Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 19, 2010

Kita Bayar Tol Untuk Selamatkan PWTC Dari Di Lelong Bank Bumiputra

Tulang Besi bercadang mendedahkan bagaimana Dr. Mahathir serta UMNO hampir membankrapkan Malaysia. Dalam keadaan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi serta tinggi bilangan tenaga mahir, rakyat Malaysia majoriti masih hidup dalam kesempitan dan kesakitan. Kos hidup semakin tinggi dan tahap pendapatan rakyat Malaysia masih di takuk lama.

Gaji Siswazah baru keluar universiti secara purata RM1200 atau mengikut kajian yang lain, tidak mencecah RM2000. Padahal, kos hidup naik setiap tahun. Sepatutnya, gaji siswazah baru tamat pengajian berada di julat RM3500-4000.

Ini bererti bagi setiap siswazah, yang juga terpaksa membayar hutang SPRM , mereka akan hidup di bawah kos hidup sepanjang hayat pekerjaan mereka. Kemungkinan besar mereka akan pencen dalam keadaan menanggung hutang ataupun wang EPF mereka terpaksa digunakan membayar hutang-hutang mereka dan mereka terpaksa bekerja lagi apabila mereka bersara.
Dengan kata lain, nasib pekerja-pekerja di Malaysia adalah mereka terpaksa bekerja sampailah ke lubang kubur.

Artikel di bawah ini adalah cebisan kisah kenapa perkara ini berlaku.

BERMULA

Di dalam kebijaksanaan Dr Mahathir dan Daim Zainuddin menjaga dan mentadbir kewangan UMNO, tiba-tiba UMNO telah berhutang dengan banyak sekali. Sehingga PWTC hampir dilelong kerana pinjaman yang diambil UMNO tidak dibayar.

Pada tahun 1988, hutang UMNO kepada bank bagi projek PWTC adalah hampir RM300 juta (Bank Bumiputra) dan RM86 juta (bank lain). Bunga pinjaman sahaja berjumlah RM60k sehari.

Maka, kerajaan pada masa itu yang dipimpin Mahathir telah mengeluarkan tender Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Tender tersebut telah diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir bankrap dan telahpun dibuang dari Bursa Saham Singapura. Syarikat tersebut bernama “United Engineers Malaysia (UEM)”.

Rupanya, apabila Samy Vellu ditekan dalam Parlimen, maka Samy telah mendedahkan siapa yang memegang saham dalam UEM. Samy mendedahkan bahawa UEM sebenarnya dipunyai oleh sebuah syarikat bernama “Hatibudi Sdn Bhd”. (Raphael Pura and Stephen Duthie, “Malaysian Court Allows Highway Award: Government Can Give Rich Project to Firm Owned by Ruling Party”, AWSJ, 18 January 1988)

Samy Tol juga memberi pengesahan bahawa Pemegang Amanah dalam Hatibudi ini adalah Mahathir Mohamad, Ghaffar Baba, Daim Zainuddin and Sanusi Junid. Kesemuanya pada masa itu duduk dalam kabinet sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian.

Keempat-empat pemegang amanah syarikat UMNO ini adalah juga Ahli Kabinet Malaysia pada masa itu. Dan kabinet yang sama telah membuat keputusan memberi konsesi lebuhraya Utara Selatan kepada UEM yang dipunyai UMNO.

Maka, secara otomatik, rakyat Malaysia keseluruhannya terpaksa membayar tol yang semakin lama semakin tinggi kerana mahu menyelamatkan PWTC dari dilelong.

Tak heranlah apabila Najib Tun Razak sendiri telah mengakui:

”In the case of the North South Highway project, it is a means of UMNO solving it’s problems by repaying loans taken for the new UMNO Headquarters building"(Star 29 August 1987)

TERJEMAHAN BEBAS: Di dalam kes Lebuhraya Utara Selatan, ia adalah cara UMNO menyelesaikan masaalah membayar balik hutang yang ditanggung UMNO untuk membina bangunan Ibu Pejabat UMNO

JUMLAH KONSESSI PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Harus diingat bahawa konsessi yang telah diberi pada UEM ini dirancangkan supaya memberi keuntungan kepada UEM di dalam jumlah RM17 billion mengikut UEM. Tapi mengikut beberapa tokoh pembangkang jumlah konsessi untuk 30 tahun ini mencecah RM54 billion. Ini tidak termasuk pinjaman bebas bunga yang diberikan kepada UEM berjumlah RM1.65 billion dari Kerajaan Malaysia sewaktu konsessi ini mula-mula diberikan kepada UEM/UMNO.

