Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 4, 2010

UMNO Singapura Pun Bergaduh Sesama Sendiri

NOTA EDITOR:Rupanya bukan setakat UMNO di Malaysia sahaja yang bergasak sesama sendiri, budaya tersebut ada di UMNO Singapura juga. Sepatutnya UMNO Singapura berjuang melawan PAP dan Lee Kuan Yew, mereka ambik keputusan berlawan sesama sendiri. Perebutan Presiden PKMS(UMNO Singapura) adalah kerena sesiapa mengawal PKMS akan mengawal bangunan PKMS di Singapura.

Oleh kerana bangunan PKMS berada di tempat yang strategik, maka mereka mendapat banyak wang dari sewa yang diberikan kepada peniaga2 di bangunan tersebut. Bangunan tersebut adalah bangunan yang dibina oleh UMNO Singapura sewaktu UMNO ditubuhkan dahulu di sana.

Juga, ada khabar angin, pemegang jawatan PKMS ini mendapat elaun dari UMNO Malaysia. Jadi, sekarang ini keseluruhan perjuangan UMNO Singapura adalah untuk menguasai kepimpinan PKMS. Ini suapaya mereka dapat mengawal pentadbiran bangunan PKMS yang berada di kawasan yang strategik di Singapura

Sebelum ini, saya pernah menulis berkenaan betapa Melayu telah pupus di Riau, sekarang ini UMNO Singapura pun tak lebih dari sebuah pertubuhan untuk berebut kekayaan sesama sendiri.

PAdahal hak istimewa orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura. Seharusnya PKMS berjuang untuk hak2 orang Melayu yang termaktub itu. Bukan sebuk bergaduh sesama sendiri. Pada waktu yang sama, PAP telah mengupah beberapa "ekor" orang Melayu Singapura untuk bercakap mewakili orang Melayu dalam PAP.

"Boneka2" MP Singapura ini lah yang telah bangkit "menentang" segala usaha untuk mengembalikan hak istimewa orang Melayu di Singapura seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Singapura.

Pokoknya, perjuangan Melayu adalah perjuangan sia-sia. Mereka yang menjadi "pejuang" Melayu lebih suka berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri semata-mata. Inikah perjuangan yang PAS hendak "berpadu?

Tulang Besi

ps Kepada sesiapa yang mahu tahu dengan lebih "detail" pergaduahan UMNO Singapura, sila pergi ke blog ini.


Barisan kepimpinan PKMS perjelas pucuk pimpinan yang sah.
By Azahar Mohd

BARISAN kepimpinan Persatuan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) yang kini diketuai presidennya, Encik Osman Hassan, dan timbalannya, Encik Ali Asjadi, adalah pucuk pimpinan yang sah.

Malah Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi telah menolak tindakan guaman dengan kos yang diambil mantan presiden, Haji Borhan Ariffin; Encik Ramli Mohamad dan Cik Nor Lella Mardiiiah Mohamed terhadap pucuk pimpinan sekarang.

Barisan kepimpinan PKMS yang diketuai Encik Osman, Encik Ali dan Setiausaha Agung PKMS, Encik Malik Ismail, berkata demikian sewaktu sidang akhbar yang diadakan di PKMS bagi menjelaskan laporan akhbar tentang pergaduhan kelmarin dan laporan tentang perebutan kuasa dalam pucuk pimpinan parti.

Menurut Encik Malik, tidak timbul isu mengenai dua pasukan - pasukan baru atau pasukan lama - dalam PKMS.
'Laporan akhbar adalah tidak benar. Kepimpinan PKMS sekarang ialah pucuk pimpinan yang sah. Malah Mahkamah Rendah telah menolak tindakan guaman yang dikemukakan Haji Borhan, Encik Ramli dan Cik Nor Lella dan mengarahkan mereka membayar ganti rugi sebanyak $800 kepada kami.

'Namun mereka masih tidak berpuas hati dan mengemukakannya di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi juga telah menolak saman mereka dan telah mengarahkan mereka membayar kos kepada kami sebanyak $2,500 dan pembayaran $575.40 pada Julai lalu kepada PKMS. Sehingga kini kami belum menerima sesen pun daripada mereka,' ujar Encik Malik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pergaduhan di luar bangunan PKMS yang mengakibatkan empat orang dirawat di hospital, dengan salah seorang dirawat di unit jagaan rapi kerana keretakan di kepala.
Polis juga memberkas 21 orang, termasuk dua wanita, kerana merusuh dengan senjata merbahaya.

