Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, May 16, 2010

Dato Harun Din Bersuara Dalam Isu Kalimah Allah tapi Senyap Dalam Isu Judi Bola?

Pertamanya, saya hairan, Dato Harun Din boleh bersuara lantang dalam isu Kalimah Allah yang dinaikkan oleh Zul Noordin Al Kazzab. Tapi, dalam isu Judi Bola ini, Dato Harun Din senyap sunyi.

Adakah bagi Dato Harun Din, judi bola itu halal dan penggunaan kalimah Allah ini haram?

Saya juga terkejut bagaimana Timbalan Mursyidul Am PAS boleh bercakap dengan nada yang selari dengan seorang agen UMNO bernama Zulkifli Noordin.

Zul Noodin bercakap menyerang DAP kerana isu KAlimah Allah itu sedang merugikan Barisan Nasional di Sibu. Maka, Zul Noordin dikerahkan untuk menghalang DAP dengan menghasut orang Melayu.

Apa salahnya DAP menaikkan isu “Kalimah Allah”? Salahkah bagi rakyat Malaysia mendapat cerita sebenar bagaimana beberapa Gereja terbakar angkara UMNO?

Zul Noordin adalah barua UMNO. Dia telah menipu dan penipuan beliau telah terdedah sewaktu kes beliau dibicarakan di Mahkamah. Kes tersebut sepatutnya bakal menyebabkan Zul hilang kerusi Kulim Bandar Baharu. Tapi, beliau terlepas kerana kes tersebut ditutup UMNO dengan janji Zul Noordin akan jadi barua UMNO memporak peranda PKR dan pakatan Rakyat.

Seharusnya, Timbalan Mursyidul Am tidak menjadi alat kepada agen UMNO bernama Zul Noordin ini. Beliau bersuara dengan nada yang serupa dengan Zul Noordin, seorang agen UMNO.

Rakyat Malaysia harus tahu mengapa beberapa Gereja terbakar? Adakah itu satu kesalahan?

Saya pun tahun di waktu awal-awal Pilihanraya 2008 dahulu, Zul Noordin adalah antara yang terlibat dengan Timbalan Mursyidul Am di dalam usaha mewujudkan kerajaan UMNO-PAS. Mesyuarat2 telah diadakan di rumah Timbalan Mursyidul Am bersama-sama Zul Noordin. Jadi, saya tak hairanlah Timbalan Mursyidul Am boleh bersuara dengan nada yang serupa dengan Zul Noordin.

Zul Noordin boleh berlagak lebih hebat dari Sheikh Yusuf Qardhawi dalam isu Kalimah Allah. Tapi, kenapa Zul Noordin senyap sunyi bila Najib luluskan lesen judi bola? Adakah judi bola juga halal bagi Zul Noordin?

Tulang Besi

Jangan guna kalimah Allah sebagai modal politik’

KUALA LUMPUR 13 Mei – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menggesa semua pihak termasuk pembangkang menghentikan penggunaan isu kalimah Allah sebagai modal politik pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
Katanya, isu kalimah Allah tidak sepatutnya ditimbulkan lagi terutamanya bagi tujuan meraih sokongan politik kerana pendirian mengenai perkara itu telah diputuskan oleh pucuk pimpinan Pas selain ia merupakan isu sensitif.

“Isu kalimah Allah telah selesai dibincangkan dan sepatutnya berhenti sekadar itu. Apa sahaja yang berhubung dengan isu ini biarlah sekadar suatu nostalgia kerana perbincangan dan pendirian masing-masing telah diputuskan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dengan sikap Pas yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah di Sibu walaupun larangan mengenainya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Zulkifli menerusi blognya, http://zul4kulim.blogspot.com berkata, beliau sedih kerana Pas yang dahulunya terkenal memperjuangkan Islam dan menjadi harapan orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP dalam hal seperti itu.

