Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 31, 2010

Rakyat Malaysia Dipaksa Beli Proton Dengan Harga BMW

Kalau kita ingat balik, Proton yang pertama keluar di pasaran berharga RM20k sebijik. Mengapa Proton pertama harganya murah? Kerana itulah sebenarnya harga pasaran Proton Saga, yakni di sekitar RM 15-20k

Tapi, bila kita pergi ke tahun 1990an, kita lihat harga sebijik Proton Wira adalah dalam julat RM55k ke RM60k. Yakni, hingga tiga kali ganda harga Proton yang mula-mula keluar. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Biar saya terangkan.

Pada tahun 1986, 4 tahun selepas Proton ditubuhkan, Proton telah hampir bankrap. Proton tidak dapat bersaing hatta di dalam Malaysia sendiri. Kilang Proton pada masa itu terpaksa diperlahankan pengeluaran sehingga terpaksa beroperasi tidak lebih 6 jam sehari akibat rendahnya permintaan terhdap Proton.

Pada masa itu, Mahafiraun telah panik. Maka, demi menyelamatkan Proton, UMNO dan Mahafiraun telah menaikkan cukai eksais ke atas semua kereta impot sebanyak 200-300%. Akibat dari ini, nilai purata kereta di Malaysia naik melambung. Perkara ini dilakukan oleh Mahafiraun kerana apabila harga kereta lain TERLAMPAU TINGGI, maka hanya Proton sahaja yang dijual dengan harga yang paling murah dalam pasaran Malaysia.

Akibatnya, harga Proton Saga sendiri naik dua kali ganda dari harga pasarannya yang sebenar. Rakyat Malaysia terpaksa membayar harga Proton Wira di tahap harga BMW. Hakikatnya, kalau Mahafiraun tidak menaikkan cukai import, dengan Rm60k rakyat Malaysia mampu membeli sebuah BMW.

Tapi sebab Mahafiraun berdegil jugak dengan idea gila beliau, maka terpaksalah rakyat Malaysia membeli kereta Proton yang tidak berkualiti dengan harga sebuah BMW. Inilah penipuan Mahafiraun yang paling besar kepada rakyat Malaysia.

MAHAFIRAUN TELAH DIBERI AMARAN BAHAWA IDEA PROTON INI TIDAK PRAKTIKAL

Semenjak 1982 lagi Mahafiraun telah diberi amaran akan betapa tidak praktikal (kalau bahasa kasar: dunggu) idea untuk mengadakan kereta nasional dalam keadaan Malaysai mempunyai rakyat yang tidak sampai 14 juta orang. Untuk sebuah kereta nasional berjaya, rakyat negara tersebut mestilah berjumlah sekurang-kurangnya 70 juta orang.

Tapi, disebabkan Mahafiraun ni bodoh sombong, dia menolak nasihat dari mereka-mereka yang berpengalaman itu. Mahafiraun lantas melancarkan kempen dunggu beliau yang lain yang mahukan rakyat Malaysia ditambah ke 70 juta orang pada tahun 2000.

Maka, akhirnya Proton menempuh kegagalan. Kerugian yang ditampun Proton amatlah banyak. Yang dapat diketahui adalah dalam julat RM11-12 billion. Jumlah sebenar kita semua tak tahu. Saya agak, jumlah kerugian Proton sekitar RM20-25 billion. Namun, dengan OSA, banyak kerugian Proton berjaya ditutup oleh Mahafiraun.

Sepatutnya, dengan RM12 billion, Malaysia sudah mampu membina sistem keretapi bawah tanah yang efektif dan mencakupi semua orang. Namun, Mahafiraun lebih suka mengikut kebodohan dan kesombongan beliau dari berfikir untuk kebaikan rakyat Malaysia.
Malaysia negara kecil. Yang terbaik untuk Malaysia adalah sistem pengangkutan awam yang menyeluruh dan efisyen. Bukan projek Kereta Nasional.

Sebab itulah Mahafiraun telah melancarkan kempen “Malaysia Boleh”. Dia mahu rakyat Malaysia melihat sikap bodoh sombong beliau itu dari sudut positif, yakni benda yang tak praktikal pun kita boleh buat. Padahal semua tu hanya bodoh sombong Mahafiraun semata-mata.

Sekarang ni, Najib/Idris Jala komplen pasal subsidi minyak banyak sangat kena bayar. Soal saya pada UMNO, kenapa tak bina sistem pengangkutan awam yang efisyen di setiap pusat bandar semenjak 1980an lagi?

