Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 7, 2010

Najib Nak Lulus Judi Bola. Mana Suara Ulama PAS?

Dewan Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama PAS ada wakil dalam Parlimen. Yang menyedihkan wakil DAP, Anthony Loke, yang bukan Islam sahaja yang menentang cadangan Judi Bola ini. Padahal Anthony Loke bukan orang Islam dan jauh sekali pernah menerima pendidikan dari Al Azhar atau U Yarmuk. Baca Quran pun si Anthony ni tak reti.

Akhirnya, Najib telah meletakkan Vincent Tan serta Berjaya Group lebih tinggi dari taraf para mufti dan qadhi seluruh Malaysia. Cadangan menghalalkan judi bola ini datangnya dari Vincent Tan. Mengikut artikel AFP:

It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.
Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.
The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population”.


(TERJEMAHAN BEBAS: “Dikatakan Kumpulan Berjaya, sebuah konglomerat yang terdiri dari syarikat2 loteri dan kasino, sedang mencuba untuk mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia untuk mengoperasi judi sukan di Malaysia.
Judi haram berleluasa di Malaysia dan Piala Dunia kelak akan melihat kenaikan kegiatan ini yang mengakibatkan jutaan ringgit bertukar tangan.
Kumpulan Berjaya telah membuat permohonan yang serupa beberapa tahun sebelum ini, namun Abdullah Badawi telah menolak bulat-bulat. Judi adalah haram di dalam Islam dan Malaysia mempunyai penduduk Islam yang besar”)
Alasan yang diberikan Awang Adek adalah supaya kita dapat mengawal kegiatan judi haram. Oleh kerana itu, kalau kita hendak kawal zina (persetubuhan haram) maka harus kah kita menghalalkan zina?

AWANG ADEK MENIPU?

Dari laporan AFP di atas, jelas idea judi bola datang dari Berjaya Group milik Vincent Tan. Alasan untuk mengawal judi haram juga alasan yang dangkal. Apa guna ada polis yang banyak-banyak kalau judi haram yang kecil ni pun tak boleh dikawal? Adakah Polis cuma berani menembak remaja 12 tahun di Shah Alam sahaja?

Saya nak tanya Awang Adek, siapa yang beliau hendak tipu? Kalau Dolah Badawi boleh tolak, kenapa kao nak perjuangkan sekarang ini?

Adakah ini satu pembalasan kepada jasa Vincent Tan yang telah membayar Rm25 juta kepada Timbalan Speaker Perak Yee yang melompat satu masa dahulu yang telah membawa kepada jatuhnya kerajaan Perak?

Raja Petra telah mendedahkan:
Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.

Saya soal sekali lagi, siapakah yang Awang Adek hendak tipu?

MANA SUARA ULAMA PAS?

Saya pun sedih. Dalam Parlimen ada wakil-wakil dari Dewan Ulama PAS serta Majlis Syura Ulama. Namun, yang bangun menentang cadangan Judi Bola ini adalah wakil DAP, Anthony Loke, serta wakil “IRC” dalam PAS, Dr Dzulkiflee Ahmad.

Wakil-wakil Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS senyap sunyi bak suasana di tengah malam. Soalan saya adalah, adakah ini petanda ulama-ulama PAS telah mengiktiraf kepimpinan Najib Tun Razak?

Kalau ada orang tanya apa kesan “Agenda Perpaduan” kepada PAS, jawapannya adalah lunakknya sikap ulama-ulama PAS terhadap kepimpinan UMNO. Sehingga ke tahap penghalalan judi oleh Najib Tun Razak pun tidak ditentang oleh golongan ulama dalam PAS.

Yang herannya waktu Muktamar tahun lepas, heboh nak tuduh Husam beli perwakilan. Tapi, bila Najib lulus judi macam ni, takda pula kita dengar suara dari Ketua Dewan Ulama PAS? Ataupun mana-mana ahli Majlis Syura Ulama PAS?

Adakah Ulama2 dalam PAS sudah boleh menerima judi yang dihalalkan oleh Najib Tun Razak?

Apa masaalahnya bagi Dewan Ulama PAS menganjurkan Solat Hajat mengutuk cadangan menghalalkan judi bola ini? Susah sangat ke?

Tak heranlah sesetengah ulama dalam PAS terpaksa bergantung harap kepada beberapa blogger pondan yang sedang bersarang di Tranungkite. Susah nak jawab soalan-soalan sebegini. Jadi, biar blogger-blogger pondan jawab.