Bayangkan, bukan sahaja UMNO dapat membayar hutang mereka kepada Bank Bumiputra untuk menebus bangunan mereka, mereka juga dapat membuat wang yang begitu banyak untuk kegunaan mereka.

Dan siapa yang sakit? Rakyat Malaysia yang sakit. Jadilah kita semua rakyat Malaysia hamba kepada UMNO dan alat mengkayakan beberapa suku sakat pimpinan UMNO

JASA KIT SIANG DAN KARPAL

Kit Siang dan Karpal telah membawa kes ini ke mahkamah. Mereka telah cuba menghalang pemeberian konsesi Lebuhraya ini kepada UEM kerana jelas ianya satu bentuk korupsi. Malangnya, Mahkamah telah menolak permohonan mereka berdua.

Mahazalim, dengan marah, telah memberi beberapa respon:

a.Menangkap Karpal dan Kit Siang di bawah ISA sewaktu Operasi Lalang
b.Meluluskan Akta Rahsia Rasmi menjadikan semua dokumentasi urusniaga
penswastaan Rahsia Rasmi dan memberi sepenuh kebebasan kepada UMNO untuk
merompak negara
c. Mencepatkan pemecatan Tun Salleh Abas dan hakim2 lain yang dilihat oleh Mahazalim
sebagai penghalang kepada ketamakan UMNO dan BArisan Nasional
d. Menghancurkan Institusi Kehakiman di Malaysia
e. Membiak budaya korupsi dan politik wang.

Perkara a. sehingga e. adalah jasa Mahazalim dan Daim yang sebenar kepada rakyat Malaysia. Selain dari menjadikan rakyat Malaysia hamba kepada ketamakan Daim dan kroni2 UMNO, kita juga terpaksa menanggung kos korupsi dan gaji yang tidak naik.

Pada waktu yang sama, banyak kepentingan rakyat dihentikan i.e. biasiswa dsbnya. Orang kaya dilindung, orang miskin ditindas di Malaysia.

Apabila wang minyak nanti habis, terpaksa lah perempuan2 di Malaysia melacur semata-mata mahu membeli makanan untuk keluarga mereka, seperti di Indonesia. Nauzubillah min Zalik.

Tulang Besi

13 comments:

Anonymous said...

I have a sneeky feeling si pariah bateri powerd haramjadah ibis maylayali is bankrupt..masa si pariah ni jadi pm,dia telah curi billion billion n labur in japan..of course he bought real estates in japan,butsince japanese % rate is ZERO..he most ptrobabvly like other japs labur in countries witch gave higher % rates,like iceland!!Yay!!..hehe..

adriana said...

kalau dah miskin perempuan melacur?.mashitah kan dah beri petua...boleh melacur,mesti wanita dan puteri umno setuju.nauzubillah.

Anonymous said...

Interpol on high alert!!Rogue traders,pariah despot financiers,central bank officers,money laundering despots r on interpot hit list!..nowdays,swiss gomen allow investigators to chek hidden slush fund of despots..what about singapore's secret bank accout?hehe..nachibai,mahataik n their pencacais got no way out lah..thy r finished lah..thier violence towards pakatan states,pkr members r boomeraning lah..n the best think is they got not much money left n no support frm the moneyed class of this country.kahkahkahkah..they can go on kelentong about our ekonomi but everbody know,our ekonomi is anemic,f*ked up..isnt it fun to see them dying a slow painful agonsing death?;-)

hussin said...

sebab tu aku meluat kalau ada pemimpin pas yang quote mahathir!

tak sedarkah kenapa kita berada dalam keadaan sekarang ini angkara siapa?

melayu pas pun ada yang mudah lupa!

