Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 26, 2010

Mengapa Mesti Serah Tanah Malaysia ke Singapura?



Soalan untuk UMNO: Tak boleh UMNO menghentikan amalan menggadai tanah dan kekayaan Malaysia pada orang lain?

Sudahlah kita kalah bicara dalam isu Pulau Batu Putih, kita serah pula Barak Tentera Laut Diraja di Woodlands ke Singapura (TQ Mahathir dan Daim). Sekarang ni kita nak serah pula tanah kita di Tanjung Pagar, Singapura.

Tanah milik Malaysia ini berada dalam kawasan yang cukup strategik, yakni di tengah-tengah kawasan bandar Singapura itu sendiri. Dengan menukar ganti tanah ini ke Marina Bay, Malaysia telah hilang kedudukan yang cukup strategik Pulau Singapura.

Malahan, barak Tentera Laut Diraja di Woodlands yang diserahkan oleh Daim dan Mahathir dahulu pun cukup strategik.

Cara yang terbaik:Malaysia akan memindahkan Pusat Imigresen kita ke Woodlands, TAPI tanah Tanjung Pagar kekal di tangan Malaysia untuk generasi masa depan.

Umpama tanah ini adalah sebidang tanah di Bukit Bintang, yakni di tengah-tengah kawasan bandar yang paling sebuk di Singapura.

Kalau Singapura ada sebidang tanah di Bukit Bintang, saya jamin mereka tidak akan menjualnya walau apa yang terjadi. Kalau Singapura ada sebidang tanah di sekitar KLCC, mereka hanya akan menjualnya dengan harga kerusi Perdana Menteri Malaysia diserahkan pada Singapura. Begitu murah harga diri UMNO dan Barisan Nasional menjual hak milik generasi masa depan Malaysia.

Apa salahnya kita gunakan tanah ini untuk mempromosikan Malaysia, atau kita bina sebuah Pusat Dagangan Dunia di atas Stesen Keretapi ini?

Mahafiraun pula diam membisu dalam isu ini. Padahal dulu dia yang bising berkenaan Jambatan Bengkok Tambak Johor? Rupanya, dia pun sama serahkan berek TLDM di Woodlands pada Singapura.

Bagi saya, kalau Singapura tak izin bangunkan Berek TLDM mahupun Stesen Tanjung Pagar, tidak apa. Biarlah tanah sebidang ini penuh dengan lalang dan pokok semalu di tengah2 kosmopolitan Singapura. Asalkan saya tidak menggadai hak rakyat Malaysia dan hak generasi Malaysia akan datang. Saya lebih rela mati miskin dari digelar "Penggadai Maruah Bangsa" atau "Pengkhianat".

Saya tak sabar nak tunggu komen dari PERKOSA dan BERAHIM dalam isu ini.

Bagi saya, baik berek Tentera Laut Diraja Malaysia di Woodlands, ataupun Tanjung Pagar WAJIB KEKAL DALAM TANGAN MALAYSIA sehingga ke hari kiamat. Kalau SIngapura mahu membangunkan tanah tersebut, maka mereka WAJIB membayar UFTI atau SEWA kepada Malaysia. Bayangkan jumlah sewa yang kita boleh pungut sehingga hari kiamat? Itu JAUUHHHHH lebih menguntungkan.

Saya tak faham, mengapa mahu melepaskan tanah ini ke Singapura? BANYAKKKK perkara ya ng boleh dilakukan atas tanah ini. Malahan, Singapura amat takut dengan kedudukan tanah ini. Sebab itulah mereka beriye sangat mahu mengambil alih tanah ini.

SEJARAH UMNO MENYERAHKAN TANAH MELAYU KEPADA ORANG LAIN

Apa nak heran. Yang memerintah Malaysia ni UMNO. Sejarah UMNO dipenuhi dengan penyerahan tanah Melayu kepada orang lain. Malahan, tanah besar Singapura sendiri diserahkan oleh UMNO kepada Lee Kuan Yew. Padahal, sebelum itu beberapa pimpinan PAS ditangkap di bawah ISA kerana dituduh menyokong “Konfrontasi Sukarno”. Rupanya, UMNO umpama “Mengata Dulang Paku Serpih”. Lebih teruk UMNO dari orang lain dalam sikap hipokrit mereka.

