Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 12, 2010

Isu masjid: Penulis blog heret BN ke JAIS - Malaysiakini

Isu masjid: Penulis blog heret BN ke JAIS
Jimadie Shah Othman
Mei 12, 10
5:31pm
PAS dilihat benar-benar mahu memulangkan 'paku buah keras' kepada BN apabila terus mengasak lawan politiknya berhubung dakwaan penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik dengan memanjangkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Cukup seminggu setelah BN dibidas oleh ahli parlimen PAS Khalid Samad, esok seorang penulis blog PAS akan tampil mengadu perkara itu secara rasmi kepada JAIS.

Abdul Rahman Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi akan tampil membuat laporan tersebut di pejabat JAIS di Shah Alam kira-kira jam 2 petang esok.

"Sebenarnya saya datang ini ada hal lain, peribadi. Terlanjur datang, saya buatlah laporan ini.

"Dan saya merasakan, JAIS ni sudah melampau. Dan nampak sangat perangai Pro-Umno mereka," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Khalid mendakwa semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April, BN menganjurkan majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahman - seorang perunding perniagaan di luar negara - berkata beliau membuat laporan tersebut berdasarkan laporan akhbar berhubung dakwaan Khalid itu.

"Laporan akhbar adalah rekod awam. Dalam mahkamah, laporan akhbar boleh jadi bukti. Setidak-tidaknya, JAIS wajib menyiasat dan memanggil ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahimah," katanya ketika ditanya tentang asas aduan mahu dibuatnya.

Beliau juga menafikan berpakat dengan Khalid dalam hal tersebut demi meraih 'populariti politik' untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya adalah pembayar cukai dalam negeri Selangor. Bagaimana saya tiada kena mengena (dalam kes ini)?

"Lagi pun, (menjadi) hak saya untuk buat laporan kerana sesiapa sahaja boleh membuat laporan sekiranya berlaku perlanggaran (terhadap) enakmen syariah Selangor?" kata pengusaha blog Malaysia Waves itu.

Abdul Rahman merupakan seorang penulis blog popular PAS ekoran tindakannya yang sering mendedahkan beberapa pergolakan dalam parti Islam itu, terutamanya berhubung isu 'kerajaan perpaduan' PAS dan Umno sebelum ini.


9 comments:

Anonymous said...

Bravo TB,
"pandai ugama guna ugama nak jadi hamba kpd org bencikan agama. Kitab penuh almari, sepatutnya jadikan mereka takut kpd Allah, berani lawan ahli mungkar, sebalik mereka berani lawan kehendak Allah, takut kpd ahli mungkar".
Inilah manusia yg Allah panggil anjing, asyik mulut berair, nampak lapar tak cukup makan (surah alp'Araf). Allah tambah lagi manusia ini seperti keldai, ilmu banyak, namun pada hatinya tak bertambah kehebatan Allah.
Bukan nak menyindir ulamak dan mufti pro UMNO/APCO/YAHUDI, tapi nak mengata terus.
-otak Besi-

buyung_ans said...

Tanniah tuan.

Anonymous said...

cayalah bang tulang ! salute

pas member said...

sebagai ahli pas saya rasa bangga pas mempunyai ahli seperti anda

Anonymous said...

Kita lihat siapa yang kena....
"Melayu sama islam sudah gadoooo maaaaaa"
"Kita kasi itu api lagi kuat woooo"

Anonymous said...

Tabik 2 BroTB!!

Anonymous said...

SYABAS TB. BERKATALAH KEPADA YANG HAQ

tamingsari said...

JAIS tak pro Umno,hanya sekadar mematuhi perintah DYMM Sultan. Yang buat khutbah politik sampai lupa rukun pun JAIS tak ambil tindakan. Tapi elok juga TB buat laporan sebab dapat lihat tindakan JAIS. Di kampong aku seminggu 3 kali ceramah politik dalam masjid. Aku pun nak buat laporan.

SiamangBukit said...

Bro, saya sendiri lalu depan masjid selepas penamaan calun dan terang-terang dengar seorang penceramah pakatan rakyat berkempen didalam masjid menggunakan speaker masjid selepas isyak. Semua orang boleh dengar. Apa lu cerita?
Pulak itu sesetngah pengempen2 BN yang berugama Islam dihindar memasukki masjid dengan kata kesat dari ahli PAS dan PKR.Sepatutnya sipengadu adu sekali kes macam gini. Jangan jadi lembu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.