Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 3, 2010

Ezam Berhak Dilantik Senator Oleh Parti Yang Beliau Tuduh Rasuah

NOTA EDITOR: Heran bin ajaib. Sudahlah Ezam muka tak malu menerima jawatan parti yang beliau maki dan nista selama ini, ada hati pula mengaku beliau ada hak terima jawatan Senator?

Alasan yang beliau beri juga alasan paling tak logik. Beliau kata beliau berjasa memerangi rasuah dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi GERAK satu masa dahulu.

Tapi, sewaktu beliau dalam GERAK, parti yang beliau sering tuduh rasuah adalah UMNO. Beliau masuk Penjara Kajang kerana beliau dedah rahsia rasuah Rafidah Aziz. Beliau kena ISA kerana beliau menentang penyelewengan dan salah guna kuasa UMNO.

Sekarang ini beliau menerima jawatan Senator atas lantikan UMNO, parti yang beliau sendiri dedah sebagai parti rasuah.

Inilah contoh manusia yang tiada maruah. Bukan sahaja maruah perjuangan tetapi juga maruah sebagai seorang manusia. Binatang lebih mulai dari manusia bernama Ezam Mat Nor ini

Sekian

Ezam: Saya berhak jadi senator
Mei 3, 10 10:23am



Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ezam (kiri, berkaca mata) yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau mencuri tumpuan suatu ketika dahulu kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Be

rcakap kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan, Ezam membidas pengkrirtik kononya dia tidak layak dilantik sebagai senator.

Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

"Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.

Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.

Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).

"Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya.

Sementara itu, Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia, perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.


18 comments:

tamingsari said...

Rezki datang dgn izin ALLAH. Dia tak mintak jawatan CEO. Kalau dia mintak gerenti dapat sebab dia benar2 layak.
Anwar dulu macam2 tuduh PAS tapi hari ini orang Pas tak kering lidah. Siapa yg gelar NA ulamak terompah? Karpal Singh yg suruh langkah mayat dia kalau nak buat negera islam pun dah jadi sahabat seperjuangan. Politik memang tunggang tebalik. Dulu kafir hari ini tidak.

Ucap tahniah lebih baik dari iri hati.

Anonymous said...

Ezam tadak MARUAH sebab dia tu BARUAH..zaman Mahataik adalah zaman mafia.."woi cina..nak dapat gomen kontrek,bikin kasi sama saya direktor kompani,bulan bulan gaji kasi RM20k..setiap gomen kontrek komisyen sy 10%..kasi jugak satu merc/bimmer ya..wokey?"

Anonymous said...

Alahai TB,

Memuliakan binatang lebih daripada saudara seagama sendiri. Apa yang ko heran sangat Ezam dilantik jadi Senator?

Kau cemburu yer TB? Ezam tu siapa jika nak dibandingkan dengan ko, atau ketua AMK sekarang, orang-orang AMK sekarang kena "boo" dengan Polis pun cabut lari.

Rileks la biarlah dia dilantik senator, apa yang TB runsing sangat? Ko ni macam sakit hati sebab ezam dapat jadi senator, sedangkan ko masih dok menulis blog yang sikit pun jemaah dalam PAS tk pandang akan kemunculan ko. Hahahaha

Bak kata tok guru, jgn caya sangat cakap blogger. TB tersenarai dalam salah sorang yang tidak boleh dipercayai kot.

Mr.Puaka

Anonymous said...

Ala..TB pun bole jgk jd senator. Senator Lombok Republik Indonesia hakhak..

Tulang Besi said...

memang lah orang UMNO tak tahu maksud maruah. Dah maki UMNO, lepas tu jilat balik.

Orang UMNO boleh terima orang takda maruah macam ni.

Heran saya.

Tulang Besi said...

Tapi apa nak heran dgn UMNO. Agama pun dia jual, inikan pula maruah. hehehehe tamingsari, kao memang manusia tak kenal maruah

Anonymous said...

