Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 27, 2010

Judi Bola: Pencacai2 Terkial2 Nak Pertahan Najib/UMNO

Nak tergelak saya tengok pencacai2 UMNO/Najib dalam blog saya ni. Terkial-kial mereka cuba nak pertahan tindakan Najib beri lessen judi bola kepada Vincent Tan. Antara yang paling lantang adalah seorang pencacai UMNO bernama Grand Marquis tak ori (GMTO).

Antara hujjah beliau adalah:

Jadi, TB, dimanakah kerajaan kata judi ni halal untuk orang Islam? TB kenapa hang ni tak kenyang memfitnah?


GM tak ori ni berani kata begini sebab dia bawa kenyataan Vincent Tan yang telah berkata:



“The Government has made it really clear that Muslims are not in any way allowed to bet with us. So my question is why are these groups so unhappy,” he told Malaysian reporters in London.


Pertama sekali, saya telah mencabar GM Tak Ori ni untuk membawa salinan Lesen Judi yang diberikan kepada Vincent Tan. Saya nak tengok samada wujud syarat di mana Judi Bola ini diharamkan ke atas orang Islam.

Sayangnya, pencacai seperti GM Tak Ori dan yang lain-lain sehingga sekarang gagal membawa satu salinan lesen Judi Bola yang diberikan kepada Vincent Tan itu. Jauh sekali wujudnya syarat mengharamkan penjualan Judi Bola pada orang Islam.
Kedua, saya meminta apa-apa bukti bertulis dari Najib atau mana-mana pegawai kerajaan yang mengharamkan penjualan judi bola kepada orang islam. Sekali lagi GM Tak ori atau pencacai-pencacai lain gagal membawanya.

Ketiganya, akta-akta berkaitan judi di Malaysia ni banyak. Antaranya:
• Pool Betting Act
• Betting Act
• Lotteries Act
• Common Gaming Houses Act
• Racing (Totalisator Board) Act
• Racing Clubs (Public Sweepstakes) Act

Saya cabar GM tak Ori atau mana-mana pencacai UMNO, sila tunjuk dimanakah yang dikatakan Judi haram dijual kepada orang Islam dalam mana-mana undang-undang di atas?

Setahu saya, lesen-lesen judi dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang. Sekiranya undang-undang tersebut tidak mengharamkan penjualan judi pada orang islam, bagaimanakah boleh lesen tersebut menghadkan penjualan judi pada orang Islam?

Pokoknya, pencacai-pencacai UMNO/Najib semuanya dah jadi macam lipas kudung. Terkapai-kapai kelemasan dan mencari apa-apa alasan demi mempertahankan Najib dan UMNO. Benar atau tidak alasan tersebut, tidak penting. Yang penting adalah tindakan Najib dan UMNO itu tidak dipandang serong. Allah SWT murka atau tidak, bukan menjadi isu.

Problem betul bila orang macam GM Tak Ori dah jadi pengikut Islam UMNO ala Khawarij. Islam pun dia cuba putar belit.

Suka saya ingatkan, kalau saudara baca Akta2 di atas, lesen judi ini adalah hak mutlak Menteri untuk dikeluarkan pada sesiapa sahaja. Ia tak sebut “Timbalan Menteri”. Maka, ia bererti Lesen Judi ini dikeluarkan oleh Menteri Kewangan sendiri, yakni Najib Tun Razak.

Hanya Najib sahaja yang boleh membatalkan lesen yang telah dikeluarkan oleh beliau kepada Vincent Tan. Malahan, Yang Dipertuan Agung sendiri tidak boleh membatalkan lesen yang dikeluarkan Najib Tun Razak.

Tulang Besi


28 comments:

ikan todak said...

