Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 14, 2010

ZainulFaqar Dipecat Dari Harakah?

Saya dapat maklumat, dalam mesyuarat AJK Kerja PAS baru baru ini hangat membincangkan pemecatan Zainulfaqar dari menjadi wartawan Harakah.

Ini adalah ekoran tindakan ZainulFaqar menegur Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, kerana lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam perbahasan Parlimen berkaitan isu APCO.

Yang sebuk melaungkan supaya ZainulFaqar dipecat adalah geng-geng Terengganu. Yang paling lantang (baca: becok) adalah Ustaz Abu Bakar Chik. Mereka dengan lantang mahukan ZainulFaqar dipecat kerana menegur Timbalan Presiden PAS.
Kononnya ZainulFaqar tidak ada akhlak jemaah kerana menegur kepimpinan PAS Pusat secara berdepan sebegitu.

Yang saya hairannya, Suyuti Umar, Pengarang Siasah, selama ini kerap memfitnah Husam Musa. Sehingga Husam Musa mengambil tindakan mahkamah sekarang ini menyaman akhbar Siasah dan Suyuti Umar.

Ini kerana parti sendiri melindungi kaki sebar fitnah bernama Suyuti Umar ini. Kenapa Bakar Chik tak bising minta Suyuti dipecat?

Sedangkan apa yang dilakukan oleh ZainulFaqar itu adalah berasaskan kebenaran. Suyuti pula kerap membuat tuduhan liar dan fitnah terhadap Husam. Namun, Suyuti tetap diberi gaji oleh PAS dan jawatan beliau dikekalkan tanpa apa-apa tindakan.
Adakah PAS lebih suka melindungi kaki fitnah dari mereka yang menyatakan hak?

Adakah ini sifat sebuah parti Islam?

Adakah tindakan Zainulfaqar lebih buruk berbanding dengan Mohd Radzi Mustafa yang menjadi calon bebas di DUN Titi Tinggi sekaligus melanggar keputusan parti secara terbuka?

Kalau PAS bukan parti Islam, silalah pecat ZainulFaqar kerana tindakan beliau menyatakan kebenaran.

Tulang Besi

ps perangai Nasa suka bergaul dengan UMNO ni dah lama Tulang Besi terima laporan.

13 comments:

libanglibu said...

tuan memang hebat. jaringan tuan berselirat-selirat nampak gayanya.

teruskan tuan, post lg item2 yg 'berbaur-baur' ust nasha seketui.

zab said...

Salam,

Biarkan kalau nak dipecat, Zainulfaqar bukannya orang yang takde bakat, pastinya sumber rezeki tu bukan milik Nasha.

Satu lagi, dicadangkan untuk kempen Hulu Selangor, pasangkan klip Song for Gaza sebelum ceramah pasal APCO ni, biar semua orang terkedu tengok jehatnya Zionis yang UMNO sayang tu

http://www.youtube.com/watch?v=dlfhoU66s4Y&feature=watch_response_rev

john labu said...

sah! kalau kerja onar lagu ni memang kepakaran bakar chik, harun tayib dan geng tganu... kalu bakar chik kerja herdik menyampung orang ni memang kepakaran dia..
Tahniah sdr zainulfaqar.. anda sudah buktikan anda lebih hebat dari kaum UG!

Anonymous said...

Cara pucuk pimpinan PAS bertindak tidak lagi berbeza dengan puak UMNO yahudi tu. Mereka anggap kedudukan dan jawatan yang mereka pegang dalam parti membolehkan mereka bertindak sesuka hati. Mereka ini yang konon nya mengaku hendak mendirikan Islam sebagai Ad-Deen adalah manusia yang telah jelas tewas awal awal lagi kepada nafsu dunia. Tak usah lah nak berlagak alim - kamu sekarang tak ubah dengan UMNO yang kamu sangat idamkan. Yang bezanya hanya lah kamu pakai kupiah putih, orang umno pakai songkok hitam. Hati sama aje. Kita ahli di bawah berdoa semoga Tok Guru Nik Aziz akan dirikan PAS baru yang benar benar bertindak secara islam dalam SEMUA perkara. Pimpinan yang ada sekarang tak boleh pakai lagi - sudah dibungkus dengan daun pisang oleh juak juak UMNO yahudi.

Anonymous said...

TB kata :
Adakah PAS lebih suka melindungi kaki fitnah dari mereka yang menyatakan hak?

Adakah ini termasuk Tulang Besi...sebab tu tak habih tabur fitnah dan tak pernah kena tindakan...

Anonymous said...

jangan cepat sangat beri statement....tunggu apa lembaga pengarah harakah beri sebab2 pemecatan tu...

mazar said...

nampak gaya nya mamat geng ganu natang nie dh serupa perangai UMNO itu lh asik berkawan dgn UMNO perangai pun dah mcm UMNO kalau pemimpin tk blh d tegur serupa UMNO idup UMNO!!!!

UMNOAPCO said...

UMNOAPCO ... Penyokong YAHUDI Tegar.

MatTarbiyah said...

salam ... sayuti dan anta, ana rasa 2 x 5 ... selalu ingat pada hari kematian .. ... ana tuju pada semua (termasuk ana) ... dosa pada makhluk kena minta pada makhluk .... jadi kalau ada info yg tak confirm dan buka pekung dan kekehormatan orang, tak yah siar walaupun orang tu kita tak suka ... tegur pemimpin secara berhemah .. kalau dia tak ikut ..
serahlah pada Allah ... depa orang agama .... lebih mengetahui akibatnya ... Pemimpin datang dan pergi ...

orang selangor said...

ish! korang ni,abu bakar chik adalah pengarah geraf saraf pusat.wan abdul rahman pulak pengarah penyelidkan pusar,mustafa ali pulak s/u agung pusat,tghh adalah presiden pusat,nasharuddin tontowi adalah ketua pemuda pusat dan ramai lagi yg pusat pusat.
APAKAH persamaan mereka2 ini????cuba teka....

semuanya terengganu atau asal terenganu.
negeri yg kata pas kuat tapi kalah pada 2008.

john labu said...

orang selangor..
mereka kalah sbb mereka lah pembidaah-pembidaah besar.
sbb dah taklih tipu orang Tganu mereka mai tipu pusat pulak..
jadi pusat mereka pusat tipu..

Anonymous said...

Kalau kaki sergah-sergah ni sudah pasti Bakar Chik.Panglima Saraf Trengganu ni yang sergah Prof.Aziz Bari waktu Seminar Khasa PAS diTaman Melewar tempuh hari walau pun Prof itu tamu dimajlis itu.Strategi Perang dan Gerak Saraf dialah yang telah membawa kekalahan diTrengganu pada 2 PRU yang lalu.Inilah akibatnya memberikan tugas kepada orang yang bukan ahlinya.
Apa yang dibuat Zainulfakar menegur perkara yang tak betul dilakukan oleh pemimpin.Rupa-rupanya Pemimpin Gulungan UG ni tak boleh ditegur,yang duduk sebakul dengan Nasaruddin akan turut melenting.Harimau UG Bakar Chik pun terus menerkam Zainulfakar.Harimau ni lupa yang dia sudah tak ada gigi,taring dan belangnya pun dah lusuh.

mazar said...

itu lh kemahuan UMNO yg selama ini baldigol Nasa buat...Harakah pun sama baldigol gak...lama2 Harakah pun jadi mcm Utasan Meloya gak..kalau ini lh cara yg mereka halal kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.