Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 27, 2010

Tahniah Kepada Dato Hasan Ali

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato Hasan Ali di atas sumbangan dan komitmen beliau di dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor yang lepas. Dari maklumat yang pihak Malaysiawaves dapat, Dato Hasan Ali dilihat berada di mana sahaja sewaktu kempen berjalan. Mana kita pergi kita boleh bertembung dengan Dato HAsan Ali. Malahan, Dato Hasan telah menyelamatkan maruah PAS kerana sewaktu malam terakhir, hanya beliau dan Mursyidul Am sahaja yang ada di atas pentas bagi mewakili PAS. Presiden dan Timbalan Presiden PAS tidak kelihatan.

Dari maklumat yang saya dapat juga, Dato Hasan begitu menunjukkan komitmen yang 100% beserta menunjukkan daya usaha yang tinggi sewaktu pilihanraya kecil berjalan. Malahan, perlu saya katakan di DUN Hulu Bernam, di mana PAS Selangor berpusat dan berkempen, undi Melayu cuma jatuh 5% dari 2008 berbanding di luar Hulu Bernam.


Ia boleh dianggap satu kejayaan gemilang untuk PAS Selangor. Undi Melayu jatuh teruk di luar DUN Hulu Bernam, yakni sekitar 12%.

Ia juga bererti usaha PR dan Kerajaan Negeri kepada Felda berkesan. Kalau dipacu lagi untuk 2 tahun yang akan datang, maka peluang untuk mengkuburkan UMNO di Hulu Selangor adalah cerah.

Tulang Besi

ps kalau Dato Hasan tidak mendengar nasihat sumbang dari Suwardi, Roslan SMS, Usop Ludin dsbnya selama ini, nescaya Dato Hasan sekarang ini dilihat sebagai ikon Pakatan Rakyat dan PAS di Selangor. Dato Hasan tersilap ambil penasihat dan ambil nasihat.

14 comments:

Anonymous said...

Gee,is it true President went to Maldives for fishing?hehe..what di he catch...ikan hantu?

Anak Perelih said...

disebabkan keluasan Hulu Selangor.. pada malam terakhir, malam ceramah di stadium tu.. terdapat beberapa lagi ceramah lain diadakan di sekitar hulu selangor... contohnya Tian chua berada di tempat lain berceramah dalam dewan... Oleh itu ketidakberadaan TGHH dan U. Nasa perlulah di siasat dimana mereka pada malam itu sebelum mengatakan tiadanya komitmen mereka kerana tidak berada di stadium KKB malam tu...

Gila punya UG said...

Kenapa takut sangat nak sebut Presiden PAS pergi memancing di Maldives waktu ahli-ahli PAS bertungkus lumus dlm prk Hulu Selangor? Dah kena beli dgn geng perpaduang ke?

Dah kecut takut ke nak sebut Umno ada duta-duta dia dalam PAS spt Hadi Awang, Harun Din, Nasharudin Md Isa, Harun Taib, Mustafa Ali, Hasan Ali? Sebab tu apa nak heran Hadi Awang pergi memancing ke Maldives masa prk Hulu Selangor? Blog ni dah kena beli dgn geng perpaduang ke? Hidup Umno! Hidup Apco! Hidup yahudi! Hidup Zionis! Hidup Israel!

Anonymous said...

ALJUBURI

Ini la masa nak tengok PAS menjilat ludah sendiri dengan menyokong pencalonan Zaid..hu..hu.
Itu pasal Hadi takmo tunjuk muka..keh.keh..keh..tak sanggup kot nak kempen untuk Zaid liberal.

Tulang Besi said...

Anak Perelih,

jangan sampai saya dedahkan keberadaan Presiden dan Timbalan Presiden di waktu malam penutup.

Timbalan Presiden adalah PENGARAH PRK Hulu Selangor.

Beliau wajib berada di Hulu Selangor SEPANJANG KEMPEN.

Malangnya perkara itu tidak berlaku.

Hanya kelihatan di awal2 kempen sahaja.

Anonymous said...

memang dasar ahli neraka, suka fitnah org....lebih2 lagi suka fitnah golongan ulama...sah2 neraka paling dalam.

Presiden memang tak ada sebab menerima jemputan gerakan Islam di maldives.

Timbalan Presiden memang sentiasa ada di Hulu Selangor. Malam tu dia pegi bagi taklimat kat jentera di ulu bernam sambil berceramah disana.

Anonymous said...

Terima kasih..........

Anonymous said...

1. "Presiden memang tak ada...sebab menerima jemputan gerakan Islam di maldives."

2. "Presiden memang tak ada sebab...menerima jemputan gerakan Islam di maldives."

3. hahahahah

Anonymous said...

Ada plak orang cakap PAS dgn jentera 5-7 ribu orang bukan nak kempen utk PKR, tapi sibuk kempen utk PAS di felda sg boya..
bagus gak camtu, elok la PAS berdiri sndiri tanpa parti liberal dan kapir harbi, kalo masa tu nk kutuk UMNO apa pon takde hal la, pasal PAS tak campor ngn golongan liberal ngn kapir tu dan aku la org pertama akan mendaftar sebagai ahli.

Anonymous said...

Kita lihat saja kejujuran jawapan Presiden nanti. Ada saksi lain di Pulau Maldives. Betul2 jumpa gerakan Islam atau memancing sambil jumpa2 ambik syarat? Yg semua orang tau, memancing! Dulu dah bohong hidup2 depan wartawan. Bila wartawan tanya fsl surat Khalid Ibrahim, selamba je dia jawab, tak terima lagi. Padahal, dah bagi by hand.

Anonymous said...

kalau ya pun terima jemputan ke maldive taklih jadual semula kerr!?
kena tengok mana yg dahulu dan mana yg penting!!
tapi kalo tengok rekod hadi dan nasha ni selalu hilang bila ada hal2 penting berkait PKR.. kalo ada pun absent minded!!
kalo nasha ada man buktinya? takkan tokoh sepenting TP Pas dan Pengarah PRK PR dok main belakang tabir je?? Sah silap pilih tu! berdo'oh la dalih tu..

Anonymous said...

true credit dari TB untuk Hasan ALi.. terbukti nilaian, kritikan dan pujian berasaskan Merit!!!

Anonymous said...

Bravo Dr Hasan Ali....Alhamdulillah dan tahniah atas perubahan positif ini.

zakwan said...

I guess that slap on the wrist actually did the trick
Kudos to Dr Hassan
U'r officially back in the good books of the rakyat especially non Malays who voted 4 PAS, for now

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.