Dasar UMNO menjual amanah bangsa dan orang Melayu serta hak rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia bukan Melayu pun saya yakin marah dengan penjualan tanah Malaysia di Singapura ini. Ia jelas satu PENGHINAAN serta PENGKHIANATAN yang dilakukan oleh Dr Mahathir, Najib Tun Razak, Daim Zainuddin serta UMNO kepada rakyat Malaysia generasi ini dan generasi akan datang sehingga hari kiamat.

Memang dasar UMNO tiada maruah dan harga diri.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi


Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.
Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS tetap berpendirian bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi," katanya.

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

"Kita tidak tahu apa yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.

"Ini bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya lagi.

Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew.

22 comments:

jiboy said...

dari dok cakap kosong tak berisi jer aper kater kita bincang baik buruknyer dulu...per kater kiter senaraikan aper yg malaysia rugi dan untung..

mei kiter start..
kebaikannyer, tanah ni bukan KTM punyer, dier cumer least jer untuk kegunaan keretapi (yg lain x boleh) selama 999tahun..kalau keteapi tak jalan, termasukler track kat malaysia ni, tanah ni akan secara automatiknyer menjadi milik negeri/negara terbabit..

POA ni mahathir yg sain dulu,dah lama dah.bukannyer boleh tarik balik pon..chedet bukan bodo.aper taknyer dpt baiknyer deal, tanah tu valued kat puluhan bilion dollar, bukan nyer pakai duit pon tanah ni,amik dulu pree,skrg dpt billion lak.. pastu mahathir x setuju coz tanah kat bukit timah x included,..sg kater takleh, pastu diorg desperate sgt, so pastu sg masukkan, dan yg paling baru ni nk tukar tanah kt marina bay pon boleh....so tahniahler kt che det, sbb dier buat bodo slama ni,menyebabkan a sweet deal become sweeter..

KTM pindah ke woodland sebelum 2012,..pastu MRT akan masukke johor pada tahun 2018..lepastu KTM nk stay kt woodland ker, nak pindah balik JB ker, punyer sukalah, singapore kater dier xder hal..

biler ader MRT kt johor,senangler org johor yg keje kt singapore tu pi kerjer, xderler bangun pukul 4pagi pastu balik tgh malam, nak bagi anak bini makan,mcm sedara aku, sng gak org sg masuk johor, dapatler makcik2 jual tudung,pakcik2 jual satay,uncle2 jual ba ku teh tu dptlebih costemer

sebab adernyer direct link MRT dr johor ker marina bay, harga tanah,umah,sewa opis kt johor naikler valuenyer..bukan kat johorjer, sepanjang laluan KTM dr KL ke johor semuer akan naik,

merancakkan lagi kegiatan ekonomi dalam koridor KL-Sg,..sebab skrg ader direct link, so matsalleh dgn singaporean ni pon desperate gak nak masuk malaysia, tapi sebab kuar masuk commuting susah,so diorang mcm nak tak nakler...skrg ni bolehler diorag bukak kilang, backoffice services, atau beli umah duduk kt malaysia jer..secara tak langsung, peluang pekerjaan bertambah byk...

so ada sapa nak sambung lagi ke...

Grand Marquis said...

Kah kah. Dah agak dah. TB akan jadi loud speaker dalam semua isu yang pembangkang kecohkan.

Cuma hairan, kenapa TB tak komen bab Kohilal.

Dalam bab Singapore ni, cuba pi baca yang ni

Bab gadai tanah ni, saya tertarik dengan yang ni aje.

Alang-alang bercakap bab gadai menggadai, biarlah saya sambung sikit kisah ini.

Pada tahun 1964, kerajaan pimpinan Pas di Kelantan telah menggadaikan beratus ribu hektar kawasan balak di Kelantan kepada sebuah syarikat Singapura.

Kemudian apabila BN mengambil alih Kelantan, maka pada tahun 1975 Kerajaan BN telah membatalkan konsesi tersebut demi maruah kerana tidak sanggup melihat syarikat asing mengaut hasil balak Kelantan yang begitu besar.

Tidak berpuashati dengan pembatalan konsesi itu maka syarikat tersebut telah mengemukakan saman terhadap Kerajaan Kelantan.

