Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, April 23, 2010

Perutusan Mursyidul Am PAS Untuk Pengundi Hulu Selangor

NOTA EDITOR: Berikut adalah perutusan khas dari Mursyidul Am PAS Pusat, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sempena Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Selamat membaca.

Perutusan Mursyidul Am Untuk Pengundi Hulu Selangor Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera. Firman Allah SWT (al-An'am 6:162),



Maksudnya, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman. Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya. Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.
Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , "sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.
Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama.

Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah "sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)."

Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati.


Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.
Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat.

Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.
Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi.

Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.
Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran.

Inilah bahananya dasar Umno.
Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi. Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian. Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi. Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?
Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian.

Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.
Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi. Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat.

Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa 'apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.' Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip 'sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.' Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.
Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular.

Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata.

Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa.

Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.
Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian. (Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum.

Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.
Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS.

Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, 'royalti' ditukar kepada 'ihsan' dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.


Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam.

Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.
Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),



Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ."


Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.


Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor.

Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.
Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Harapan Baru Malaysia"

*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS

18 comments:

Cencaluk said...

Daripada apa yang aku faham TGNA mengatakan UMNO telah meletakkan penghalang antara Melayu-UMNO dengan Melayu-PAS.

Kalau tak salah aku le PAS yang meletakan penghadang ini ke atas umat ISLAM di malaysia apabila mengeluarkan fatwa yang berimamkan orang UMNO tak sah sembahyang, dinikahkan oleh orang UMNO tak sah nikah dan sekiranya salah seorang dari suami atau isteri yang menyokong UMNO maka pasangan itu hendaklah bercerai dan banyak lagi fatwah yang menyebabkan pecah belah keluarga dan masyarakat, sehingga ada yang bersembahyang dengan 2 imam.

Apakah semua ini hasil kerja UMNO?

TGNA banyak melukai perasaan umat islam (Melayu) apabila banyak mengeluarkan fatwa yang lebih berkiblatkan politik untuk dirinya yang mana beliau tahu pengikutnya akan mengikuti dan mentaati fatwa yang diwartakannya tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Apakah TGNA sanggup menanggung beban dosa setiap ahli PAS yang melakukan kesalahan dan kemungkaran akibat fatwanya itu.

Anonymous said...

Ksian kat hang! karat abis..

Anonymous said...

KALAU NAK BERTAKWA KPD ALLAH JADILAH ORG ISLAM YG SEBENARNYA JGN JADI PEMGAMPU POLITIK MURAHAN SEHINGGA SANGGUP MENJUAL AGAMA DEMI DAP DAN GOLONGAN LIBERAL PRO MURTAD.

Anoinimuz said...

patutla CENCALOK ni busok... euww...kuffar....

ataspagar said...

PAS untuk SEMUA,
DAP untuk CINA,
PKR untuk ANWAR BERAHIM,
BN untuk 1MALAYSIA,
ISRAEL 4 ALL.

dino.yp@gmail.com said...

satu jari tunding kat orang, 5 jari tunding kat diri sendiri...

Anonymous said...

cencaluk...ko ni lahir dari zaman UMNOgok sbb 2xblaja what is islam n ihsan n ape tujuan kite hidup!yg korang taw perpaduan melayu, ble ke melayu bawa ko masuk syurga weh?TGNA if die salah mmg die tanggung sume pe die kate n umat pengikut die but aku tanye ko yg bercakap ni ade buat solat 5waktu ke besides sebelum ko tulis nite td?think before u said men...malaysia mmg dh dekat nk same dgn israel selama mane UMNOgok memerintah sbb depa xajar orang hormat ulama even among UMNOgok ulama...

Anonymous said...

alahai..
1.Tak salah nik aziz turun kempen ke ulu selangoq!
2.TAPI!sebelum berkokok dinegeri oghang!PASTIKAN:
2.1.Dia menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh kickdefella!Kes rasuah tokey balak pada Pasti dan sebagainya!!
3.Kalau tidak!!macam KETAM je!!!oghang dengak dan senyum sumbing jeee!!!

Pengundi H/Selangor said...

Sebagai Pengundi Hulu Selangor, apa yang boleh saya nasihatkan kepada Tuan Guru Nik Aziz dan semua ahli PAS, jangan lah jadi barua kepada Anwar laknat nie.

Reputasi imej dia dan Zaid kali nie amat merundung. Gejala moral seperti meliwat, main undi belakang, kaki botol, kaki judi, rasuah, penipu, kaki mengena orang, kaki kelentong dan pemutar alam tak lekang-lekang ditiup ke telinga kami.

Melayu, cina, india dan penduduk asal (ayat baru digunakan oleh DAP)percayainya sebab hujah-hujah yang diberikan amat kukuh. Yang kami heran, macam mana PAS masih beriya-iya nak menegakkan benang basah.

Mana kewibawaan anda semua? Masaalahnya, kamu semua membawa bersama label ISLAM, jadi apa gambaran yang orang bukan islam dapat rumuskan tentang ISLAM..

Penkianat bangsa satu hal, pengkianat agama ISLAM lagi teruk. Fikir-fikirkan lah....

Anonymous said...

Bro,sesuatu perlu dibuat dgn segera utk 13,000 misplaced penggundi!Puak dayus BN at last mengakui membuat banyak kesilapan,dan takut dibelasah oleh Pakatan punya pasai,jemput anasir2 luar utk membantu mereka.Tenggokalah..BN kontrol segala jentera..tetapi disebabkan hotak mereke tu cacat,low in evertying,mereka sanggup juai maruah dan negara utk melindungi kepentingan mereka..so,better do something 4 the 13k voters fast..and tell FELDA sttlers, mereke perlu berani utk megubah nasib mereka supaya tidak lagi menjadi hamba kpd janji2 palsu Barisan Netanyahu!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Gua bukanlah pandai sangat, tapi bab kenyataan kickdefella jelas x masuk otak, dan kenapa SPRM x tangkap TGNA. SPRM ni kalau bab pakatan memang straight.

