Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 18, 2010

Mei 13: Berahim Perkasa WAJIB Kutuk Parti Gerakan

Mengapa saya kata begitu? Tunku Abdul Rahman dalam bukunya ”May 13-Before and After” telah menulis:

Dr. Tan Chee Khoon, who won his seat in Batu Selangor, with a big majority asked for Police permission to hold a procession by members of his Gerakan Party. A permit was granted on condition that it followed a route authorised by the Police.
(On 12th May) Dr. Tan's victory procession was held on an unprecedented scale, politically speaking, and was accompanied by acts of rowdyism and hooliganism and in utter defiance of the Police after the main procession had ended.
The procession went through unauthorised routes, jamming traffic everywhere as a consequence. With victory emotions on the loose and - there can be no other explanation - Communists urging them on, the victors made a serious blunder, and blunder it was.
The procession shouting its way along turned into Jalan Campbell and Jalan Hale - roads on the edge of an leading into Kampong Bahru where 30,000 Malays have lived in peace for years beneath the palms in their own settlement in the centre of Kuala Lumpur.
Jalan Hale is the main street of Kampong Bahru. There they proceeded to provoke the Malays, gibing at them and throwing their victory in their faces in the midst of what is virtually an UMNO stronghold.
Dalam tulisan Tunku, jelas yang memohon permit untuk mengadakan perarakan dan sambutan besar2an pada Mei 12 adalah pemimpin parti Gerakan, Tan Chee Koon.

Dan, soalan lagi satu adalah mengapa pihak Polis dan pihak berkuasa MELULUSKAN PERMOHONAN TAN CHEE KOON untuk mengadakan perarakan besar-besaran itu?

Soalan saya pada Berahim PERKASA adalah adakah beliau akan keluar mengutuk parti Gerakan kerana jelas tindakan parti Gerakan adalah sebab utama berlakunya provokasi terhadap orang Melayu di Kampung Baru?

Tulisan Tunku Abdul Rahman itu menunjukkan bahawa provokasi kepada Peristiwa Mei 13 datangnya juga dari parti-parti yang berkawan dengan UMNO.

TUN RAZAK DAN HARUN IDRIS TERLIBAT SAMA

Raja Petra Kamaruddin pernah menemuramah Tunku Abdul Rahman di kediaman beliau sewaktu Tunku masih hidup. Dan, mengikut kenyataan Tunku dalam temuramah tersebut:
Now, without my knowledge and actually “behind my back”, there were certain political leaders in high positions who were working to force me to step down as a PM. I don’t want to go into details but if they had come to me and said so I would gladly have retired gracefully.

Unfortunately, they were apparently scheming and trying to decide on the best way to force me to resign. The occasion came when the question of the police permit was to be approved.

Tun Razak and Harun Idris, the MB of the state of Selangor, now felt that permission should be given, knowing fully well that there was a likelihood of trouble. I suppose they felt that when this happened they could then demand my resignation.

To this day I find it very hard to believe that Razak, whom I had known for so many years, would agree to work against me in this way. Actually he was in my house, as I was preparing to return to Kedah, and I overhead him speaking to Harun over the phone saying that he would be willing to approve the permit when I left. I really could not believe what I was hearing and preferred to think it was about some other permit. In any case, as the Deputy Prime Minister, in my absence from KL, he would be the Acting PM and would override my objection.
Accordingly, when I was in my home in Kedah, I heard over the radio that the permit had been approved.
Secara mudahnya, Tunku telah mengarahkan permit untuk perarakan yang diminta Tan Chee Koon itu supaya tidak diluluskan.

Tetapi, Tunku sendiri hairan mengapa permit itu akhirnya diluluskan juga. Tunku telah menyalahkan Tun Razak serta Harun Idris sebagai mereka yang cuba menjatuhkan Tunku dengan mencipt keadaan yang sebegitu genting ini.

