Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, April 2, 2010

Mengapa Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin yang Terkeluar Dari Syura?

SU Agung dilaporkan berkata:

“Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.
“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.

Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.”
Setakat yang saya baca dari pernyataan Dato Mustafa Ali tiada salahnya. Lagipun, Dato Mustafa Ali tidak terlibat dalam proses pemilihan Ahli Majlis Syura.

Dua yang terbuang adalah:

a.Ustaz Ahmad Awang
b.Ustaz Ghani Samsuddin

Kedua-duanya bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang melayakkan mereka menganggotai mana-mana badan yang menggunakan nama “Ulama”. Ertinya dari segi kelayakan, mereka lebih layak.

Kita nak tanya:

a.Mengapa dalam dua tokoh yang terbuang itu terdiri dari mereka yang anti
kepada “Kerajaang Perpaduang”?

b.Mengapa tidak membuang Ustaz HAshim jasin kerana disamping menjadi Ahli
Majlis Syura, beliau juga adalah PJ Perlis, AJK PAS Pusat dan Ketua
Pembangkang. Ertinya beban kerja beliau lebih banyak kalau terus berada
dalam Syura

c.Dato Harun Din yang melanggar keputusan parti secara terbuka MASIH
DIKEKALKAN sebagai Ahli Majlis Syura

d.Dari segi produktiviti, bukan Ustaz Ghani Shamsuddin lebih produktif dari
yang lain. Kebolehan ustaz Ghani dalam IT pasti memberikan nafas baru kepada
Majlis Syura Ulama PAS

e.Mengapa mesyuarat tersebut tidak meminta Dewan Pemuda menamakan calon selain
Ustaz Zaharuddin yang merupakan “MENANTU” Presiden PAS? Beliau pun cuma exco
Pemuda lantikan semata-mata dan tidak dipilih di dalam Muktamar Pemuda.

Bagi saya, kalau nak buang dua, seharusnya yang terbuang adalah:

a.Ustaz Harun Din – melanggar disiplin parti dan ada saham memecah belahkan PAS
b.Ustaz Hashim Jasin – Beban tugas serta keadaan kesihatan beliau serta
kedudukan beliau yang jauh di Perlis yang tiada lapangan terbang

Dengan terbuangnya kedua-ua tokoh tersebut memberi persepsi bahawa Majlis Syura Ulama PAS sekarang ini adalah pro UMNO.

Itu sahaja. Dan Cikgu Pa tidak dapat memberi apa-apa alasan yang dapat mengubah persepsi ini kerana persepsi ini berdasarkan kebenaran.
Tulang Besi

Mustafa: Tak timbul isu 'gugur' Ahmad Awang Jimadie Shah Othman Mac 31, 10 2:59pm .


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah, kanan) berkata tidak timbul isu penyingkiran tokoh-tokoh tertentu dalam majlis syura ulama parti itu kerana anggotanya dipilih adalah daripada kalangan yang terbaik.

“Orang yang dipilih mestilah tahu selok belok agama. Orang macam saya ini tidak layak,” katanya sambil ketawa ketika diminta mengulas mengenai bekas naib presidennya, Ahmad Awang yang tidak terpilih semula menganggotai majlis tersebut.
Mustafa menerangkan, untuk dipilih sebagai anggota majlis tersebut, semua mereka disyaratkan faham dan mahir dalam selok-belok agama.

Pada 23 Mac lalu, 12 anggota majlis tersebut - badan tertinggi dalam PAS - bersidang kali pertama bagi melantik lima anggota tambahannya, antaranya Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Haron Din, Hassan Shukri dan Hashim Jasin.

Bagaimanapun, pengguguran Ahmad - yang dispekulasikan lebih awal di laman blog - cuba dikaitkan dengan agenda “kumpulan pro-kerajaan perpaduan” apabila tokoh dari Perak itu dilihat sebagai antara yang paling lantang menentang idea tersebut.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, tanggapan di laman blog itu tersasar sama sekali kerana penulisnya tidak mempunyai maklumat yang tepat berhubung isu tersebut.