Beliau yang khuatir dengan perkembangan itu, turut menyeru semua ahli Pas sama ada di peringkat akar umbi, ulama atau ilmuwan menyelamatkan parti tersebut daripada terus hanyut dalam buaian mimpi yang akan menghancurkan mereka.

Ditanya mengenai gesaan Zulkifli supaya semua ahli Pas menyelamatkan parti itu daripada terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haron berkata, kerjasama dalam pakatan perlu kerana ia sesuai dengan tuntutan semasa.

“Soal bersekongkol adalah amalan biasa dalam berpolitik, ada ketika kita rasa wajar dan ada masa ia tidak wajar.
“Dalam keadaan komposisi rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, apa yang diputuskan oleh pucuk pimpinan Pas adalah sesuatu yang berpijak di bumi yang nyata,’’ katanya.

Tambah beliau, apa sahaja langkah yang diambil Pas hari ini adalah berdasarkan keperluan semasa yang masing-masing mempunyai musuh politik bersama iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar enggan mengulas panjang ketika ditanya mengenai isu tersebut dan pada masa yang sama turut menempelak Zulkifli kerana didakwanya sengaja membangkitkan isu berkenaan.

“Dia punya pasallah kalau nak kecewa. Kita bukan guna isu untuk modal politik tetapi memberi penerangan kepada pengundi mengenai kalimah Allah,’’ ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, Zulkifli tidak berhak untuk memberi sebarang komen mengenai pendirian Pas kerana beliau bukan ahli parti itu dan juga bukan lagi ahli PKR.

Menurutnya, pendirian Pas mengenai isu kalimah Allah telah dijelaskan kepada umum dan perkara melibatkan isu itu juga telah selesai.

“Kenyataan Zulkifli yang mendakwa tindakan Pas bersekongkol dengan DAP adalah bertentangan dengan prinsip Pas yang memperjuangkan Islam, adalah tidak betul. Beliau orang luar dan tidak berhak untuk memberi sebarang komen mengenai pendirian Pas.

“Kami juga telah menjelaskan kepada umum tentang pendirian Pas mengenai isu kalimah Allah dan masih berpegang teguh pada pendirian itu dan realitinya isu kalimah Allah ini sudah selesai,” katanya.


23 comments:

Anonymous said...

Si bomoh specilist Arun Din pun barua UMNO jugak..

Anonymous said...

Tulang Besi ni sengaja putarbelitkan isu...walaupun TB dikatakan masak dgn propanganda..tapi TB pula yg buat propaganda. Sapa kata TG Haron Din kata judi tu halal? TG Haron Din mengulas isu yg dibangkitkan wartawan..wartawan tanya pasal isu kalimah Allah dan tak tanya pasal judi..takkan bila wartawan tanya pasal adakah babi haram dimakan..maka dgn cepat TG Haron Din..menjawab...boleh..boleh makan..kerana ayam memang boleh dimakan...tanya lain jawab lain...jadi saya harap TB kembali kpd Allah..berjuang krn Allah hidupmu tk sia2..tapi kalau berjuang krn kepentingan duniawi...kehidupan dunia awak pun tk ada keberkatannya..ingat baik atau jahat semua akan mati..

Anonymous said...

testing...

IbnAbdHalim said...

Salam TB,

Nampaknya PAS masih mengusung anggotanya yang "gangrene". Kalau mengikut ilmu perubatan/kedoktoran anggota yang sudah menjadi "gangrene" wajib dipotong. Amputation itu kalau hanya kat kaki tu tidaklah akan mudharatkan badan/nyawa, tapi kalau kepala naik gangrene susahlah. Takkan nak potong kepala kot? Tapi dalam organisasi politik 'kepalapun wajib dipotong'demi kesejahteraan parti.