Bab komisen untuk program rakyat, tidak jadi masalah, ini komisen untuk bawa bini buat botox, atau enjoy sana sini mabuk sana sini, pergi kasino luar negara yang x boleh. Semua orang dah heboh Menteri UMNO yang tertidur di mesin slot judi di luar negara. korang je x nak dengar.

WALLAHUALAM

Anonymous said...

//KALAU NAK BERTAKWA KPD ALLAH JADILAH ORG ISLAM YG SEBENARNYA JGN JADI PEMGAMPU POLITIK MURAHAN SEHINGGA SANGGUP MENJUAL AGAMA DEMI DAP DAN GOLONGAN LIBERAL PRO MURTAD.//

Piraah butoh!!kahkahkaha..

Anonymous said...

nik ajis ni barang tak berapa nak bolih pakai dah wei.bolih dah nk gi suroh hospital chek kepala tu.

Jalak Lenteng said...

Terfikirkah kita, kenapa Allah swt tidak mengangkat Anwar menjadi PM, setelah beliau berjuang berpuluh tahun lamanya..?

Terfikirkah kita, apa sebab Allah swt tidak memakbulkan harapan PAS-PKR-DAP utk memerintah negara ini, sedangkan doa & usaha telah sekian lama dilakukan oleh para ulamak dari parti Pas..?

Terfikirkah kita, apa hikmahnya apabila Allah swt memberi peluang kemenangan di beberapa negeri dlm PRU12 dan kenapa tidak semua di M'sia..?

Terfikirkah kita, kenapa Allah swt menggerakkan hati sahabat2 Anwar lantas tinggalkan dia setelah bersama sekian lama..?

Terfikirkah kita, kenapa Allah swt tidak menggerakkan hati MP BN agar melompat menyertai Anwar pd 16 sept..?

Terfikirkah kita, apa sebab Allah swt tutup gerak hati MP pakatan utk mengalahkan undi MP BN tatkala undi usul belah bagi bajet 2010, sedangkan jika berkat restu Illahi..maka itulah jln yg dipermudahkan oleh Allah swt..

Fikirkanlah..,semuanya ketentuan Allah, kerana setiap yg berlaku digerakkan oleh Allah swt...yg baik itu Allah bagi pd umatnya, dan yg cela itu jua digerakkan oleh Allah agar kita memikirkan tentang kebesaranNya..

Anonymous said...

Wahai nik aziz kalau nak menfitnah sesama islam fitnahlah tetapi jgnlah menggunakan ayat suci alquran utk kepentingan politik murahan. Takutlah Allah, kita merancang tapi rancangan Allah maha hebat.

Anonymous said...

Ya Allah, Kau selamatkan negaraku drp mereka yg menjual agama sehingga sanggup menfitnah sesama Islam, menjual ayat -ayat suci Mu bagi menyelamat kan mereka yg menjadi penyokong golongan murtad. Amin

Pakcik Ali said...

Petang semalam sekumpulan muslimah PAS datang kerumah saya dan cuba memujuk saya untuk memilih Zaid Ibrahim. Diberi saya satu risalah berkenaan APCO konon nya ia syarikat Israel dan PM mengunakan khidmat mereka. Saya tanya mereka dua soalan.

1) Kamu datang dari mana? Kata mereka dari luar. (Nampak muda-muda dan kemungkinan dari IPT berdekatan)

2) Kamu dah masuk ke website APCO Worldwide? Kata mereka belum dan saya tengking mereka, suruh balik dan jangan buat dosa kering dengan menabur fitnah!!!!

Saya benar-benar hairan macam mana PAS boleh bersengkokol dengan kerja fitnah sebegini.

Anonymous said...

Nik Najis dok ceramah apa babi bebal ni.Dok asyik hisap batang Kit Siang aje sampai negeri sendiri mundur. Dah la tu ahli2 dia asyik dok buat maksiat aje.Cuba tengok 2 kisah ni;
Tok Lebai PAS didapati berada dalam sebuah kereta Proton Saga dan bagi mereka yang nak beli nombor ekor, lesen kereta adalah WBS 6829. Kereta meliwat tak ada ong la ...

Ia berlaku pada lebih kurang pukul 1:30 pagi.

Semasa ditangkap polis, Pak Labi PAS itu sedang bersama seorang perempuan dalam keadaan mencurigakan, bercumbuan dan berbaring dalam kereta atas kusyen.

Si Pak Lebai pengikut Nik Aziz ini masa di suruh keluar dari kereta, zip seluar terbuka dan basah.

ADUN Bukit Payung ialah Haji Hasan Mohd Salleh. Orang PAS takyah nak spin la..

Dasyat kan? PAS kalau bab burit ni memang tak boleh dipisahkan.Ada satu video berapi kat youtube ni. Video ni pasal lelaki yang sakit dalam hospital tapi terkantoi dengan bini dan anaknya tengah dia beromen dengan satu perempuan ni..

Dengar cerita si tua yang dah nak mati tapi sempat beromen ni adalah adun PAS! Boleh sesiapa terangkan siapakah dianya orang tua ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.