Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 11, 2010

Najib/UMNO Guna Masjid Kempen Calon MIC Kamalanathan- Apa Respon JAIS?


Saya tak sabar nak tengok respon JAIS terhadap pendedahan ini. Adakah JAIS akan bersikap professional atau meneruskan sikap double standard mereka.

Tindakan UMNO ini juga satu bentuk PENDERHAKAAN kepada Titah Baginda Sultan Selangor baru-baru ini yang menegah penggunaan masjid untuk tujuan kempen politik kepartian.
UMNO pula, memang selamanya parti munafik dan hipokrit. Bagaimana mereka ini boleh menggunakan masjid untuk memenangkan calon MIC, saya pun tak tau. Kalau orang Islam biasa pun tak tergamak untuk buat benda seperti ini.

Ini semua adalah natijah dari sikap munafik dan double-standard mereka.
Sikap munafik ini juga boleh kita lakarkan ke atas PERKASA sekiranya mereka tidak bangun dan mengutuk tindakan UMNO yang jelas derhaka kepada Baginda Sultan Selangor.

Sekiranya JAIS gagal menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas perkara ini, maka JAIS juga boleh dianggap telah MENDERHAKA kepada Baginda Sultan Selangor
Tak sabar nak tengok juak2 Berahim PERKASA bakar gambar Najib dan Muhyiddin depan bangunan UMNO pula.

UMNO dah guna masjid untuk kempen politik mereka sejak sekian lama. Takda sapa pun yang bising. UMNO lah bapak pengguna masjid untuk kempen politik.

Tulang Besi

ps Teringat saya waktu kempen pilihanraya kecil DUN Jerlun, 15 tahun yang lepas. Saya bertemu dengan seorang ahli PAS yang bekas ahli UMNO. Saya bertanya kenapa beliau keluar UMNO dan masuk PAS.

Dia kata satu masa dahulu UMNO cawangan dia mahu mengadakan majlis kebudayaan dan tari menari. Maka, oleh kerana tiada tempat yang sesuai, majis tersebut dibuat di dalam surau kampung tersebut. Dia antara yang marah sangat tapi kerana kampung tersebut kuat UMNO, dia jadi minoriti. Akhirnya dia tak sanggup melihat Islam dihina sebegitu, dia keluar UMNO masuk PAS.

Pembeza antara orang UMNO dan PAS adalah iman. Mereka yang ada iman di hati mereka kepada Allah SWT TIDAK AKAN SOKONG UMNO. Masakan mereka yang beriman mahu menyokong parti yang mendokong arak dan judi?

Orang yang beriman, antara UMNO dan DAP, mereka akan ambil DAP kerana sekurang-kurangnya DAP menentang judi. Manakala, Melayu-Islam UMNO menyokong judi dan qazaf serta arak.

Khalid Samad dakwa BN salah guna masjid, Jimadie Shah Othman, Mei 6, 10, 6:32pm
Ketika PAS berdepan dengan dakwaan menyalahgunakan masjid bagi tujuan politik, seorang pemimpin parti Islam itu 'memulangkan paku buah keras' kepada lawan politik mereka, BN.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa, semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Menurutnya, majlis tersebut diadakan pada 23 April - dua hari sebelum tarikh pengundian - di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Sebagai bukti, Khalid menunjukkan gambar kain rentang (kanan) yang mengiklankan program tersebut - yang didakwa dirakam oleh seorang penulis blog pro pembangkang di kawasan parlimen tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan BN itu sebenarnya menyalahi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama itu tidak dipolitikkan.

“Perkara seperti tidak boleh dibuat di masjid,” katanya.

Dalam pilihan raya Hulu Selangor sebelum ini, beberapa pemimpin utama PAS, termasuk murysidul amnya sendiri Datuk Nik Aziz Nik Mat didakwa mengingkari perintah Sultan Selangor dengan menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Perkara tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz.

Dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata beliau akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sewewang-wenangnya.

Bagaimanapun, tambahnya, Nik Aziz memang menyuarakan persoalan politik menurut ajaran Islam, tetapi bukanlah politik partisan.

“Hendak bantai Umno dalam masjid tak bolehlah. Hendak bantai PAS dalam masjid tak bolehlah,” jelasnya.

