Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 6, 2010

Kickdefella: Puak Makan Balak Kelantan Buat Apa?

Nota Editor: Dalam heboh-heboh kes Kickdefella dan RM4 juta ini, saya tertanya-tanya, apa yang puak-puak makan balak di Kelantan telah lakukan untuk mempertahankan Kelantan pada 2008?

Yang kita tahu, ada yang beli Honda Elyson dgn plet number PAS 17.Ada yang tambah bini lagi satu walaupun dah ada dua. Terus menerus mereka berusaha memburukkan Haji Annuar Bakhri dan terus menerus mereka mempertahankan Ariffahmi.

Tapi, yang kita nak tahu apa benda puak2 ni dah buat untuk mempertahankan Kelantan dari diambil UMNO pada 2008? Sekurang-kurangnya PAS Kelantan beruntung ada manusia nama Husam Musa yang berusaha mengumpul derma bagi mewujudkan usaha melemahkan UMNO dengan mempersoalkan kredibiliti Pak Lah sebelum 2008.

Hasilnya Kerajaan KElantan berjaya dipertahankan, alhamdulillah.

Malahan usaha ini juga menguntungkan PAS di Kedah dan beberapa negeri lagi. Cuma yang herannya, walaupun pada masa itu imej Pak Lah sudah lemah dan UMNO berpecah, PAS Terengganu masih GAGAL merampas Terengganu. Heran bin ajaib..

Apa yang Kickdefella telah lakukan hanyalah mendedahkan wujudnya derma RM4 juta bagi mengalahkan UMNO pada pilihanraya 2008. walaupun dia sebut "menjatuhkan Pak Lah" tapi kita harus ingat. Bahawa kemenangan besar UMNO 2004 adalah di atas imej Pak Lah. Dengan kata lain, serangan kepada Pak Lah adalah serangan kepada UMNO. Apa yang Kick buat hanyalah mendedahkan "FAKTA" berkaitan Pak Lah yang disenyapkan oleh media kawalan UMNO/BN. Itu sahaja.

Terima kasih pada Kickdefella kerana mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di kalangan PAS Kelantan di dalam mempertahankan Kerajaan Kelantan dari dirampas UMNO pada 2008.

Sekurang-kurangnya kita tahu ada juga dalam PAS yang tidak hanya berceramah, tapi berbuat kerja bagi memenangkan parti.

Tulang Besi

Apa salahnya RM4 juta untuk kalahkan Pak Lah - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan, apa salahnya menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul.

Bahkan, beliau sendiri sanggup untuk melakukan kerja menjatuhkan Umno dan BN yang sememangnya tidak baik itu jika diberikan wang sebanyak itu.

Bagi Mahfuz, isu itu sebenarnya, tidak wajar dipolemikkan kerana sebagai sebuah parti, memang menjadi kerja dan tugas PAS melawan kerajaan yang ada untuk menubuhkan kerajaan yang lebih baik.

Katanya, ahli PAS sanggup menggadaikan apa sahaja yang mereka ada untuk memperjuangkan Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas dakwaan blogger Sheikh Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa beliau diberikan wang RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf menjatuhkan Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu.

Jika sekiranya tidak benar pun dakwaan Kickdefella itu, beliau berkata, PAS sebagai sebuah parti politik akan tetap berkempen supaya rakyat menolak politik perkauman dan kezaliman yang dilaksanakan oleh para pemimpin Umno dan BN yang menggunakan prasarana kerajaan untuk melawan rakyat.

“Benar tidak benar dakwaan RM4 juta itu, memang saya tidak tahu, tetapi kalau tak benar pun, PAS tetap buat kerjanya berkempen supaya Umno BN kalah dalam pilihan raya depan,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Kalau betul pun, apa salahnya, memang keberadaan PAS dan parti-parti pembangkang yang lain sejak PRU 12 lalu adalah untuk pertahan kerajaan negeri (Kelantan), kuasai negeri-negeri (hatta) kerajaan Persekutuan sendiri,” tegas beliau.