Kemudian pada tahun 1990 Pas ambil alih balik Kelantan daripada BN. Perbicaraan kes tersebut belum selesai. Sebelum berakhirnya tahun 2009, kes diputuskan dan mahkamah mengarahkan Kerajaan Kelantan membayar RM 800 juta kepada syarikat terbabit.

Allah maha besar, 45 tahun makan masa daripada mula syarikat berkenaan dapat konsesi semasa Pas memerintah kemudian BN perintah, masuk balik Pas perintah dan mahkamah memutuskan untuk Kerajaan Kelantan bayar 800 juta di zaman Pas perintah. Ini bermakna Pas kena cuci balik najis yang dia buat 45 tahun lepas.

Kesimpulannya, dalam bab gadai menggadai ini PAS lebih 'advance' daripada BN. 45 tahun dulu lagi mereka sudah pandai gadai menggadai harta negara. Sekarang mereka nak tunjuk hero kononnya merekalah juara dalam mempertahankan harta negara baik dalam isu blok L dan blok M atau dalam isu tanah di Singapura.

Anonymous said...

isu tanah ni terang2 merugikan malaysia. ntah ape plak hujah pihak yang pro UMNO dan BN nanti. yang merugikan negara pun diorang sokong. maksudnye, penyokong2 bn ni mmg otak sempit.

Grand Marquis said...

Resam TB simple aje. Dia akan jadi loud speaker dalam apa saja isu yang dikemukakan pembangakan. Dia akan berbicara seolah-olah dialah pakar segalanya, dari ilmu agama, fiqh, hadith (atsar), nama Allah, sampailah pada bab ekonomi, undang-undang dan politik antarabangsa.

Realitinya ialah dia tak tau apa-apa pun. Cuma bila dia tak tau, dia akan cabar orang lain untuk bagi bukit.

Tulang Besi said...

Jiboy,

Pokok pangkalnya, macam mana kau cuba pusing, tanah Tanjung Pagar tu kita hilang. Aku baca statement si Lee Hsien Loong la.

Kot mana pun, dia tak nak ada tanah milik Malaysia di tengah2 Singapura.

Itu yang UMNO cukup happy bila tanah Melayu digadai sebegini.

Tanah 999 tahun tu macam milik kekal la. Takkan kau tak sedar kot?

Tulang Besi said...

Orang lain sibuk protest Judi, TB sibuk fitnah orang. Orang lain dapat pahala kerana bantah judi, TB dapat dosa kerana fitnah orang.

TB tak yah spin la. Hang nak tipu siapa lagi. Bila hang dah terkena, hang akan cipta satu isu untuk alih hang punya malu.

Hang teruslah menyalak. Orang yang baca blog hang boleh menilai putar belit hang.

Hari tu hang dusta pasal hadith, nak tutup malu, hang suruh orang buktikan hadith tu sahih.

Hang tak nak bagi kuliah beza antara hadith dan atsar ke? Soalan saya hari tu pun hang tak jawab lagi. Kisah Umar dan Kain tu hadith ke atsar?
.


GM tak ori. Apasal kao tak habis2 ngarut ni. Mana dia salinan lesen judi bola yang aku mintak tu? Ada tulis tak judi bola ni haram untuk orang Islam?

Kalau orang islam kat Sabah beli, macamana pula?

Soalan simple macam ni pun kao tak boleh jawab, lepas tu nak terus-menerus mengarut macam mak nenek?
Sila bawa bukti, wahai GM Tak Ori.

Tulang Besi said...

Kah kah. Dah agak dah. TB akan jadi loud speaker dalam semua isu yang pembangkang kecohkan.

Cuma hairan, kenapa TB tak komen bab Kohilal.

Dalam bab Singapore ni, cuba pi baca yang ni
.

Iye ke Kelantan gadai tanah ke Singapore? Kalau betul aku cabar kau buat laporan polis la.

Kalau berani la. Jangan cakap je bang.

Tapi apa nak heran. GM Tak Ori terkenal dengan perangai buat fitnah nya.

Bagi kao, fitnah ni halal kan sebab kau madhab UMNO ala Khawarij.

Jadi tak heran lah

Grand Marquis said...

Macam biasa la, TB dia tidak mempunyai fakta mahupun hujah. Cara dia nak jawab ialah dia akan main ulang-ulang selogan dia. Dalam bab tanah ni, selogan dia kita gadai tanah. Dalam bab judi, selogan dia, khawarij, halalkan yang haram. Lepas tu dia suruh orang tunjuk lesen. Dia yang buat tuduhan, tapi orang lain yang kena bagi bukti. Itulah TB. Dan dia fitnah orang, tiba-tiba orang lain pulak jadi khawarij sebab halalkan fitnah. Entah apa apa TB ni.