Sebaliknya, menurut Khalid, Nik Aziz hanya memberikan tazkirah berhubung “prinsip am” dalam agama iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Itu pun, tambahnya, setelah diminta oleh imam dan nazir masjid berkenaan.


17 comments:

Anonymous said...

Maka sahlah..si "bodo" tu memang kaki UMNO!!Dont play play with rakyat marhaen..mereka highly inpired n ready to challenge anyone who talks kok n betrays rakyat!!

Anonymous said...

"If you want to do something like when we had to amend the constitution to free the people from the royal family or rather by a raving Sultan,”
TUNAK TUNAK TUN PSYCHO MAHATHIR

definasi raving

raving [ˈreɪvɪŋ]
adj
1.
a. delirious; frenzied
b. (as adv.) raving mad
2. Informal (intensifier) a raving beauty
n
(usually plural) frenzied, irrational, or wildly extravagant talk or utterances
ravingly adv

malay 2 english..

delirious=meracau,bercakap dengan tidak berketentuan ketika demam teruk

wild=liar, ganas;
(to go on a wild goose chase) kerja sia-sia

irrational=irrational tidak rasional, tidak lojik

Anonymous said...

RPK,the blogger club,HINDRAF, malaysiakini,malaysiatoday,malaysianinsiders semua jack s dumbos ..semua telah dicon kow kow oleh talam 2 muka psycho mahataik kutty ..lol!!

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahiim
Lupa taikhnya, tiga puluh tahun dahulu, saya terbaca satu penulisan tentang sejArah Jabatan Agama (Ugama) Islam dan ulasanya. Dalam tahun dua-puluhan JUIS didirikan oleh perakuan Inggeris. Tujuan utamanya ialah untuk menyekat Islam daripada berkembang dalam bidang lain kecuali tentang ibadat, hal adat isitiadat dan "nikah kahwin" sahaja.
Inilah warisannya pokok yang diambil alih oleh politik Malaysia. Apa kata Dk Rais ? Apakah ia satu di situ dan dua di sini ? Jangan tetrtindas dan jangan terkurung... Guruan politik. Maaf ~Aq 11 05 2010

Anonymous said...

Saya diberitahu oleh seorang ahli PAS yang banner ini adalah di buat oleh PAS sendiri.
Entah ya entah tidak

Anonymous said...

dato kusrin pgarah jais tu ,...nail pangkat sebab pernah jadi su sulit mike tyson ....tan sri Mat taib .... apa pasal kjn pakatan selangor simpan sama dia.... tukar sajeee tempat lain... jgn buang nanti org kata zalim,,,,, bagi orang yg latarbelakang agama ambil... alih....

Anonymous said...

"Haiyaa Melayu sama islam sudah gadoo maaaa."
"Kita kasi api sama dia olang"
"Kita cali wang , dia olang bodo cali gado.....Wooooooo"!!!!

Anonymous said...

Bodohla Tulang Besi..takde paham punya orang...kau ni mengaku je islam tapi hati sangat kotor...kalau dah buat salah tak payah la cari salah orang lain plak...anak tak pandai jaga salahkan jiran yang menegur plak...hang tu duk guna blog buat fitnah dan cerita bohong..pondon lagi mulia dari TULANG BESI.....

Anonymous said...

Sudah lah TB, Pakatan dah nak hancus!

Tengok saja kes liwat Anwar, Karpal secara halus membungkus Anwar.

Blog-blog pro Pakatan pun dah tak malas nak sentuh kes Sodomee 11.

Kau rasa sembahyang jumaat si saiful tu sah atau tidak?

Anonymous said...

silap typo:

Blog-blog pro Pakatan pun dah malas nak sentuh kes Sodomee 11

Anonymous said...

Tulang besi berani yg bodohnya ko berdua tu.(dua anonymous diatas)
teruskan perjuangan saudaraku TB. UMNo-URKO (AOCO) sedang kepanasan tak boleh berhujah!!!

Matt

Anonymous said...

//PAS has slammed the involvement of a government agency in a mammoth gathering of right-wing Malay groups in Kuala Terengganu on May 13, the 41st anniversary of the country’s deadliest race riots.

(Harakahdaily) - PAS melihat program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pada 13 Mei ini jelas bersifat perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu.//

There is a saying..God makes makes people mad b4 bungkusing them..Mahataik looks like wants to recreate may13 in terengganu..nak insult Yang Dipertuan Agung ya..