Alahai TB,

Orang UMNO tk tau maksud maruah? Orang PAS tahu ke maksud maruah? dulu ludah anwar jugak, sekarang puja bukan main lagi.

Orang Pkr tahu ke maksud maruah? dulu anwar gelar PAS macam-macam skarg menjalin kerjasama.

Sekarang dua-dua tktahu maksud maruah termasuklah TB sendiri.

Hahahaha

Mr.Puaka

Anonymous said...

cantiknya bahasa melayu semua semua melayu yg komen di sini

Anonymous said...

kotak nak jadi tong tahi....kemana mana busuk,,,,, bagi pulak anak bini makan..... kesian dia.... sekeluarga...malu...

Othman3748 said...

Memang rezeki datang dari Allah swt sehinggakan wang rasuah juga rezeki kan. Betul tak tamingsari. Oleh itu apa kata kita tutup sahaja SPRM kerana rasuah juga rezeki. Arahkan polis jangan tangkap pencuri kerana apa yang dicuri itu merupakan rezeki. Dan rezeki Brunei bila Malaysia yang dipimpin oleh orang UMNO serahkan 2 wilayah maritim yang kaya dengan minyak dan gas kepadanya tanpa bersusah payah. Esok lusa mungkin wilayah maritim ambalat pula diserahkan kepada Indonesia. Wahai orang UMNO anda adalah PENDERHAKA. Sebut betul-betul UMNO adalah parti PENDERHAKA dan PENGKHINAT negara ini. Betul atau salah kata saya ini wahai tamingsari.

eMARAH said...

TAHNIAH EZAM tinggalkan taksud kepada kepercayaan yang karut angan anagan kasong macam nizar...yang berasa nak ikut ezam umno sedia bagi tempat tapi selepas kena chek betul betul bukan sebarang jenis katak tapi insaf dan sudah musabah diri kerana buat silap ..kerana serius kerja untuk umno dan rakyat malaysia bukan perut dan wang makan anak bini saja...kalau x ada kerja macamana nak pula beri makan minum dan majukan anak bini biasa laa. tapi tidak macam kes 4 juta dahsyat betul jika dilakukan oleh parti islam.

Anonymous said...

Memang baik untuk ezam sebab jika bekerja untuk anwar buat apa..banyak lagi orang pandai macam anwar kat u tu..kerja untuk rakyat

john labu said...

PUAKA adalah sejenis HANTU SYAITAN yg kerjanya MENYESATKAN manusia..
Mr atau spesis MANUSIA jantan.. MR PUAKA adalah sejenis manusia yg sudah tersesat oleh syaitan.. DAN merasa SETARAF dgn SYAITAN bahkan merasa dialah syaitan PUAKA..
MR/MANUSIA PUAKA sebagai makhluk sangat2 buuduss dan bingai kerana dia merasa sebagai SYAITAN dia lebih baik sehingga cuba berdakwah pd manusia2 yg tidak terpengaruh dgn SYAITAN..
MR PUAKA adalah contoh puaka-puaka AMNO parti SYAITAN yg sudah diserapi oleh tarbiyah SYAITAN..

Anonymous said...

jenis muka tak maluuuu

Anonymous said...

