Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 19, 2010

Saidina Umar Dahulunya Peminum Arak yang Tegar


NOTA EDITOR: Kisah Saidina Umar dan Saidina Hamzah meminum arak adalah legenda. Sebelum mereka masuk Islam, mereka terkenal sebagai peminum arak yang berat. Malahan, Saidina Hamzah kekal meminum araksehingga beliau syahid di Uhud. Ini kerana pengharaman arak secara total berlaku selepas Perang Uhud. Dan Saidina Hamzah masih dikira sebagai syahid kerana pada waktu itu arak tidak diharamkan lagi.

Pokoknya, mereka telah bertaubat. Dan mereka dianggap oleh Allah SWT sebagai manusia yang terbaik dalam umat Nabi Muhammad SAW.

Adapun Zaid Ibrahim bukanlah para sahabat Nabi SAW. Namun,beliau telah mengakui secara terbuka yang beliau telah bertaubat. Jadi, kenapa kita hendak menjadikannya sebagai isu? Kalau nak kira minum arak, Saidina Umar dan Saidina Hamzah dulu kuat minum arak. Namun, mereka telah bertaubat dan mereka telah menjadi manusia yang beribu-ribu kali ganda lebih baik dari kita.

Beri peluang kepada Zaid Ibrahim membuktikan kata-kata beliau bahawa beliau telah bertaubat. Beliau telah pun mengerjakan haji dan telah bertaubat dari dosa-dosa besar.

Juga, kalau didapati beliau tidak istiqamah dalam taubat beliau, kita ada dua tahun lagi untuk menolak beliau dalam pilihanraya yang akan datang. Apa nak takut?

Di bawah adalah artikel dari Masrum Dayat/Harakahdaily yang menjawab tohmahan kononnya Zaid ada "minibar" di rumah beliau.

Satunya, minibar ni maksudnya tempat diletak makanan dan minuman yang bersifat tidak berkhasiat. Tiada kena mengena dengan arak. Biasanya minibar akan diletakkan di peti sejuk yang kecil di dalam bilik dan bukan di dapur. Kalau betul rumah Zaid Ibrahim ada minibar, apa salahnya? Apa salahnya letak Coca Cola, cokelat, kacang, Sprite etc? Nak fitnah Zaid pun tak reti guna perkataan yang betul, puak-puak UMNO ni.

Pakatan Rakyat kena berhenti layan cerita ni. Kesah UMNO bersekongkol dengan YAHUDI adalah DOSA YANG LEBIH besar dari minum arak. Isu ini lebih penting untuk dilayan dari isu Zaid ini.

Ezam sendiri terima duit dari Yahudi Soros. Takda orang nak komen ke?

Juga, takda pulak orang nak komen pasal Hishamuddin ye?

Sekian


Apa? Di rumah Zaid ada bar?
Masrum Dayat Apr 18, 10 9:05pm
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.

"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Saya hairan bagaimana ada yang tergamak bertanyakan Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS, dan beberapa pemimpin PAS yang lain, mengenai tohmahan yang dilemparkan terhadap Zaid dalam laman web atau blog.

Zaid ditohmah sebagai pewain atau peminum arak tegar dulu kini dan selamanya. Bukan itu sahaja laman web dan blog tersebut turut mempamerkan gambar-gambar “super-imposed” (gambar yang telah ditokok tambah supaya kelihatan real).

Itu kerja-kerja jahat yang keterlaluan!

Zaid dan keluarganya juga ditohmah apabila dikatakan di rumah beliau sendiri terdapat bar (ruang khusus di mana arak di sediakan).

Tidak cukup dengan tohmahan tersebut, arak dikatakan menjadi hidangan sarapan pagi, tengah hari dan makan malam.

Arak ibarat air jus mangga yang dihirup senaknya, tohmah laman web dan blog berkenaan.

Saya sering berpeluang ke rumah Zaid di Tropicana Golf & Country Resort. Orang putih kata seeing is believing.

Setahu saya di rumah beliau juga sering diadakan sidang akhbar yang dihadiri oleh pemberita dari pelbagai akhbar termasuklah Selangorkini, Harakah dsb. Tidak kelihatan bar atau minuman keras di rumah beliau.

Sedangkan menghisap rokok di rumahnya pun isteri Zaid, Datin Suliana, tidak benarkan, apatah lagi menghidangkan arak siap dengan barnya sekali!

Tentulah tohmahan semacam itu merupakan serangan yang biadab dan amat keterlaluan.

Setahu saya Allahyarham ayah Zaid merupakan seorang pendukung kuat PAS Kota Baharu semasa hayatnya. Zaid sendiri merupakan anak lelaki yang sering mengiringi Almarhum ayahnya ke ceramah-ceramah PAS.

Hubungan dan aroma PAS sudah tersemat dalam jiwanya semenjak beliau kecil lagi.

Zaid dan isterinya juga telah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum berpeluang mengerjakan ibadah haji pada tahun lepas (2009).