Anonymous said...

kenyataan dia tu adalah kerana reporter tanya dia... bukan dia buat press conference... so reporter tak tanya pasai judi bola.. dia tak cakap la... kalau dia cakap pun, bukan akhbar nak siar pun... ko pecaya utusan lebih dari Haron Din...??? apa uUtusan spin pun ko pecaya??? macam org UMNO la poecaya Utusan bulat bulat...

BTW kalau baca berita tu kat Utusan pun, ianya adalah ulasan beliau kepada kenyataan Zul Nordin dan boleh didapati beliau membidas Zul Nordin....

Musafir said...

TB pun dah ikut utusan punya berita. Ntah2 TB ni yang nak pecah belah PAS. Patut buang longkang je orang macam TB nie

Grand Marquis said...

Hipokrisi TB terdedah lagi. Dulu dia mati-mati kata tak boleh percaya utusan. Tapi hari ini, dia telan ludahnya sendiri. Dia sendiri pun main ambil utusan, bila dia rasa berita tu sesuai untuk dia timbulkan fitnah.

Itulah TB, penulis persepsi yang tiada prinsip dan penuh hipokrisi.

tamingsari said...

APA? Semua isu agama Haron Din sorang je yg kena jawab ke? Nampaknya TB sengaja menanti pemimpin PAS yg TB tak suka buat statement lepastu spin dan kutuk. TB pegilah tanya Haron Din bab judi. TB boleh pertikai pendapat Haron Din dalam soal kalimah Allah. Jangan kaitkan hal-hal yg dia tidak ditanya oleh akhbar.

Jangan sempitkan otak sendiri kerana dendam kesumat. Pejuang tulin tidak akan melaga-lagakan pemimpin,sebaliknya akan mencari jalan kearah perpaduan parti.

Muhammad said...

Betul TB.

Apalah sangat Dato' Harun Din yang ada Masters in Syariah dari University Al-Azhar dan Ph.D Syariah dari Universiti Darul Ulum Qahirah dengan kamu yang grad dari US kan?? Tentu kamu ni lagi ariff dalam ilmu2 agama...

Anonymous said...

alahai..
1.Betui!betui!Tb lebih berilmu dari harun din!dia lebih alim dan warak dari harun din!
2.Hangpa tenguk raut wajah dia!berseri-seri!tanda keimanan berbanding raut wajah harun din!
3.Awatla puak pas ni!tak dapat kenai seorang yang beriman!lebih warak!ambiqla dia jadi pemimpin pas!tanda-tanda keimana terpancar pada wajah dia!!

libang libu said...

al kazzab ni apa maknanya tuan?

haron din pun al kazzab juga ke?

ust nasha seketui mcmana plak?

jibam said...

"Zul Noordin boleh berlagak lebih hebat dari Sheikh Yusuf Qardhawi dalam isu Kalimah Allah. Tapi, kenapa Zul Noordin senyap sunyi bila Najib luluskan lesen judi bola? Adakah judi bola juga halal bagi Zul Noordin?"

fitnah ... fitnah ... fitnah. TB memang suka buat fitnah


http://zul4kulim.blogspot.com/2010/05/bola-judi.html

Grand Marquis said...

Kesian TB, kena tangkap basah buat fitnah.

TB ni tak takut pada Allah ke?

Anonymous said...

alo bro lu jangan la lebih2 sangat menunjukkan sifat lu bro. lu spin macam orang yang lu benci sangat(umno). dah yang kuar tu utusan mesti ada tambah garam. statement2 yang kena kat kerajaan mesti tak kuar. patut lu buat entry perihal pemimpin PR yang suka melatah berdasarkan kenyatan dari media kerajaan. nampak sangat diorang ni senang kena cong dengan kerajaan. takkan sekian lama ber"perang" dengan BN tak tau muslihat. الحرب خدعة

aku cucu mamak kutty yg ori punya said...

aku setuju dgn tulang besi ni....kena ambil perhatian dgn geng2 dari forum perdana yg masuk pas...dan triba2 dapat jawatan2 poenting dlm pas...mcm ada satu perancanaan aje....hasa ali boss dia org ni ke.....kahkahhkah...bloger geng dia org mane pegi le...dah mampos...batu api dah seminggu lebih terpadam ke atau di padamkan...atau dah mampos ke....kahkahkah.......dah mampos le....jg\n2 mati tertembakj dgn penembak babi agaknya....kahkahkah....awas ..awas...awas....berhati dgn ug dan gengf2 forum perdana...ada agenda tersembunyi tuuuuu...

