Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 13, 2010

Zaid Ibrahim Calon PKR Hulu Selangor


Nota Editor: Ini bermaksud maklumat yang Tulang Besi dapat seminggu yang lepas adalah benar. Semoga pemilihan ini diberikan kemenangan oleh Allah SWT. Walaupun saya antara yang paling tidak suka Zaid sewaktu beliau dalam UMNO dulu kerana memfail saman terhadap undang-undang hudud di Kelantan yang beliau telah tarik.

Namun, selepas itu Zaid telah pun pergi menunaikan haji dan Zaid pun sekarang ini amat rapat dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Inshaalah, saya yakin Zaid bukan Zaid yang kita kenal dulu. Ikutilah laporan dari Malaysiakini di bawah. Sekian.

Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat di Hulu S'gor Apr 13, 10 11:36am

Datuk Zahid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat,” kata sumber itu lagi.

Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.
Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Lumayan Lain! Sertailah Kaji Selidik Sekarang!

21 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt Dear Tulang Besi,

1.Good spirit ! Kisah dulu adalah cerita dulu.Ikrimah Bin Abi Jahal pun akhirnya asshahid.

2.Jom kita lawan UMNO dan zionisasi diHulu Selangor dan dimana-mana diMalaysia.

Terima kasih.

Anonymous said...

Saya bukan PAS dan Umno. PAS ni kerja dia nak memecahkan orang Islam. Perangai sebiji mcam Yahudi. Tak heranlah kenapa PAS sampai sekarang tak dapat perintah Malaysia sebab doa dia orang adalah untuk kemusnahan umat Islam sendiri. Selagi bernaung dengan kafir harbi macam DAP tu sampai bila tak akan dapat kerahmatan dari Allah. At least Umno lagi ok sebab MCA dan MIC ikut kata Umno. Tapi PAS kena ikut kata DAP kerana mementingkan perasan orang kafir dan tak memperdulikan perasan orang Islam. Tengoklah nanti, kami akan menolak PAS dalam pilihanraya akan datang kerana PAS tak pernah nak memikirkan perasan orang Islam. Terbaru, PAS bersekongkol dengan DAP untuk mewujudkan interfaith dialogue. Ulama2 Perak bersetuju perkara itu tak perlu dibincangkan tapi PAS mengada2 bersama DAP bersetuju untuk interfaith dialogue. Kami orang Islam tak rela agama Islam direndahkan. Siapa yang akan membela agama Islam. PAS? Kami tak nampak PAS akan membela orang Islam lagi. Apa yang kami nampak PAS sanggup merendahkan martabat Islam semata-mata prinsip PR. Kami hanya boleh berharap pada Umno sahaja. PAS kata Umno macam Yahudi tapi PAS bagi kami macam munafik....

Anonymous said...

TB, agak agaknya geng perpaduang APCO di selangor akan bantah tak? almaklumlah zaid ibrahim ni kan PKR yg liberal. pernah saman hudud pulak tu. Kalau ikut akhafun darurain, mungkin perlu undi MIC jugak kot. Lagipun jentera PKR diketuai MB, kalau PR menang, naik lah saham MB. penatlah usaha nak jatuhkan MB sebelum ni

Anonymous said...

anon.. 1:10pm ... lu kata lu bukan PAS & umno... tapi gaya bahasa macam umno... jgn nk menyamar lah wahai... aku panggil kau ANON MUNAfik...

anti pryou 12 said...

PAS PKR sampai bila tidak pas memerintah malaysia insyakallah. sebab doa mereka diiringi dengan niat tidak jujur dan iklas ada agenda politik...melayu hanya cinta ahli pas sebab mereka juga tergolong ramai dari bangsa melayu dan islam macam melayu umno juga ada sembahyang ikut sunnah itu sahaja.Tapi dalam politik pas paling huduh kuat riak dan berlebihan riaknya sebagai parti islam islam .. meluat pun ada..ingat bila lebih riak Allah tetap tidak pekenankan hajat mereka walau pakai serban tiga tingkat jubah meleret kebumi.UMNO sederhana dan selamba dlm semua stuasi .. setiap manusia ada cacat cela setiap parti atau pertubuhan mesti ada juga cacat celanya tidak telepas buat PAS dan PKR...itulah hakikatnya..Hulu selangor mesti diambil semula semoga berjaya.