Anonymous said...

saya dan keluarga takkan redha kpd org melayu yg mengundi amno, kerana undi mereka amno dpt kuasa, dgn kuasa, amno zalim kpd org kebanyakan.

dan kami jugak tidak redha dgn pemimpin pas yg teringin nak bersengkokol dgn amno, takkan dah lupa segala kejahatan amno???

masa time mahazalim ni lah jugak segala projek mega dia buat, semua yg ter-ter, sampai sekarang murid2 sek, ipt dsb nak buat yg ter-ter, terpanjang, terbesar, teramai, tertinggi... ekonomi jatuh, kekayaan tak diagih dgn adil, yg jadi mangsa rakyat.

Anonymous said...

Kita hantar mesej kat gulf states,china,jepun ,korea supaya jgn bili malaysia junk bon..

Tinta Hitam said...

Aku tak kisah la kalau UMNO nak buat Menara emas pun.Tapi pasal apa kita yang bukan ahli ahli UMNO ni pula kena bayar menara mereka.Nak bergaya tapi menyusahkan orang.

Apa perasaan org org UMNO kalau depa kena bayar hutang PAS?

ph2 said...

Betul-betul macam video ini http://www.youtube.com/watch?v=AILAhY44qxw

Suhaib said...

GM x ori xnak komen ke?

Ahmad Tarmizi said...

Jangan lupa juga kaitan scandal terbesar pada zaman tersebut iaitu Skandal BMF yang melibatkan duit 2.5 billion (dua ribu lima ratus juta). Aku ada baca kertas putih skandal tersebut dan memang menyakitkan hati.

UMNO/BN masih dapat memerintah kerana ramai rakyat tak tahu apa2 dan masih ramai lagi yg. tak kisah. Sebagai contoh,aku bagitau kisah Transmile yg.pinjam duit KWSP RM50 juta tanpa cagaran dan tak bayar lagi (aku ada cerita dlm blog aku).Nak tahu apa penyokong UMNO/BN jawab?. Diaorang jawab "Apa nak sibuk2,selagi kita boleh keluar duit KWSP 50 dan 55 tahun....sudah la...".
Itu lah mentaliti mereka...memang geram kalau berhujah dengan puak2 ni sebab ramai dari mereka tak ada ilmu dan malas membaca.

Anonymous said...

Nachibai nak juai bon,nak buat macam2 utk cali lui jadi dia suruh anjing2 pariahnya @ RAM utk publisti kempen..utk advertsis..."OUR FUNDEMENTALS R STRONG..OUR RINGGI NAIIIIIIK"..poolti kacang lu punya kote jugak naik lah..kalu fundementals strong,apasai pelabur talak masuk?..apasai perlu isu bon?..apasai kita punya ootang sudah jadi himalaya?...yalah..USD/Euro/Blitis Pound semua how siow punya lui..semua junk kategorilah..ringgi talak naik lah..USD jatooh,dan kenaikkan ringgi hanya relative movement lah woi..pentek kata..linggi naik not becos of its own strength lah..

Anonymous said...

The ban on naked short selling in European government bonds and Germany’s 10 largest banks is apparently in place until March 31, 2011. Via @NicAbbo77 here is text of German ban on naked short selling. Regardless, the turmoil doesn’t seem as bad as post Lehman as many were warning yesterday and gold is off its all time euro high. It seems to me the argument from bankers is that we are in an Afghan poppy like corner – we have to let the warlords grow poppies or else there will be Taliban chaos! Failed states, failed markets. Or as Max says, “Without fraud there would be no markets” **UPDATE**: The final headline is from Denninger; and he says that there is also a ban on naked shorting of gold.

* Market chaos warning after German ban on naked short selling
* Swaps soar on Germany’s ‘act of desperation’
* ‘Carry bloodbath,’ ‘full blown liquidations imminent’
* Hedge funds bet $1trillion European bailout won’t work; lay hyperinflation trades
* Germany has had enough – Market Ticker

Anonymous said...

THUMBPS UP @ ANGELA MERKEL!!The banning of short selling is a message to Obama,Sarkozy,Bernanke,Hedge Fund Terrorists which is F*K U ALL!!

But for sure aah,United Staates of Bankruopt is not gonna stop!!IMF report says almot every nation is having on purata debt/GDP ratio at 57%%.n our ppoki taik barisan nazak is increasing more debt shit on our head!hah..matter of time Asia too comes under attack..just watch n see..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.