Menurut Mahfuz, imej Abdullah sememangnya buruk bukan sahaja di kalangan pembangkang, malah di kalangan ahli-ahli Umno.

Maka, media-media pro Umno tidak seharusnya menyalahkan PAS dan pembangkang, sekiranya kelemahan Abdullah itu dijadikan modal berkempen pada PRU 12 lepas.

“Dia (Abdullah) sendiri memang lemah (dan) kelemahannya itu melengkapkan kelemahan yang sedia ada pada Umno itu sendiri (iaitu) mengamalkan rasuah, perkauman melampau dan sebagainya.

“Dia adalah simbol kepimpinan Umno, kalau kita berkempen menyerang Umno, tetapi tidak menyerang Abdullah, itu ajaib namanya,” ujarnya.

Seperti sekarang, fokus PAS sendiri, menurut beliau sudah tentu berkempen kepada rakyat supaya menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama juga sekarang, Najib adalah simbol kejahatan, simbol korupsi, simbol jenayah berprofil tinggi yang bukan saya saja pertikai, malah dunia sendiri sedang persoalkannya, kalau kita tak berkempen, itu kurang bijak namanya.”

Lanjutan itu, beliau turut meminta pihak berwajib yang dilihat cuba melaga-lagakan PAS dengan penulis Kickdefella, http://kickdefella.wordpress.com supaya menjelaskan motif di sebalik kenyataan masing-masing tentang senario politik tanah air belakangan ini.

“Berapa juta ringgit agaknya yang pemimpin Umno guna wang rakyat untuk rampas kerajaan negeri Perak?

“Benarkah RM100 juta duit rakyat dihabiskan oleh Umno BN untuk rampas semula Hulu Selangor baru-baru ini?

“Yang mereka (Umno) tahu memburukkan Datuk Zaid Ibrahim yang sudah pun bertaubat dengan pelbagai fitnah di media masa.

“Kenapa tindakan Umno menggadai dua telaga minyak kita (Blok L dan M) bernilai USD320 bilion pada Brunei tidak dilaporkan dengan baik?" soal beliau.

Menurut beliau, sepatutnya semua pihak lebih prihatin terhadap inisiatif kerajaan pusat membayar lebih RM77 juta pada firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC), firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel demi memperbaiki imej seorang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“RM77 juta dibayar pada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, sepatutnya (isu APCO) ini yang lebih dipedulikan,” jelasnya.

Katanya lagi, sekiranya ada mana-mana jutawan sudi memberi sejumlah wang yang sama, RM77 juta kepada beliau untuk berkempen supaya Umno BN kalah dalam PRU13 kelak, beliau bersedia untuk mengambil duit tersebut.

“Iya...kalau ada jutawan mana-mana yang nak beri saya RM77 juta, bukan beri kepada syarikat pro Zionis-Israel, agar PAS boleh berkempen untuk mengalahkan Umno BN dalam pilihan raya (umum) ke-13 untuk dedah siapa Najib sebenarnya, saya akan terima,” ujarnya dalam nada berseloroh.

“Saya ingat, semua parti pembangkang pun sudi terima sumbangan ikhlas oleh mana-mana pihak kerana mereka pun mahu selamatkan Malaysia dari terus dimusnahkan oleh politik perkauman Umno ini,” katanya.

Beliau berkata, tanpa RM4 juta pun, ahli-ahli PAS tetap akan turun berkempen dalam pilihan raya demi menghadapi Umno BN.

“PAS bukan setakat RM4 juta, nyawa pun mereka akan wakafkan untuk perjuangan Islam, demi menjatuhkan kerajaan yang nyata menerima petunjuk APCO Zionis-Israel.”

Sejak beberapa bulan lalu, Kickdefella dilihat mengkritik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS Kelantan secara terbuka menggunakan blog peribadinya.