Tunku kemudian menyimpulkan peristiwa Mei 13 ini dicipta oleh mereka-mereka di dalam UMNO yang mahu memaksa Tunku meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.
Jadi, tak payahlah Berahim nak salahkan orang Cina. Berahim PERKASA kena salahkan UMNO juga dalam berlakunya insiden 13 Mei

PEMBANGKANG TELAH MENGAMBIL PELAJARAN DARI PERISTIWA 13 MEI

Dari maklumat yang saya dapat (saya tak tau betul ke tidak), sewaktu kalahnya UMNO pada 2008, Zakaria Mat Deros telah dipanggil ke PWTC. Antara agendanya adalah untuk membincangkan kaedah serta cara-cara supaya huru-hara ala 13 Mei berlaku.

Dengan takdir Allah SWT, Zakaria Mat Deros telah meninggal dunia di PWTC sewaktu mesyuarat berlangsung. Untuk menutup konspirasi ini, pemimpin2 UMNO telah membawa jenazah Zakaria Mat Deros pulang ke rumah beliau dan diisytiharkan Zakaria Mat Deros meninggal dunia di “istana” beliau di Kelang.

Kematian beliau pun diisytiharkan 2 hari setelah tamatnya Pilihanraya Umum 2008.
Pada waktu yang sama, malam keputusan pilihanraya 2008 itu, suasana di jalan-jalan raya sunyi sepi seolah-olah Selangor dilanggar Garuda.

Hanya yang kelihatan di jalan-jalan raya adalah ahli-ahli dan penyokong PAS yang giat mengawal Wisma Darul Ehsan.

Keadaan yang sama juga berlaku di Ipoh dan Alor Setar. Rakyat Malaysia telah belajar dari Peristiwa 13 Mei bahawa tiada faedah membuat tunjuk perasaan menyambut kemenangan. Majlis meraikan kemenangan PR di Selangor diadakan di Stadium Shah Alam dua bulan selepas kemenangan.

Syukur Alhamdulillah percubaan UMNO itu telah digagalkan oleh Allah SWT. Inshaalah percubaan2 mereka seterusnya akan terus digagalkan oleh Allah SWT.

Tulang Besi

9 comments:

Anonymous said...

"Dari maklumat yang saya dapat (saya tak tau betul ke tidak), sewaktu kalahnya UMNO pada 2008, Zakaria Mat Deros telah dipanggil ke PWTC. Antara agendanya adalah untuk membincangkan kaedah serta cara-cara supaya huru-hara ala 13 Mei berlaku."-TB

alahai...

1.Hang tenguk!!sumber berita TB ni!!penuh dengan persepsi!penuh dengan fitnah!!
2.Tak payah spin cerita!dahlah buat fitnah tentang bekas wakil rakyat umno tu!taubatla TB oii!!nanti masuk neraka nanti!!
3.13 mei berlalu disebabkan oleh kesombongan puak kapiaq harbi bila menang pilihanraya!
4.Terima kasih kepada harun idris dan puak selendang merah!!puak kapiah harbi masa tu kecut perut hingga keanak cucu!!
5.Lani depa duduk diamm jee!sebab ada melayu yang bodoh macam TB nii!!jadi talibarut puak kapiaq harbi pulak hang ni!!

ahmad said...

Melayu yang penakut jer yang takut nak bincang tentang 13 Mei.. kita kena tengok semua maklumat dan olah secara adil.. tak salah apa yg TB buat.. aku sokong!!!
Setakat info dan panduan.. kenapa plak ada yang gelabah?? haha.. pasal ko dah kena brainwash sentimen by AMNO la.. itu la sebab nye.. keep it up pTB!!

Grand Marquis said...

Saya rasa hairan dengan TB yang kononnya pejuang competency, accountability and transparency senyap seribu bahasa tentang skandal pasir di Selangor.