Kat Genting Highland tu, terpampang kat pintu masuk kasino-kasino bahawasanya sultan Pahang menitahkan bahawa tidak dibenarkan sesiapa yang beragama Islam drpd berjudi di dalam kasino itu..Siap ada jaga 2 orang depan pintu masuk utk check..Tapi bila masuk dalam, drpd 20 pelanggan,7-8 orang merupakan Muslim tak kira apa bangsa....Yang dah ada jaga depan pintu pun buleh lepas, mcm mana pula nak jaga judi seluruh Malaysia drpd tak nak bagi orang Islam berjudi..? Memanglah kekuatan iman dpt mengawal diri drpd judi dan maksiat, tapi pencegahan drpd pihak berkuasa juga perlu ada...Pokok pangkalnya, judi atau apa-apa maksiat perlu dicantas drpd akar umbi..Bknnya bila dah beranak pinak baru nak banteras...

Anonymous said...

TULANG BESI BERBOHONG :

Dosa judi dan dosa fitnah adalah dosa2 besar..Tulang Besi hipokrit..bantah judi tapi sebar fitnah dan berbohoong..Tulang tentang judi sebab menteri kewanganya Najib....bukan sebab lain..betul tak Tulang Besi...kalau tak betul kenapa tak bising pun pasal pusat perjudian kat Genting..kilang Carlberg dan Guinness di Selangor..sebab Tulang Besi akan kata itu hak bukan islam..betul tak Tulang besi..alahai siapa yang terkial2 ni

Grand Marquis said...

Kesian TB, terasa panas sampai kena buat satu posting khas.

Mula-mula TB kata UMNO khawarij sebab menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Kita tanya TB, dimanakah kerajaan Malaysia pernah kata judi ini halal untuk orang Islam.

TB tak jawab. Tapi dia cabar suruh orang tunjukkan salinan lesen judi bola yang kata orang Islam tak dibenarkan judi.

Inilah tektik murahan TB. Dia fitnah orang dia tak jawab. Tapi dia cabar kot lain. Dia tau, dekat Malaysia ni, berapa orang yang pernah tengok lesen tu. Mungkin tarak sebab lesen pun belum keluar lagi. Jadi dia harap, bila dia buat cabaran bodoh (macam dia cabar Najib untuk bubarkan parlimen hulu selangor dulu) dia akan terlepas dari tuduhan memfitnah.

Dia juga tau, berapa kerat orang yang lawyer kat sini. Berapa kerat orang yang pernah baca undang-undang tentang perlesenan judi. Tapi sebagai orang Malaysia yang ada common sense, kita tahu, pasti ada clause yang melarang permis judi ni untuk berurusan dengan orang Islam. Kalau tidak, tak de la genting tu larang orang Islam Malaysia masuk. Ini kita bicara soal perlembagaan. Soal perlaksanaan itu hal lain. Takkan kita nak buat kerja bodoh untuk buktikan TB satu benda yang tidak akan membawa apa-apa manfaat. TB ni hanya blogger picisan yang tak de jawatan dan tak de tanggungjawab, jadi kenapa kita nak buang karan layan tuntutan bodoh beliau.

Itulah saya nasihat dia, daripada dia suruh kita bagi bukti, lebih baik dia sendiri pergi cari bukti sebab yang fitnah orang tu dia sendiri. Sepatutnya dia kena pi cari bukti, bukan untuk tunjuk kat kita, tapi sebagai persediaan untuk dia menjawab diakhirat kelak.

Cuma jahilnya TB ialah dia seolah-olah tak tau di Malaysia ni ada undang-undang syariah dan semua orang Islam tertakluk dalam undang-undang syariah. Walaupun saya yakin 99% orang kat blog ni tak pernah baca secara detial klaus perundangan syariah, tapi secara common sense apakah kita rasa dalam undang-undang syariah ni tak de peruntukan larangan orang Islam berjudi? Jadi apakah lesen judi ini akan override kuasa mahkamah syariah?

Khun Pana aka johanssm said...

Yang tak masok akal ialah kenapa mesti diberi kepada VinSetan.
Malaysia ada lebeh kurang 28 juta rakyat. VinSeTan juga yang dapat.
Kenapa mesti di buat secara senyap senyap.

Lesen judi bola bukan nya masalaah.
Tak beri lesen pon orang ramai boleh judi.
Ada yang judi wang ada yang bertaruh nescafe secawan ada yang judi seks semasa ada pesta bola sepak.

