Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 10, 2010

NORWAY MENGHARAMKAN IKLAN ARAK SAMA SEKALI

Norway adalah negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran UMNO?

Dan saya sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Dan, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

Jelas kepada kita, UMNO hanya menanam tebu di bibir. Mereka heboh dalam bab "kalimah Allah" tapi benda yang jelas haram seperti arak dan judi, UMNO boleh biarkan serta galakkan.

Walaupun Norway tidak mengharamkan arak sama sekali, namun segala bentuk iklan arak diharamkan di Norway. Sebagai contoh pada 2008, sebuah pasukan bolasepak dari England bernama Everton FC telah menentang sebuah pasukan bolasepak Norway bernama SK Brann. Everton FC mengiklankan jenama beer “Chang” di atas jersey bolasepak mereka.

Namun, sewaktu mereka bermain di Norway, mereka terpaksa bermain dengan jersey kosong kerana undang2 Norway mengharamkan iklan arak dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sila rujuk gambar di bawah:



Padahal, di waktu biasa, pemain yang sama seperti diatas akan memakai jersey seperti ini:



IKLAN ARAK DI MALAYSIA TIDAK HARAM

Berlainan di Malaysia, arak masih boleh diiklan di akhbar-akhbar bukan Melayu, di panggung-panggung wayang dan di beberapa media yang lain. Malahan, pada satu masa dahulu, Carlsberg telah menjadi penyumbang kepada Sukan Komenwell dan ianya dilakukan secara terbuka.

Yang menghairankan adalah Norway adalah negara bukan Islam, tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Rasmi” di dalam perlembagaan Norway, tiada slogan seperti Islam Hadhari dan hampir tiada orang Islam di Norway.

Tapi, undang-undang arak lebih ketat di Norway berbanding Malaysia. Norway berpendapat kalau diizinkan iklan arak hanya akan menggalakkan lagi rakyatnya minum arak. Hasilnya nanti masaalah ketagihan arak di Norway akan bertambah buruk dan tidak dapat dikawal.

Juga Norway adalah negara yang lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia. Namun, mereka lebih ketat mengawal arak berbanding Malaysia.

NMELAYU/ISLAM DUDUK DI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK

Pada masa yang sama juga, UMNO mengizinkan orang Melayu Islam dilantik menduduki Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor. Sila rujuk contoh di bawah yang diambil dari laman web Carlsberg:



Melayu Islam diizinkan Kementrian Kewangan (bawah UMNO) untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan Guiness Anchor. Itu tandanya UMNO menyokong industri judi dan arak di Malaysia.

Kesimpulannya, UMNO bersikap munafik dalam isu arak. Di hadapan rakyat umum, mereka bersandiwara kononnya berjuang Islam. Tapi, hakikat sebenarnya mereka adalah penaja dan pengempen arak nombor satu. Negara Norway yang lebih maju.

Syukurnya saya tidak menjadi penyokong UMNO. Sekurang-kurangya akidah dan agama saya terselamat dengan tidak menyokong UMNO. Sokongan UMNO pada industri arak dan judi ini akan menyebabkan akidah dan agama saya hancur.

Tulang Besi

8 comments:

Anonymous said...

Di mana ada gula disitu ada semut..ada lui boleh act org hebat maah..so melayu jadi pengarah beer kompeni sibab beer ada demend maah..bili- on bili- on revenue can get frm beer maah..with dat money,mak datin will f*k n booze dgn gigolo over c..pak datok pulak pi shopping XO-tic wine,likur to fill his private bar..lifestyle of the rich n dungu mesti dipertahankan!!kahkahkah

Anonymous said...

ahli 2 UBN masok poiltik utk jadi kaya..depa bukan thinking macam nak solve problem..depa nak jadi instant bill gates..falsampah ini diperkenalkan oleh pisacavat(demon) oleh raja demon Malayali Malbari pariah chunni kutty..the ruling elite tau mereka dungu,tapi mereka ada artificial power dan mereka nak teruskan dgn kephoneyan mereka.."ooo..jgn bantah perintah kasino royale..umno tuhan of malaysia,revolt agaisnt umno is high treason" utk menakutkan rakyat,pemimpin2 lain..tapi mereka lupa..sejarah menunjukaan pu yi boleh jadi tukang kebun dan para dungu,badut yg suka pakai songkok besar pun akan mati jugak..

mahaza said...

Saya link kan artikel ini ke blog saya. Ada gambar menarik di sertakan. Kalau nak guna, amik jer lah.

Tinta Hitam said...

Syarikat arak dan judi adalah antara penyumbang kewangan terbesar kepada UMNO.Jangan harap la mereka nak batalkan semua lesen lesen berkenaan.Tambah lagi ada la

Anonymous said...

Norway haramkan iklan arak. Tak kata pulak minum arak haram. Peminum arak bertambah jugak. Hasil judi dan arak mesti kutip untuk kerajaan guna. Serupa jugak di negeri2 yg PR perintah,cukai pintu dan cukai tanah premis jual arak dan kilang buat arak tetap kutip dan pakai.Lesen premis judi tak tarik balik pun. Semua sama baik BN baik Pas.

cakap-lepas said...

bos,

tolong betulkan fakta.Norway haramkan arak sebab kerajaan norway nak MONOPOLI bisnes arak,tak bagi company lain masuk.Sebab tu iklan arak kat sana tak boleh sebarang

Anonymous said...

Mengapa kerajaan dia orang menharamkan PURDAH tidak disiarkan atau diterbitkan.
Begitu juga dengan artikel yang menghina nabi muhamad.....
Jangan double standard........

hamba allah said...

sudah ditulis dalam al-quran malah hadis nabi sendiri. di kala akhir zaman umat islam terlalu ramai tetapi bargaduh sesama sendiri. pemimpin pada masa itu adalah golongan munafik dan penyembah syaitan. tidak menghiraukan undang-undanh ALLAH sebaliknya menggunakan undang-undang sendiri yang tidak berteraskan syariah. ssya doakan umat islam di dunia bersatu khususnya di malaysia tidak kira parti apa pun. beri mereka yang terperangkap dalam politik cahaya petunjuk dan bersatu atas menegakkan nama islam. adakah kita terfikir bahawa negara kita negara dimurkai oleh ALLAH. terlalu banyak maksiat terang-terangan dan kata-kata menghalalkan yang haram. saya yakin ada sinar islam di malaysia. insyallah. allahuakbar!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.