Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 17, 2010

Peristiwa 13 Mei - Surat Dr Mahathir pada Tunku Abdul Rahman

NOTA EDITOR: Dari surat Dr Mahathir kepada Tunku ini, jelas yang dipersalahkan oleh Dr Mahathir kerana terjadinya 13 Mei adalah Tunku Abdul Rahman sendiri. Jadi, hairan saya kenapa Berahim PERKASA nak salahkan orang Cina pula. Selamat membaca.

Bila baca surat ni teringat saya minit-minit mesyuarat Agung PAS yang arwah bapa saya simpan dari tahun 60an dan 70an. Ejaan dan jalan bahasanya adalah serupa.


Surat Terbuka Dr Mahathir kepada PM Tunku Abdul Rahman Putra
bertarikh 17 Jun 1969



Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari
Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-
biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

16 comments:

LibangLibu said...

t/kaseh. t/kaseh. t/kaseh.

sedap baca surat mahafiraun. tapi sayang, zaman berubah.

Anonymous said...

Mahazalim is a compulsive liar!

Anonymous said...

Mahathir is advocating to abandon the Chinese vote. Just concentrate on fractured Indian and most of Malay vote.

Mahathir nor most Malays are not a reader of Chinese history - What happens when the Chinese towkays and the Chinese gangs join forces? He better ask Sun Yat Sen who overthrew the Qing Dynasty..

Anonymous said...

awat mahathir salah eja nama dia sndri...isk2..

Anonymous said...

Apa yang Tun M tulis dan salahkan Tunku ada lah dari segi polisi Tunku yang beri muka sangat pada kaum Cina dan seterusnya membuat mereka kurang ajar.
Apa yang PERKASA katakan ialah apa yang benar2 berlaku 'on the ground' pada 13 may 1969. Dengan sikap kurang ajar kaum Cina telah memaki hamun Melayu didalam perarakkan mereka.
Jadi dua2 Tun M and Datuk Him
betul.
Takkan perkara yang begitu jelas kita tak dapat faham??
Kalau tuan dan pihak2 tuan tak paham takpe la..majoriti Melayu lain faham.
Apa nak jadi...jadi lah...

Wak Segen

PH Chin said...

We are but pawns in Tun Mahathir's chess game. He is the grand master of divide and rule in this nation. Pitting race against race, brother against brother and religion against religion.

Many will fall for his traps and Ibrahim Ali is his executioner.

The only way to defeat the grand master is to checkmate his move. Don't response to him and his cohorts.

But instead love all our brothers and sisters, be peaceable with one another and be good and responsible 'rakyat' of this beloved nation

zakwan said...

Mahathir= The father of all racism
Berahi Ali = The dajjal of the modern era
Wak Segen = a poor Malay soul corrupted by BTN, RTM, TV3 and Utusan Munafik

Yes, the Chinese were the arrogant lords of the land and Malays r the oppresses ones back then

But thanx to the NEP,the roles are now reversed

Anonymous said...

Adoi, kalau nak hentam janganlah hentam tokoh yang sudah meninggal. Apatah lagi tokoh dikenal sebagai Bapa Kemerdekaan. Amat terkejut dengan serangan ini terhadap Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Mampuslah kalau ini dijadikan bahan kempen pilihanraya nanti, hancur Pakatan.
Dipohon gambar Tunku itu dikeluarkan cepat. Macam mana boleh serang Tunku pula?
Surat itu ditulis oleh musuh Tunku, tak adil dikatakan punca 513.

Anonymous said...

Subky Latif, now retired former PAS commissioner for KL, wrote an academic piece for the publication SEAsian Affairs published by the Institute of SEASIAn studies, Singapore in the late 70s. Subky was a journalist then and was very close to Razak and Harun, former MB of Selangor and one of the key figures of the May 13 riots.

Subky wrote that the riots were definitely a coup to topple Tunku Abdul Rahman who was seen by the Malay ultras (Mahathir was one of them) to have sold Malay rights to the Chinese.

Subky said the riots were planned quickly and purposefully though the identity of the real culprits could not be accurately ascertained.

