Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 12, 2010

Najib Luluskan Judi Bola Untuk Vincent Tan - Sumber Tabung Pilihanraya UMNO?

Raja Petra pernah mendedahkan betapa Vincent Tan telah berbelanja Rm25 juta untuk membeli Timbalan Speaker Perak, YB Yee. Dengan melompatnya mereka, maka jatuhlah Kerajaan Perak.

Saya syak dan rasa, Najib terpaksa meluluskan Lesen Judi Bola kerana:

1.0 Bayar hutang pada Vincent Tan di atas jasa beliau di Perak

2.0 Sebagai sumber tabung pilihanraya UMNO.

Kita semua tahu, UMNO tiada duit. Nak beli YB Yee pun terpaksa mintak tolong si Vincent Tan (kawan baik Berahim PERKASA). RM25juta yang dibelanjakan Vincent Tan itu satu jumlah yang tersangat banyak.

Artikel saya sebelum ini memetik laporan Mayban Securities pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta. Yang sah pun RM850 juta sehari, yang haram pun RM850 juta sehari. Jumlah keseluruhannya adalah RM1.7billion SEHARI.

Report itu juga menyebut, sekiranya berlaku judi sukan, nilai transaksi judi akan naik dua kali ganda, yakni dalam RM1.7 billion sehari juga.

Ini bererti sepanjang perjalanan Piala Dunia selama 30 hari, jumlah yang terkumpul dari transaksi Judi adalah sekitar RM60 billion.

Kalau UMNO dapat 1/4 dari jumlah itu pun sudah mencukupi untuk mereka menghadapi Pilihanraya ke 12 yang dikatakan adakan diadakan para April 2011.

UMNO SUDAH JADI ALAT TOKEH-TOKEH JUDI. Apa nak buat???

Tulang Besi


'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak' Mei 12, 10 11:00am

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

16 comments:

Anonymous said...

duit haram..... uhmmno insahaalh selama lamanya hancur....

Anonymous said...

yang dok hulur itu , hulur taik rupanya, patut la dok buncit tak ketahuan.

Anonymous said...

Berita baik untuk orang-orang Islam, khususnya penduduk Bachok.
JUDI dah dihalalkan, mari kita berjudi, jgn lupa bulan jun nanti.
-otak besi-

Anonymous said...

duit haram..semoga mereka dan keluarga mereka sentiasa dilaknati dan diturunkan bala sehingga hembusan nafas mereka yang terakhir..hancur umno selama2nya..

UMNOAPCO said...

Pencacai2 UMNOAPCO YAHUDI LAHANAT bakal menjamu makanan HARAM JADAH dari hasil Judi ini.

Satu family akan ratah dengan lahapnya. Hasil judi memang sedap hingga menjilat jari. Kalah KFC

Ha ha ha ha ha !!! Kesian yang dok kat rumah yang tak tau kepala dan ekor ... cuma makan aje sisa2 Haram Jadah yang depa nie bawak pulang. Kalau Islam sebenar,wajib
beritahu makan minum anak bini nie halal ker haram ...hu hu hu.

Kesian puak UMNOAPCO YAHUDI LAHANAT ... mengkhianat kepada
anak bini ... tak sebut bab Bangsa dan Negara ... hu hu hu

Nizam Mahmud said...

Saya dengan ini ingin mencadangkan agar murahguru58 Zainol Abidin dan juga ahli-ahli Munafik Bloggers Association (MBA) untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat.

Jangan lupa untuk jemput Zahid Hamidi sekali.

fadhil said...

bodoh btul pakatan pembangkang ni...patut la tak dpt memerintah M'sia..bodoh rupanya!
Ntah bila masa najib luluskan judi bola pun tak tau...yg ada hanyalah provokasi dari awang adek..dia nak tengok respon rakyat, tapi pembangkang bikin spin mcm dah lulus judi tu..memang bodoh...padan la pakatan jadi pembangkang je...meleleh air liur nuar nak jadi PM kempunan...apa nak buat ada penyokong pun semua bangang!

buyung_ans said...

Mana aci BERJAYA aje yg dpt lesen. Aku pong nak jugak. Aku pong nak kaya jugak.

Anonymous said...

Salam bro, kerajaan Pakatan Kedah akan jatuh minggu depan. 4 lagi ADUN akan keluar Pakatan. Nasihat utk Dato Seri Azizan mengadap Tuanku Sultan cepat utk bubar DUN kalau tidak Kedah akan jadi Perak no 2. Barisan mampu melakukankanya dan ianya akan terjadi.

Anonymous said...

Si fadhil ni yg bodoh lagi bangang. Dah terang lagi bersuluh keluar berita kerajaan Melayu/Islam Malaysia bagi lesen judi kepada syarikat Berjaya. Kenapa nak nafi pulak? Inilah masalah penyokong totok Barisan Nasional yg tak mau terima kebenaran. Bodoh tak boleh diajar. Pakatan Rakyat dah terang lagi bersuluh memprotes keputusan ini yg awak tu masih kata belum lulus lagi. Keluarlah dari tempurung kelapa awak tu. Tak baca berita ke? Pandai komen aje fadhil Bodoh!!!!

Anonymous said...

Drug money talak kira kah?E2 lagi bilion2 seharo oh..for sure there is koneksyen between pela curan,judi,ah long,n drugs..semua dikontrol oleh siapa ah?hehehe

Anonymous said...

Mana Nasa & Hadi Awang ? tak dengar suara bantahan pun ?

Nasa sebaliknya lebih tertumpu kepada isu konsert.

Hadi terus diam pula ?

Anonymous said...

Judi sudah dijadikan satu industri nukilan Model Ekonomi Baru.

PASti

malaysiabaru said...

malaysiabaru.com said

BOYCOTT SYARIKAT UMNO

SELAMATKAN MASA DEPAN ANAK MUDA DARI MINUM NAJIS RASUAH BILA TIBA PILIHANRAYA DARI SUMBER JUDI

SELAMATKAN UMNO DARISUMBER JUDI

PETIKAN
WWW.MALAYSIABARU.COM

Anonymous said...

Si Fadhil cakap betul. Belum lulus lagi. Aku pun ada mohon lesen yg sama. Kalau berjaya aku akan sumbang
RM.300 ribu pada PASTI KELANTAN sebagai 'derma' ikhlas. Derma tau bukan rasuah.

Anonymous said...

Dah lulus dah waa cerita sama lu...dalam umno ada bapa judi dan bapak arak st miguel...nak ckp apa lagi umno-apco..kaki pmpuan jgn cerita lahh...memng dah sebati sejak azali lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.