Kalau nak bantah judi mestilah bantah semua. Tutup itu kasino genting .
kasino itu lebeh bahaya.
Kasino genting ialah pusat seks, pusat dadah , pusat ah long,pusat rasuah.

Dari dulu lagi , PAS sudah kata tutup itu kasino. Sekarang bising pulak dengan lesen judi bola.
Makna nya PAS konsisten dalam isu judi.

umno pulak lain cherita.
nampak Islam, cakap Islam , lagak Islam tapi....wang ringgit ialah ....

Tak nak tulislagi, nanti tersinggung rakan rakan yang berugama Islam disini.

Anonymous said...

Tanah Melayuku tanah airku...yang murah sekarang hanya harga diri...dan kadang2 tak ada harga langsung,Kalau hati mereka sudah suka,semuanya indah belaka,judi ke,minyak naik ke,tanah tergadai ke,telaga minyak berpindah tangan ke,semuanya tidak mengapa.yang mereka tau...itu bukan salah pemimpin mereka,piem mereka...tapi mereka menuding jari terutamanya kepada Anwaar Ibrahim,melabel beliau sebagai cemar moralnya...mereka mengalih isu,sebenarnya pencacai itu telah meletakkan diri mereka lebih rendah tarafnya dari haiwan ternakan.Lihatlah lepas ni mereka akan sibuk menyerang insan DSAI,rupanya benarlah kata mereka2 yang arif org jahat akan membela si jahat,hanya org jahat kenal si jahat...dan doakanlah agar si jahat menjadi baik sebelum izrail datang memanggil.

Anonymous said...

"Cuma jahilnya TB ialah dia seolah-olah tak tau di Malaysia ni ada undang-undang syariah dan semua orang Islam tertakluk dalam undang-undang syariah. Walaupun saya yakin 99% orang kat blog ni tak pernah baca secara detial klaus perundangan syariah, tapi secara common sense apakah kita rasa dalam undang-undang syariah ni tak de peruntukan larangan orang Islam berjudi? Jadi apakah lesen judi ini akan override kuasa mahkamah syariah?"

Kpd GM, perluke diberi contoh. Kalau masing2 masih teringat kisah Kartika, perlaksanaan hukuman sebat diganti dengan kerja masyarakat kerana disabitkan keslhan minum arak. Kenape bila mahkamah syariah menjatuhkn hukuman sebat ramai nk bising. Kenape bile nk jalankan hukuman syariah ramai xstuju. Skrang GM pulak ingin menunjuk seolah2 mahkamah syariah mempunyai kuasa dalam hal judi. Arak terlepas. Xkan judi xlepas kot. Sedangkan kedua2nya dosa besar.

Tulang Besi said...


Inilah tektik murahan TB. Dia fitnah orang dia tak jawab. Tapi dia cabar kot lain. Dia tau, dekat Malaysia ni, berapa orang yang pernah tengok lesen tu. Mungkin tarak sebab lesen pun belum keluar lagi. Jadi dia harap, bila dia buat cabaran bodoh (macam dia cabar Najib untuk bubarkan parlimen hulu selangor dulu) dia akan terlepas dari tuduhan memfitnah.
.

Apasal kao ni membebel ni, GM tak ori.

Mana salinan Lesen Judi Bola yang Vinsetan dapat?

Kenapa sampai hari ni tak berani bawak keluar?

Bawaklah kitorang nak tengok.

Kau yang cakap UMNO tak halalkan judi pada orang Islam.

Tapi, semua undang2 judi kat Malaysia takda pun mengharamkan judi pada orang Islam.

Kalau undang2 kata tak haram, maksudnya ia halal.

Benda senang faham macam ni, kau takkan tak faham kot?

Grand Marquis said...

TB, TB... masih tak paham-paham lagi (atau buat-buat tak paham.


Kau yang cakap UMNO tak halalkan judi pada orang Islam.


Tak.

Hang yang kata UMNO halalkan yang haram dan haramkan yang halal. Jadi engkau kena buktikan. Selagi hang tak de bukti bermakna UMNO tak halalkan yang haram dan haramkan yang halal.