Keempat-empat yang yang cedera itu ialah Encik Ramlan Mohamad (retak di kepala), Mohamed Salleh Mohamed Said, Encik Mohamad Yusof Jaffar dan Encik Azhar Ali.

Dalam pada itu Encik Malik turut mempertikaikan dakwaan Cik Nor Lella bahawa pihaknya menggajikan pendatang haram.
'Itu tidak benar sama sekali. Malah keanggotaan Cik Nor Lella telah digantung kerana dia pernah mengubah kepala surat untuk membekukan akaun PKMS,' dakwa Encik Malik pula.

Mengenai insiden pergaduhan yang berlaku kelmarin, Encik Malik berkata hanya sembilan anggota PKMS yang terlibat - bukan 15 hingga 20 seperti yang dilaporkan beberapa akhbar.

'Di pihak kami, kami amat menyesali kejadian yang berlaku. Kami juga sedih dengan kecederaan yang dialami Encik Ramlan, terutama dalam bulan Ramadan ini.
'Kami difahamkan dua kereta ronda polis sedang berada dekat dengan bangunan PKMS. Sepatutnya mereka menghentikan pergaduhan berdarah itu,' dakwanya lagi.


16 comments:

Anonymous said...

alahai...TB..
1.Melayu singapura dah hilang melayunya sebab depa lebih bangga dikenali sebagai singaporian!!
2.Sebab terjadi begitu!kepandaian puak PAP singapura!memecahbelahkan melayu!
3.Yang tinggal sekarang!melayu "umno" singapura!yang berani!
4.Puak melayu macam hang TB!hanyut!dah jadi singaporian!
5.Samalah situasinya melayu malaysia yang sealiran dengan hang!akan hanyut satu hari nanti!melayu yang kena tarik idung dengan dap !adik pada Pap!tenguk macammana melayu di selangor!penang dan perak dan kena cucuk idung dengan puak kapiaq harbi!
6.Nasib baik ada PEKASA!kalau tidak !semua melayu dimalaysia jadi tak dak teloq!macam TB!macam khalid!macam nizar!semuanya tak dak teloq!
7.Hangpa dah tenguk kajian yang dilakukan oleh merdeka centar!lebih 60% orang melayu sokong PEKASA!
8.Hang TB!ikut suka hang!hang bukan rakyat malaysia yang setia!apatah lagi melayu yang sejati!hang merempat kemerata tempat!hang ada dimalaysia!atau tidak!sapa pun tak ambik tau!!!!!

Grand Marquis said...

TB sendiri pun apa kurangnya. Tak habis-habis berpolemik dalam pas. Serang orang ni serang orang tu. Mottonya ialah orang-orang ini perlu dibersihkan dari pas. Tak habis-habis nak bersihkan orang, padahal hanya nak pas ikut kepala TB. Walaupun tak de jawatan, tak de tanggungjawab dan juga mungkin ahli tak aktif.

LibangLibu said...

mana cerita Ustaz Nasha Seketui? Takde bahan baru ka tuan?

john labu said...

pembaca semua..

saya telah melawat kebanyakan blog politik di malaysia.
dan saya dapati blog malaysiawave paling berotariti, gentlement dan jantan.. berbanding blog lain,

contohnya saya melawat blog KICKDAFELLA, komen2 saya yg dilepaskan hanya yg boleh support dia membentuk pendapat umum sahaja, walaupun bahasa yg digunakan lunak komen yg bertentangan tidak disiarkan. Blog seperti ini adalah pltform dakyah semata-mata dan bukannya ruangan forum membuka minda!

jadi saya meminta pembaca menghormati blog malaysiwave yg sentiasa memberi kita peluang berhujah dgn tidak menyerang TB secara personal.. dia bebas berblog dan kita bebas berhujah selagi dalam adab.
yg tidak bebas cuma pemimpin, kerana mereka membawa amanah rakyat!

terima kasih tb

LibangLibu said...

betui tu john labu. aku cukup suka kalau ada posting bantai PAS/PR. supaya kita jgn leka, syok sendiri, stim sendiri. Kita pun bukan semua betui.

singapomali said...

