Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 10, 2010

Berahim PERKASA Kena Jelas, Siapa Yang Hantar 250 UTK Menyerbu Baginda Sultan Kelantan

Berahim PERKASA nak cuba tutup kesalahan UMNO dan pindah kesalahan kepada orang lain pula. Beliau buat kenyataan nak salahkan Tok Guru Nik Aziz sebab tidak beri nasihat.
Padahal Berahim PERKASA wajib jawab bagaimana 250 anggota UTK boleh dikerahkan untuk menyerbu Sultan Kelantan yang sedang menaiki kenderaan ke Lapangan Terbang untuk mendapat rawatan susulan di Singapura.

Bukankah UTK ini terletak di bawah penguasaan Polis DiRaja Malaysia yang juga terletak di bawah penguasaan Kementrian Dalam Negeri yang dikuasai UMNO?

Yang saya nampak, Berahim PERKASA nak tutup pekung UMNO yang jelas telah campur tangan dalam urusan istana Kelantan sekaligus telah derhaka pada Sultan Kelantan.

Hakikatnya,Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menyatakan bahawa selagi Sultan tidak meninggal dunia, beliau kekal sebagai Sultan. Tindakan menghantar 250 UTK menyerbu Sultan Kelantan adalah satu tindakan DERHAKA yang amat besar dan Berahim PERKASA perlu menjawab isu ini dengan tegas.

Bukan menyalahkan MB Kelantan. Bukan MB Kelantan yang mengarahkan 250 UTK menyerbu Sultan Kelantan sekaligus menghalang Baginda pergi mendapat rawatan susulan di Singapura.

Lagipun, apa salahnya seseorang itu pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan susulan? Kalau orang itu bukan Sultan pun, tiada salahnya beliau untuk pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan. Orang biasa yang tiada kedudukan istana pun tidak salah untuk pergi ke Singapura mendapat rawatan perubatan, inikan pula Baginda Sultan Kelantan.

Berahim PERKASA sepatutnya menyoal UMNO bagaimana 250 UTK boleh menyerbu Baginda Sultan, bukan menyoal Tok Guru Nik Aziz.

Krisis Istana Kelantan, bagi saya, adalah lantaran campur tangan UMNO. Kalau tidak bagaimana 250 UTK boleh dikerahkan?

Tulang Besi

24 comments:

kayrol said...

Salam tuan TB

ada beberapa perkara yg tuan silap. sy betulkan sblm org lain ketawa pd tuan..jgn dok layan sgt sgt Berahim PERKOSA tu..buang masa je..

i) 250 UTK?betul ke TB...mcm x logik je..(mmg x logik pun)..dah check betul2..baik chechk betul2 sblm 'fakta' dikeluarkan..kalau polis biasa 250 betul jgk, ini Unit TINDAKAN KHAS, mmg pakar dah..

2) 'Hakikatnya,Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menyatakan bahawa selagi Sultan tidak meninggal dunia, beliau kekal sebagai Sultan.'

Itu fakta yg betul, TAPI, perlu diingat, PEMANGKU SULTAN mempunnyai kuasa seperti Sultan.Dlm kes ini, terang lagi tersuluh yg tengku Mahkota dilantik sebagai PEMANGKU SULTAN..

3) 'Lagipun, apa salahnya seseorang itu pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan susulan? Kalau orang itu bukan Sultan pun, tiada salahnya beliau untuk pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan. Orang biasa yang tiada kedudukan istana pun tidak salah untuk pergi ke Singapura mendapat rawatan perubatan, inikan pula Baginda Sultan Kelantan.'

Pemangku Sultan yg arahkan Ayahanda baginda kena buat treatment kat HUSM, sbb...ada la tu..spt yg Malaysiakini maklum (refer statement dari kekanda Sultan sendiri)..dikontrol oleh pihak2 terttentu..

4) "Krisis Istana Kelantan, bagi saya, adalah lantaran campur tangan UMNO. Kalau tidak bagaimana 250 UTK boleh dikerahkan?"

Ya, sy setuju campurtangan UMNO, dgn niat utk burukkan kerajaan PAS kelate...tp Allah Maha Kuasa..alih2, pecah satu2 kes dalaman keluarga sendiri..

Yg penting, mana nak cari Pemangku SUltan yg satu hari nnti akan jadi Sultan yg protokolnya x sangat bila bersama rakyat, selalu pakai jubah bila pegi masjid, boleh sembelih binatang kahsnya lembu bila time korban, dan paling penting, hormatnya pada ALIM ULAMA..

wassalam
(ini 1st time sy post comment, sblm ni baca saje tulisan tuan TB, tapi fakta kali ni jelas silap)

ramzi said...

TB,
Tuan kena buat research dulu dalam hal istana kelantan ni, jangan terlajak cakap. Nanti merugikan kerajaan PAS kelantan.
Soalan saya TB faham ke tak apa yang berlaku? TB faham tak kenapa sultan hendak di bawa ke singapura? TB faham tak kenapa ada dua statement tentang kesihatan sultan?

Anonymous said...

