Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 31, 2010

Buang Subsidi Untuk Bantu Kroni, Bukan Untuk Bantu Negara

Heran bin ajaib. IMF sendiri tidak menolak bahawa subsidi bertujuan membantu golongan yang tidak berkemampuan. Cumanya, sistem memberi subsidi secara meluas seperti yang diamalkan sekarang dilihat lebih banyak disalahguna oleh golongan kaya dari golongan miskin.

Tapi, UMNO dan Najib mahu membuang terus subsidi tanpa mencadangkan apa-apa sistem yang lain untuk menggantikan sistem subsidi yang diguna pakai sekarang ini. Sebusuk-busuk IMF pun, mereka ada mencadangkan beberapa langkah yang efektif bagi menggantikan subsidi. Di bawah saya ambil terus dari laman web IMF:


• Maintaining subsidies on commodities that are more important in the household budgets of the poor, for example, kerosene
• Expanding the funds available to existing programs that help the poor, including school meals, education and health fees, and other forms of cash transfers
• Improving the design of social safety net programs over time.


IMF yang dikutuk dan dikeji UMNO nampaknya lebih berhati perut kepada mereka yang tidak berkemampuan. Mereka pun mencadangkan supaya subsidi dikekalkan bagi bahan bakar yang jelas digunakan oleh golongan miskin i.e. kerosene(minyak tanah). Mereka juga mencadangkan wang subsidi digunakan untuk program makanan kepada orang miskin dan yang memerlukan serta wang yang diberi terus dan banyak lagi program lain.

Malahan, duit subsidi seharusnya digunakan untuk program-program seperti takaful amalah, insuran kesihatan bagi yang miskin, buku sekolah percuma, “food stamp” dan sebagainya.

(NOTA: IMF dikutuk dan dinista Mahafiraun dan UMNO sebab syarat IMF adalah semua syarikat bawah kerajaan Pusat dan Negeri mesti diswastakan. Ini kerana kalau kita lihat di Indonesia, syarikat-syarikat milik kerajaan ini menjadi sumber kewangan parti memerintah serta pemimpin-pemimpin parti pemerintah bagi mereka mendapat wang mudah. Syarat IMF ini amat dibenci Mahafiraun dan Qarun kerana ini akan menyebabkan kroni-kroni mereka bangkrap dan terpaksa duduk di tepi jalan. Apabila syarikat2 milik kerajaan ini diswastakan, bermakna pengurusan mereka akan lebih telus dan sekiranya mereka gagal, mereka akan ditutup tanpa perlu kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk menyelamatkan mereka.)

BUANG SUBSIDI UNTUK BANTU KRONI

Jelas, pembuangan subsidi tajaan Najib Tun Razak adalah kerana duit Malaysia sudah semakin kering. Maka, para kroni dan korporat sedang kepanasan. Setelah semua lubang digali, dan semua perigi kering, perigi yang masih tinggal adalah perigi subsidi minyak.

Maka, dengan dibuang subsidi minyak, para kroni dapatlah pula mencedok air dari perigi ini bagi memuaskan nafsu serakah mereka yang tidak pernah kenal puas itu. Para pemimpin UMNO juga berharap dapat menumpang sekaki dari perigi baru ini. Semua ini jenis manusia yang nak kaya cepat tapi malas berusaha dan menggunakan otak. Hanya tahu memeras rakyat. Itu sahaja.

Najib Tun Razak nampaknya lebih senang membela kroni dari membela rakyat. Saya cabar Najib untuk melakukan beberapa langkah mudah terlebih dahulu sebelum membuang subsidi. Langkah tersebut adalah:

a. Mempraktikan sistem “tender terbuka” untuk semua projek kerajaan dan buang terus sistem projek “pemberian terus” yang sedang diamalkan oleh kerajaan Najib Tun Razak
b. Membuang subsidi gas kepada IPP yang berjumlah RM13 billion setahun, jauh lebih tinggi dari subsidi minyak untuk rakyat yang berjumlah RM10 billion setahun
c. Membebaskan institusi kehakiman dan AG supaya mereka tidak tertakluk kepada kehendak UMNO dan Barisan Nasional seperti yang kita lihat sekarang
d. Membebaskan institusi media supaya media bebas menjalankan kerja-kerja memerangi rasuah dan salah guna kuasa
Buat yang empat ni dulu, baru boleh buang subsidi. KAlau tidak, subsidi yang dipotong hanya akan pergi ke poket-poket para kroni semata-mata.