Ekoran kritikan tersebut, beberapa pihak seperti Datuk Nik Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan), Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri) serta blogger Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib (pemilik blog MalaysiaWaves) bertindak mencabar beliau mendedahkan dalang di sebalik aktiviti korporatnya melalui Global Media Channel.

Demi membuktikan diri terlibat mempertahan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan Umno, Kickdefella mendedahkan bahawa beliau menerima RM4 juta dari pihak tertentu untuk menjalankan kerja-kerja mempertahankan kerajaan negeri.

Kini beliau disiasat oleh SPRM dan telah mendedahkan bagaimana dan daripada siapa wang itu diterimanya.

Dalam sidang medianya tengah hari tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS terlibat memberikan wang itu kepada Syed Azidi namun beliau tidak tahu kalau-kalau ada pemimpin PAS terlibat.

12 comments:

jibam said...

“Dia adalah simbol kepimpinan Umno, kalau kita berkempen menyerang Umno, tetapi tidak menyerang Abdullah, itu ajaib namanya,” ujarnya.


Sungguh ajaib anwar ibrahim hanya menyerang timbalannya najib tetapi tidak kepada abdullah.

OCPA said...

Aiii...RM4juta je..sikit benor tu nak dibandingkan dgn BN belanja di PRK HS pun dah cecah puluhan juta RM.. belum crita pasal PRU lagi, ditambah pulak dgn on going projek BTN , PLKN dll..cube le kira.. berape billion suma tu ?? Kalu pun benar, bermakna PAS memang bijak berbelanja, berhemah dan cermat. Dgn bajet ciput sekadar RM4 juta, Kerajaan PAS Kelantan dapat dipertahankan, malah dpt menang lebih BANYAK kerusi berbanding PRU 2004.. Lebih kurang mcm Perang BADAR dan byk perang yg lain dizaman Rasullullah, modalnye(tentera)sedikit, tapi masih berjaya mencapai kemenangan.. Kerana apa?..kerana perjuangan itu diberkati ALLAH..InsyaAllah..
Mcm TB kata, RM4 juta tu sikit.. Ya memang sikit, tapi jika ikhlas utk Islam, maka ALLAH akan menurunkan bantuanNYA..
TAKBIR !!!!!!!

Anonymous said...

"Buat bodo maaaaa!"

Anonymous said...

Palaca coup is appenin in kelantan..the objective is to replace the Sultan with a BN freindly puppet..but the main game is to rid of TGNA and seize Kelantan's oil fields..

Anonymous said...

