Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 20, 2010

PERKASA Kempen Lawan Calon Melayu, Sokong Calon MIC?

Hairan bin Ajaib. Dalam PERKASA sebuk-sebuk berkokok kononnya mempertahankan hak Melayu, boleh pulak turun berkempen lawan calon Melayu.

Dilaporkan Berahim Ali akan berkempen di Hulu Selangor untuk memenangkan calon MIC, P. Kamalanathan.

Inilah orang-orang tua kata Mengata Dulang Paku Serpih. Tidakkan PERKASA sedar kiranya menang Zaid Ibrahim, jumlah MP Melayu di Parlimen akan BERTAMBAH. Kiranya menang calon MIC, jumlah MP Melayu di Parlimen akan BERKURANG.

Jadi, apa hujjah Berahim dan PERKASA berkempen di Hulu Selangor untuk MIC? Tindakan Berahim ini tidak lain membuktikan Berahim serta PERKASA adalah BARUA UMNO semata-mata. Tidak lain dari itu.

Sampai sekarang kita tak dengar walau satu nada pun kemarahan dari PERKASA terhadap kerjasama UMNO dengan syarikat Zionis Yahudi bernama APCO.

Ertinya PERKASA redha dengan hubungan dengan Yahudi/Zionis. Yang PERKASA tidak redha hanyalah Pakatan Rakyat dan PERKASA digunakan sebagai alat untuk MENJATUHKAN PAKATAN RAKYAT.

PERKASA tidak hairan dengan judi, arak, hubungan dengan Yahudi Israel, zina dan sebagainya. Ini semua adalah sebahagian dari perjuangan PERKASA.

Dan, menentang calon Melayu di Hulu Selangor pun sebahagian dari perjuangan PERKASA.
Secara otomatik, jadilah PERKASA ni pertubuhan TIDAK TENTU ARAH. Sedihnya tengok ramai yang dokong pertubuhan macam ni

Tulang Besi

Kami bukan rasis, kata Ibrahim di Hulu Selangor Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 19 April — Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali muncul dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor secara langsung sambil menegaskan, badan bukan kerajaan (NGO) itu, malah dirinya sendirin”bukan rasis” sebagaimana dilabelkan oleh sesetengah pihak.

Ini kempen pilihan raya kecil pertama dihadiri beliau selepas Perkasa — NGO kaum Melayu terbesar di negara ini sekarang — mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun Ibrahim memulakan ceramah pertamanya di Batang Kali malam tadi dengan berkata, beliau tidak berada di Hulu Selangor atas kapasiti sebagai Presiden Perkasa.

Awal bulan lalu Ibrahim juga mengetuai usaha penubuhan Majlis Perundingan Melayu — di mana kedua-duanya bermatlamat memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Bagaimanapun suara lantang Perkasa dan MPM dilihat sebagai golongan ultra Melayu dan bergerak atas landasan perkauman dengan menafikan kepentingan kaum-kaum lain.
Justeru, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kesediaan beliau untuk turun kempen membantu calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dengan sendiri membuktikan beliau dan Perkasa tidak berjuang berlandsarkan garisan perkauman.

“Perkasa bukan rasis, saya bukan rasis, saya ini bukan Melayu ultra,ntapi saya datang dan menyokong calon BN Kamalanathan walaupun adancalon Melayu bertanding,” kata beliau ketika ditemui di bilikngerakannya di Prima Beruntong, Bukit Beruntong sini semalam.

Kemudian beliau berceramah di kawasan Batang Kali. Ibrahim telah mengaturkan siri aktiviti ceramah termasuk majlis Bersama Datuk Ibrahim pada Jumaat ini.
Pilihan raya kecil menyaksikan empat calon bertanding iaitu Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat, V.S. Chandran dan Johan Mat Diah masing-masing calon Bebas.

Pandangan Ibrahim ini keluar dua hari selepas Kamalanathan, yang juga penyelaras Putera MIC, mempertahankan peranan Perkasa yang memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.
Tidak salah bagi mana-mana badan untuk memperkasakan kepentingan kaum masing-masing, katanya.