Tahniah diucapkan kepada senator baru YB Ezam Kotak . Perlantikan beliau adalah di atas jasanya kepada PM APCO. Taming Sari hanya melihat hal-hal duniawi semata-mata tanpa melihat jauh ke hadapan.Taming Sari inilah gambaran tentang kebodohan dan kedangkalan Melayu sejati.Ezam Kotak memang seorang oportunis yang bermain wayang mencari peluang menimbun kekayaan , bila peluang sebegitu tiada dalam PKR maka dia kembali kepada UMNO yang di maki hamunnya seketika dulu .Memang dia berbakat tetapi dia tidak punya pendirian, perjuangannya hanya untuk poket sendiri bukan untuk marhaen .Segala yang dibuatnya dahulu hanya mempromosi diri dan menanti peluang untuk menjengah kembali ke dalam UMNO yang dia tahu tempat yang cukup banyak menabur peluang kerana UMNO parti yang menghalalkan semua.Baguslah kalau Si Kotak ini balik ke lubuk asalnya kerana orang yang tiada prinsip perjuangan tidak diperlukan dalam agenda yang diperjuangkan oleh rakyat yang cintakan keadilan,kebenaran dan ketelusan.Biarlah Si Kotak itu terus sesat di dalam parti yang ternyata sesat lagi menyesatkan.Bagi pihak pembangkang , tiada apa yang dirisaukan dengan kepergian seorang yang dulunya berjuang menentang rasuah yang kini masuk ke lubuk rasuah , itulah perjuangan sebenar beliau.Beliau bercakap tentang reform , tapi beliau sendiri tidak faham apakah itu reform yang sebenarnya.Dia mula menjadi pecacai UMNO dengan memuji PM agar mendapat tempat dalam UMNOAPCO.Bagaimana rasa para juak-juak UMNO yang selama ini setia pada parti UMNOAPCO..tiba-tiba sang penderhaka kembali dan terus mendapat jawatan .Nampaknya Hikayat Hang Tuah Moden kembali lagi menodai corak pemikiran Melayu.Si penderhaka kini menjadi wira..fikir-fikirkan lah Taming Sari..namamu persis keris kepunyaan Hang Tuah yang bengap yang menjadi lambang perjuangan Melayu yang banyak disogok dengan slogan-slogan basi dan pelbagai hikayat..mat jenin dan si luncai yang entah apa-apa.

jinggoblues said...

Sekali lagi ucapan tahniah buat Senator Ezam Kotak .Jasa beliau yang punya banyak kotak -kotak rasuah yang dijaja sana-sini telah membuahkan hasil.Lega rsanya para pemimpin UMNO kerana si penjaja kotak rasuah sudah kembali bersama kotak rasuahnya.Maka terselamatlah para pemimpin UMNO yang selama ini dituduh oleh senator Kotak terlibat dengan rasuah.Dulu dia berjuang dengan GERAK kononnya nak hapuskan rasuah tapi kini kotak-kotak itu disembunyikannya demi menyokong juak-juak rasuah.Boleh jadi bekas pengerusi GERAK ni fikir kalau ditentangnya rasuah taidalah habuan berjuta-juta lebih baik sokong rasuah untuk kayakan diri sendiri..itulah reform yang dia nak perjuangkan selama ini.Good Luck Corruption Box..moga dirahmati Allah di atas perjuangan anda itu.

tamingsari said...

Sebenarnya tamingsari sekadar nama pena je. Aku lebih minat pada Kris Dayanti. Ha ha ha. Soal Ezam ni isu biasa. Katak ada dimana2. Ada katak bodoh ada katak pandai. TB kalau nak masok Umno pun akan diterima. Lepas tu macam Ezam, Umno akan jadikan seperti meriam untuk tembak kumpulan lamanya.

Sekiranya rezki yg diusahakan dari sumber Haram,tak kira dari parti mana, rezki itu tetap haram. Kalau diselidik akan terdedah betapa ramainya ahli2 politik yg bertukar parti. Yg menerima bersukaria dan parti yg ditinggalkan berdukacita.Yg suka memuji yg berduka mengeji.
Biasa beb. Hari ini hero besok kruk dan sebaliknya. Politik beb.

Khun Pana aka johanssm said...

Dalam dunia politik ada macham macham jenis binatang.
Contoh:ada katak , ada ular , ada biawak , ada buaya dan seratus macham.

Tak heiran Ezam Kotak dapat kotak dalam Dewan Negara.
Tak heiran Koh ah koon yang dah bungkus dan kata berjanji tak nak sebarang jawatan pon dapat satu kotak dalam dewan negara.
Tak heiran bila katak betina Hee dapat gelaran datuk.
Ini semua ialah pampasan dari apco bin umno kepada mereka yang berjasa dengan cemerlang / temberang / gemilang .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.