Anonymous said...

Zaid Ibrahim dipilih kerana namanya..inilah startegi yang digunakan untuk Allahyarham Dr Zainal dulu..Alhamdullillah Dr Zainal MENANG..tapi antara Dr Zainal dan Zaid Ibrahim Ibrahim ibarat langit dan bumi...banyak isu yang tak selebahi Zaid....sukar mendapat undi dari ahli UMNO ,golongan muda dan atas pagar...isu anak tempatan.isu Islam..isu bangsa Melayu..isu kemiskinan..isu bayaran hakim.isu kelantan..isu UITM..isu kuil..isu rumah flat..Pakatan kena kerja keras...kalau dikutkan analisis tanpa kajian oleh Tulang Besi (MALAS MEMBACA DAN BERFIKIR ;HANYA RAJIN MENULIS CEPISAN)...Zaid boleh kalah kerana sifat yakin menang boleh memakan diri..biarkan Tulang Besi tenggelam dengan labunya...

asyMok_Aambo said...

yang penting Voters MESTi Tolak REJIM ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.

Anonymous said...

Grand Moron..u tak terkincing kah?..aah..jgn lupa tunaikan shabbat ya..

Anonymous said...

Looks like trojan horse UBN,HINDRAF dah mula dah..depa dah start depa punya goo talk..

john labu said...

anon kat atas woi..
lu bukan pas dan bukan umno... sah lu UG.. kahkahkah.. tektik basi laa.

nak balun orang kena la stand proud la.. malu malu biawak pulok. kah kah

Anonymous said...

satu lagi calon proksi anwar ibrahim......

apa dalam kepala anwar....kalau kes liwat beliau ni sangkut...dan jalan ceritanya pun menuju ke sg buluh juga nampaknya....yang diharap untuk ganti tempat dia sbg ketua pembangkang ialah zaid....

saya rasa PAS dan DAP pun dah baca taktik anwar ni...

memang anwar ni kemaruh nak jadi PM je....

Anonymous said...

alahai..Tb..
1.Zaid Brahim!orang kelantan pun tak mau!bayangkan Pas kelantan sendiri import calon luar bertanding dikelantan pada PRU 12!Dan menang!
2.Jelas menunjukkan PKR sudah tak dak tokoh melayu dan islam!tinggai yang hampas saja!
3.Dalam ramai-ramai pro!dalam negeri selangoq!sapapun tak mau masuk PKR!dok kokok kat belakang je!
4.Umnopun sama!kawasan majoriti melayu!pi calon hindula pulak!takut kuil hindu bercambah merata tempatla pulak!!dahla kebodohan mb selangoqla ni!MB pkr!kuil hindu haram!dijadikan halal!takut betui puak politik melayu ni pada puak hindu ni!
5.Ikut suka hati hangpa!nak pangkah sapa!nak sokong sapa!kalau aku!pangkah dua-dua sekali!Calon-calon yang tak dak kreadibiliti!macam mana nak jadi pemimpin!!!!!
6.Nak pangkah hindu!kawasan islam!ikut hukum!mana boleh pilih bukan islam sebagai ketua!pangkah zaid!macam pangkah puak kapiaq harbi jee!

Anonymous said...

saya pengundi hulu seleangor dan ahli pas, kalau betul zaid ibrahim jadi calon, kami ramai-ramai akan protes utk tidak turun mengundi.

percayalah, zaid ibrahim ini adalah musuh islam samada dlm umno atau luar umno

Alias Mohd Yusof said...

Buku yang ditulis oleh Zaid Ibrahim, "Saya Pun Melayu" sangat bagus, mendedahkan keburukan pemimpin2 UMNO. Buku ini yang terdapat dalam English dan Bahasa patut diedarkan untuk dibaca oleh pengundi2 di Hulu Selangor. Buku ini mencerminkan hati nurani Zaid Ibrahim.

Anonymous said...

Najib sokong US kenakan sekatan keatas IRAN. Dah sah, UMNO memang jadi barua yahudi dan amerika.Najib ni kemaruk populariti, sanggup khianat sesama muslim. Jom kita talkin kan UMNO di Hulu Selangor!!!!!

iskandar said...

hahahhaha....

DSAI dah umum calon...
bekas MP UMNO jadi pilihan...
sebab nk sokong PAS balun....
tak kesah islam ke tidak janji mencapai kemenangan...

hahahahahhaha

Nick Chan Abdullah said...