Malah menurut Kamalanathan, Perkasa yang dilabelkan sebagai kumpulan sayap kanan tidak ‘berperang’ dengan bukan Melayu kerana mereka bermatlamat bagi meningkatkan pengeupayaan komuniti Melayu.

Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dalam kempen pilihan raya kecil ini, sebaliknya beliau turun berkempen membantu selaku wakil rakyat Bebas atas dasar semangat kepentingan nasional dan kestabilan negara.

“Perkasa tidak berkempen dalam pilihan raya kecil. Saya tengok (berkempen) atas kepentingan nasional,” katanya.

Mengenai pengedaran gambar yang memuatkan mesyuarat agung tahunan Perkasa, Ibrahim memberitahu gambar-gambar yang digunakan itu bertujuan menakut-nakutkan orang Cina dan India kononnya Perkasa adalah rasis.

“Kita juga boleh buat begitu, ambil gambar NGO Cina dan edar di kalangan orang Melayu dan India... saya boleh guna perkara yang sama... tetapi kami tidak buat sebab kami bertanggungjawab atas keselamatan negara,” katanya.

“Tetapi saya pastikan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak,” kata beliau sambil menambah ia satu tindakan publisiti murahan.
“Saya tidak fikir orang bukan Melayu akan terpengaruh dengannya,” Kata beliau yang berpandangan ia boleh menyebabkan kesan songsang kepada mereka yang menggunakannya.

Ibrahim yang turut menyentuh isu Zaid berkata beliau akan mendedahkan wajah sebenar bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Jumaat ini.

“Datuk Zaid minum arak atau tidak, saya akan dedahkan pada 23 April ini,” katanya.
Bagaimanapun kata Ibrahim, wakil rakyat dari Kelantan di mana Zaid merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Baru, pengakuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan sendiri menunjukkan Zaid pernah mengambil minuman keras.

“Tetapi Hadi berkata Zaid bertaubat... buktinya memang wujud,” kata Ibrahim.
Kelmarin, Hadi dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

“(Naib Presiden PKR) Azmin Ali semalam (kelmarin) kata buktikan (berhubung perangai Zaid)... saya akan buktikan pada 23 April ini,” katanya.

Ibrahim juga berkata, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sengaja meminta bukti kerana hendak menjatuhkan Zaid sebagai persiapan menghadap pemilihan jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.

Dalam ucapannya Ibrahim juga mempersoalkan pendirian Zaid yang mencabar isu hukum hudud di mahkamah dan bagaimana PAS boleh mempertahankan beliau sekarang.

14 comments:

Anonymous said...

Tulang Besi..takkan melutut pulak nak kan sokongan Perkasa...Tulang Besi kan tak suka kat Perkasa..lebih perlukan undi bukan Melayu..biarkan Ibrahim Ali tu...takkan baru sekarang nak sedar..nak sokngan baru nak ungkit..usaha lah sendiri...banyak auta la lu Tulang Besi..Tulang Besi kempen Lawan UG ,sokng erdgan..lagi parah...dalam satu parti...

Anonymous said...

ibrahim ali memanglah bersongkok dan diindahkan dengan pakaian melayu tetapi hati totok umno/apco.dihidupkan oleh parti pas parti islam akhirnya menentang islam menyokong umno/apco.sial punya mangkok hayun.

Anonymous said...

Tulang besi juga tidak peduli dengan kaki judi:

Kelantan Captures $450,000 Jbba Trophy

KELANTAN CAPTURES $450,000

“About -700m from home, I knew he could take me into the race and he justkeptgiving in the straight.” JBBA Trophy-winning jockey Ronnie Stewart

It was the Zaid Ibrahim-owned bay colt's third win in nine Kranji starts. Back in New Zealand, the well-pedigreed Kelantan cost NZ$135,000 ($132,000) as a yearling.

Tulang besi ajak org Melayu Hulu Selangor sokong kaki judi.