Anonymous said...

There is currently a mutiny looming over the horizon. Thus far, half the PKR Members of Parliament have teamed up to give Anwar Ibrahim an ultimatum that either Khalid Ibrahim is removed as the Menteri Besar or else they are going to ‘break ranks’.

Anwar will have to decide whether he wants to continue backing Khalid and risk losing the support of half the PKR Members of Parliament. The ball is at Anwar’s feet.
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31753:the-beginning-of-the-end-for-the-selangor-pr-government&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085

aah aah ah ow ah aw..:-)..all becos of e2 manikavasagam report rgd rasuah pasir?dulu dengar cerita si maniko ni dah ambik soota ringgi dri chami wolu @ sinpore utk tutup kes pembunuhan sujata..if 1/2 pkr,dah nak keluar..i say BAGUIH!!Let RPK,the raja kelentong specilist take over..hell,let him beome MB,PM,semua sekali lah..afterall,RPK tipu sama rakyat ciakap Yang Dipertuan Agung ada kuasa utk lantik any tom dick n harry to b PM(good thing former judge Chin,n hanipa mydin proved Yang Dipertuan Agung cant do that)..ya..let the country issue more bons..when RPK n his kiasu bums take over,they have to sell pungkog (24/7)(365) to pay back those bon holders..kahkahkah

Rasuah pasir: MB Selangor jumpa S Manikavasagam
Harakahdaily
SHAH ALAM, 11 Mei: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berhubung dakwaan wujudnya rasuah di kalangan pegawai atasan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Pertemuan ini akan membolehkan Ahli Parlimen Kapar itu membuat aduan secara rasmi berkenaan dakwaannya yang melibatkan pegawai atasan di KSSB serta mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam memastikan syarikat berkenaan bebas dari rasuah.

Demikian beritahu Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Politik kepada MB Selangor dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila pertemuan ini akan diadakan tetapi memaklumkan, hasil pertemuan ini akan diumumkan pada sidang akhbar selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selesai bermesyuarat esok.

Pertemuan ini diadakan ekoran dakwaan S Manikavasagam kononnya berlaku kegiatan rasuah di dalam anak syarikat kerajaan negeri yang mengendalikan urusan penjualan pasir di negeri ini.

Antaranya, beliau meminta kerajaan negeri mengambil tindakan sekurang-kurangnya ke atas tiga pegawai kanan di syarikat berkenaan.

Khalid sebelum ini meminta beliau memberikan bukti di atas dakwaan itu agar tindakan boleh diambil. Khalid juga berkata, pihak kerajaan bersedia untuk menyediakan bantuan guaman kepada anggota Parlimen itu untuk membantu beliau menyediakan laporan itu.

Menurut Nik Nazmi, Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbirannya serta menyokong semua usaha untuk membanteras rasuah di semua peringkat.

Kerajaan Selangor juga, katanya, memandang berat dakwaan yang dibuat Ahli Parlimen Kapar itu dan berharap beliau membantu menyalurkan maklumat dan bukti yang lengkap supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26515:rasuah-pasir-mb-selangor-jumpa-s-manikavasagam&catid=1:utama&Itemid=50

Anonymous said...

tulang besi ko ni pun satu, najib(suami kedua malaysia first lady) hanya mencecah duli dan ber'titah' kat masjid tu saje.

Anonymous said...

Derhaka2 ni cuma utk yg bukan umno..
umno sendiri kalo 'natang'kan sultan pun takpe..
umno lebih tinggi dari istana.. depa bayaq alaun!!! konooonn..

john labu said...

Anonymous Anonymous said...

Saya diberitahu oleh seorang ahli PAS yang banner ini adalah di buat oleh PAS sendiri.
Entah ya entah tidak

May 11, 2010 3:04 PM


Saya juga diberitahu oleh seorang ahli UMNO yang sunatkan kamalnatang di buat oleh Najib sendiri utk di yasin dan solat hajatkan.
Entah ya entah tidak.. kat kuil mana la dia sunat..

Anonymous said...

Majlis ni tak wujud pun.... auta TB. Ada bukti? Siapa imam? ada gambar ke. Banner ni sape2 pun boleh buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.