KAlau sistem pengangkutan awam kita efisyen, saya jamin tak ramai yang mahu memandu ke pejabat. Mereka lebih suka naik keretapi bawah tanah ke pejabat.

Sekarang ni, sudah lah UMNO bazirkan wang rakyat berbillion2 untuk menjayakan projek dunggu Mahafiraun, rakayt Malaysia terpaksa pula membayar harga minyak yang tinggi kerana dasar UMNO yang lebih suka mengikut kebodohan Mahafiraun dan UMNO dari menjalankan projek yang menguntungkan rakyat.

Rakyat Malaysia terpaksa membazir wang membayar harga kereta dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Tak cukup dengan itu, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga minyak yang tinggi padahal rakyat Malaysia tidak ada sistem pengangkutan awam yang boleh dipercayai.

Dari dulu sampai sekarang, rakyat Malaysia ditipu hidup2 oleh UMNO dan Barisan Najis. Kalau rakyat Malaysia terus menyokong UMNO, alamat anak-cucu kita kelak terpaksa melacur untuk mencari sesuap nasik.

Tulang Besi

45 comments:

Anonymous said...

Ada byk fakta yg salah dalam artikel tulang besi.

1. Macam mana Proton boleh bankrap dalam 1986, kereta pertama Proton keluar hanya pada 1985? Aku masih ingat tahun tu ramai rakyat Malaysia berpusu2 membeli Proton Saga.

2. Rakyat Malaysia berjumlah 70 juta pada tahun 2100, bukan pada tahun 2000.

Kesemua tuduhan kerugian ini tiada fakta, tiada sumber, dan main agak2 sahaja.

sekian.

Tulang Besi said...

Iye ke? Kenapa pada 1986, kilang Proton terpaksa dikurangkan bilangan syif akibat permintaan yang begitu buruk? Boleh tolong jawab?

Anonymous said...

masyallah kalu betul yang dikata tu memang rakyat selalu yang terkena dahulu.

dino.yp@gmail.com said...

kalau berfakta, mesti ada rujukan. mana rujukannya ? kalau tidak ini semua fitnah semata2.i

Anonymous said...

apa bole buat, kebanyakan rakyat masih dalam keadaan mimpi/selasa tanpa tahu keadaan yang teruk akan melanda malaysia dalam masa singkat.

Anonymous said...

Salam,

TB bagi la bukti sahih tentang kerugian proton tu, jangan main agak-agaknya.

TB biasanya sukakan bukti, sekarang saya cabar TB sertakan bukti yang TB berani mengatakan proton bangkrap pada tahun 1986.

-Mr.Puaka-

Tulang Besi said...

Hanya orang yang hidup di luar Malaysia sahaja yang tak sedar fakta ni.

Nak fakta, kau pegi tanya mak bapak kau, berapa harga Proton Saga masa baru-baru keluar.

Apasal rendah sangat berbanding Proton Wira tahun 1990an?

Hahahahahaha

Anonymous said...

Fakta? Tak boleh. OSA kang.

Anonymous said...

Tulang Besi memang cakap benar, bukan fitnah semata-mata. Pada Tahun 1986,saya telah membeli sebuah kereta Toyota Corolla XL (model baru LE)yang hanya dijual RM21,000 sahaja (on the road). Pada masa itu, sebuah Proton Saga dijual dengan harga yang agak sama, tetapi kurang sedikit. Siapa mahu beli proton saga jikalau dapat membeli kereta Toyota Corolla dengan harga yang lebih kurang sama? Apabila MahaFiraun mahu menjaga air mukanya (kerana ia orang yang paling kiasu,sehingga menghalau Dato Musa kerana enggan menerima pandangan beliau terhadap projek kesayangan beliau ini, dan keadaan ini adalah sama macam sekarang,asyik mahu bina Crooked Scenic Bridge, what to do? hanya orang yang otak "crooked" barulah berkeras kepala macam dia). Apabila EXCISE DUTY terpaksa dinaikkan dan AP diberikan kepada kroninya, maka semua orang, termasuk semua GRADUATEs terpaksa membayar ansuran kereta sampai 9 tahun dan 40-60% gaji bulanan terpakasa digunakan untuk menampong kereta. Siapayang terseksa sekarang? Siapa yang susah sekarang? (Tahu apa kereta MahaFiraun pakai? BMW-lah apa lagi? Ingat masih Proton, hahaha.) Disebabkan kebongkahan MahaFiraun, ramai Pengusaha Kereta seperti Toyota, Nissan, GM, BMW, AUDI etc terpaksa lari ke N.Thai, N.China, untuk menubuhkan kilang kereta di sana kerana MahaFiraun tetap mahukan Proton. Ratusan ribu pekerjaan dan FDI (Pelaburan asing)lenyap begitu sahaja. Siapa yang rugi? Who to blame? Kesian rakyat yang dikaburi mata dan ditipu kian lamanya. Masih begitu ramai yang belum bangun dari mimpi, aiyoyo!

