Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, April 23, 2010

Pengundi Luar Akan Memenangkan Pakatan Rakyat

Harus setiap penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat mengusahakan keseluruhan pengundi Pakatan Rakyat yang mengundi di Hulu Selangor pulang ke Hulu Selangor untuk mengundi.

Harus juga setiap yang membenci korupsi, maksiat, salah guna kuasa serta pembohongan yang penipuan Barisan Nasional dan UMNO untuk berbuat yang sama.

Fakta menunjukkan pengundi muda akan mengundi Pakatan Rakyat lebih dari pengundi tua.

Kenapa kita mesti menangkan BN? Semua "katak-katak" yang meloncat baru-baru ini TIDAK DAPAT MEMBERI APA-APA SEBAB yang konkrit untuk keluar dari PR dan masuk BN. Malahan Dr Halili pun merapu di dalam menyokong tindakan beliau menjadi katak.

Ertinya, tiada sebab untuk BN menang. Masaalah Felda di Hulu Selangor sudah menjadi barah selama 50 tahun dan BN gagal menyelesaikannya.

Maka, kalau pun tiada sebab, PR wajib dimenangkan di Hulu Selangor semata-mata untuk memastikan masa depan anak-cucu kita terjamin dan terselamat dari kebodohan dan penipuan Barisan Nasional serta UMNO.

Tulang Besi

Pengundi muda dirayu 'balik kampung', Aidila Razak, Apr 22, 10, 5:25pm
Dengan baki tiga hari lagi sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, PKR merayu pengundi yang menyokong parti itu supaya pulang ke kampung halaman masing-masing pada Ahad ini untuk mengundi.

Kain-kain rentang didirikan mengingatkan pengundi bahwa PKR akan tewas jika pengundi yang bekerja di luar Hulu Selangor, khususnya golongan muda tidak pulang.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Khai Loon (bawah, kanan), purata 10 peratus daripada 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor sekarang ini bekerja ataupun menghuni di tempat lain.

“Daripada sessi bermesra dengan penduduk tempatan, kita dapati daripada setiap 100 rumah yang dilawati, 10 keluarga mempunyai anak-anak yang bekerja ataupun menghuni di tempat lain,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu hari ini.

Justeru, katanya, PKR akan cuba merayu pengundi muda berkenaan supaya pulang melalui kempen di Facebook, laman mikro-blogging Twitter, mesej teks telefon dan video di internet.

“Kami juga menggesa rakan-rakan dan keluarga untuk memujuk mereka yang tinggal di luar Hulu Selangor untuk pulang Ahad ini. Gunakan pilihan raya kecil ini sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan keluarga,” katanya.

Pen
yelaras kempen DAP, Lau Weng San berkata pihaknya akan juga mengiklankan mesej berkenaan di akhbar arus perdana hujung miinggu ini untuk tujuan berkenaan.

Beliau meramalkan separuh daripada pengundi muda dari Hulu Selangor bekerja di kawasan seperti Kuala Lumpur, Rawang, Selayang dan Tanjung Malim.

“Pengundi muda adalah penyokong kita, jadi kita tidak boleh kehilangan satu pun undi mereka,” katanya.

Undi Orang Asli

Selain undi golongan muda, parti-parti politik juga cuba meraih undi 721 orang Asli.

Bagaimanapun menurut PKR, BN menggunakan taktik kotor memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk berkempen bagi pihak mereka.

Mereka mendakwa kenderaan JHEOA digunakan bagi membawa barangan kepada orang asli dan logo jabatan itu dilekatkan logo BN.

Antara barangan yang diberikan termasuk biji benih, makanan, alkohol, menganjur konsert rock dan juga wang tunai.

Namun menurut penduduk Kampung Orang Asli Serendah, Masah Anak Tan, dia masih tidak terpengaruh kerana BN melayan mereka tanpa sebarang hormat.

“Mereka datang membawa manggis dan kelapa tetapi setelah mengambil gambar, manggis-manggis itu dipunggah semula ke kenderaan mereka,” katanya.

Masah (kiri) juga m
engadu mengenai pondok polis sementara yang didirikan di kampung mereka yang dikatakannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

Bagi Ramli Lugan, seorang Asli yang juga penyokong PKR, kehadiran polis itu dilihatnya sebagai satu bentuk ugutan.

Penduduk juga mendakwa JHEOA menggesa mereka menghalau para penyokong PKR yang kini menetap dengan beberapa keluarga orang Asli.

Exco kerajaan negeri Selangor bagi hal ehwal orang Asli, Elizabeth Wong menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencengahan Rasuah dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk bertindak terhadap salah laku itu.

6 comments:

cakap-lepas said...