Sekian

Tulang Besi

Sports betting under review in Malaysia
(AFP) – Mar 23, 2010

KUALA LUMPUR — Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday.

"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.

The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.

It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.

Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.

The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population.

A senior Malaysian sports official, on condition of anonymity, told AFP that the government could channel the revenue generated from legalising betting to promote sports.

The official, however, cautioned that it would not eradicate match-fixing.
"The fight against match-fixing is never ending. By legalising betting, it will not totally eradicate match-fixing. What we need to do is to remain vigilant," he said.
Corruption has long blighted football in Asia, particularly in Malaysia, Vietnam and China.

Asian Football Confederation chief Mohamed bin Hammam has previously described match-fixing as a "cancer" that is destroying the game in Asia.
Kerajaan timbang beri lesen judi Piala Dunia
Mei 6, 10 5:56pm


Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.


Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama


24 comments:

Anonymous said...

klu ckp pasai judi , suma melayu halakan!!! begitu ka???
tolong la jangan judi, jangan curi idea orang cina !!!
cina ada ang pao, melayu pun mau ada hijau pao !!! cina ada bah kut tea, melayu pun mau bikin halal bah kut tea!!! so JUDI ADALAH HALAL DISISI ISLAM ~!~
Pi Toto tengok ada papantanda HARAM judi disisi islam tapi yg berbaris tu sume melayu!!!! Begini la melayu
PENUMPANG !!!! BACA SEJARAH MANA ADA TANAH MELAYU ??!! PODAH !!!

Reformis Jalanan said...

Tak guna betul.... dah akhir zaman, orang yang mengaku Islam berperangai lebih teruk daripada orang bukan Islam. Bahkan yang bukan Islam pula yang mengambil peranan orang Islam.

Pak cik Serendah said...

Pada orang cina/india, judi tu hiburan yang mengasyikan. Orang melayu tak beriman pun ada yang ikut sama. Hang tak tahu apa itu nikmat judi sebab orang macam hang nie, lahir saja terus boleh baca quran.

Kalau dilarang pun dia orang akan berjudi juga secara haram.

Tak salah kerajaan membenarkannya dan mengutip cukai tapi pastikan orang islam tidak dibenarkan membeli...kalau ada yang beli itu, dia tangung dosa sendiri lah beb...

Jelas, parti PAS kolot dan tak boleh ber-rational sikit pun. Ini dinamakan 'PAS FOR ALL'. Pooooorah!!!!

Anonymous said...

Janganlah kita semua nak menipu diri, kan kita semua tahu tuan besar belakang Vincent ialah amno sendiri,budak cina tu hanyalah office boy saja kpd amno yg beri banyak kontrak utama kpd syarikatnya dan sekarang judi bola.Jadi duit besar akan keluar ke semua wira hebat amno kelak yg hanya cakap tak buat kerja,yang kerja keras macam lembu budak2 bawah diberikan sebungkus nasi lemak air kosong.Bodoh.

Anonymous said...

Pakcik Serendah,
Syok ke nikmat main judi tu, mana best kalau compare dengan ganja. Hampa orang UMNO memang kuat dok minta kedarah benda haram. Orang UMNO tauke judi, bapa ayam,taik pit ganja dan kaki pukul. samseng betui lah hampa nie... parti bangsat.

Anonymous said...

Kenapa perlu tanya Ulama' PAS? Tanya dulu ulama' UMNO.. baru betul.. Jangan asyik nak dok tibai PAS sahaja..

Sedangkan pendirian mcm nie Islam dah lama bagi kata Arak, Judi, bertenung nasib hukumnya haram..

Serious Shepherd said...

Setuju dgn anon 2:54 PM. Tanyalah Sahibus Samahah Ustaz Puad Zarkashi. Paling tak pun Mursyidul Am Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Nachior said...

Ulama PAS tak perlu nak cakap lagi kerana orang DAP dah mula faham pasal Islam ni...Apabila DAP yang mepertikaikan perkara ini bagi pihak PR maka ianya merupakan satu tumbukan KO tepat ke muka UMNO....

Aku juga nak cadangkan kepada JAIS agar tidak membenarkan perkara berkenaan lesen judi ini dibincangkan di masjid kat Selangor. Khutbah Jumaat pun elok le jangan bercakap pasai lesen judi ni... sebab takut nanti orang kata berpolitik dalam masjid pulak..

Anonymous said...

