lebih hebat dan berilmu hingga angkat diri sendiri dgn gelar syok2 sendiri spt almaniri, altantawi, al-iragi, alriaki dan al-bangang la tu!
11.suka membela kaum sendiri walaupun salah dgn cipta dalil-dalil sampah dan dusta.. cnth HA pernah bela ADUN tganu yg pelahap duit zakat.. bukti rujuk arkib akhbar perdana.
12. dan tersangat-sangat banyak contoh2 dan bukti yg melayakkan ularmak ug bertaraf pendusta agama!

kau betul atau aku betul kita tunggu bila sama-sama dah mampus nanti... kita sambung hujah depan tuhan! surga aku tak gerenti, tapi neraka kita bulih pakat2 kongsi!!!
tengokla nanti berapa mustajabnya doa pendusta2 ug!

john labu said...

klu geng tganu ni tak payah rujuk blog.. dari zaman depa tengah bangang lagi aku dah kenai lubang hidung penipu mereka... dok jaja idea extremis sesat kt kg2. habis umno kapir waktu tu!
aikk sekarang nak berpadu dibawah panji melayu islam/1apco??
tahniah!! kau layak dipanggil bangsa MALAYZION!!! bravo UG..

Anonymous said...

Kpd John..
1. Mulut ulamak mmg masin sbb slalu berzikir, mulut ko payau
2.MMg melayu islam lebih aula,,ko duduk di mana ni? Perancis ke?Malaysia melayu islam la lebih aula..
3.HH n NASA tak suka berbohong,,tp yg berbohong TB, ko sokong TB ko pergi mampus!
4.Nasa minum kopi ko tahu di bincang apa?cuba jwb..ko pun selalu jgk ckp ngn org UMNO?ko kata nasa bangang,,ko buat apa utk ISLAM/PAS?amal nasa jauh lebih baik dari amal ko yg mengutuk ulama-ulama (waris nabi)
5. Isu tikam dari belakang ni org Pas tak main,,ada bukti kukuh tampil,,jgn jd bacul!
6. Ko tak suka ulamak,,cth ko kutuk Harun Din,sdgkan UMNO tak kutuk seteruk ko..jd ko lebih teruk dr UMNO (tak tau la ko golongan mana skrg)
7.mmg geng UG lebih berilmu,,sbb tu dia tak emotional mcm ko..geng UG malas nk serang ja geng2 anai2 ni sbb xmau keruhkan keadaan.. Golongan anai2 ni umpama botol yg airnya sedikit,,kocaknya kuat dr air yg penuh !!
8. Adun trg tak pelahap zakat-sudah tergolong dlm asnaf zakat tak semestinya syarat kena miskin baru layak- ko pergi mengaji agama dulu

Kesimpulan: kita jgn ego sgt kutuk ulama, walaupun mungkin mereka ada melakukan kesilapan..jgn celupar sgt mulut dgn org2 alim..kelak doanya amat mustajab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.