Macam kalau hang kata si anu bunuh orang. Maka hang lah yang kena buktikan. Selagi hang tak buktikan bermakna si anu tak bunuh orang.

Tapi TB ni terbalik. Dia kata si anu bunuh orang. Tiba-tiba si anu tu pulak kena buktikan yang dia tak bunuh orang.

Aku malas nak layan TB sebab sama ada dia ni jahil atau saja loyar buruk. Tapi korang boleh menilai sendiri pemikiran dia. Kalau dia perintah Malaysia, itulah standard undang-undang ciptaan dia.


Tapi, semua undang2 judi kat Malaysia takda pun mengharamkan judi pada orang Islam.

Kalau undang2 kata tak haram, maksudnya ia halal.


Tengok sendiri kelibat TB ni. Semua undang-undang judi kat malaysia.... bagus betul. Macam dia ni pakar undang-undang judi kat Malaysia yang dah hafal semua undang-undang judi kat Malaysia. Korang percayakah?

Sudahlah TB. Cara hang bercakap jelas macam hang ni orang yang bodoh sombong.

Grand Marquis said...

Kepada Anon 10:26 AM,

Isu perlaksanaan undang-undang syariah ni satu isu yang lain. Undang-undang ada, tapi perlaksanaannya mungkin lemah. Ini ditambah pula dengan puak-puak liberal dan kafir yang kuat membantah.

Cuba hang buat research sikit, siapa yang paling lantang bantah perlaksanaan hukum sebat tersebut? Hang pasti akan jumpa ia dari dua parti rakan tidur sebantal parti Islam tersohor di Malaysia.

Tulang Besi said...

GM Tak ori,

Undang2 Syariah Islam mengharamkan penjualan Judi kepada orang Islam ke?

Bukan ke Undang2 Syariah Islam ni wujud SEBELUM UMNO jadi Kerajaan, yakni sebelum Merdeka?

Manakala, kebanyakan undang2 judi di Malaysia diluluskan oleh Kerajaan UMNO.

Dan undang2 judi tersebut TAK SEBUT PUN JUDI DIHARAMKAN UNTUK ORANG ISLAM?

Tak payah nak eksyen kat sini, mana salinan lesen judi yang Vincent tan dapat dari Najib Tun Razak tu.

Aku nak tengok kalau ada tulis Judi Bolah diharamkan untuk orang Islam.

Tinta Hitam said...

Beginilah.Bagi pecacai pecacai UMNO ni adadua hukum bagi judi.Satu judi hala dan satu lagi judi haram/Dalil dia bukan AlQur'an ,Hadis dan ijmak serta qias.Dalil dia bila UMNO kata ok maka halal lah dia.

Hujah mereka ialah judi tu utk org bukan melayu aje(diperingatkan disini UMNO tiada istilah kafir) kafir aje.Org Islam kalau nak judi jug itu salah sendiri.Hasil tu bukan org Islam makan pun.Jadi apa salahnya judi.

Mereka tahu hukum sebenarnya dan kemana hasil judi tu pergi.Tapi saja bua tbuat tak tahu dan tak faham.Sebahagian hasil direct kedalam tabung UMNO dan sebahgian adalah cukai rasmi yan gdigunakan didalm belanjawan Malaysia.

Tapi pecacai UMNo sememangnya hipokrit.Hipokrit ni boleh sentiasa berubah wajah

Tulang Besi said...

UMNO halal kan Judi sebab undang2 judi yang diluluskan UMNO TIADA SEBUT JUDI DIHARAMKAN PADA ORANG ISLAM.

Sila jawab, wahai GM Tak Ori.

Jangan pusing sana pusing sini. Sila jawab fakta ini.

Lagi satu, bukan ke UMNO juga yang telah menganjurkan "Loteri UMNO 1951"?

Betulah UMNO tak halalkan judi. Sebab tu diorang buat Loteri UMNO.

hahahaha terkantoi lagi GM tak ori

Grand Marquis said...

Undang2 Syariah Islam mengharamkan penjualan Judi kepada orang Islam ke?

Bukan ke Undang2 Syariah Islam ni wujud SEBELUM UMNO jadi Kerajaan, yakni sebelum Merdeka?


