Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 8, 2010

2008:Husam Usaha Lemahkan Pak Lah Tapi Terengganu Masih Kalah

Peristiwa Kickdefella mendedahkan adanya sekumpulan orang-orang PAS yang telah membuat kerja melemahkan imej Pak Lah yang telah menyebabkan PAS kalah teruk di Terengganu. Tapi, usaha Husam telah berjaya meredakan imej “Islam” Pak Lah.

Secara logiknya, dikala imej Pak Lah lemah, ditambah dengan perpecahan UMNO Terengganu yang parah, maka PAS Terengganu patutnya mudah menawan kembali negeri Terengganu dari UMNO pada 2008.

Perpecahan UMNO Kelantan tidak seburuk UMNO Terengganu sewaktu menghadapi pilihanraya 2008. Namun Kelantan muncul dengan gemilang sekali berbanding Terengganu. PAS Terengganu cuma mampu menambah 4 kerusi dari tahun 2004 menjadi 8.


Itu pun satu kerusi (Ladang) menang sebab UMNO setempat meluat ke calon UMNO.
Artikel yang saya ambil dari Tranungkite sendiri menunjukkan bahawa “mood” rakyat Terengganu sekarang ini masih belum berpihak pada PAS. Yang lebih menakutkan adalah di ambang pilihanraya yang akan datang, Najib akan mencalonkan Mat Said untuk bertanding Parlimen dan menamakan seorang calon baru yang disukai berbagai pihak untuk menjadi MB Terengganu. Yang jelasnya, Najib tidak akan menamakan Mat Said sebagai calon MB Terengganu dalam pilihanraya yang akan datang.

Di kala itu, ada kemungkinan PAS akan hilang 2-3 kerusi lagi di Terengganu. Kita mesti ingat, perangai orang Melayu ni suka memaafkan. Maka, oleh kerana Najib masih baru jadi PM, aka nada pengundi-pengundi kita 2008 yang akan mengundi BN kembali kerana hendak memberi peluang kepada calon baru.

PAS Terengganu kelak akan membariskan pimpinan yang sama yang telah ditolak pengundi 2004 lepas. Tindakan melantik Ustaz Harun Taib sebagai PJ Terengganu benar-benar tidak membantu peluang PAS Terengganu untuk menawan Terengganu kembali.

Tidak hairanlah PJ Terengganu telah di booo penyokong sendiri di satu ceramah di Kemaman Terengganu. Begitu tidak popular calon-calon MB dan PJ PAS bagi negeri Terengganu.

Apa yang PAS Terengganu buat selepas kalahnya 2008 hanyalah mengacau kepimpinan PAS Pusat. Dengan geng-geng kayu, mereka telah merancang menjatuhkan Dr Syed Azman dan Husam Musa. Blog “Anti Husam” diwujudkan serta mesyuarat2 diadakan di sekitar Bangi dan Kajang bagi membincangkan bagaimana hendak menjatuhkan orang-orang seperti Husam Musa dan Dr Syed Azman. Terma “Geng Erdogan” digunakan bagi melabel orang-orang seperti Husam Musa.

Geng Kayu juga telah menggantikan Dr Syed Azman dengan Dr. Shamsuri Ahmad. Gaji Dr Shamsuri sebagai SU Presiden dibayar oleh SIGTECCH yang diketuai oleh Dr Khazani Abdullah. Kedua-dua Khazani dan Shamsuri adalah anak usrah kepada Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu). Dr Kayu ini pula adalah SU Dewan Ulama sewaktu Dewan Ulama berada di bawah Ustaz Harun Taib.

Sejak akhir-akhir ini pula, puak2 Terengganu telah mendapat bantuan beberap blogger yang tidak dikenali siapa mereka. Blog ini telah menggelarkan mereka “Bloggers Pondan”. Mereka kecut untuk menunjukkan identity mereka kerana mereka hanya berani menyebar fitnah tanpa mahu bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut. Mereka tak berani tunjuk muka sebab mereka adalah pondan.

Adakah ini tarbiyyah PAS Terengganu? Tarbiyyah mereka mengarah mewujudkan pondan-pondan?

Namun, usaha untuk menampilkan barisan pimpinan yang diterima rakyat tiada dilakukan. PAS Terengganu terus melakukan pemilihan cara DAP menyebabkan kayu-kayu lama terus kekal. Jelas, mereka ini tidak kesah pasal jemaah ataupun pasal kejayaan Islam. Apa yang mereka kesah adalah mengekalkan penguasaan mereka terhadap PAS.
Mereka berbuat demikian dengan bergantung di belakang jubah Presiden.

Bayangkan UMNO yang mampu membuat perubahan pimpinan, tapi PAS Terengganu masih terus mengekalkan mereka yang jelas ditolak pengundi pada 2004. Apabila ditegur, maka diwujudkan bloggers Pondan untuk menyerang orang seperti saya.

