Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 29, 2010

Judi Bola: Mengawal Perkara yang Haram Dengan Menghalalkannya

Adun Seberang Jaya, Arif Shah Omar telah mengeluarkan kenyataan berikut:

“Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian.

"Mengawal judi pertaruhan haram memang sukar, malah oleh polis sendiri, untuk mengambil tindakan," katanya.

"Tapi kalau ada kempen menentang perjudian, lebih mudah untuk menangkap mereka yang terbabit jika ia disahkan, jadi ia merupakan satu bentuk kawalan," tambahnya.

Soalan saya pada Arif Shah: Kalau hendak mengawal pelacuran, adakah kita patut menghalalkannya?

Logik Arif Shah ni logic paling bodoh dalam dunia. Alasan yang sama sedang digunakan oleh UMNO seluruh Malaysia. Mereka kepanasan macam ular kena palu. Mereka dah putus punca dan pertahan Najib TUn Razak sebab Najib yang keluarkan Lesen Judi Bola pada VinSetan.

JUDI HANYA BERTAMBAH BILA DIHALALKAN

Puak2 UMNO tak paham. Apabila dihalalkan judi, maka mereka yang selama ini mengikut undang-undang akan berjudi juga.

Misalnya, kalau dahulu bilangan orang yang berjudi dalam satu bandar itu hanya 500 orang kerana judi diharamkan. Apabila judi di halalkan, jumlah itu akan meningkat kepada 1000 orang. Ini kerana 500 orang yang lain itu berjudi semula kerana sebelum ini mereka mengikut lunas undang-undang.

Malahan, jumlah orang yang berjudi haram juga akan bertambah ke 1000 orang kerana judi haram biasanya akan menaikkan tawaran mereka kerana mahu bersaing dengan judi “halal”. Akhir sekali, judi hanya akan makin bertambah bukan berkurang.

Puak2 UMNO macam ADUN Seberang Jaya ada otak tapi tak tau nak pakai macamana. Guna logik dalam semak.

Saya nampak puak-puak UMNO kepanasan sangat-sangat sebab DAP sendiri tolak Judi Bola. UMNO yang mengaku Islam boleh menghalalkan judi.

Hakikatnya, UMNO dan JAIS sudah beramal dengan mazhab Khawarij yakni menghalalkan benda yang haram. Judi yang jelas haram, mereka telah halalkan. Mereka menjadikan Najib Tun Razak sebagai Nabi mereka kerana Najib Tun Razak lebih berkuasa dari Allah dan Rasul. Apa yang Najib halalkan, mereka sokong sepenuh-penuhnya.

Mereka inilah golongan Khawarij di Malaysia.

Tulang Besi

14 comments:

Anonymous said...

Nothing to argue, nothing to debate.

It's as simple as ABC. Gambling is not allowed more so in Muslim Country.If there is any dispute, the bottom line is $$$$.

Dont give religion a bad name.

Takmasukakal.

Anonymous said...

Judi..judi...da haram, haram la...

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

http://www.zaharuddin.net/content/view/931/72/

Anonymous said...

Abang TB, wa manyak suka baca lu punya artikel sekalang. Apa lu cakap butut butut masuk akai.

Itu orang Cina judi bola punya, tak akan judi ditempat halal punya, sebab, TB sulah cakap, tawalan manyak tinggi, dan jugak dia orang main judi bola haram punya ada "line of credit" dengan tauke judi halam. Lagi pun dia olang bayak wang pada hari 2 minggu. Berjaya mau bagi wang tunai. Sana halam punya boleh hutang, mana dia olang mau main sama VinSetan.

Gila punya olang. Dulu Melayu mana ala judi 4 nombor ekor? Dia olang malu mau beli dari bookie Cina, tapi sekalang ah, olang Melayu lagi manyak judi nombor dali olang Cina sebab mana pun bolek bili. Tiap tiap minggu lu tengok kedai judila. Wa tak lak bohong punya.

Lesen judi bola ini ha, mau bagi olang Melayu judi punya. Dia olang tau punya sebab sekalang olang Melayu ala lui. Tak mau bagi olang Melayu susah, olang Melayu pi judi judi, wa punya kelai pun tak la bis nes, Dia olang judi bola misti kala punya.

Itu Ariff Shah, itu Sebelang Jaya punya ADUN, lagi satu undi mali, dia misti sudah kalah. Dia tau lah. Dulu dia minang 500 undi saja.