TB .. kau dok fitnah lagi ke

On 09th August 1965 , Singapore was separated from Malaysia . After separation , UMNO Singapore had to adjust to the changed political circumstances of an Independent , multi - racial Singapore and had to sever its connections with UMNO Malaysia . On 05th May 1967 , UMNO Singapore assumed a new name - : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) or SINGAPORE MALAY NATIONAL ORGANISATION ( SMNO ) .

Tulang Besi said...

On 05th May 1967 , UMNO Singapore assumed a new name - : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU SINGAPURA ( PKMS ) or SINGAPORE MALAY NATIONAL ORGANISATION ( SMNO ) ..

So PKMS is not UMNO?

Anonymous said...

Sorry, off-topic, but can you comment/explain what's up with KICKDAFELLA? He seems to be harping against TGNA. Is he really sincere or is he just pissed off with TGNA? We know he has some quarrels with his SIL/daughter, but is he still with Husam/PAS?

donplayplay

john labu said...

sincere?? i dont think that fella knows such as honour word..
i think that really big agemda behind kickdafella cronicle..
the way he blogging shown that he had a fatal mission from begining!

Anonymous said...

Wah... TB ni dah jadi source of information. Apa-apa berlaku kena tanya TB. Kickdefella bantai TGNA, kena tanya TB sebab apa.

sam said...

Tuan TB,
minta laluan.. utk ulas posting
celako, celako, celako, kickdafella

kerana dafella siarkan separuh shj komen yg kena selera dia, saya minta izin tuan TB luluskan komen menumpang saya ini. terima kaseh!

sam : (yg tidak disiarkan)

syeh,
bagus kerja demo telanjangkan Nik Aziz! Tapi nik aziz tukang sain jah..
baik syeh telanjangkan semua hok telibat, hok menyeleweng, sapo yg terima duit,
gi kemano, berapa banyak nik aziz terima, kalu betul dedahkan semua..
bagi SPRM sibuk sikit..

sam (10:45:28) : Your comment is awaiting moderation (yg tidak disiarkan)
dok perati sokmo,
hehehe… betul la hujah demo..
itu menunjukkan ore kelantan kurang cerdek serma..
takat cerdek nega pasar malae jah, tokdae lagi tahap cerdik buleh beli kedai,
tahap cerdik minta balak jah, tokdae lagi tahap tebae balak wat papan sendiri,
tahap jadi proksi jah, tokdae cerdik tahap nega sendiri wat kedai dan sebagainya..
salah sapo??
salah pemimpin, pasal tak ajar orae pasar malae isi bore bank
salah pemimpin, pasal tak ajar orae nega join koperasi2 nego supa cino..
salah pemimpin, pasal tak ajar orae klate wat sawmill, tebae balak sendiri. susahh!
salah pemimpin, pasal tak ajar orae jual kaw tu bdosa, make rasuah tu berdosa..
salah pemimpin, pasai tak ajar orae lagumano nak pohon balak ramairamai pakat gi berkhemah depae pjabat negeri
salah pemimpin laa pasal orae klante malas serma, nak mudah blake, cepat kayo dae kalu buleh dok kedai kopi, ordar jah.. pitih pun mariiii…
ukk alaaa.. senaenyo orae kito!

sam (11:06:54) : (yg disiarkan)
kurae cerdik sungguh pemimpin dok baca report exco jah!!
bakpo tokgi ceck sapo proksi dale kompeni balak dgn ROC.. syeh buleh!!
bakpo tokgi dok kedai kopi dengar masalah, sapo takbetul, sapo onar.. syeh bulih!!
bakpo tokwat sendiri kerja-kerja nyiasat masaloh negeri.. syeh bulih!
bakpo tokwat sendiri kerja pentadbiran negeri dok harap ko orae belako.. syeh bulih!
bakpo tokwat sendiri belako kerja negeri.. jange malas.. baru rakyat sukocito..
pemimpin wat serma.. rakyat terimo. baru takdo komen kedai kopi.. amae negeri!!