But the riots achieved their main purpose of toppling the Tunku because after that he lost his power and Razak took over, first as NOC director then PM.

And with Razak at the helm, Mahathir who was sacked by Tunku rejoined UMNO, where his Malay Dilemma thesis soon became the key fundamentals of the NEP.
http://malaysianunplug.blogspot.com/2007/05/may-13-1969-personal-accounts-and.html

Anonymous said...

What happens when the Chinese towkays and the Chinese gangs join forces?
Pakatan Rulez Malaysia!!:-)

Anonymous said...

Betul la kita bagi muka sangat kat Cina sampai ke hari ni. Tak sedar2 ke? Itu lah jadinya kalau Melayu sendiri lemah, tak boleh buat keje sendiri, nak harapkan orang, ini lah jadinya, terpaksa gadai negeri sendiri.

Sekarang ni pun budak2 melayu tau lepak, merempit, jadi taik pit...buang anak..clubbing etc. Masa depan diroang ni sekor2 tak ada harapan. Ini kan pula bangsa diaorang. Diri sendiri pun teruk masakan pula keluarga diaorang..komuniti diaorang..dan bangsa diaorang. No hope.

Sampai bila2 pun orang melayu akan jadi macam ni kalau diri sendiri tak berubah. Sedar lah sikit.

So malam ni, korang gi clubbing banyak2, minum banyak2..then g tido ngan mamat dan awek..then pregnant..lepas tu buang anak atau pegi bagi kat sesapa atau pegi abort saja. Then korang buat cycle ni sampai tua. Pastinya korang akan berjaya dunia dan akhirat. Dan biar saja Cina buat benda2 berfaedah utk bg keje kat korang supaya korang boleh terus dapat gaji, terus abiskan gaji kat club, kat perempuan2 dan yang sewaktu dengannya. Anak korang pun teruskan cycle ni. Tak payah nak complain. Life is good. Good luck.

Anonymous said...

Wak Segen oi Wak Segen,

UMNO Baru, TDM dan Perkasa, telah membenam kehancuran bangsa Melayu dengan memberi lesen judi bola kepada tauke judi Cina.

Adakah memberi lesen kepada tauke Cina yang kurang ajar akan menguburkan bangsa Melayu?
Mengapa memberi lesen judi bola kepada tauke judi Cina yang kurang ajar?

Fikirkanlah! Tolong fikirkanlah! Bangsa di jual oleh kerana seorang tauke judi yang dari bangsa kurang ajar! Kekurangan bangsa Melayu ialah tidak mengguna otak yang telah diberi oleh Allah!

Jom said...

Mahathir is a bloody liar!

I remember my parents are always so grateful and loyal to the Tunku because he gave citizenship to the Chinese pendatang when Malaya gained independence. They always spoke of him as a fair and generous PM. For that, they gave their loyalty to the country and taught all of us to be the same.

My dad even turned down a chance to migrate to Australia and enjoy its many perks early in this career. He chose to remain in Malaysia as a 2nd-class citizen.

When the May 13 riots broke out, it also broke the hopes and aspirations of many Malaysian chinese like my parents who thought they had a home here!

Since then, many Malaysian Chinese just focused on making money for their families and try to have nothing to do with contributing to the country's policies. Just in case someone decided that the Chinese should be punished again.

Many chinese just focus on working hard to have enough money for the family to escape the country should anything happen.

And if nothing happens, the hope of many Chinese parents is for their children to study overseas and never return. Better to be a welcomed pendatang overseas than a treated as anak tiri citizen at home.

As a result, many of Malaysia's best talents are migrating overseas with no intention of returning.

That is the legacy of May13 left for Malaysians today.

Anonymous said...

The Chinese are ungrateful rats

Macha said...

You don't like mahathir?

Then don't go to klcc, don't step on klia, don't use LRT, Komuter, don't drive on PLUS highway... those are all his effort. Oh, and for Penangtites, please use ferry instead of Penang Bridge.TQ

Pukimak Paki said...

Macha,

No I don't like Mahathir. He's a Paki mother fucking shit.

If he owned all those places and more in Pakiland, too, why do you think his Paki father came begging to Malaysia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.