DAP kafir/cina? Vice chairman Tunku Abdul Aziz. Chairman Karpal Singh.
Parti Sosialis, Demokrasi.Menentang Korupsi. Dalam pandangan Islam, bukankah itu jauh lebih baik dari UMNO yang makan duit/ buli rakyat / curi tanah org asli / dll ?

Anonymous said...

//percayalah, zaid ibrahim ini adalah musuh islam samada dlm umno atau luar umno//
so hang ni kawan islam..siapa iktiraf hang sebagiaai wakil islam?..hang punya ego kot?macam mana dgn ahli2 PAS yg berentot entot dgn Najib?Itu semua ok?

Anonymous said...

cepat panggil tanjung rambuatan!!..anon @7.55 dah terlepas!!..kahkahkah..UMNO yis sicko wacko afflcited moron oh..:-)

Anonymous said...

Saya nak komen orang yang kata UMNO lebih baik drpd PAS. Sebenarnya org ni adalah org yg Allah bagi melihat tapi tidak menggunaknnya utk melihat kebenaran. Hujah saya tak payah pi jauh-jauh.Apa dah jadi ngan calon BN di Hulu Selangor...siapa yg akan dengar cakap siapa?Samy Vellu dah ugut...bahagian-bahagian MIC di Selangor dan hulu selangor dah ugut nak boikot PRK Hulu Selangor sekiranya calun kesayangan mereka Mr Palanivel tidak dicalonkan.Apa citer bang...mana 1 Malaysia, mana budaya tolak ansur dlm BN. Ketahui lah wahai insan yang rasa UMNO-BN mampu menjadi benteng pertahanan org melayu...anda telah tertipu hidup-hidup. Sebenarnya UMNO yg kununnya menunjangi BN sudah jadi ikan di atas darat. tercungap-cungap ... talian hayat hanya pd kes liwat anwar ...yg byk org tak percaya pun sampai kiamat.lu sendiri la fikir la beb

Anonymous said...

Zaid Ibrahim dan judi:

Cadangan Zaid supaya wujud loteri diselar

Bashir Ishak

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abdin Al-Hafiz menyelar saranan Zaid dan menganggapnya biadap dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Islam.

"Dulu dia nak bawa hukum hudud ke mahkamah. Ini nak buat loteri pula, apakah dia tidak ambil kira sensitiviti umat Islam atau inikah dia Islam Hadhari?," katanya.

Zaid dipetik berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2006 bagi Kementerian Belia dan Sukan.

Akhbar The Star Khamis lalu menyiarkan komen daripada Zaid yang menyarankan agar diadakan loteri khas sebagai dana bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami institusi sukan di negara ini.

Zaid menyatakan bahawa banyak syarikat perjudian tidak memberikan sumbangan yang secukupnya kepada sukan di negara ini.

Beliau juga memberikan contoh di England di mana indusrti sukan dibiayai penuh dari sumber perjudian.

Bila ditanya adakah ianya halal, Zaid dipetik sebagai berkata, "Yang pentingnya ialah untuk apa tujuan wang itu digunakan. Kenapa kita takut melakukannnya? Adakah kerana PAS ? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Nak takut apa?".

Ustaz Zolkharnain juga melihat kata-kata Zaid sebagai satu keangkuhan mereka dari parti kerajaan.

Walau bagaimanapun baginya, ini adalah pengiktirafan dari kerajaan Islam Hadhari pimpinan Umno akan peranan Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat dalam menyuarakan pandangan berkaitan agama.

"Sungguh angkuh dan terbukti mereka tidak pernah mengambilkira aspek halal-haram sesuatu perkara. Kalau tak ada PAS di Parlimen tak tahu apa nak jadi? Jadi jelas kehadiran kita tetap digeruni," tambahnya.

Selain itu, Ustaz Zokharnaian turut menyuarakan pandangannya tentang usaha memperbaiki mutu sukan tanahair.

Baginya, segala kekurangan dan kelemahan patut diperbaiki dengan cara yang tidak merosakkan nama institusi sukan di negara ini.

"Cukuplah institusi sukan negara dicemari pelbagai perkara yang tidak sesuai dengan agama dan jangan dimasukkan perkara lain yang akan lebih merosakkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.