jibam said...

satu analisa yang canggih.. bernas & penuh berfakta.

kalau tak percaya kau pegi tanya mak bapak kau.

way to go

Anonymous said...

TB, kalau nak post artikel kat go-blog pun biarlah dgn bukti yg kukuh. Bukannya dgn komen 'tanya lah mak bapak kau'. Itu namanya kurang ajar. Nampak sangat taraf minda penulis blog yg amat cetek berbandang dgn isu yg ada.

Grand Marquis said...

Posting ini menunjukkan mentaliti sebenar TB yang singkat. Sudahlah faktanya entah TB dapat dari mana. Ini kita tunggu TB bagi bukti. Tapi seperti biasa, TB akan cabar orang lain bagi bukti bagi menutup kemaluannya.

Tapi yang saya nak komen ialah mentaliti beliau. Mentaliti beliau ialah mentaliti kelas ketiga iaitu biar jadi hamba asalkan perut kenyang. Ini juga masalah yang paling besar dilanda umat Islam seluruh dunia. Konsepnya, buat apa aku nak belajar buat kereta kalau aku mampu beli. Akhir sekali, kita jadi hamba orang seumur hidup. Semua bergantung kat orang luar. Kalau orang luar tak nak jual kereta kat kita, alamatnya kita naik kaldai aje.

Mentaliti sedemikian menjadikan kita umat Islam sentiasa mundur dan terkebelakang. TB adalah simbol kepada mental block yang dialami oleh umat Islam seluruh dunia, iaitu menjadi consumer slave (hamba pengguna). Mental block yang tak de vision dan don't know how to see the big picture.

Bab ni kalau nak tulis memang panjang. Tapi cukuplah untuk kita fikirkan sejenak apa yang membezakan seorang negarawan dengan seorang blogger picisan yang hanya pandai menyalak.

p.s. Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. (sumber wikipedia).

Tulang Besi said...

Tapi yang saya nak komen ialah mentaliti beliau. Mentaliti beliau ialah mentaliti kelas ketiga iaitu biar jadi hamba asalkan perut kenyang. Ini juga masalah yang paling besar dilanda umat Islam seluruh dunia. .

Sejak bila pula buat sistem transportasi awam yang efisyen dikira mentality hamba? Mana kao dapat idea bengap ni, GM Tak Ori.

Takpalah kita rugi RM11 -12 billion semata-mata nak berjayakan projek yang sedari awal memang tidak akan berjaya.

Dan terbukti sampai hari ni, PROTON telah gagal. Gagal memecah pasaran dunia, dan gagal berasing secara domestik.

Kalau ikut resmi GM tak ori, takpa kita bakar RM11-12 billion, asalkan kita ada kereta nasional.

Itu bukan mentaliti merdeka, bang. Itu mentaliti “Biar Papa Asal Bergaya”.

Kalau nak bertanding siapa lagi bodoh, susah nak menang bila bertanding dengan aktivis UMNO.
Pasal bukti, tunggulah, sekejap lagi saya bawa.

Hahahahah kelakar tengok pencacai UMNO terkial-kial pertahan Proton.

UMNOAPCO said...

Kerana kebodohan LEMBU2 UMNOAPCO YAHUDI LAHANAT ,segala2 dijual oleh Mahataik bulat2.

Dah takdir generasi kedua dan ketiga sedang mengadai periuk nasik untuk mengkayakan penyamun2 TARBUS 7 keturunan.

Ibarat Kera Dihutan Disusukan .. Anak Di Pangkuan Dibiar Kelaparan.

Dah nak jahanam dah Malaysia ini ,
Tak payah tunggu 9 tahun lagi .. 2 Tahun lagi boleh berhutang dengan IMF sampai 2020 lepai tu jual
secara LELONG.

Tulang Besi said...

