Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 12, 2010

Ezam Soros Sedang Berusaha Membeli Pemimpin-Pemimpin PKR

Rupa-rupanya di dalam kumpulan Ezam itu ada yang tidak menyukai tindakan Ezam dan memberi maklumat kepada pemimpin-pemimpin PKR.

RM50k bagi setiapKetua-Ketua Cabang (Bahagian atau Kawasan) dan Rm20k bagi Ketua-Ketua AMK. Itulah tawaran wang yang sedang dibuat oleh Ezam Soros kepada pemimpin-pemimpin PKR di peringkat akar umbi sekarang ini.

Saya dapat maklumat Ketua AMK Kelantan pun sudah pun dibeli oleh Ezam dan menunggu masa untuk melompat. Ada beberapa lagi ketua AMK yang sudah mula goyang dan mungkin akan dibeli.

Ezam sedang berusaha untuk membeli seramai mungkin pimpinan2 PKR sebelum Kongress PKR pada 28 May 2010.

Juga, Ezam Soros sedang diberi tugas untuk membeli seorang lagi Ahli Parlimen PKR serta 2 orang ADUN PKR. Kemungkinan besar 2 Adun itu adalah dari negeri Kedah Darul Aman.

Saya ingin mengingatkan para pembaca sekelian terhadap kempen doa laknat terhadap mereka yang terbabit dalam pembelian wakil2 rakyat dan pemimpin2 PKR ini. Doa yang saya cadangkan untuk dibaca dan diaminkan adalah:

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.

Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMINNNNN”
Inilah contoh politik yang sedang dijaja oleh UMNO. Patutlah agaknya industry judi dan arak disokong oleh puak2 ni. Bayangkan sehari sahaja nilai industri judi di Malaysia adalah RM850 juta (mengikut Mayban Securities). Saya yakin 100% duit judi inilah yang diberikan kepada Ezam Soros untuk menjalankan kempen pembelian beliau.

Raja Petra sendiri pernah mendedahkan dalam blog beliau bagaimana tokeh judi, Vincent Tan telah membeli Timbalan Speaker DUN Perak sehingga membawa kejatuhan kerajaan PR Perak dengan harga RM25 juta.

Mengikut Raja Petra:

Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.

Kita semua tahu maklumat Raja Petra biasanya betul dan setakat ini tiada siapa yang berani mencabar pendedahan Raja Petra ini.

KENAPA ORANG MELAYU NI MURAH SANGAT UNTUK DIBELI?

Ada ka RM50k boleh melompat. Maklumat saya dapat, Timbalan Speaker Perak Yee telah mencongak segala pendapatan beliau yang bakal beliau hilang sebagai lawyer dan ahli politik untuk 30 tahun ke hadapan bersama-sama kos inflasi. Hasilnya, beliau meminta jumlah RM25juta bagi membeli diri beliau.

Mulanya UMNO tidak setuju kerana terlampau tinggi, tapi apabila Najib tertekan sebab ADUN Bota melompat, pertolongan Vincent Tan telah diminta. Hanya tokeh2 judi dan arak sahaja yang mampu mengeluarkan wang “cash” RM25 juta dalam sekelip mata di Malaysia.

Nilai orang Melayu ni murah sangat. Ada ka dengan Rm20k dan RM50k boleh membiarkan diri dibeli dengan sebegitu mudah? Tak fikir ke maruah diri?

Saya dengar Ahli PArlimen Bagan Serai cuma mendapat RM100k sahaja. Juga, dua ekor ADUN PKR yang melompat di Perak sampai hari ni tak dapat duit mereka secara penuh lagi.

Sebagai orang Melayu yang Islam, soalan saya adalah :

DIMANAKAH MARUAH ORANG MELAYU? MENGAPA BEGITU MURAH HARGA KAMU?

CIA dan MI5 MEMANG SUKA BELI PEMIMPIN

Hari ini, Ezam Soros beli, besok kalau datang CIA, MI6 datang beli, adakah kamu juga akan terbeli? Saya sedang membaca buku bertajuk ”Confessions of an Economic Hitman”. Mereka telah menyedari selepas jatuhnya Muhammad Al Mossadeq sebagai Perdana Menteri Iran, mereka terpaksa mencari jalan lain. Ini kerana usaha menjatuhkan Mossadeq adalah hasil kerja tangan seorang agen CIA bernama Kermit Roosevelt (cucu Theodore Roosevelt).

Maka, selepas kejatuhan Mohammad Mossadeg, mereka telah berhenti menggunakan agen CIA tetapi mereka menggunakan pula syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan CIA.
Secara mudahnya, CIA dan kuncu2 nya telah membeli ahli politik semenjak awal 40an lagi. Mereka telah menjatuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan dengan membeli dan menjual ahli politik.