KERUGIAN DARI SKANDAL LEBIH BESAR DARI SUBSIDI

Di Malaysia, jumlah kerugian dari skandal-skandal kewangan tajaan UMNO/Mahafiraun/Qarun jauh lebih besar berbanding subsidi minyak. Misalnya, skandal “FOREX” 1992 yang melibatkan Mahathir dan Nor Mat Yaakob telah menelan wang Malaysia berjumlah RM30 billion.

Bayangkan RM30 biliion lesap dalam sekelip mata dan tidak dapat dicari semula sampai kiamat. Sehinga hari ini, Nor Mat Yaakob tidak pernah dihadapkan ke mahkamah dan Mahafiraun terus menerus menikmati masa tuanya sebagai seorang yang telah pencen.

Seharusnya, kedua-dua orang ini menghabiskan masa tua mereka di penjara Kajang atau Sungai Buloh.

Tindakan seperti ini memberikan gambaran kepada rakyat biasa bahawa korupsi itu halal. Maka, amalan rasuah dan korupsi ini semakin berterusan dan semakin buruk.
Kalau kita dapat menutup lubang korupsi dan salah guna kuasa, kita akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangya RM50-60 billion setahun. Jauh lebih tinggi dari jumlah subsidi yang dibayar oleh Kerajaan Malaysia.

Kalau korupsi tidak dibendung, walaupun subsidi dibuang, negara tetap akan bangkrap menjelang 2020 nanti. Percayalah.

Tulang Besi

6 comments:

mahaza said...

Bukan kah antara yan gdikecohkan fasal IMF oleh BN adalah subsidi akan terhapus? Ramai tak setuju dengan Anwar bila aku setuju masa tu.... he he he. Lastly aryah bapak aku pi mengundi tahun 1999 pakai baju BN (Ceh, orang BN punya lah suka - tapi kat belakang gambar Anwar.... KAH KAH KAH. Patut buat balik baju tu lah dan pakai pi ngundi gerenti selamat???

Anonymous said...

Malaysia, one of the most blessed countries in the world. Why is it on the verge of bankruptcy? Why have we to sell our islands to Brunei, our lands to Singapore and now we are looking to pawn our hospitals to raise bond in US, Europe or Middle East.

Where are the hundreds of billions in oil revenues? Why is there a need to reduce subsidy? Is subsidy the cause of our financial plight? Or is it that the country is infested with corrupt, incompetent and bad leaders? Why are we in debt to the tune of RM 363 billion? What is the cost of money to service the RM363 billion per annum?

The answer is too clear for all to see, except those stupid leaders in UMNO Baru, MCA, MIC, Gerakan and all those mosquito parties in BN. UMNO Baru is sucking the country dry, can't we all Malaysians see it? The types of GMTO, tamingsari, can you wake up?
Perkasa and King Frog, do not care a damn, all they are interested in is money to line their pockets. By the way, where does Perkasa find the funds to finance their activities. UMNO Baru and BN will never change.

Rakyat, let us wake up and vote this sick Government(BN) out to save Malaysia. Give PR a chance, we cannot have someone worse than UMNO Baru surely. UMNO Baru and BN must go in order for us to save Malaysia. They are too irresponsible and Malaysians must make sure they fall come the next GE!

Bangkit Malaysia!

Anonymous said...