“Sebab itulah yang bukan-bukan,” katanya yang mengaku tidak perlu ambil peduli dengan dakwaan-dakwaan itu.
Katanya, dengan pindaan terbaru perlembagaan PAS - yang menetapkan pelantikan anggota tambahan, daripada tujuh kepada lima orang - sudah tentu menjadi persaingan untuk dipilih ke majlis syura lebih sengit kerana bilangannya makin sedikit.
Sebelum ini, anggota majlis tersebut terdiri daripada empat wakil jawatankuasa pusat dan empat lagi daripada Dewan Ulama. Kelapan-lapan mereka kemudiannya melantik tujuh anggota tambahan, menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.
Manakala perlembagaan barunya pula mengatakan, selain masing-masing empat wakil daripada kedua-dua dewan itu, dua lagi dewannya - Pemuda dan Muslimat - turut diperuntukkan masing-masing dua kerusi, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 orang.

Mereka kemudiannya akan bermesyuarat dan melantik lima lagi anggota tambahan, menjadikan anggita keseluruhannya 17 Orang.

Sementara itu, diminta mengulas kenapa PAS perlu meminda perlembagaan sehingga mengubah struktur majlis tersebut, Mustafa menjelaskan, cadangan yang diutarakan dalam muktamarnya pada tahun 2006 itu sebenarya melibatkan banyak perkara.

“Majlis syura ini hanya sebahagian daripadanya,” kata bekas pemimpin PAS Terengganu itu.

“Kita mahukan lebih perwakilan. Kita hendak juga dengar pandangan-pandangan daripada Dewan Pemuda dan Muslimat,” kata Mustafa.


16 comments:

Anonymous said...

Zainul Faqar yang biadap

Ada ilmu tapi tidak diamalkan, ada adab tapi tidak dipraktikkan, ada maruah tapi ditelanjangkan, sayangkan jamaah tapi merendah-rendahkan orang lain dihadapan khalayak.

Apakah motif Zainul Faqar menerjah Ust Nasharuddin Mat Isa ketika sedang berbual dengan seorang ahli parlimen Umno ketika parlimen sedang bersidang berkenaan isu APCO. Bagi Zainul Faqar, isu itu terlalu besar sehingga tidak boleh berehat untuk minum air.

Kalau ya pun ingin tahu apa yang dibualkan oleh Ust Nasha, kenapa sampai ‘ditelanjangkan’ maruah kawan itu semata-mata kerja bodoh engkau tu.

Apa yang buruk sangat berbual dengan MP Umno tu. Dan satu lagi, kenapa terdesak sangat engkau ingin tahu apa yang dibualkan mereka berdua.

Tak boleh ke buat secara baik, tanya dengan baik, bagi Ust Nasha selesai dulu minum pastu jumpa dan ajukan persoalan yang engkau mahu tanya sangat kalau ya pun penting bagi engkau orang.

Anonymous said...

kahkahkahkahkahkahkahkah...
hahahahahahahahahahahahah....
kelako giler....
TB memang ada bakat ganti din beramboi..
kahkahkahkahkahkahkah....
kalau di kedah dulu2 ada penglipur lara yg di panggil TOK AWANG BATIL.
TB memang layak!!

Grand Marquis said...

Orang dah kata dari dulu lagi. TB, hang buat parti politik hang sendiri, lepas tu hang lantik aje mana-mana orang yang hang rasa suka dan layak jadi Syura.

Itulah solusi yang terbaik untuk hang yang tak habis-habis nak mencaturkan hala tuju pas, walaupun hang ni tak de jawatan dan tak perlu bertanggungjawab.

john labu said...

4 wakil syura dr AJK pusat = sekutu geng tganu
4 wakil syura dr Dewan ulama =
pencacai geng tganu
2 wakil pemuda = produk clone dolly geng tganu
2 wakil muslimah = isteri2 pencacai la geng tganu la tuu..

nama baru : Majlis kura-kura UG Tganu dari parti PUPUS (PARTI ULARMAK PENYOKONG UMNO SEMALAYSIA)

Musafir said...

Lawak plak aku tgk TB ni. Sedap2 je hukum orang. Mcam maklumat dia boleh pakai je. Persepsi hang 2 dah xboleh pakai. Mana hang x suka hang hentam habis2. Pas2 suruh orang terima pendapat hang. Orang yang x terpilih x cakap apa2, tetiba hang melolong sorang2..

Anonymous said...

Kena ada satu cara untuk cara untuk memprotes keputusan dan tindak-tanduk Presiden dan golongan UG yang dipimpin oleh Mustapha Ali.

Mungkin salah satu ialah penyokong PAS/Pakatan diakar umbi memboikot semua acara atau ceramah jika salah satu dari mereka hadir. Jangan ambil pusing atau hirau langsung.

Orang macam ini jangan dibagi muka. Jenis mabuk kuasa tak reti malu.

