Antara maklumat yang saya dapat adalah perjumpaan dalam gelap antara pimpinan PAS dengan pimpinan UMNO.
Songkok Putih telah memberi respon seperti yang dibawah:
----- Original Message ----
From: "Ali @ Kamarudin"
To: Abdul Rahman Abdul Talib
Sent: Tuesday, July 22, 2008 9:30:28 AM
Subject: Re: Permitaan Atas Islam
Terima kasih.
1. Isnya-Allah perbincangan antara peribadi enta dengan ana adalah rashia peribadi. Jika ana tak setuju dengan enta ana akan menulis secara umum melihat dan menggunakan nama yang enta menulis.
2. Maklumat enta dengan ana masih tak sama. Apa yang ana tahu tak ada perjumpaan di London.
Ini cerita versi ana:
Selepas pilihan raya wujud perjumpaan antara ustaz Nasa dengan Najib di Malaysia tanpa kebenaran pimpinan. Saya difahamkan Ustaz Harun Marah dan dia orang memberikan maklumat bahawa tak sempat panggil.
Akibat itu maka Mesyuarat Tergempar Dewan Harian PAS diadakan dan dalam mesyuarat itu, PAS telah hantar wakil seperti yang disebut oleh Kenyataan Tuan Guru (Tak kira siapa yang buat - sama juga cikgu Pa mouse tak tahu pegang tetapi boleh jadi blogger).
Perjumpaan ke tiga ialah seperti yang di sebut oleh dalam kenyataan Tuan Guru Presiden.
Saya setuju jika saudara sebut Ust Nasa, Ust Hassan Ali dan Cikgu Pa tetapi bila enta masukkan Ust harun enta tersilap besar. Cikgu Pa dengan Ustaz Harun memang macam kucing dengan anjing.
Ini bererti perjumpaan-perjumpaan dalam gelap dengan UMNO sudah berlaku dan diketahui dan dihalang oleh kepimpinan Pusat pada masa itu.
Namun, mengapa dinafikan serta berbohong kepada umum berkenaan dengan perjumpaan2 dalam gelap tersebut?
Songkok Putih telah mengesahkan berlakunya perjumpaan2 tersbeut TANPA PENGETAHUAN JK Harian serta Majlis Syura.
Ini adalah keterangan Songkok Putih SEBELUM ucapan Ustaz Nasa merasmikan Muktamar Pemuda di Ipoh pada 2008.
Untuk membaca email tersebut dalam bentuk yang original, sila rujuk di bawah:

Satu yang menjatuhkan respek saya pada Songkok Putih adalah apabila saya kerap bertanya beliau samada beliau setuju PAS bekerjasama dengan UMNO. Soalan ini BELIAU TIDAK JAWAB SAMPAI HARI INI.
Dalam dia cuba untuk menerangkan keadaan, dia tidak pernah menafikan yang dia tidak setuju PAS bekerjasama dengan UMNO.
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment