Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 18, 2010

Presiden PAS Bela Zaid Ibrahim

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan terbaru Presiden berkenaan dengan Zaid Ibrahim, calon PKR Hulu Selangor. Sekian

Abdul Hadi bela Zaid

HULU SELANGOR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelaskan calon Pakatan Rakyat (PR) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sekarang sudah berubah semenjak pulang dari Mekah.

Katanya, dakwaan mengaitkan calon PR itu sebagai individu yang kerap bersosial dan 'kaki minum' adalah tidak adil kerana ia berbentuk tuduhan semata-mata tanpa memberi ruang kepadanya membuat penjelasan.

“Saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu, tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bertanya dengan tuan badan sendiri, bukannya mempercayai blogger,” katanya ditanya media di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, semalam.

Beliau mengulas dakwaan banyak blogger yang mendakwa Zaid seorang yang kuat bersosial dan 'kaki minum' serta tidak sesuai dijadikan calon PR untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor.

Mengenai tindakan Zaid, yang pernah menyaman Kerajaan Kelantan kerana mahu mewujudkan hukum hudud, Hadi berkata, perkara itu sudah diselesaikan.

“Zaid telah tarik balik saman tersebut, jadi sekarang perkara itu bukan lagi menjadi isu,” katanya.

Hadi, yang juga Ahli Parlimen Machang, menyatakan keyakinannya bahawa PKR mampu memenangi PRK itu kerana sokongan kuat penduduk.

“Kita boleh membuat kejutan di sini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula menegaskan isu minum arak tidak perlu diperbesar-besarkan dan menjelaskan ada dalam kalangan pemimpin terdahulu yang peminum.:

“Apapun, Zaid sekarang sudah berubah dan kita nampak perubahannya,” katanya.

PRK Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan semalam sebagai hari penamaan calon dan 25 April sebagai hari mengundi.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon Barisan Nasional, PR dan dua bebas.

8 comments:

Anonymous said...

gua dah cakap dulu, BN mesti menang punye kat HS ni. sekarang dah masuk hari kedua kempen (yang legal la) PR masih dok sibuk defend calon, walaupun kat negeri yang di perintah sendiri. susah la bro. padahal kena citer la pasal pembangunan ke, apa nk diganti kat taak UITM ke, pa janji nak bgi kat melayu ke (cina dah dapat tanah kubur baru).... hari tu kat serendah forum agama penceramah hebat. Ustaz hasyim yahya ngan Badrul amin tai takda orang datang he he. banyak nasi lebih..

zakwan said...

Hishammuddin now claims that UMNO is not behind the personal attacks on Zaid
Well, can't blame him because he too drowned in alcohol during his hey day

There r even pictures of him drinking booze circulating in the internet
Unlike Zaid,it's not photoshopped

Sure Zaid drank alcohol and repented
But UMNO
The son of a former party president now owns San Miguel, the largest liquor company in the Phillipines
Don't forget Khairy the great son in law too loves binge drinking

Pengundi H/Selangor said...

Kalau betul-betul Zaid dah bertaubat dan beretika seperti Anwar Ibrahim sebut-sebut pada malam memperkenal calon di Serendah khamis lepas, kenapa tak declare awal-awal yang dia dulu memang kaki botol dan sekarang dah bertaubat. Lepas isu dibangkitkan oleh blogger-blogger, baru mengaku dan dah bertaubat. Apa, dia ingat pengundi Hulu Selangor bodoh ke!!!!!

JAIS, MAIS, JAKIM, apa tunggu lagi, member dah mengaku terang-terang. Ini tak adil kalau lambat-lambat....

zakwan said...

Pengundi Hulu Selangor,
at least Zaid admitted his past sins and should be commended for doing so

UMNO/BN candidates has a history of excess baggage and didn't have the balls to admit them to the voters

Remember the BN candidate during Permatang Pasir election, Rohaizat Othman?
He was a fraudulent lawyer, found guilty of breach of trust for lying to a client
Until polling day, he never fully admitted his infidelity
Thus, he incurred the voter's wrath

The way I see it, Zaid is off 2 a good start
I don't see why Zaid does not deserve 2 become MP whereas UMNO leaders with a history of alcohol consumption ended up becoming UMNO Youth leader n Home Minister

Anonymous said...

atas kertas saja nampak sokong, tapi dengar cerita ada pemimpin pemimpin PAS yg ada kaitan dgn group UG kempen secara senyap-senyap minta ahli-ahli PAS supaya tidak turun mengundi atau buat undi protes.

Bagi mereka ini adalah demi menjaga shasiah islamiah kerana dato zaid tidak boleh dipercayai, terlalu liberal dan pro murtad.

harap TB tolong sahkan.

Anonymous said...

Setau aku,org PAS ni cukup sensitif dengan judi. Zaid Ibrahim ini pun kaki judi juga.

KELANTAN CAPTURES $450,000

“About -700m from home, I knew he could take me into the race and he justkeptgiving in the straight.” JBBA Trophy-winning jockey Ronnie Stewart

It was the Zaid Ibrahim-owned bay colt's third win in nine Kranji starts. Back in New Zealand, the well-pedigreed Kelantan cost NZ$135,000 ($132,000) as a yearling.

Kelantan Captures $450,000 Jbba Trophy

Org PAS akan kata ini cerita lama, tapi elok juga org PAS tanya Si Zaid, dia terlibat lagi atau tidak dengan judi, arak dan sokong murtad lagi.

Tulang besi, kau suruh org Hulu Selangor pangkah kaki kuda ni?

Anonymous said...

HULU SELANGOR, April 18 — Datuk Zaid Ibrahim today replied to critics attacking his character, saying he had already made peace with God for his past mistakes and did not regret his actions that included drinking alcohol. (malaysian insider)

KALAU DAH BERTAUBAT KENAPA TAK MENYESAL PERBUATANNYA. TAK TAHUKAH SYARAT-SYARAT BERTAUBAT , ORG YG BERTAUBAT HENDAKLAH MENYESALI PERBUATANNYA ITU.

H/Selangor Voter said...

Zakwan,

Gambar Hishamuddin minum bir masa dia student lagi, masih badan kurus kering. Zaid ni lain, dalam rumah dia ada minibar. Just last friday, my self with one Dato' Seri and two corporate client were having lunch and that dato' claimed he knew Zaid very well and Zaid drinking habit is well known among his friends and circle of friends.

The fact is, UMNO Kota Bharu rejected him, UMNO HQ had suspended him for political bribery and by claiming he is a non-hippocrite person, Hulu Selangor must give them their vote just liike that. Life is not that simple myfriend.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.