Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 5, 2010

Kempen Doa Laknat Kepada Konspirasi Membeli Wakil-Wakil Rakyat PKR

Saya menyeru kepada sekelian penyokong Pakatan Rakyat serta pengundi untuk menjayakan projek ini. Yakni mendoakan laknat semua yang terlibat dalam pembelian serta perlompatan wakil rakyat dan pimpinan PKR.

Oleh kerana majoriti yang melompat adalah Melayu dan mengaku Islam maka haruslah doa ini sesuai dengan mereka yang pelompat.

Kalau si pelompat melompat atas dasar prinsip, maka mereka tiada sebab untuk risau dengan doa ini.

Doanya adalah:

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.

Maka, kami memohon, Ya Allah, dan meminta supaya kao menurunkan bala yang serupa dengan bala kaum Nabi Nuh dan Nabi Hud ke atas mereka-mereka yang bersengkongkol di dalam usaha membeli wakil-wakil rakyat dan pimpinan PKR ini. Kami memohon Kau turunkan bala Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud kepada mereka yang membeli, yang dibeli dan yang membantu proses pembelian ini. Tidak kira siapa orang itu dan dari parti mana orang itu.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau adalah Maha Berkuasa ke lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMINNNNN”

Sekiranya UMNO dan kuncu2 PKR tidak terlibat dalam politik wang ini, maka mereka tidak ada apa-apa yang perlu mereka risaukan dari doa ini.

Doa ini hanya untuk mereka yang terlibat dalam pembelian serta merelekan diri mereka dibeli yang seterusnya membawa kepada “lompat parti”. Kalau mereka melompat atas dasar prinsip, maka mereka tidak perlu risau akan doa ini.

TAPII, kalau mereka ada menerima walau satu sen pun hasil dari perlompatan mereka, maka bersiap sedialah kamu untuk menghadapi apa apa kemungkinan sekiranya doa ini termakbul.

Kepada pembaca yang membaca doa ini, diminta di AMINNN kan doa ini.

POLITIK WANG AKAN MENYEBABKAN AGAMA DAN BANGSA TERGADAI

Lee Kuan Yew pernah sebut dengan SD80 juta beliau boleh beli satu UMNO. Kalau budaya beli membeli ini kita biarkan berterusan satu hari nanti negara dan agama kita akan tergadai kepada orang asing dan kuasa asing.

Maka, jangan ingat usaha ini adalah untuk menyokong PKR atau Anwar Ibrahim. Usaha membuat doa ini adalah memerangi POLITIK WANG bagi menjaga serta mempertahankan kesucian Islam serta kedaulatan negara kita.

Kawan saya di Singapura berkata beliau yakin sekurang-kurangnya 40% UMNO telah pun dibeli Lee Kuan Yew. Dan tidak mustahil projek membeli pimpinan PKR ini pun idea datang dari Singapura.

HANYA PROJEK MEMBELI WAKIL RAKYAT PKR SAHAJA YANG BERJAYA

Setakat ini, segala usaha UMNO/BN untuk memporak peranda PAkatan Rakyat telah gagal. Fitnah terhadap DAP dan kononnya DAP anti Melayu semakin gagal.

Percubaan membawa PAS masuk BN pun berjumpa dengan jalan buntu. Usaha mereka yang terakhir adalah dengan membeli pimpinan serta wakil2 rakyat PKR. Setakat ini, itu sahaja yang berjaya. Cumanya, kesan kepada pengundi sudah semakin hilang. PEngundi pun tak kesah berapa ramai pimpinan PKR yang keluar kerana mereka sedar pelompat2 ini telah dibeli.

Wakil Bakar Arang pula melompat sebab dia takda maruah. Marah kena pecat dari Exco, maka dia melompat keluar parti.

TIADA YANG MELOMPAT PARTI setakat ini melakukannya atas dasar prinsip perjuangan. Dan juga, pelompat-pelompat ini melompat berseorangan diri. Tiada ahli atau pengikut yang mengikuti mereka.

Contohnya, hanya dua ahli PKR Bayan Baru yang mengikut Zahrain keluar dari PKR. Tiada ahli yang mengikut Adun Bakar Arang keluar parti. Tiada ahli yang mengikut Zul Noordin keluar PKR. Tiada ahli yang mengikut si Fairus keluar parti juga.

Ini bererti tiada siapa kesah pada para pelompat. Dan mereka sendiri tidak dapat meyakinkan ahli di kawasan mereka terhadap sebab mereka.

Mereka melompat sebab mereka mendapat tawaran yang begitu besar. Itu sahaja. Bodohlah orang yang mengikuti mereka ini.

Tulang Besi

6 comments:

Anonymous said...

BN dah tunjukkan agresif mereka terang-terang. Ingat ALLAH senantiasa mendengar dan melihat.

Anonymous said...

mana pencacai UMCO? tak mau komen ke?

Anonymous said...

Doa pun nak kena kempen. Kena ramai-ramai doa ke?
Doa tok guru dulu pun tak makbul. In fact, banyak doa laknat dan sembahyang hajat tok guru tak makbul pun.
Mahathir yang bertahun dah bersara pun dok sihat lagi enjoying his retirement. Masih belum makbuli doa bala zaman lewat 90,an.

Apahal dengan korang ni semua????

Gila doa ke???

Anonymous said...

BN akan agresif lagi..biasnya,org dah berjanji utk melompat,tak akan kisah punsihment,sebeb depa pikiaq,UBN is in control kat bumi Malaysia dan UBN adalah tuhan yg maha kuasa..UBN baleh kasi dui,boleh kasi protection,macam macam..

Anonymous said...

Johari Bahrum dah bagi statement Kedah is ready to dissolve DUN sekiranya ada seekor lagi kodok melompat..tapi perlu ingat nachibai tak nak lagi satu buy election..perlu issue bon lagi..terdengar radio ,GST mungkin diemplement..ini tanda ,goemen lui dah kolang..on top of dat,any moment any time *jeng jeng jeng jeeeeeeeeng*... hehe

Anonymous said...

"Haiyaaaaa.... bagut hahhhh.Melayu sama ISLAM sudah gaduh maaaa"
"CINA manyak sinang mau pelintah ini negala"
"Kasi dia olang jadi kuda lagi Maaaa"
"Kita olang cucuk sikit , dia olang sakit manyak maaa".....
ITU LAH HAKIKATNYA.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.