Bila terkena kat puak dia, jawapan dia senang aje, lapor kat SPRM. Bila orang lapor, dia kata SPRM alat kerajaan. Ini semua tektik basi korang yang dah tak laku. Cuma jahil/atau buat-buat tak nampa TB ni ialah dia tak highligh ada orang dah lama lapor kat SPRM. Tu yang tengah ribut kat sana.

Tulang Besi said...

Macam biasa la, TB dia tidak mempunyai fakta mahupun hujah. Cara dia nak jawab ialah dia akan main ulang-ulang selogan dia. Dalam bab tanah ni, selogan dia kita gadai tanah. Dalam bab judi, selogan dia, khawarij, halalkan yang haram. Lepas tu dia suruh orang tunjuk lesen. Dia yang buat tuduhan, tapi orang lain yang kena bagi bukti. Itulah TB. Dan dia fitnah orang, tiba-tiba orang lain pulak jadi khawarij sebab halalkan fitnah. Entah apa apa TB ni.
.

Bang, ada bukti tak Judi Bola ni haram untuk dijual pada orang ISlam?

Aku mintak bukti hitam putih atas dakwaan kao.

Kao berani buat dakwaan, tapi tak berani nak buktikan.

Jadi, berenti lah mengarut, sila bawa bukti.

Kita SEMUAAAA NAK TENGOK>

IbnAbdHalim said...

Salam TB,

Selagi UMNO berkuasa penyerahan wilayah Malaysia akan berterusan. Mungkin suatu hari hanya Putrajaya saja yang tinggal dan dikenal sebagai Malaysia.

Grand Marquis said...

Bang, ada bukti tak Judi Bola ni haram untuk dijual pada orang ISlam?

Aku mintak bukti hitam putih atas dakwaan kao.

Kao berani buat dakwaan, tapi tak berani nak buktikan.

Jadi, berenti lah mengarut, sila bawa bukti.


Ulang dan terus ulang. Dia sendiri buat fitnah, orang lain yang kena buktikan, bagus la tu. Ikut suka hati hang la TB. Hang fitnah orang hang yang kena jawab di akhirat. Lebih baik hang sendiri cari bukti sebagai persediaan untuk menjawab di akhirat kelak.

Anonymous said...

syarikat-2 gergasi Spura di Malaysia memiliki banyak tanah and bangunan di sekitar KL, Penang, Melaka, JB..conto: Great Eastern Life, OCBC, UOB, ....

Anonymous said...

Hey mat jidi botok@kikdefello,pitih 4 juto maghila kito wak togok arok samo2. Jange mung gomo ssoghe

Tulang Besi said...


Ulang dan terus ulang. Dia sendiri buat fitnah, orang lain yang kena buktikan, bagus la tu. Ikut suka hati hang la TB. Hang fitnah orang hang yang kena jawab di akhirat. Lebih baik hang sendiri cari bukti sebagai persediaan untuk menjawab di akhirat kelak.
.

Kahkahkah ada orang kepanasan. Apasal kao takut nak tunjuk salinan lsen judi bola si Vincent Tan dapat?

Aku nak tengok ada tulis tak, HARAM DIJUAL PADA ORANG ISLAM.

Lesen Judi dikeluarkan mengikut undang2 yang berkaitan judi. Undang2 judi di Malaysia ada banyak, antaranya:

* Pool Betting Act
* Betting Act
* Lotteries Act
* Common Gaming Houses Act
* Racing (Totalisator Board) Act
* Racing Clubs (Public Sweepstakes) Act

Aku cabar kao GM Tak Ori, sila tunjuk kat mana dalam undang2 di atas yang MENGHARAMKAN penjualan judi pada orang Islam.

Aku nak tengok pencacai Najib cuba keluar dari lubang ini.

Anonymous said...

haiyaah..ini time anjing mengawan o..Gran Moron vely busy sniffing bitches s..

Anonymous said...