Malaysia, one of the most blessed countries in the world. Why is it on the verge of bankruptcy? Why have we to sell our islands to Brunei, our lands to Singapore and now we are looking to pawn our hospitals to raise bond in US, Europe or Middle East.

Where are the hundreds of billions in oil revenues? Why is there a need to reduce subsidy? Is subsidy the cause of our financial plight? Or is it that the country is infested with corrupt, incompetent and bad leaders? Why are we in debt to the tune of RM 363 billion? What is the cost of money to service the RM363 billion per annum?

The answer is too clear for all to see, except those stupid leaders in UMNO Baru, MCA, MIC, Gerakan and all those mosquito parties in BN. UMNO Baru is sucking the country dry, can't we all Malaysians see it? The types of GMTO, tamingsari, can you wake up?
Perkasa and King Frog, do not care a damn, all they are interested in is money to line their pockets. By the way, where does Perkasa find the funds to finance their activities. UMNO Baru and BN will never change.

Rakyat, let us wake up and vote this sick Government(BN) out to save Malaysia. Give PR a chance, we cannot have someone worse than UMNO Baru surely. UMNO Baru and BN must go in order for us to save Malaysia. They are too irresponsible and Malaysians must make sure they fall come the next GE!

Bangkit Malaysia!

Anonymous said...

Bro,IMF punya austerity measures mencekik rakyat..mereka sejak dri dulu lagi mementingkan kepulangan loan loan mereka..apa yg berlaku di dunia ke3,para pemimpin haramjadah spt Marcos,Mahakutty,Suharto,Ershad,Samoza, etc et mencuri wang yg dipinjamkan oleh bank bank dan negara2 yg kaya..rakyat pulak terpaksa menanggung berbagai austerity plans agar negara dapat bayar balik ootang FULL AMOUNT IMF dan bank2...laporan menunjukkan dunia ke3 berjaya membayar balik capital plus %,tapi bank2 plus IMF menerusi imaginasi mereka masih dok cakap dunia k3 masih berhutang..buat masa ni,IMF,hedge funds,banks,dan para pemimpin chootia dah jadi satu geng utk merompak,merogal mana mana negara utk mengekalkan status bling2 mereka..tenggok Malaysia..masih dok pinjam billion2 dari bank,non bank,bon issues,n god knows frm individuald too..ootang dah jauh melebihi 100% of GDP..technically Malaysia DAH BANKRUP..nak bayar ootang punya interest pun dah billion billion..pasai tu si pariahjadah gomen nak hapuskan subsidi utk collect money utk bayar sekurang kurangnya dui bongga.. dan kemungkinan besar,ootang punya pasai,kita terpaksa serahkan LM kat Brunei dan TP,woodlands 2 Sing..

Anonymous said...

Pakatan must come out with emergency economic plans..Pakatan's ekonomic researchers menerusi "kabel kabel" mereka must dig out n reveal to the publik reg the health of our financial institutions,our debts,n must continue 2 expose our chootia gomen's penyelewengan..good thing azmin Ali talked bout financial crisis of 98 in kota bharu..rakyat must be realistic..Pakatan most likely will take over a bankrupt country..our emas dah hilang,our currency reserve,our tax money have to be used to pay ootang..we r most likely bankrupt...it will take at least a decade to put this country on track..on condition Barisan Neraka disepak kelaur!!..the longer BN rulez,the longer it will take for our recovery..the longer will be our misery..that's why intervention frm the 3rd force ie the army is so vital utk "MENYELAMATKAN MALYSIA"..alas our generals 2 r part of the fuedal warlord elites..;(:(..really lecehlah..

Phoo Kee Mek UMNO Baru said...

Pulau pulau di jual, Block L & M kepada Brunei, tanah di jual kepada Singapore, kini hospital hopital utama di Malaysia nak di gadai kepada pelabur pelabur di USA, Eropah and Timur Tengah.

Apa lagi nak gadai selepas semua telah di jual? Nak gadai bangsa, agama dan gadis gadis Melayu?

Barua UMNO Baru!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.