"Bahkan yang bukan Islam pula yang mengambil peranan orang Islam."
kahkahkah..kahkahkah..kahkahkah.. ..islam malaysia adalah islam kelentong,buatan pak aji cum bomoh n BTN....org yindia,dan china mempunyai sejarah keagamaan/kerohonian yg tinggi..segala hukum Allah diketahui oleh para rishi n muni India beribu ribu tahun dahulu..dan china pulak sama case..mereka dah tau the supreme silence,infinity,absolute transcendent via buddhism n taoism..masalahhnya,owang yindia la ni mcm melayu jugak..lemah,tak bermya,asyik dok tukar tukar tokong,janji tokong tu kasi lui..

Anonymous said...

//Sedangkan pendirian mcm nie Islam dah lama bagi kata Arak, Judi, bertenung nasib hukumnya haram..//

Oh..islam saja melarang alkohol,judi..lain lain agama talak larang kah?

Anonymous said...

TB, saya rasa anda patut ajukan soalan ini kepada Ulama' UMNO terlebih dahulu seperi Sahibul Samah Mufti Perak Tan Sri Harussani ke, Ustaz Zulkifli Nordin ke, Mursyidul Am Perkasa Ibrahim Ali ke (pinjam serious sheperd punya ungkapan) sebelum bertanya kepada Ulama' PAS. Pimpinan, Ahli dan penyokong PAS telah sedia maklum yang judi ni HARAM disisi Islam.UMNO sahaja yang mengHALALkan judi ni. Saya setuju dgn Anon 2:54 dan juga Serious Sheperd. Jangan sampai orang tuduh TB ni barua UMNO nanti.

abgrara said...

ia..saya sokong dia di licence kan.. bkn masaalah halal atau tidak..kerna kes ini menghalal kan kpd bukan islam yg mmg KAKI judi. tetapi di hujung hujung sana masih ramai yg kaki judi. kita licence kan mereka, supaya kaki judi ni bole berjudi dengan selamat , tetapi.. kerajaan kena ambik duti yg tinggi dan memantau hanya yg bkn islam sahaja yg bole berjudi. duti tu kita bole buat jambatan kedua pulau pinang. jalan dsb.
ambil kira pandangan rakyat yg perlukan judi, bookie bola ni. sepasti nya.. jika tidak dihalalkan,kaki judi akan tetap berjudi dan pertaruhan kesemuanya adalah sehingga 1 bilion.. banyak tu. termasuk berlsen dan tidak berlesen. bkn islam lagi ramai dari islam dimalaysia ni. mereka perlukan lesen.

Pakcik Serendah said...

Anone 2.30pm,

Apa yang kau nak bandingkan judi dengan ganja? Rational lah sikit...

Pada orang kafir, judi tu aktiviti mnencuba nasib dan ia nya nikmat sebab mereka boleh berangan menang besar. Tak menang tak apa, cuba lagi. Hisap ganja lebih pada memuaskan nafsu sendiri. Aku samakan hisap dadah seperti sex sebab sama sama membuat orang gian. Tak apa lah, orang macam kau dan TB tak kan faham.

Kalau kerajaan keluarkan lesen, kita boleh larang orang islam dan kalau mereka nak juga, mereka akan buat sorok2 dan malu2.

Kalau tidak, siapa peduli, bookie2 akan pukul habis sampai berbillion-billion. Bayangkan kalau kerajaan dapat 5%, tak ke banyak duit tu. Kalau bukan untuk kegunaan orang islam, kita boleh belanjakan nya untuk kegunaan orang bukan islam. Hai, kata 'PAS FOR ALL', tu aku kata kamu kena rational sikit, jangan asyik nak bertaliban saja membabi buta?????

tamingsari said...

Sape perintah serupa juga. DAP main wayang je. Halal haram apa dia tau.
Ejek baca ayat suci waktu ceramah bolehlah. Disambut dgn takbir oleh yg jahil. Kalau kerajaan tutup judi diaorang akan kata rasis sebab judi perniagaan kaum dia. Apasal DAP di Pulau Pinang dan Selangor dan Kedah tak suruh tutup premis yg jual nombor ekor dan kedai arak. PR dan BN sama2 galakkan maksiat. Jangan salahkan ulamak.Salahkan kerajaan PR dan BN.

Kerajaan pusat bagi lesen,kerajaan negeri lulus lesen premis. Sama je.

pang5bugis said...

uhhmno memang nak jahanam...akibat judi dan betina...

pang5bugis said...

uhhmno memang nak jahanam...akibat judi dan betina...

sam raspiut said...

Anonymous said...