Saya rasa elok tuan tidak ulas perkara yang tuan tidak tahu kerana boleh memberikan gambaran yang salah. Tidak tahu duduk perkara tak payah ulas kerana bakal membawa padah pada orang yang baik baik dan di senangi masyarakat semasa. Lupakan hal yang bukan tuan tahu untuk menjadi nama baik pas sendiri.

jibam said...

terlalu pandai.. semuanya nak diulas lepas tuu buat kesimpulan sendiri tanpa usul periksa.

terlalu banyak tahu... semuanya nak dikupas ... akhirnya kononnya fakta tetapi menjadi fitnah laa pulak.

urusan diraja terlalu banyak berlaku di sebalik tabir.. yang terkeluar di akhbar cuma sekecil kuman saja.

jangan terlalu ghairah...

ANTI PERKASA said...


terlalu banyak tahu... semuanya nak dikupas ... akhirnya kononnya fakta tetapi menjadi fitnah laa pulak.

urusan diraja terlalu banyak berlaku di sebalik tabir.. yang terkeluar di akhbar cuma sekecil kuman saja.

jangan terlalu ghairah...
.

Penyokong UMNO dah kepanasan. Tak habis tuduh kita derhaka, rupanya dia bapak derhaka.

Bagi buktilah kalau fitnah. Jangan cakap je

ANTI PERKASA said...

wow pemangku Sultan lebih berkuasa dari sultan.

Hahahaha bukankah ini bahlol namanya?

Anti PERKASA said...


Yg penting, mana nak cari Pemangku SUltan yg satu hari nnti akan jadi Sultan yg protokolnya x sangat bila bersama rakyat, selalu pakai jubah bila pegi masjid, boleh sembelih binatang kahsnya lembu bila time korban, dan paling penting, hormatnya pada ALIM ULAMA..
.

Pemangku Sultan lebih berkuasa dari Sultan?

Kao ni sehat ke tidak?

Betul ke Pemangku Sultan hormat alim ulama?

Anonymous said...

Tulang Besi..kalau pun nak komen tak payah la berselindung disebalik nama anti perkasa plak....orang dah tau dah siapa Tulang Besi punya tuan..cemburu la tu Kick dapat pulus....resume pun dah tak ada berita...

UMNOAPCO said...

UMNOAPCO bersultankan Najib ... yang lain kena jual ... "Kami Nak Derih NATANG" Masih fresh lagi statement ini .. hu hu Masa tu Ibrahim Perkosa tengah berselimut dengan Vincent Tan. Pencacai2 semua syok tikam nombor ekor dan togok arak ...

Bila stim dah turun .. pegi melalak kat bangunan ... kena maki pulak dengan akak yang lalu kat situ.

Lani senyap ... ntah hidup lagi ker grombolan ??? Aku nak tengok musibat2 melayu PLASTIK nie turun padang. kah kah kah kah !!!

Anonymous said...

Nik Aziz dgn Ibrahim Ali serupa je, dua dua tak boleh pakai, sorang nyanyuk sorang lagi perasan kuat. Yg ruginya org Kelantan, cakap pemimpin bukan main gah, rakyat papa kedana, merempat kenegeri lain, lepas tu kurang ajar, dasar tak tak tahu dek untung mcm Zaid Ibrahim, kalau duduk diKelantan layak jadi teksi prebet sapu je.... hidup kena bersyukur bro

Anonymous said...

tuan Tb..
ada byk hal tersembunyi dlm urusan istana kltn.. yg tdk mungkin di ulas secara terbuka oleh rakyat kltn samada umno atau Pas.. tetapi
ramai yg cuba guna tempiasnya untuk memburukkan lawan.
satu hal yg Tb harus tahu.. org kltn amat hormati kerabat sultan.
jadi sebaiknya hal istana kltn tidak diulas secara terbuka walaupun Tb mungkin ada sumber dan tahu cerita sebenarnya? tolong..
biarkan saja kickdafella dgn cerita derhakanya..

Anonymous said...

saya bukan penyokong BN dan polis umno.. tapi
dalam hal ini saya rasa Polis Kelantan telah lakukan tindakan benar..
saya pasti arahan yg datang dari Pemangku Sultan adalah demi kebaikan ayahndanya dan maruah institusi Raja negeri kelantan..
saya yakin rakyat kelantan telah mengenepikan perbezaan politik dalam perkara ini.
kecuali ibrahim ali.. cuma dikhuatiri tujuan tuan untuk menyekat SPIN brahim ali akan menyentuh pihak2 lain!

pang5bugis said...

brahimmm kan katak lompak......

Anonymous said...

My goodness..250 UTK!..coup d tat!!Nachibai dah gabra..nak tawan Selagor mati matiaan sebab nak sapu Malaysia's no1 cash cow state...nak sapu Kelantan,sebab Kalantan ada minyak..nak sapu kedah dan Penang sebab kedah ada balak n penang pulak highly enterprisng state..all katan sates r major contributor to Mlaysia income..sekarng gomen dui pochee..lagi excessive ootang!..RM360 billion dificit cik oih!!Malaysia dah nazak dibawah najib nazak..

chegarMD said...