Anonymous said...

DALAM ISU ALLAH INI, SAYA MENYOKONG PENUH PANDANGAN USTAZ HARUN DIN. PERKARA YG MENYENTUH AQIDAH JGN DIPOLITIKKAN TAMBAHAN PULA ORG YG MEMPOLITIKKAN ISU INI IALAH ORG KAFIR DAP YG LANGSUNG TDK FAHAM AKAN NASNYA.

KAWAN SAYA DI SIBU BERITAHU, ORG SIBU SGT MARAHKAN DAP DLM HAL ALLAH INI DAN DAP AKAN KALAH TERUK DI KAWASAN-KAWASAN ORG ISLAM SIBU

Anonymous said...

alahai...

sepatutnye utk menunjukkan sikap, tak perlu le tunggu ditanya wartawan mamat tu bole buat PC atau didalam mana-mana ceramah...
soalnye, ada ke mamat tu berbuat demikian? Tok Guru Nik Aziz dah buat kenyataan, PKR sudah dan DAP pun sudah dato harunsanasini pun sudah..tinggal lagi dato maSHITah dan yg seangkatan dgnnye...

Grand Marquis said...

TB nak tutup apa lagi lepas ni. Kononnya kerajaan Selangor yang hebat dan telus.

Kalau betul telus sangat, kenapa sampai main ugut-ugut bunuh?

Kalau dalam bab pasir aje pun main ugut-ugut bunuh, apakah anda rasa kehebatan yang diagung-agungkan TB tu berasas ke? Atau sekadar propaganda bagi memperbodohkan orang yang jahil dan taksub.

asyMok_Aambo said...

kalau dah tak suka...

Anonymous said...

Grand Moron nak kongkek hippo bik mama kot..

zakwan said...

The syaitan, Zul Nordin now puts DAP in the same level as the Zionist regime, referring them as Laknatullah

Does he not know that his beloved Najib is now in cahoots with Israel (via APCO) 2 begin the colonisation of Malaysia under the Zionist World Order?

Anonymous said...

tulang besi ni JAHIL...dah la jahil,pecah belahkan org pulak tu..ingatla wahai tulang besi tentang dosa..kamu x takut pada dosa ke?kamu ingat kamu akan hidup selama-lamanya ke?bertaubatla wahai tulang besi sebelum ALLAH mencabut nyawamu..

Anonymous said...

perkara judi ni benda ma'ruf(diketahui) dlm Islam secara mudah bahawa ianya haram,tak kira sape sekalipun yg kata halal,ia tetap diketahui umum bahawa ia haram... apa la yg si Rahman ni nak ye? klu aku nak tuduh orang senang je,si Rahman talib ni barua UMNO,masuk PAS krn ditugaskan utk pecah belahkan PAS,buktinya tindakannya yg sama dgn UMNO/BN dalam menyerang pimpinan PAS,kan mudah tu.PAS dan UMNO/BN merupakan musuh politik,semestinya gerak kerja jatuh menjatuh,serang menyerang berlaku antara satu samalain,di sini TB didapati menyerang pihak PAS dgn menyerang pimpinannya... Jelas TB talibarut UMNO...mudahkan??? dah ramai para solehin,amilin dan pemimpin yg ikhlas meluat dgn perangai kau ni TB,tak takut ke doa mereka??? juga jgn lupa,malaikat ishtihar perang terhadap org yg memerangi org mu'min yg dicintai Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.