TB, saya rasa anda patut ajukan soalan ini kepada Ulama' UMNO terlebih dahulu seperi Sahibul Samah Mufti Perak Tan Sri Harussani ke, Ustaz Zulkifli Nordin ke, Mursyidul Am Perkasa Ibrahim Ali ke (pinjam serious sheperd punya ungkapan) sebelum bertanya kepada Ulama' PAS. Pimpinan, Ahli dan penyokong PAS telah sedia maklum yang judi ni HARAM disisi Islam.UMNO sahaja yang mengHALALkan judi ni. Saya setuju dgn Anon 2:54 dan juga Serious Sheperd. Jangan sampai orang tuduh TB ni barua UMNO nanti.


BETUL TU.. anak aku kat TADIKA pun sedia maklum judi tu HARAMM!
kira ANAK TADIKA aku setaraf la dgn ulamak dan kiyai katak umno!?
MAKA juga ULAMA PAS SETARAF la dgn ANAK AKU KAT TADIKA paham judi HARAM!!
jadi PERJUANGAN ulama Pas sebgai wakil membela islam di parlimen SETARA dgn ANAK aku KAT TADIKA!!
cam tu takyah la masuk perlimen.. masuk TADIKA laa..

tanya ulama amno kerr?? jadi lu percaya sama barang amno?? oooo..
TAKYAH la PAS sebuk berjuanggg.. masuk amno laa.. apa barangg lu lu dok usung nama pas..??

john labu said...

Pakcik Serendah!

saya ingat lu misti melayu kapiaq sembah pokok.. suka sangat benda2 haram ni..
tipikal amno suka yg haram2.. sorok2 makan rasuah, sorok2 curi harta negara dan sorok2 jadi pondan.
lu suka duit haram??
apa kata lu amno halalkan dadah.. berpoloh kali banyak cukai lu bulih dapat. anak melayu paling banyak perabih beli dadah, dan
lu juga bulih halal zina.. pendapatan kedua paling banyak lu bulih dapat dari melayu selepas beli dadah.. tapi lu amno kena halal sekali la lesen buang anak, kalau tidak penuh tong sampah dgn anak halal melayu amno!
dan lu amno bulih halal dan lesenkan sekali 'restoran halal babi salai melayu'.. menternak dan meniaga babi lebih menguntungkan dari arak yg telah amno halalkan.. masyuukk..
hasilnya boleh lahirkan manusia serendah lu.. MANUSIA GEN BABI!!

Kapten Zero said...

cakap bab judi ni memangla kerja UMNO tapi mana penasihat/kadi diraja Harussanni senyap je ke. Diselangor orang jahil haram ceramah islam dan halal tapi judi kuda dan sek freee halal.Nak balik zaman melaka semua halal untuk orang atasan dan bangsawan.

Pakcik Serendah said...

John labu aka TB,

Orang macam lu memang hippokrit. Kalau betul-betul nak perjuangkan Islam, binawe jenis hang tak akan bersengkongkol dengan DAP kapiak.

Nak tulin, nak bersih macam taliban di Afghanistan, pooorah. Taliban dah menyorok celah-celah batu. Disitulah tempat orang macam kamu bukan di Malaysia yang penduduknya berbilang bangsa dan hormat-menghormati sesama sendiri.

Orang kafir nak berjudi, nak minum arak hang boleh tahan. Hasssan Ali terkincit bila Ronnie Liu menepelak dia dgn memulangkan balik arak yang dirampas...cakap boleh lah tapi habok pun tak ada...Puiiiiiih!!!!

Khun Pana aka johanssm said...

Ulama Pas dah lama bantah Lim GohTong.
Dah lama ban 4D dari Kelantan.
Buat apa nak tanya Ulama dari Pas.

Tanyalah perjuang berahim dari Perkasam.
Beranikah Berahim say NO kepada bapak tiri nya yang bernama VinSETAN.
Tanyalah si Tun Dr. Mamak.
Kacau PAS buat apa? PAS bukannya keluarkan lesen judi.
Tak kanlah tak paham lagi.

Anonymous said...

anon 2.54 dan yg seangkatan dgnye..
wat pe tanya ulamak umco...bukan ke ulamak umco memang dah lamaaaaa restu judi dan arak...la nie kita tanya pulak ulamak2 pas dan apa pandangan mereka terutamanye yg pro-umco...

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

Anonymous said...

lupakan sahaja parti PAS..apa kata kita fikirkan soalan ini.APAKAH PERANAN AGUNG?bukankah agung adalah ketua agama.renung2kan lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.