Itu kali dia lawan Anwar Ibrahim ha, lekat Batang Poh, dia sudah tau olang Melayu semua sokong Anwar, dia mali sama olang Cina, cakap Mandalin, ai yoh , dia punya Mandalin, serlupa saya punya Melayu la. Anwar panggil satu budak Melayu dari Ipoh, waa dia manyak panglai cakap Mandalin butut, semua olang Cina pun sula buka hati, semua manyak sayang sama Anwar la. Manyak malu la ini Arif Shah, sebab ha, manyak Menteli menteli datang Batang Poh, bagi lui, tapi olang olang Batang Poh manyak manyak sayang sama Anwar punya la. Dulu, dia cakap Anwar liwat, dia olang sumpah la, dan satu olang jahat, dulu Pkr punya, Ezam, tak la olang pecaya sama dia olang, tipu punya. Anwar sula olang tua, mana ada olang caya dia buat itu macam. Kalau Anwar mau pelempuan, dali Pinang dia olang balis sampai Pelai mau sama Anwar, tapi Anwar bukan ini macam punya olang.

PAS punya olang semua olang manyak caya, dia olang sempayang butut butut, agama Islam butut, dan manyak baik sama semua olang tak kila bangsa punya. Ini olang UMNO Balu a, ai yoh, mali Batang Por, keleta busat busat, manyak manyak sombong! Undi jam mali, lepas undi tak lak nampak muka lima tahun. Anwar, selalu balik Batang Por, dia baik olang! Semua olang Batang por manyak sayang sama Anwar!

Ini kali PAS bolih menang manyak kelusi di Pinang lekat Sebelang. Manyak kuat kerja olang olang PAS di Kepala Batai, Tasek Gugor, manyak kelusi DUN UMNO misti kalah ini kali. Lu tengok olang olang PAS, PKR dekat itu Sebelang Expo, PR celamah sana, 20,000 olang mali sokong. PR manyak kuat dan manyak baik, manyak lui bagi baca Islam bagi olang jadi baik baik. Tak mau bagi olang galoh punya. Olang tua semua tak kila bangsa pun lapat 100 linggit satu tahun. Mana BN ala bagi dulu, tak lak!

Dulu ha, ini MPSP sula bangklap, sekalang, tak da makan lui, manyak kaya. Tiap tiap tahun, manyak puluh juta untung. MPPP pun sula manyak kaya sekalang. Manyak lui sebab tak da makan lui la.

Minta Maaf abang TB, wa Bahasa Melayu tak la panglai, tapi wa sekalang baca TB blog, wa mau belajak la. Telima Kasi ha abang TB, lu butut baik punya olang, saya olang manyak manyak mau sokong PAS punya.

mamat rascist said...

Judi adalah haram. Boleh atau tidak hasil cukai judi dianggap sebagai 'manfaat kecil' untuk menampung perbelanjaan keperluan rakyat seperti membuat jalanraya dan apa juga yg berpatutan.

Negara dikatakan menghadapi kemerosotan pendapatan dan bakal muflis sekiranya permasalahan ekonomi gagal ditangani. Rakyat akan turut merasakan kepahitan sekitanya ini terjadi. Emosi tidak membantu. Kalau hasil arak diharuskan mengapa tidak judi.

Sekadar bertanya boleh atau tidak.

casper c said...

Lari dari jalan cerita tetapi pasal kes liwat Anwar, saya rasakan PAS terlalu mendiam tidak mempertahankan bekas Timbalan PM. Apa cerita PAS ?

What's up Hadi and Majlis ? Masih lagi nak kahwin UMNO kah ! Tak payah pikir buat pening kepala - fitnah UMNO itu DUSTA namanya.

Kalau boleh, kumpul lah ribu-ribu kat mahkamah tolong sama Anwar !!! Kasi jahanam angkara sial UMNO serta merta.

Apasal jarang malah payah sungguh nak cari Muslim yg mulia di M'sia ini ?

Tinta Hitam said...

Korang kena ingat pd UMNO sesuatu benda tu halal bila dia kata halal.Haram bila dia kata haram.Purdah itu halal disisi slam tapi ramai wanita yang memakai purdah dihalau dan dikeji olleh org org UMNO sejak dulu lagi.

Betul la andaian bahawa falsafah UMNO cara nak mengawal benda haram ialah dengan menghalalkannya.Jadi jgn terperanjat kalau suatu hari nanti UMNO akan mewujudkan red light district kahs utk pelacur pelacur.Tambahan pulak bila dia nampak pelacuran ini boleh memenuhkan poket pemimpin pemimpin dan tabung partinya.

You guys were right.The bottom line is RM,RM,RM

john labu said...