Pada saya, tidak mungkin Zaid sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji kalau di dalam hati sanubarinya sarat dengan “penentangan terhadap hukum-hukum Allah” dan tiada sifat mahu mengabdikan diri kepada Allah.

Apakah menunaikan fardu haji dan berbuat kebajikan kepada lebih 5000 orang kurang upaya yang berdaftar dengan Yayasan beliau di Kelantan itu bukan manifestasi ketaatan kepada Allah Rabul Jalil?

13 comments:

Anonymous said...

Pergh..masok PR terimal ataubatnya..hu..hu..hipokrit! Masok BN takleh trima taubat nya..mak oooii..typical minset orang2 PAS, macam agama islam mak bapak dia orang yg punya.

Anonymous said...

Iyo la Rahman, Zaid di amponkan dosa nya berkat karomah wali tompah !

Anonymous said...

so whats wrong wth that najib photo yg TB cuba fitnah ni.....otak mcm TB ni aku tengok kesian...kalau otak mcm ni lah yg ramai dalam PAS...patut lah PAS tak pernah menang dalam general election yg boleh jadikan PAS memerintah msia...ALLAH selamatkan MALAYSIA dari MUNAFIQUN mcm TB dan Khaled samad....

Anonymous said...

"Yam Seng" !!!!! Hishamudin "yam seng carlberg' !!! KJ "yam seng Johnny Walker, Otard, Chivas dan lain lain arak Keras" !!! Hidup UMNO !!!
U = Unicum
M = Maker's Mark
N = Nocello
O = Otard

Poksen said...

Cuba bagitau saya seorang pemimpin UMNO sekarang yang lebih baik dari Zaid?

Najib Mahyuddin Hishammudin Khairy dll?

casper c said...

Mangkuk ooh mangkuk, all mangkuk jaga tepi kain hal org lain.

Sedarlah, sesiapa pun yg dituduh, biarlah tertuduh sendiri jawab. Perlu juga sedikit kematangan pada kita semua mengkaji syarat-syarat, Islam mahupun kitab dan ajaran berlainan ie Hindu, Buddhist, Christian.

Ini bukan pandangan liberal dari saya tetapi pembaca semua harus sedar ramai dikalangan Melayu langgar syarat(hari-hari langgar) ie sendiri pergi tengok Batek Bar(Lake Club), Long Bar(S'gor Club) ada member-member dari semua pelusuk masyarakat yg togak(very openly). Kenapa pula tiada yg bangkit hal ini, dan lebih-lebih, mengapa tiada "By-law" yg mengharamkan arak dihidang kepada member-member Islam ? Hal judi, nombor ekor belum kira lagi !

Hal ini ada baik kalau dituju kepada Kerabat-kerabat Diraja - pi tanya pandangan Tunku Imran dan keluarga.

Anonymous said...

piraah botoh @ para poolti kacang mairendi pukimak cacat cyber pawns..UMNo pariahtulah bukan sja gloog gloog arak(actually notin wronglah..tenggoklah gambar hisaputing dgn anchor beer,dan ahli2 soldadu pun telan alkohol pun),tapi jugak memegang saham..tanyak jewish zombie punya anak mirzan mahatik yg pegang 20% syer san miguel...n no need to loopy t loop pasai pemegang2 saham carlsberglah..btw,rpk ciakap si calon BN tu bantai pungkok..UBN memang ketagih pungkoq..mereke ketagih kentut dan taik

Anak Perelih said...

Isu gambar Zaid....UMNO sudah kena main.... mana mau letak muka GAP/Ali rostam/Muhyiddin/Utusan ...??? hahahaha


Gambar Zaid Ibrahim Minum Arak? Superimpose?
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4114

Anonymous said...

Hitler,sayur makan,talak sooka sex,tapi,terlampau supress hawa nafsu punya pasai,dia kena rasok,dan jadi barang permainan setan..over suppression leads to over indulgence..too much moral policing oso lead too over indulgence..

Anonymous said...

Try google "Nazri Womaniser" and see what you find. I do not think the pics are doctored.

dok rok cetong said...

rahman, mana hang dapat kesah saidina hamzah peminum arak tegar? tolong beri nama buku rujukan aku nak semak betui ka fakta yg hangt tulis tu?

orang yg dah tobat buat apa nak ungkit2 lagi...di hishamuddin dan KJ dah tobat ke belum????

Hidier said...

wah..demi politik, disamakan org lain dengan sahabat..
pendapat saya, perumpaan ni agak tak sesuai lah..

Grand Marquis said...

Ini satu perbandingan yang sangat bodoh dan menunjukkan manipulasi agama ditahap kronik untuk tujuan kepentingan politik.

Umar dan Hamzah buat ketika Arak belum diharamkan. Dengan itu, mereka buat sesuatu yang halal pada masa tersebut! Sedangkan Zaid buat sesuatu yang telah diharam.

Kenapa TB tak kata Saidina Umar ni dahulu orang yang tak solat dan tak puasa?

Kenapa TB ni tak takut pada Allah S.W.T. dan asyik nak mempermain-mainkan agamanya? Kenapa terus nak menampakkan kebodohan TB dalam bab agama?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.