Otak Besi ucap TQ pada brother TB kerana komen sikit ore Kelate, kawe pun nak tambah tapi berpada-pada, kerana kawe ore dale takut rahsia dale seluar sendiri pun kita duk jaja.
Masalah PAS Kelantan terlalu exklusif, Pimpinan pusat dan Pas luar kelantan begitu takut dan malu untuk mengulas dan menegur. Terpaksa buat telinga badak walaupun hati kecil rasa nak tegur nasihat. Keadaan ini mungkin kerana terlalu hormat dan menjaga hati guru ku TGNA. Tapi ianya meninggalkan kesan apabila TGNA sendirian mengawal ahli PAS Kelantan.
Sedia maklum bahawa akar umbi rakyat Kelantan adalah penyokong PAS,keadaan ini bertambah apabila TGNA memimpin PAS kelantan. UMNO ditolak kerana pemimpin dan ahli mereka terdiri daripada orang yang korup, sombong, samseng di Kelantan. Setahun dua ini kaedaan masih kekal apabila UMNO kelihatan tidak mahu berubah. Namun ada sebahagian org kelantan merupakan manusia yang sensitif dan akan bertindak tepat pada masanya. Dgn kata lain, "undi PAS kerana bencikan UMNO". Ini dapat dilihat pada PRU11.
Kebendaan dan kemewahan yg dimiliki dan dipamir oleh kepimpinan UMNO, dari peringkat atas sehingga peringkat cawangan hasil daripada penglibatan mereka dalam politik telah menyebabkan Kelate rasa loya dan hilang kepercayaan kpd UMNO.
Jika keadaan ini berulang, mungkin kebencian kepada pimpinan PAS lebih hebat. Ini disebabkan mereka membawa nama Islam, dimana Islam telah dijadikan dinding untuk merompak dan mencuri harta ghanimah milik rakyat Kelantan.
Apa yg berlaku pada cerita bersiri yg didendang oleh kickdefella al-Botol merupakan suatu suara amaran dari langit.
Saya mengakui dan yakin terdapat suatu keadaan yang amat mengecewakan dalam parti hari ini. walaupun kerosakan tidak parah, namun titik hitam kecil ini tidak boleh dibiarkan. Tedapat sekelompok MUNAFIQ yang menyerap dalam PAS Kelantan dan mengambil kesempatan untuk mencuri harta ghanimah Kelantan. Mereka menggunakan ahli politik PAS yang mempunyai perangai dan jiwa hati UMNO. Golongan ini terutamanya golongan tua muda, menyertai PAS selepas tahun 1990.
PAS Kelantan boleh menangani keadaan ini dgn mudah, kerana parti PAS berpaksi kepada ISLAM. Namun nampaknya mereka memilih untuk menjadi lemah. Tambahan kemampuan akal telah menjadi galang ganti.
Sepatutnya, satu badan pengawal yang akan bertindak mengawasi dan memantau setiap WB, Calun, pimpinan parti ditubuhkan. Badan ini boleh menghalang dan menyekat seseorang yang diragui moralnya, terus diketengahkan sebagai pemimpin dalam PAS Kelantan. Yang paling layak adalah Dewan yang paling lemah diantara cabang-cabang politik PAS, iaitu Dewan Ulamak.
TQ, kerana saya menulis secara berhati-hati. Saya tidak tahu bila saya dapat bersabar dgn tingkah laku MP (munafiq Pas).

Anonymous said...

buat lah apa yang patut.....

kalau betul wujud GMC tu....ia tak salah.

yang salahnya.....kalau ia gunakan dana kerajaan, sebab dana kerajaan maknanya duit rakyat....

tapi kalau dana tu dari orang perseorangan @ korporat apa yang salahnya?

kickdefella pun orang tak cerdik....

saya anggap dia orang yang berniaga....bukan orang yang berjuang. sikap dia kalau bos lama dia dah tak boleh petih lagi...dia akan cari bos baru la..

orang PAS pun lain kali kena cerdik juga....kalau nak ambil orang bekerja, tahap professional saja tak cukup kalau tak ada jiwa perjuangan...

belajar dari kesilapan yang lepas...

tamingsari said...

Terima kasih TB kerana mengesahkan ada pemimpin PAS yg mencekek hasil negeri Kelantan sampai kaya raya. Terikut setail Umno agaknya. Nasihatkan mereka jangan ceramah pasal agama lagi. Aku rasa bukan setakat balak je mesti ada hal lain yg kumpulan ini buat.

Sebiji macam Umno. Tak sangka parti isle camtu. Ish Ish Ish! Benarlah apa juga yg didedahkan oleh Kickdefella selama ini bukan fitnah tapi yang benaaaarrr. Kereta Honda No. PAS 17 anak orang tua tu ke?

Anonymous said...

wah hoi kick D fella..lu punya blog name is to kick Pak Lah kan?U,RPK,n the rest of the bloggers club were determined to ged rid of Pak lah..betui tak?Org dah tenggok hangpa punya gambar di "rumah bloggers lah..mukriz,si horny marina mahathir,all uead to be there..drinking,eating,talking kok n bull..yes?