Kalau Melayu mudah dibeli sebegini, saya tak tau lah apa akan jadi pada masa depan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Hanya kepada Allah SWT saya bertawakkal. Mungkin ini petanda dekatnya kedatangan Dajjal.
Tulang Besi


11 comments:

budak kajang said...

abang rahman

setahu saya ketua amk dah lompat masa prk hulu selangor dan hee jelapang tu kelulusan SPM saja,cam mana nak jadi lawyer.

mohsin tu memang sengkek,100k adalh besar unutk nya.masa dia duduk kajang dia fail dengan apa sekali pun projek dia buat,hutang keliling pinggang.
dia dah tak berani balik rumah dia kat simpang balak tu,kesian adik dia yg tinggal kawasan tu,malu dengan kawan2.

Anonymous said...

Melayu memang mudah dibeli.Orang agama pun sama. Bagi RM.4juta fitnah pun berani buat. Di Hulu Selangor calon melayu Pkr bertanding Pas buat kerja Pkr tanggung. Tapi di Sibu lain pulak. Pas buat kerja dan berkempen dgn duit sendiri. Baru ini pemimpin Pas mintak derma dari ahli nak tanggung kos p.raya. Mengapa? Pasal calon cina miskin kot. Macam dah kena beli jugak Pas ni.

Semangat setiakawan ke atau nak bodek bos? Memalukan.

Anonymous said...

Sy jugak dengar khabar,si cina PKR yg melompat nak masok balik..ya..la ni duit dijanjikan,tapi tak dibayar penuh..lol!!..GOMEN TALK DUI!!
We know indians too,like malays tenggok duit,otomatik koteh keraih,start hallucinating n become egoistic loose nuts..dats why these 2 race groups will forever be retarded n miskin...so many talivars yg pakai moodrum,drive kereta mewah,spend thousands in a drinking orgy became miskin ,fakir overnight..1 day millioanire,next day tidur tepi jalan..they got no principal, ,no inner control..they dont have that rhythm to acquire wealth tapi very clever for all sorts of melodrama...

Anonymous said...

They r attacking PKR becos Anwar is the pengasas of that party,n the man responsble for Malaysia's politcal revolution..UBN nak destroy Anwar..once that accomplished,rest will be back to staus quo level,just like wat happend in 2004...but,semua dah berubah..the reatards of UBN r now under heavy attack frm mysterious,unknown angles..tak lama lagi..there will a waran tangkap for all those pookimaks that r spending dui rakyat,dui bon,dui frm the tresuries,n finacial institutions which in the end will hit them..c lah..they bribed the 3 kataks,n who got exposed?The Royal family of Perak n Selangor..so u see...UBN is too stupid..n nachiobai who is born stooopid is behaving like Nero..n even the mahaguru iblis Mahataik dah histeria..lol!!

Anonymous said...

sapa nak percaya cerita ko ni broo....

fauzi@Oz said...

ada cerita megatakan mereka yang lompat ini dibayar oleh tokeh judi, cara pembayaran ini di buat melalui nombor jackpot atau sebagainya, dimana mereka2 ini dikehendaki membeli nombor tertentu yang sudah diketahui oleh katak2 ni melalui tokeh judi tadi. Pembayaran sebegini di buat bagi mengelakan dikesan oleh SPRM, ini lah cari licik mereka, alasan yang mereka AKU DAH KENA LOTERI .....AKU KAYA

Anonymous said...

Judi revenue not enuff utk membiayai kos utk membeli kataks n kodoks..of course mereka dok korek dri Vincent tan n co(that's why Si ex penjual kereta lama now wants to go into football betting to recover his losses lah)..in sarawak alone,dengar khabar,George Chan dah dapat RM4 billion utk kasi BN menang..our gomen is borrowing heavyly thuru mcm macm debt financing.. bro TB is right..based on current inflation,interest retes,dui 20 to 50 k is nothinglah...equivalent of VSS that many employees get..e2 rm20/50k boleh habis dlm sekelip mata..how stoopid they r..as it is,this country folo's heavy debt culture..credit card,bayaran ansuran,mcm mcm loan scaMS..that fairus lompat sebab nak jelaskan ootang kereta..what a moron..car value always drops..so,he has now low liquidity n an expensive car that will drop in value..kahkahkah..ini macam komeddi hitz,fh... GOTCHA!!..kahkahkahakah!!

Anonymous said...

The reason i say gomen is using bon to finance its war on Pakatan is becos,i dont see any development at all..RM9 dah f*k up..no sign of any proper channeling into institutions that can help biznizman finance thier projects .so ,i suspect,they r using debt financing to fight Pakatan..

Anonymous said...

aku tak salahkan ezam sebab itu memang kerja dia....yang bangang dan bahlul ialah PKR yg tak reti jaga ahli dia!
menyusahkan Pakatan Rakyat ja!!!

Anonymous said...

harga MARUAH MELAYU cuma 50k saja....harga timbalan spekaer perak 25juta......
KERANA DUIT gadai habis MARUAH DIRI...BENGAP...

Ramli Mohd Yunus said...

Sdra Rahman,

Saya cadangkan buat sembahyang hajat untuk watak watak macam budak enam kotak ini.

Bacakan yassin agar Allah tunjukkan yang benar dan yang batil.

Saya menentang keras pencabulan budaya politik yang kotor dewasa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.