Anonymous said...

suruh je faqar berhenti makan gaji dgn harakah daily.. dah rasa pandai sangat.. maklum lah skrg blog dapat duit banyak wak iklan

Anonymous said...

ssalam...
yg marah marah kt hang ni semua geng UG ngok je...

anafakir said...

salam..saya pun heran gak kenapa yg mmg arif dalam ilmu agama dan hukum hakam dipinggirkan.Kenapa tidak ditambah menjadi lebih ramai?Peraturan tu kita yg buat bukan mengubah Al-Quran?..Adakah niat TOKGURU Nik Aziz ingin dilepaskan dari jawatan Mursyidul Am ada kaitan dgn isu ini..isu 'kerajaan perpaduang' tu?Kalau benar mereka yg menduduki majlis syura itu berilmu yg tinggi kenapa tidak berlapang dada jika dikritik dan diberi sedikit tentangan selagi ia berlandaskan agama?...mana pergi sikap rendah diri dan 'hakikat siapa yg bercakap, dan siapa yg mendengar bercakap'...masih wujud kegoan dalam diri masing-masing,kenapa masih ada sikap manusia yg seolah-olah ingin menjual agama untuk dunia.Kalau ulamak pun ada yg hububduniya..
susah la umat hari ini untuk memilih antara kebatilan dgn kebenaran.Rakyat tertipu selamanya..

Anonymous said...

Anon 12.28pm,

Zainulfakar tidak biadap cuma dia geram agaknya mengapa Tim.Presiden PAS berada diluar Dewan berbual pula dengan Menteri UMNO masamana ahli-ahli Parlimen lain dari PR berhujah dengan orang UMNO.Memang tidak salah berbual dengan orang UMNO cuma "timming" saja yang salah.Memang tak salah nak keluar minum dikafeteria,cuma suasana dan waktunya saja yang salah.
Zainulfakar tidak biadap sebaliknya Nasaruddin Mat Isa yang biadap kerana tidak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagaimana yang diharapkan.Manusia jenis ini wajar sangat dilayan sebagaimana yang dilakukan oleh Zainulfakar."Respect must be earned".

mat abc said...

TB,

Apa yang dikomen oleh John Labu(diatas) adalah strategy yang dirancang oleh Mustafa Ali,Bapa Perpaduang.Dia jangan fikir orang bodoh dan tak dapat menjejak dan mengesan cara dan kaedah gerak-kerjanya.Pandai dia kata orang tak faham,sebenarnya dia yang tak faham bahawa orang semua sudah faham.

Ahli Pas anti pimpinan bacul said...

Satu lagi Tulang Besi, Haron Din tak layak sebagai pemimpin kerana ketika gelombang perubahan 1999, dia bacul dan tarik diri dari bertanding Dun di Perlis dan lawan Mahathir di Kubang Pasu atas alasan kes hutang.

Ramalan ramai kalau dia bertanding masa tu, mungkin Perlis juga akan ditawan Barisan Alternatif.

Anonymous said...

Haron Din:
1. Cakap besar, sampai masa terkincit2 dlm tahun 1999 2. Bohong 3. Gila Umno

Majlis syura atau majlis syuru?

john labu said...

Gm tak ori,
apa kata puak kou plak tubuh parti baru?
dari dok pecah belah parti dan rosakkan parti..
baik kou orang tubuh parti baru, parti penyokong umno ke atau parti ugama hadi ker...
Lagi pun Pas bukan harta pusaka bapak kou orang!!

Dagang said...

Salam TB..kamu bercakap tanpa hujah memberikan andaian majlis syura ulama Pro UMNO,,sedangkan Dato' Mustafa membawakan hujah yg kukuh..

Jadi ulasan ko ni hanya buat dosa kering sahaja.

Nampaknya usaha golongan anai2@PAS Recond akn malap dgn hujah2 yg lemah dalam menewaskan golongan yg benar..Isu perlantikan anggota majlis syura menampakkan golongan sealiran dgn PAS RECOND hanya golongan picisan yg hanya memberi masalah kpd PAS.Insyaallah golongan ini akan lenyap di makan fitnahnya sendiri..

..TAKBIRR!!

fugaz said...

Teruskan TB & Zainul Faqar..tegur mana yg tak betul..jgn wala' tak tentu hala..cakap kat pemimpin PAS semua bukan senang nak jadi pemimpin..
kepada pemimpin PAS terutama dari nganu..tawanlah Negeri mu tu balik dari BN..sebab kebanyakan pemimpin atasan Pas dari nganu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.