Nik Aziz kata tidak apa sokong DAP sebab mereka bukan Islam, jangan sokong org Islam tapi lawan Islam.

Saya saman Hudud-Zaid

Tulang besi nak suruh org Islam hulu Selangor pangkah org lawan Islam ke?

Anonymous said...

perkasa di poket...di kepala hampas pun tadak...dah katak le katakan

Anak Perelih said...

ada kuda lumba ni... arab pun ada berlambak... arab Saudi Arabia pulak tu.... ada kuda lumba tak semestinya kaki judi....

fiona said...

Please do not misunderstand what Perkasa is doing..it can be misleading to say that Perkasa is supporting MIC and in that sense implying that they are supporting the Indians.

Yes, it is right, Perkasa is an NGO organization that is defending the right of the Malays.

But their campaign in Hulu Selangor shows their support to BN- that is their right to do so.

And it also reflects the one malaysia spirit that whoever the leaders are, they represent all races/religions in Malaysia.

Perompak Cinta said...

Masyarakat Hulu Selangor bertanggungjawab menentukan pemimpin yang mereka.

Karekter seseorang semestinya penting kerana secara langsung menunjukkan jenis pemimpin tersebut. Keperibadian seseorang juga mencerminkan jika seseorang itu ikhlas, berprinsip, bertanggungjawab, komited, dan bermoral tinggi.

Zaid seorang professional, berpendidikan tinggi, dan disegani. Namun, atas kesilapan masa lalu, beliau dikecam. Beliau juga merasakan dengan pengakuan yang beliau pernah minum, masyarakat akan menerima kesilapan beliau. Memainkan isu bahawa dia hanya manusia biasa.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah, rakyat Hulu Selangor penentu, mungkin juga penanda aras, sama ada karekter seorang individu penentu kepada kejayaan seseorang sebagai pemimpin. Jika diikutkan oleh fikiran yang rasional, sebaik-baik pemimpin ialah seorang yang baik budi pekerti & dihormati ramai, tidak diragui masa silamnya, serta mengamalkan self-discipline yang tinggi.

Kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

dear tulang besi

tak payah heboh pasal perkasa sokong calun melayu ataunpun india. ini tak patut kami kisah.

anyway, pakatan supporters should rise above petty racial issues like this. any candidate who is clean and trustworthy, kami sokong.

berahim katak ini desperado. just let him be. he is suffering every minute he is awake.

4RAKYAT

arus perjuangan said...

perkasa sudah jadi pekasam sebab cakap tak serupa bikin

Anonymous said...

Kepada Ibrahim Ali AlKatakki,Perkasa@Perkosa@Pekasam tu cuma topeng dan wayang saja.Hakikatnya dia hendak menyokong UMNO.Kalau dia sebut sokong UMNO takut nampak sangat apatah lagi dia sudah dinyahkan dari UMNO.Untuk nampak molek,sebutlah Perkasa.Dimana ada UMNO disitu ada Alkatakki.Ada baiknya kita jangan ambil kisah tentang AlKatakki ni - hidup akan lebih berfaedah.

Anonymous said...

Saudara TB,

PERKOSA aka kepala Raja Katak menyokong Calon India MIC sebab that Kamala Parpu ndeh khasnya and MIC baggars amnya already admit that their great grand parentscame to this country as beggers of the low class.Its as simple as that.

Vengai

zakwan said...

I guess Berahi Ali is the true "raja putar alam"

Anonymous said...

Alhamdulillah Zaid sudah berubah. Tetapi bukan Zaid seorang saja orang Islam yang minum arak. Ramai lagi pemimpin yang belum berubah. Mufti bagaikan tunggul kayu takut nak tegur.

Anonymous said...

apalah nak diharap dengan Berahim ali atau PERKASA ni.... bukannya berjuang untuk melayu... hanya bertopengkan perjuangan melayu saja... Berapa kali lagikah Melayu nak ditipu oleh Ibrahim Ali?????..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.