Arak di bolehkan utk sesetengah kaum ikut keperluan agama mereka.. undang2 islam tidak menegah hak pengamalan agama lain bagi bukan pengganut islam, tetapi.. amalan meminum arak itu hanya dibenarkan secara tertutup dan terkawal.

BERBEZA DGN JUDI, SEMUA AGAMA dan PERADABAN MANUSIA menegahnya.. pengamalan JUDI merupakan perlanggaran dan sumbanglaku pada ADAB dan AGAMA masing2 tidak kira bagi kaum India, Cina, dan mana-mana kaum sekalipun.

Jadi faktor itu, kaedah pengharaman JUDI adalah WAJIB utk kebaikan semua kaum dan agama.. PENENTANGAN PADA PENGHARAMAN DAN PENGAMALAN JUDI adalah sifat KEJAHATAN SYAITAN yg lahir dari INDIVIDU sesatu KAUM dan AGAMA.

Anonymous said...

e2pooki mamak Amin Shah Omar Shah Onasis bankrup mana lari?saudi kah?Mahachoot kutty bailed out his own gengs n clans incuding the pariah dog of arif shah's brudder..

Anonymous said...

UMNO telah menjadikan judi sebagai sumber pendapatan mereka sejak dulu lagi, ketika itu bantahannya tidak ketara bila wujud nya kasino tanah tinggi Genting Highland.

Disebabkan kelulusan lesen judi yang dulu-dulu tiada bantan ketara maka Mohd. Najib seperti tidak ada rasa bersalah telah meluluskan beberapa banyak lesen judi demi meneruskan aktibiti mencari pendapatan.

Tapi kenapa ketika ini perbuatan meluluskan lesen judi itu dibantah secara terang-terangan dan berterusan..?

Pada pandangan aku, judi yang dikatakan haram itu akan menjadi halal kalau Mohd. Najib memohon restu dari pemimpin DAP dengan slogan " I help you, you help me".

Disebabkan Mohd. Najib manusia angkuh dan dikelilingi oleh kaki pengampu yang bodoh sombong tidak merujuk kepada pemimpin MCA dan GERAKAN supaya dihalalkan judi tersebut maka judi yang telah diharamkan oleh islam itu dipolitikkan terus oleh PAS bahawa judi adalah haram.

Sekarang ahli UMNO Baru nak kata apa bagi mempertahankan kesalahan Mohd. Najib yang mengaku beragama islam...?

Sebenarnya UMNO/BN perlukan sebuah parti Cina yang boleh menghalalkan arak, judi, pelacuran, dadah demi menjadikan ianya perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Sekarang apa nak jadi...? Perbelanjaan pilihanraya ke13 nak korek dekat mana...?

Hello ahli UMNO Baru Pekan Pahang.... apa khabar...?

PM luluskan lesen judi sukan kenapa senyap...? Semuanya tak beragama ke atau dah jadi dayus kerana makan nasi kakang bik mama...?

Anonymous said...

Saya menggunakan mesin basuh yang tak berjenama , tetapi ia menggunakan teknologi "SPIN" yang terkini.
Selepas "WASH and SPIN" pakaian selesa dipakai..... tidaklah renyuk..
huk huk huk

Anonymous said...

casper c

Sape nak sokong peliwat kaki jubo. Ramai dah pecaya siNuar memang peliwat. Dah banyak bukti. Kau gi tanya Kak Wan. Kau ingat Nuar tu malaikat ke? Kau tak pelik ke dari mana datang kekayaan luar biasa yg dia miliki? Dia dulu orang Umno dan kaki makan rasuah.

Tinta Hitam said...

Cuma kita nak tahu berapa jutakan sumbangan taukeh judidan arak kepada tabung UMNO setiap tahun.Sesiapa yg ada maklumat harap postkanlah pd mana mana blog pro PR

ataspagar said...

nak tanya gak sikit sbb 'konpius'
dulu bila MB Selangor nak ternak babi secara besar2an, adakah bermaksud org Islam di Selangor dah boleh mkn babi.. atau pun MB ada keluarkan lesen, babi untuk org kafir jer.. org islam haram..
camna nak cerita yer.. sorang tauke babi.. sorang tauke judi..
politik tetap politik... yg jadi mangsa agama..kena spin jer..

Panglima Perang Cyber said...

antara halal judi dengan lesen judi utk non muslim lain bro..

beza langit dan bumi.


tulisan bro seolah2 UMNO halalkan judi walhal tidak ada kenyataan sebegituu dikeluarkan PM

jangan putar belit bro



dosa kering je ko dapat nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.