sam (11:29:46) : Your comment is awaiting moderation (yg tidak disiarkan)

wei wei.. gi mano habis ore pas lain dok lok ko MB nik aziz wat kerja negeri..
kutip ‘derma’ edio MB, gi kutip MB, lantik proksi MB, wat report penilaian exco MB, ceck roc MB, sain MB, gi wat projek MB, gi ngajar MB, wat rumah besar MB,
gi nyiasat syeh, bising2 syeh, wat follow up syeh.. syeh, MB, syeh, MB..
aikkk.. dua ni jah dok sibuk kat klate nih..
pah tu gi mano hok lain?? tidur? makae gaji buto? gi noreh cari pitih lebih?? ko dok kedai kopi wat spekulasi.. sapo nak tamboh bini lagi??
apo kato.. kito mansuh je jawatae lain tu.. lok ko syeh jadi nazir ceck kerja MB??
ko lagu mano…?

sam (12:05:50) : Your comment is awaiting moderation (yg tidak disiarkan)

bruntung sunguh ore klate ada MB supo nik aziz..
ado jah masaloh kita bulih pakat sssaloh ko nik aziz..
ado ore make balak MB saloh, ado ore taklih make balak saloh MB nik aziz,
ado ore bulih projek saloh MB, ado hok toklih projek bulih ssaloh MB nik aziz,
kalu anok sakit ko malas gi sekolah ko bulih ssaloh MB, kalu pitih takdok pun bulih ssaloh MB, anok kito buang anok pun bulih ssaloh ko MB, kalu buat saloh buat dosa kita pakat bulih ssaloh MB, kalu hujan tak turun kita ssaloh ko MB, waima kalu daun kayu jatuh depae tangga kito pun bulih kito ssaloh ko MB…
biar kering sungai derhaka klate kito ssaloh MB.. untung ore klate..
kalu ore nasrani ado jesus nak basuh dosa demo.. kito ado nik aziz! molekk

sam said...

sam (19:34:23) : (yg disiarkan)
syeh,
sewaktu Nabi saw membawa dagangan siti Khadijah ke Syam bersama Umaisarah beliau dapati pasar pd waktu itu penuh sesak dgn pedagang dan barang dagangan ketika itu, Nabi saw tlh membuat siasah (pilihan tindakan berdasar logik munasabah). Baginda tidak mengeluarkan dagangan terlebih dahulu, sehinggalah pasar itu lega dan kehabisan barangan dagangan barulah Nabi membuka barangan yg dibawa.
Sebaik dibuka, barangan diserbu dan mereka bertanyakan harga pada Nabi saw.. Baginda berkata, Dia akan menjual kpd mereka yg menawarkan harga yg paling tinggi. Nabi saw berjaya menjualkan semua barangan tsbt dgn untung berkali ganda.
Umaisarah telah melapurkan pd Khadijah, antaranya bahawa Nabi saw seorang yg jujur, amanah dan bijaksana.
@@ mari kita lihat dari sudut lain: katakan siasah dan jangkaan Nabi tidak berjaya dan gagal menjual barangan tsbt kerana terlalu lewat membuka barangannya?
Apakah mungkin pujian itu berganti dgn caci maki?? apapun Allah telah merancang yg terbaik utk kekasihnya..
berbalik kepada isu balak syeh..
bukankah pilihan atau siasah Nik Aziz (N. AJIS?? masyaAllah..) sebagai manusia biasa yg tidak maksum spt Nabi saw, adalah siasah yg terbaik untuk mencari biaya atau ‘derma’ bagi gerakkerja Pas, parti islam rakyat kelantan ketika itu? yakni, mengambil dr khazanah negeri untuk dipulangkan pd rakyat islam negeri..
beberapa perkara harus diperhalusi disini:
1.kita harus tahu, pas sbg sebuah parti dan jemaah islam rakyat Kelantan perlu biaya utk gerak kerjanya dan tidak boleh menerima secara langsung dr kerajaan kerana bukan jentera negeri.. harap yuran dan derma ahli tak cukup syeh!
2.adakah Nik Aziz sbg ketua negeri patut berhenti mengambil ‘derma’ dr tawkey dan berhenti menggunakan khidmat proksi? jadi sepatutnya:
a. beri terus kpd tawkey supaya tawkey lebih untung dan tidak rugi, atau
b. beri pd melayu kltn yg ada sawmill dan ada kemampuan membalak!, adakah
ramai TAWKEY melayu macam tu syeh? atau
c. beri saja pd melayu supaya boleh beri terus pd tawkey, atau
3.Nik aziz hapuskan sahaja konsesi membalak dan kebenaran membersih kawasan utk pertanian yg mengandungi balak.. kita tukar minda orang kampung kltn supaya jadi masyarakat industri berteknologi tinggi syeh.. no more balak!
4.Adakah Nik Aziz mengambil untuk diri sendiri atau bermewah dgn hasil negeri? hingga ada syarikat membalak dan sawmill anak negeri muflis atau gagal beroperasi?
kita harus akui..
sebaik mana pun Nik Aziz sebagai manusia yg tidak maksum spt Nabi saw, ia tetap ada kelemahan dan kekurangan. cuma sejauhmana kita sbg ahli jemaah telah lakukan sebagai mengimbangi kekurangan beliau SEBELUM masalah jadi..
dia, tidak akan mampu menangani desakan, jemaah yg tamak, munafikin, keserakahan anak-anak, sahabat dan musuh dlm jemaah sendirian.. mencegah adalah lebih afdal dari menghukum!
Nabi saw, Allah SWTjadikan tidak berupaya berhadapan dgn Abdulah bin Ubai, berhadapan dgn kejahatan Abu Lahab, bapa saudara baginda yg dilaknati Allah, mengapa? apa hikmahnya… betulkah Nabi tidak berupaya? bolehkah kita kata Nabi bersalah???
inikan pula Nik Aziz manusia biasa! andaikan sahabat2 atau anak-anaknya yg sudah akil baligh berbuat salah, mari kita bantu peranginya.. bukan menghukumnya bagi kesalahan pihak lain… kita harus bermunasabah!