Bila timbul isu judi, dia kutuk Harun Din, kononnya dia tak kata apa-apa. Tapi dalam skandal pasir selangor, TB diam seribu bahasa. Nampaknya TB di tak ubah macam pemimpin PR kebanyakan (khasnya dari PKR dan DAP). Bagi dia, kebenaran adalah terpilih, CAT, Selcat dan apa pussy CAT dia orang semuanya is just a political tool.

Hang ni bukankah pakar terima maklumat dalaman. Hang tak nak defend idola hang ke?

tamingsari said...

Jangan buat fitnah TB. Allahyarham Dato Zakaria meninggal dunia dirumahnya dihadapan keluarga secara mengejut. Saya rapat dgn arwah dan keluarganya. TB jgn amalkan fitnah semacam ini. Sehari dua sebelum meninggal beliau berada dirumah sahaja. Dato Zakaria memang ada masalah kesihatan dan tak ramai sahabat atau ahli keluarga yg tahu.

Adalah pembohongan besar kalau ada yg mengatakan beliau meninggal di PWTC. Kita diperintah supaya memeriksa kebenaran khabar yg diterima. Kalau orang kata Pas suka buat fitnah TB marah. TB sendiri bukan contoh yg baik. Selalu sangat memfitnah. Nak sangat ke kena saman.

ANTI BABI said...

Kahkahkah Tamingsari.

Kao jgn bohong la kata kau rapat.

Kao bukan tau pun kalau dia pegi PWTC. Kao bukan ada kat rumah dia pun masa tu.

Anonymous said...

APNO mengajar orang melayu supaya jadi pengikut bukan jadi seorang yang diikuti. APNO mengasuh orang melayu hidup bergantung bukan seorang yang boleh berdikari. APNO mendidik orang melayu jgn bercampur sangat selain bangsa melayu, takut2 melayu ditindas, hakikatnya org melayu yg suka menindas org melayu. Akhirnya org melayu jadi smakin bodoh sbb APNO ni & mnjadikan APNO sprti tuhan. Hingga hari ini org melayu mmg terbukti bangsa yg paling lembap & penakut disbbkan APNO, begitu juga sprti APNO itu sendiri yg takut akan persaingan & melayu yg takut dgn bayang2. Melayu yg paling penakut adalah melayu yg dpt projek2 dari APNO sbb mereka ini bkn dari kalangan org2 yg berbakat tetapi yang pandai mengampu & menyapu semua yg ada walaupun bukan haknya. Sebab itu jika APNO mampus dikuburkan, mereka akan menjadi yatim piatu.

im said...

aku malas nak ngata pasal sumer diatas...lagi2 asik citer pasal si FROG tu... keh2 free2 je dpt gelaran dpd Karpal... aku asik glak je... die tu kalo nengok kat hujah TV9 mcm org x yakin...udah2 le jgn la dibuat aper2 lg rusuhan...nyusahkan org... nengok kat Thailand, sampai skrg x sudah2... pasni kalo saper ader je niat nak wat rusuhan ke, demonstrasi ke... aku cadangkan ko watlah kat hutan... pening kpale... org nak beribadat pon susah...

Allah (swt) ku tak ngantuk & tido said...

dato z... dah mati..... apa yang di yang di usahakan abis belaka .... yang tinggal iman dan amal yang soleh... aje...orang apco uhmmno fikir fikir lah

anak harimau tentera semut said...

salam... bodo kene tipu dgn UMNO.. kahkahkah.. pasal pasir??? DUA2 penyamun.. umno dgn PKR.. sama la penyamun.. pasir2 tu sume korg yg amik.. yg susah org korek pasir tu.. dah la kene tahan JPJ,pastu kene pau dgn pejabat tanah lagi,mesin2 kene sita pulak tu... rakyat sume jgn la kene tipu dgn org2 yg bersongkok time berucap utk parti2 sekarang.. letih aku tgk... mlm minggu kang kat Hotel sebelah HARD ROCK kl penuh la dorg... kuikuikui... baik aku xpyh mengundi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.