OFF TOPIC

Something strange goin on in Penang..mula2 komputer yg menyimpan rekod warga emas yg akan dapat RM100 kena hack..nasib baik ada back up..2nd..sms spreading 25 banduan lari dri jail..BUT..no news reports on radio or teevee..dapat lapuran,lots of polis presence/road blocks even army cargo plane bikin reconnaissance..hai say man..ini semua smells israeli type tactics..hacking/jamming/false report/strong presence of army/polis..nak threat warga Penang kah?..sudahlah barisan taik..lu olang choodah bankrup..ciki ali lu olang cuci taik..1 jam gaji 1 linggi..

Grand Marquis said...

Eh, eh... tu la dah kata. TB ni berbicara nampak macam expert. Pool betting act la, entah apa-apa act la, macam dialah pakar undang-undang. Tapi .... macam sama aje

Anonymous said...

fooh! gambar JFK & RFK 2 De Minimal..waah hebat!!ya..angan anngan is indeed a penyakit nasional..ada saekor fugitve yg dah ada cucu suka act sebagai che det guava..ada satu ekor puki taIKk blogger WHO thinks he is tesla...there is one pondan who thinks he is a dj uno blogger..and now,jfk n rfk..not bad..the only thaing malaysians might copy as far as the kennedy brothers r concerned is..mmm..well..KONGKEK!!..dlm bab kongkek,malaysians no need role model..secara semula jadi,malaysians r kongkek specilialists(including para priests, pusari,pundit,n ulamaks)..:)

Anonymous said...

Ruling feudal elites suka berkongkek antara mereka..dats why depa punya 2nd gen onwards,kelaur cacat..the feudal warlords have lots of secret deals...u give woodlands/tanjung pagar,i give u marina bitch vice versa..ruling elite r cacats neanderthals who think depa tuhan..they think depa ada artificial power punya pasai, nobody will dare to revolt,oppose,will kiss thier shoes for eternity..hahahaha..there is never a day which is same....major correction happens even in the highly rigged super corrupt wall street..so matter of time major social correction erupting all over the world..look wats appenin in thailand?hehe

btw,why dont the pm send khairy to kandahar ah?battle hungry hairy legged khairy's delicious pungkoq will b licked up by sex starved US soldiers..kahkahkah

Anonymous said...

dulu dlm zaman cengkaman TKT, dia arahkan tanah di langkawi (yg mana 1 pulau reserve melayu) di tukarkan dgn tanah dlm mukim gelung di kbg pasu, tujuan nya sbb nak nak bagi 1 tanah di langkawi dekat boon siew, tukar tanah tu jadi bukan malay reserve, yg malay reserve bawa ke tanah besar. mungkin dari segi figure tanah malay reserve tetap sama banyak, jadi org tak perasan penipuan mereka terhadap org melayu. demikian lah mereka sanggup buat apa saja asal niat terlaksana.

Anonymous said...

RPK @Che Det Guava Jus should consider writing a book..title?.."Motorcycle Diaries of a kiasu bum called Che Det Guava Jus"..or "Misadventures of hotak separuh loose Che Det Guava Jus".."Bufoonery For Dummies"..;-)

Anonymous said...

sdr TB - ada yg Kita kena pokiaq betui2 seblm comment. Contoh judi bola, Mmg Aku setuju ngan hang, Mcm mana pulak Bole d halalkn yg haram! Kerja giler ni. Takkn Sbb Sume nak d halalkn, melacur pun Bole utk banteras pelacur. kerajaan umno ni kena la pikiaq Abih2 Sbb nnt yg ramai beratur org melayu gak, tak kira la org umno ke, pas ke, pkr ke, sumenya melayu aka islam.

Tp mcm tanah d SG ni, Aku rasa setuju pulak dgn sdr jiboy. Tanah tu milik m'Sia Tp d pajak. Cukup edah SG amik balik Kita meleleh ayer lioq. Lg 1 Kalu Tak silap Aku, pajakan tu pun ada limitation nyer. M'Sia Tak bule Buat apa pun kt tanah tu. W/pun tanah tu dlm kaw golden triangle. Jadik rasanya ada Baik gak Kita pindah ke woodland.

Cuma 1 la, Kita ni kekadang kalu nak mem BANGKANG jek spt Kata ustaz ruslan, apa org lain buat akan jd salah. Bg Aku la Kalu pembangkang jd kerajaan pun akan timbul issue yg sama. Rasa Tak puas hati tetap sama.

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.