sam (20:38:15) : (yg disiarkan)

syeh,
tahap siasatan anda sunggu hebat, kalah FBI..
boleh cuba beri maklumat tepat berapa syarikat melayu kelantan yg betul-betul menjlnkan aktiviti membalak, siap ada jentera dan/atau sawmill, yg bukan alibaba?
dan berapa banyak syarikat yg sudah membuat memohon dan sy, yg sudah berjaya mendapat kelulusan membalak?
boleh bagi perolehan kerajaan negeri sehektar dan bandingkan dgn negeri lain??
maklumat misti teluskan syehh…

john labu said...

dgn merujuk Husam sebagai Robin Hood klantan dafella telah meletak Husam sbg sasaran, bahkan membahayakan kedudukan Husam yg cuba berkecuali dlm kemelut klantan..

di sebalik 'tembak' fahmi, abduh dan amalina (yg sudah akil baliqh} dlm konflik mereka, defella telah memilih utk menjatuhkan nik aziz..
seolah-olah setiap konflik dan salahlaku di klantan adalah salah nik aziz!

kesemua posting beliau cuba framekan nik aziz sebgi tidak layak, tidak waras dan nyanyuk.. defella juga secara halus framekan husam sbg watak yg naif, pak turut dan tidak berpendirian kerana tetap sokong nik aziz..

sedari awal berblogging sehingga sekarang dafella memiliki akses yg tidak terhad kpd maklumat sulit pas klantan yg menunjukan dia dipergunakan pihak tertentu pas utk menjatuhkan nik aziz.
dan kemapuan dafella mdpt maklumat dr agensi pusat.. memungkinkan dafella blogger egen dua muka!

isu kickdafella sebenarnya dari nilai politik komersial lebih mahal dari semua komosyen balak kelantan!!

j said...

alahai.. melayu umno yg berani,

kalou melayu singapore lebih suka jadi singaporean.. maka
melayu umno malaysia pulak suka sangat jadi 1malaysia=malaysian tu..
alahai elok la tu sama-sama suka pada zionis!! malayzion???

singapomali said...

PKMS is not umno singapore anymore.. used to be but not anymore and already severe ties with umno malaysia.

http://singaporemalaynationalorganisation.blogspot.com/

Tulang Besi said...

PKMS is not UMNO because it is now in another country.

But, at heart it is stil as UMNO as can be

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.