Why PAS must b apologetic..tak payah mintak maaf..BTN,RTM,TV 3/4 has been doing propoganda,perang saraf for decades!!when buy elecction comes,hah,they become totally psycho!!
BN sebenarnay very worried...dan mereka benar benar takut sama Pakatan..takut punya pasai ,BN semakin gila,hilang kontrol,hysterical("Pandemonium erupted in the Penang assembly when the opposition leader warned of a possible repeat of May 13".)..ya bodoh bahlol,bangang anjing pariah called BN r trying everything to take over pakatan states by doing all sorts of havoc,n to thier surprise,each of thier agenda is meeting with failure..even HS is a failure for them(spending rm200 million n yet coundnt get 6k majority..wat stupidty..kahkahkahkah)..so who is waxing,who is waning?hehe..

Anonymous said...

alahai..
1.Pas 17!nik abduh!makan duit haram balak!makan duit harus kearah haram MLM!!siaannn!!lapaq duit rupanya puak macam tu!!dok lindung disebalik jubah dan serban!!Adaka!! berjuta punca rezeki yang halal!yang harus dan haram pulak yang dipilih!!siannn!!nampak alim dari segi fizikal!jahil rupanya!!!!
2.Macammana la pulak puak macam ni!nak perintah malaysia!!dapat perintah kelantan pun!pakat-pakat makan rasuah!!Hangpa bayangkan!kalau puak macam ni!perintah malaysia!!tergadai Malaysia nanti!tergadai pada puak kapiaq harbi!
3.Ish!ish!ish!puak ni!nampak macam ngaji pandai!bergelar tok guru!nak beza sedekah!hadiah dengan rasuah puan tak tau!!!
4.Puak jahil!puak macam ni bolehla kena bohong!tergoda dengan jubah dan serban!Hangpa jawabla diakhirat nanti!!

Anonymous said...

"Sports betting to become legal in Malaysia in time for World Cup?
Sports betting in Malaysia may be legalized in time for the World Cup this summer if the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with interests in gaming, are successful in their government application to operate sports betting activities throughout the country."

kahkahkahKah!! GOMEN TALAK LUI!..GOMEN TALAK LUI!..kahkahkahkahkah..yalah..hantu tetek punya shopping alone is equivalent of benua aprika punya gdp..plus billi-on2 dah habis utk bili katak,kodoks,hakim,royal stouts,obama's pr opicer n washintons lobbyist..macam macm..nett result..F*K UP..ZERO..kahkahkahkahkah..tak lama lagi nachibai,hantu tetek,itu jane austin bitch of klse,mahataik,mukriz,all will line to jilat Lloyd Blankfein..kahkahkahkah

Anonymous said...

UK National Debt - how Britain owes over £900 billion

It's a truly frightening figure. Why is the world's sixth richest country so deeply in debt?

Every year the UK runs a large budget deficit. The Government spends more money than it can tax, so we plug the gap by selling bonds to investors at home and abroad. These bonds - known as gilts - have to be repaid in full, with interest. Added together, our unpaid loans make up the UK's national debt.

Right now, that debt is growing violently. The Government forecasts it will soar to an eye-watering £1.1 trillion by 2011. To put that in perspective, the UK went bust in 1976 running a budget deficit of 6% of GDP. In 2010 that deficit is going to top 12%.

Historically, our debt burden was heavier after World War II. But like any loan, if the money isn't invested wisely we end up borrowing even more. When the Government runs up huge debts and produces nothing to show for it, we're the ones that shoulder the burden. This year that burden will grow by £167.9 billion.

The state has been wasting our money for decades. Weak politicians have bribed voters with endless amounts of borrowed cash. As a result, in 2010 the interest on the national debt will cost £42.9 billion a year. That's more than we spend on defence, and not much less than the entire education budget.

Future generations won't thank us for mortgaging their future. At best, national debt will be a millstone round our children's necks. But if lenders lose faith in Britain there could be profound consequences for our currency, our country and our lives.
http://www.debtbombshell.com/

note the sentence "weak politicians have bribed voters.."....in our coutry oso,gomen looting,plundering,peoples money,the tresury, to buy votes,judges,casino royale,,kataks n kodok..pendek kata,crony urko capitalism is an epidemic..

Anonymous said...

How many times has Malaysia gomen issued bonds?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.