SaudaraTB,
nampak nya saudara tak betul2 kenal dgn penglima ibrahim ali, beliau sangat licik dlm langgam politiknya. betul konterversi, tapi pandai menjaga diri khas nya
yg berhubong dgn istana.mustahil beliau akan melibat kan diri dlm masalah ini.beliau orang yg paling gedebi dlm politik
malaysia hari ini, tampa mengira politik nya betul atau tidak.dia ada langgam pendikar licik.dia shaitan tapi popular dgn rakyat miskin,murah hati,berani dan gedebi adalah sikap pengawa2 kelantan ada padanya.yg penting dia selalu menziarahi orang2 yg sakit , selalu bertanya orang2 tua.dinamik lucu dan melucukan
seorang ahli politik yg akan di kenang dlm sejarah malaysia nanti.

Anonymous said...

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKAS) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Laporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.
http://malaysiakini.com/news/131445

ROTFL..puak songkok busat semakin gila histeria..syabas!..1 dunia islam dah tau malaysia adalah iblis,setan yg memakai topeng islam..kesian nachibai n hantu tetek..berepa bilion lagi berlu issue bon utk bili wakil wakil pkr eh?Malaysia punya yield semakin naik oih..fitch report dah down grade Malaysia lah..kahkahkahkah..mau korek lagi dri Ananda Krishnan,vincent an,Anada Krishnan,Damned zainuddin kaah?..gerenti hantu tetek tak nak kasi dri akaun haram dia di off shore..itu lui insuleng..so mana mau cari dui?nak bikin arms trading pun talak boleh..peranchis dan dan "lain lain" sedang mikroskop on them..so much big headache for nachibai n hantu tetek..kay C an..kahkahkah

tamingsari said...

Terlalu sedikit yg TB tahu dalam isu istana Kelantan. Orang yg beritahu pada TB pun tahu sedikit jugak. Jadi, jangan tuduh semacam. 250 anggota UTK yg TB sebut tu betul ke.Jangan sampai Bukit Aman cari TB kerana buat laporan palsu dalam blog,serta cuba menjatuhkan imej pasokan.

Pemangku Sultan ada cakap apa2 ke pada TB. Agak2 pemangku sultan suka ke pada apa yg TB tulis?

Yg brhak buat kenyataan adalah ketua kerajaan negeri iaitu TGNA bukan TB. Dia yg benar2 tahu cerita penuh. Dia pun tak berani komen tak tentu pasal.Kerajaan pusat tidak akan campur tangan tanpa permintaan dari kerajaan negeri ataupun oleh pihak istana.

Berhati-hati bro, jangan tunjuk perasaan kalau tak ada permit. Kes
naya nanti. Nasi campur kat kedai mamak jauh beza dgn yg kat dalam.

ANTI PERKASA said...

Heran heran.

Setau saya UTK berada di bawah penguasaan Menteri Dalam Negeri.

Sejak bila UTK boleh diarahkan oleh Sultan?

Punya ramai pembelit yang memberi komen.

Nampak sangat yang beri komen ni otak tak senter

ANTI PERKASA said...

Tamingsari,

Kao boleh terang macamana 250 UTK boleh serbu Sultan Kelantan?

Anonymous said...

hari ini dlm laporan,Bank negaa nak kasi naik 1/4 % points..dan bulan june pulak nak issue bon 10 tahun dlm USD!!!!!ananda krisnan,si damachai ponnah kotek pulak hire rogue financiars morgan stanley utk juai saham(?) astro(tolong jgn bili ya)..itu royal stout dri silver state pulak pi dubai utk mintak sedekah ..kahkahkahkah..depa dah hilang punca..mereka dah menjadi macam itu toy car buatan cina yg langgar tembok,turn turtle,langgar tembok lagi..kahkahkahkah..inlah akan berlaku bila puak looney tunes/merry melodies kontrol $$$..

nahraf said...

Salam TB,

Pergolakan di istana Kelantan bukanlah semudah seperti yang dilihat banyak pihak, sila kesini untuk ketahui fakta-faktanya

http://thekelantaninsider.blogspot.com/

halim said...

Ado sorang lagi Mamat yang suka melalak buat kerosakan diatas bumi Kelantan.

Tengok apa Husam kata.. http://www.youtube.com/watch?v=x7pBvjqiB-I

tamingsari said...

Anti Perkasa.

Kau boleh terang macamana 250 UTK boleh serbu Sultan Kelantan? Kau punya soalan kau jawablah sendiri.
Kau dgn TB kan orang yg sama.

Anonymous said...

hahahaha...aku dah lama tau..TB ni sakit otak..dia saiko teruk ni...ni la agaknya akibat bila berlagak pandai..pas tu menyamar komen sebagai orang lain..dia dengan Aducelaka sama jer..woi monyit gemuk,nak bunuh Mat Komando pun UTK 5 orang je..Bukit Jenalik pun sampai 50 orang..lu ni kuat sangat nipu,gila populariti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.