Puteri UMNO memang sah buta agama.Al-quran pun tak tau baca

http://cakap-lepas.blogspot.com/2010/04/website-puteri-umno-hulu-selangor.html

Anonymous said...

apa dah jadi dengan pakatan? harap pengundi luar sahaja nak buat apa?

MB Selangor pun sekarang berdepan dgn isu YBK tak tahu nak jawab apa. Hari itu dah tunjukkan bukti, tapi senyap sahaja sekarang ni.

Isu apco pula, anwar sekarang dah siap tunjuk bukti lagi, tapi bila buat cramah dgn org kampung di hulu selangor, mereka pun tak faham apa2. Anwar sendiri pun mengagung-agungkan bangsa orang putih, siap cakap inggeris lagi, muka orang2 kampung pun dah lain2.

nik aziz datang nak buat apa pula? nak keluarkan fatwa pasal minum arak pula? ataupun, fatwa pasal taubat? apa2 pun PAS, yang dah jadi kesalahan tu, memang kesalahan. Isu nya di sini ialah, zaid minum, mengaku minum, pastu bertaubat, orang lain pun blh buat juga.

tapi, bila cerita mengenai minum arak ni diperbesarkan/macam juga anwar sodomi, akan memberikan gambaran pada anak muda kita bahawa pemimpin2 ni semuanya tak perfect. kalau tak perfect, mereka pun akan fikir, tak apa minum sekarang, nanti2 boleh taubat. Pemikiran beginikah yang kita mahukan utk anak2 kita ya?

Melayu di hulu selangor kena tahu semua ini, jgn ikut emosi marah ke, atau kesian dengan anwar kah, sebagai excuse utk undi PR. Balik2 rugi diri sendiri sahaja.

Anonymous said...

FAKAP !!!
Nik Aziz dilarang berceramah di masjid Hulu S'gor
MEREKA UMNO BN GENTAR TOK GURU !!!
kaki licak... badan bergagar.... jangtung hati berdegup kuat !!

HIDUP TOK GURU !!!
TAKBIR !!!!

Anonymous said...

Calon BN ialah penundi hantu,pakai sijil hantu dan karetor pun macam hantu..negara dah jadi hantu..tak lama lagi ekonomi akan menjadi lagi hantu.. pakcik yg mengundi calon hantu tak akan ada dui utk bili rokok daun dan minum kopi o..dan makcik tua yg pangkah X utk BN kerana teringin sangat nak rantai emas akan terpaksa gadai yg masih ada..aachi tangachi tata pati yg yg termakan aley ootan HINDRAF/Makkal Sakti terpaksa cari wakil pakatan utk bantuan welfare( dengar cerita dui welfare pun la ni dah dirompak!!)..dan ah pek aunti yg kasi BN minan kena cali ah long mafia utk bikin minaga..ya,teruskan cycle hantu BN supaya masa depan negara sentiasa gelap..blow away the candles..blw em out..

Anonymous said...

engko yg merapu engko tak sedar. duduk depan PC, apa yg ko tau.

diaorg yg lompat tu semua berkorban harta, jiwa dan raga utk sokong nuar.

diaorg lebih kenal nuar dari ko.

din

Anonymous said...

Dengar khabar,9 ekor anjing pariah MIC dri Kg Buah Pala dtg utk kempen utk UBN..ya,9 ekor sub human yg tak dapat apa apa pun sebenarnya telah dibeli awai2 oleh MIC utk bikin kacau bilau..Guan Eng ,Prof Ramasami ada semua maklumat..Waytha,Uthaya janji nak bawa kes kpg buah pala ke UNESCO..kunoonya,KBP boleh diclassfy sebagai suatu heritage site!!Wahat a sham!!Non stop Bull Shit and lies!!Dulu ciakap Magarani Elizabeth nak kasi RM50k utk setiap yindia yindoo pipul pd 25 Nov,2007..apa jadi?Langsung tak ambik insiatif utk hantar memo sebelum dan selepas demo,dan pada hari demo,tiba2 talivar HIndoo Draf jadi tikus..ada yg duduk dlm hotel Maya,ada yg buat semi tak tau,ada pula cakap kosong..why?sebelum tu dok propoganda,nataa muslim kasi habis kasi yindia orang..dlm kes auta utk claim RM14 trillion,si auta waythamoorthy,Uthayakumar cakap,islam/muslim punya pasai,india orang menderita..ya,dia sebut banyak mcm tu banayk kali dlm dia punya auto efidevit yg dia fail di middlesex,uk..semua auto kareh..semua talam dua muka ejen BN..lebih 50 tahun,penduduk india telah dipu,di kelentong,oleh para auta pemimpin yindia dri BN and this includes auto kareh like Waytha,Uthya,Thenendran..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.