Pada waktu yang sama, PJ Terengganu terus ditolak rakyat Terengganu sehingga ke tahap di booo oleh penyokong sendiri. Bagaimana hendak berharap menarik sokongan orang atas pagar ataupun orang UMNO?

Kalau PAS kalah di tempat-tempat lain pada pilihanraya umum yang akan datang, maka kesalahan tersebut kita patut letakkan di bahu PAS Terengganu. Mereka begitu ghairan mengacau kepimpinan PAS Pusat namun tidak mahu membuat perubahan di Terengganu sendiri, tempat mereka bertapak.

Kalau Terengganu kuat maka tempat lain juga akan kuat. Maklumat saya dapat, UMNO begitu konfiden mengekalkan kekuasaan di Terengganu, mereka telah memindahkan sebahagian pengundi-pengundi mereka kembali ke Selangor.

Kerana mereka tahu, hasil kerja tangan Geng Terengganu di PAS Pusat bakal memberikan laba yang cukup besar kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Bukankah pada 2004 sendiri kita lihat betapa kumpulan “ulama” telah memberi kemenangan yang cukup gemilang kepada UMNO dengan “Dokumen Negara Islam” mereka? Nampaknya sejarah akan berulang kembali.

Tulang Besi

5 comments:

sam raspiut said...

PERCAYALAH.. Dgn barisan pimpinan expired dan pelapis bangang Pas Trg sekarang, tidak mungkin menang pru setidaknya untuk 2 atau 3 pru lagi!
KECUALI.. sekiranya ada faktor perubahan dlm umno yg lebih besar dr faktor Anwar.. misalnya,
Hadi sebagai presiden Umno yg baru, pasti berduyung dugung umno mengundi PR!!

Hadi dan geng tganu amat arif bab ini.. mereka sedar tak akan menang Trg!!
apa guna PR menang PRU.. kalau mereka kalah Trg! apa bahagian mereka dalam barisan pemerintahan PR? dari untung seduit, baik rugi semua!

Jadi sbb itu geng tganu cuba gagalkan PR dan memperkukuhkan penguasaan mereka di Pusat.
mereka sedar.. sbg penguasa Pas yg pro pepeduang @ pro umno, harga dan laba mereka meningkat. Bahkan lebih beruntung dr macai2 Umno.

walaupun Tag harga mereka tidak setinggi Yee 25ML.. tapi pasti lebih mahal dr secawan kopi yg TP Nasha dpt dikafe parlimen sewaktu MP lain sibuk berjuang menentang UpcoUmno!
Itulah Dasar perjuangan geng tganu.. opurtunis menjaja agama..

tamingsari said...

Terus terang jelah kata yang TGHadi gagal. Mengapa tak bagi RM.4juta pada Hadi? Pas jaga Kelantan je tempat lain ambil sambil lewa. Kedah menang nasib. Dah tau Trengganu kuat pada BN bagilah duit lebih sikit. Buka cawangan GMC kt Kuantan barulah ada can nak menang.

Anonymous said...

Husam Musa is brilliant..his idea of "dinar gold" economy is actually being carried by the gulf states..russia,china,india r dumping USD,n buying more gold..semua owang dau tau..USD is a toilet paper currency..

Anonymous said...

Kemenangan Pembangkang dalam Pilihan raya umum ke-13 yang lalu adalah disebabkan oleh demontrasi BERSIH. Jangan lupa anda semua. demo Bersih hanya menggunakan sedikit wang, tetapi melibatkan tenaga yang ramai.

Kemenangan besar PAS di kelantan tahun 1990, 1999 bukan kerana wang ringgit yang jutaan, tetapi kesetiaan para ahli dan penyokong yang setia dan begitu komited mengundi PAS.

Tidak ada kerajaan di dunia jatuh kerana pembangkang mengguna wang yang banyak.

Anonymous said...

China gold reserves soar

BEIJING (Commodity Online): America’s worst fears are coming true now. China’s is hugely converting its foreign reserves into gold. This fear was there for quite some time for the US as it realized the value of dollar was hit badly during the recession.

Realising that the financial meltdown has badly dented the dollar, China is on a spree to increase its gold reserves. This has resulted in China becoming the fifth country in the world as far as gold reserve is concerned.

Explore Commodity Online Mobile Services

Now, China’s gold reserve has crossed 1,054 tonne mark. China is the largest gold producer in the world, with a more than 300 tonnes of gold produced annually. China is also the world’s second largest gold consumer, with a consumption of over 400 tonnes a year, second only to India, which consumes around 800 tonne gold every year.

However, gold is unlikely to become a primary investment for China’s foreign exchange reserve.

Apart from the precious metal’s unsound yield, China fears that since the world gold market is limited, large purchases by China will inevitably push up the international price further dampening any hopes of a good return.

Besides, privately owned gold stocks in China have reached nearly 3,000 tonnes, tripling that of the 1,054-tonne national treasury reserves.
http://www.commodityonline.com/news/China-gold-reserves-soar-26288-3-1.html

yep..perang dunia ke3 dah start..semua nak tinggalkan wang pisang aka USD..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.