TB, bila hang ni nak sedar yang hang ni sebenarnya jahil? Hang bercakap seolah-olah hang tau semua benda dalam dunia ni. Undang-undang syariah Islam tak mengharamkan judi pada orang Islam? he he...

melayan orang yang bodoh sombong ni memang buang masa.

ataspagar said...

kalau GM tak ori dan pencacai2 umno tak boleh dptkan bukti yg kerajaan haramkan org islam drpd berjudi, apakata kita suruh TB dan pencacai2 PAS lak buktikan yg kerajaan telah halalkan judi pada org islam.. sila tunjukkan bukti..
kat sini.. senang kita org nak tahu sapa yg betul sapa lak yg pandai belit2..

Anonymous said...

Haha. seronok betul aku tengok bila puak2 APNO dah merapu, itu tanda2 yang APNO sudah tenat nak mampus.
Pandangan akulah, APNO ni, dia macam sumpah-sumpit. Korang pernah tengok sumpah-sumpit menyamar? jika lompat kat batu dia berubah warna badan dia serupa macam batu, lompat kat daun, dia berubah serupa macam daun, lompat kat dahan serupa macam dahan tapi kalau ada tempat yang dia lompat dan pada masa tu dia tak dapat nak berubah warna, sumpah-sumpit ni akan bergoncang badan dia macam nak mati. Aku tengok sifat2 ni ada kat APNO termasuk puaknya. Bila sebut nama ALLAH, APNO bersuara lantang, bila sebut judi senyap..jadi apa nak heran jika APNO ni menyamar sebagai MELAYU Islam. Sbb melayu tu bangsa, Islam tu agama. ISLAM memang melarang berjudi, tapi melayu boleh.

baginda® said...

salam,

terpanggil nak ajar budak2 Umno yang bodoh...

1. kalau tukang tuang arak itu islam tapi tak minum arak adakah ia menghalalkan arak? -YA!! dia menghalalkan arak... Walaupun dia tuang dekat kafir...!

2. kalau tukang lulus judi itu islam tapi tak berjudi adakah ia menghalalkan judi? -YA!! dia menghalalkan judi... Walaupun dia jual dekat kafir...!

3. sejak bila ada agama menghalalkan judi? setahu aku agama UMNOAPCO je yang menghalalkan judi...

4.Taknak org kene kencing manis naikan harga gula! taknak jem jalan raya naikan harga minyak! taknak orang berjudi secara haram, luluskan judi...

5. GTO ko memang bodo!

Ko g tanya bapa ko adakah meluluskan judi bola sepak bermakna menghalalkan apa yang ALLAH kata haram...?

ikan todak said...

nak berdebat dgn grand marquis ni buat apa...?dia tu dah memang darah daging UMNO & Barisan Nasional...ckplah mcm mana pun, dia tetap akan sokong UMNO punya...tgklah semua sumber rujukan dia...semua drpd sumber-sumber lawak jenaka spt utusan, berita harian, tv3, blog wee chee keong, blog Ruang Bicara Faisal, dan semua yang pro UMNO..toksahlah layan grand marquis tu sbb dia memang tak nak terima kebenaran..lebih baik kita tumpukan kpd mereka yang dengar dan tahu kebenaran...lagi banyak faedahnya...

Anonymous said...

gu YAKIN, dari hujahnya GMTO ini KAFIR harbi.. fake!
mungkin ejen YAHUDI laknatullah APCO!!!

john labu said...

ataspagar said...

kalau GM tak ori dan pencacai2 umno tak boleh dptkan bukti yg kerajaan haramkan org islam drpd berjudi, apakata kita suruh TB dan pencacai2 PAS lak buktikan yg kerajaan telah halalkan judi pada org islam.. sila tunjukkan bukti..
kat sini.. senang kita org nak tahu sapa yg betul sapa lak yg pandai belit2..


dah bertimbun belambak bukti nooo.. kat Utusan Meloya hari2 keluar iklan TOTO, MAGNUM DLL.. aikk takkan untuk cina koott.. akbar melayu untuk melayu lerr..

alaa.. macam kera'jaan Najib/Umno haramkan rasuah la.. TAPI kat Hulu S'gor dan kat Sibu hari tu SIBUK MERASUAH.. bukti berlambak kat suratkabor dan TV dan TB..

kalau haram misti Najib/Umno tak buat.. Najib/Umno buat maknanya Halal la koot..??
kalau tak halal.. TERBUKTI la Najib/Umno ini penyumbanglaku kerja-kerja HARAM!!.. yea tak??

Anonymous said...

Aku pun nak spin macam TB.
Sdr.TB. Umno tak pernah halalkan judi.Kau bawak perlembagaan Umno atau apa2 dokumen Umno, yang kata Umno halalkan judi.UMNO TIDAK PERNAH HALALKAN JUDI.Kau bawak salinan surat apa pun yg kata Umno halalkan judi.Jgn spin lagi tau. ALLAH yg haramkan judi bukan Umno dan bukan Pas.

Kau tau tak hasil arak dan lesen anjing kerajaan terima dan pakai.Ulamak kata boleh. Hasil judi pun boleh.

Kau ingat orang islam semua baik. Kau fikir dengan letak amaran bertulis orang islam tak berjudi,tak buang bayi dalam tong,tak berzinah,tak minum arak dan tak makan babi.

Kat kotak rokok terpampang gambar orang setengah mampos.Fatwa haramkan merokok pun ada.Bukan saja tulisan,siap gambar sekali.Itupun macam serombong kapal hidung orang islam berasap.
Orang Pas dan orang Umno pun merokok. Tok imam tok bilal pun sama melepas gian.

Islam itu baik.Yg tak senonoh orang islam (sebahagiannya).

SOKONG GM.

Grand Marquis said...

Kepada Baginda,

Anda sepatutnya pi belajar dulu ilmu tentang takzir sebelum nak berbicara pasal hukum ikut logik akal hang.

Anonymous said...

Aduh, kepala saya pening!

Judi adalah haram mengikut Islam, dan saya nampak ramai, terutamanya GMTO yang kuat sokong judi bola sepak.

Sudahla, haram itu haram sajalah, tak boleh di pusing pusingkan lagi. Kan GM bukan orang Melayu dan beragama Islam? Kalau benar, pelik sangat nak bela tauke judi!

Jangan mempolitikan isu judi bola sepak la. PAS patut di puji atas usahanya yang suci. Yang mereka tolong pun anak anak UMNO Baru yang berjudi. Anak anak PAS, tak berjudilah. Mereka ini berdisiplin dan memang mematuhi ajaran Agama dengan begitu baik sekali. Yang jahat itu semua dari UMNO Baru.

Sudahla, jangan mempolitkan judi bola. Ini haram, tak nak judi bola la. Bertaubatlah GMTO, jangan memalukan Bangsa dan Agama oleh kerana tauke judi!

UMNO Baru itu penghianat bangsa dan negara GMTO. Sedar lah.

Tinta Hitam said...

GM,

Sejak bila pulak udg udg syariah Malaysia ni udg udg Islam?

Muhammad Razif said...

salam, pendapat saya kembali lah kepada Al-quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w, Semuanya jelas dalam tu...

Kuhik said...

terserlah kejahilan GM tentang hukum Islam.

mulut mengaku Islam, tapi dok sokong parti yang menentang Islam.

mulut mengaku Allah itu Tuhan, tapi dok sokong parti yang tolak hukum Tuhan.

memang laknatullah...

Anonymous said...

What a great resource!

Tulang Besi said...

NAmpaknya sampai hari ini,GM tak ori tak boleh bawa bukti bahawa judi bola ini diharamkan penjualannya kepada orang Islam.

Dia cuma berani bercakap.

Jelasnya, ini bukti bahawa UMNO telah menghalalkan judi pada orang Islam di Malaysia

Anonymous said...

Gmto tlng komen.ketua agama agong,kuasa dlm tngn melayu.tapi pndn melayu islam trlps dari prndangn syariah kerana undng2 kafir brkuasa d malaysia.mna hukum allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.