Konsepnya, buat apa aku nak belajar buat kereta kalau aku mampu beli. Akhir sekali, kita jadi hamba orang seumur hidup. Semua bergantung kat orang luar. Kalau orang luar tak nak jual kereta kat kita, alamatnya kita naik kaldai aje..

Kau tengok Eropah, berapa banyak negara Eropah ada kereta nasional?

Berapa banyak, cuba kau cerita kat aku, wahai GM Tak Ori?

Switzerland ada kereta nasional? Holland ada kereta Nasional? Belgium ada kereta Nasional? Canada pun takda kereta nasional. Norway takda, Ireland takda, Denmark takda, semua takda.

Yang ada industri kereta adalah negara2 yang ada populasi yang besar seperti Perancis, Jerman, Britain, Italy. Itupun industri kereta mereka hidup dengan pasaran ekspot mereka dan mereka tidak bergantung pada pasaran import semata-mata.

Apabila Proton terpaksa bergantung kepada duit Khazanah Nasional semata-mata untuk hidup, ia bererti PROTON telah gagal dan rakyat yang terpaksa menampung kerugian Proton. Ada paham tak benda senang ni, GM TAK ORI?

Negara2 kecil yang maju semua takda Kereta Nasional sebab mereka tahu, populasi mereka tak cukup besar. Semua tak berminat nak ikut idea ekonomi Mahafiraun yang tidak ketahuan tu.

Mentaliti orang UMNO yang separuh tiang macam GM Tak Ori adalah kemajuan mesti diukur dengan adanya kereta Nasional.

Itulah mentaliti yang dipakai Mahafiraun sehingga semua rakyat Malaysia tersiksa kerana terpaksa beli kereta Proton dengan harga BMW. Tapi takpa, asalkan Mahafiraun dan Qarun rasa hidup senang, takpa. Rakyat tersiksa takpa, beli kereta harga BMW. Takpa.

Itulah mentaliti GM Tak Ori. Mentaliti orang separuh tiang. Mentaliti sebenar GM Tak Ori adalah “Biar Pape Asal Bergaye, Yop.

Betul tak?

Last2 semua jalan jem, nak pegi ofis balik ofis setiap hari makan masa 3 jam. Hahahahaha pandainya orang UMNO buat pembangunan ye….

Tulang Besi said...


Dah nak jahanam dah Malaysia ini ,
Tak payah tunggu 9 tahun lagi .. 2 Tahun lagi boleh berhutang dengan IMF sampai 2020 lepai tu jual
secara LELONG.


Dah stat jual dah, bang.

Tu Blok C dgn D dah kena jual kat Brunei tu dah.

Grand Marquis said...

Masalahnya rugi 10-11 billion tu TB dapat dari mana? Apa kena mengena transport yang efficient dengan belajar buat kereta? Itulah orang kata mentaliti kelas ketiga. Macam orang kata apa guna belajar tinggi-tinggi kalau rumah sentiasa ada duit. Kenapa nak belanja 300k untuk hantar budak pi belajar kat Kansas kalau dengan 20k dah boleh dapat degree tempatan.

Tulang Besi said...

Masalahnya rugi 10-11 billion tu TB dapat dari mana? Apa kena mengena transport yang efficient dengan belajar buat kereta? Itulah orang kata mentaliti kelas ketiga. Macam orang kata apa guna belajar tinggi-tinggi kalau rumah sentiasa ada duit. Kenapa nak belanja 300k untuk hantar budak pi belajar kat Kansas kalau dengan 20k dah boleh dapat degree tempatan..

Abih kao ingat nak buat Proton tu pakai duit Jepun ke?

Hahahahahaha GM Tak Ori tak tahu beza antara memulakan industri berat dengan belajar buat kereta.

Kenapa Korea boleh mula industri buat kapal dengan hanya 20 orang sahaja yang dihantar ke serata dunia untuk belajar.

Dari 20 orang ni, mereka membina industri kapal mereka dan Korea adalah antara pembuat kapal terbesar di dunia.

Boleh tolong jawab tak?

Biar Pape Asal Gaye, Yop.

Khun Pana aka johanssm said...

TT silap lah.
Chuma orang malaysia yang tak tau , manakala orang luar negara sudah tau.

Bacha ini sebelum hentam Tulang besi.
mungkin ramai pembacha belum maseh lahir pada tahun 1985 atau maseh di susu .

" Government policy has kept the Proton cheaper than other makes by the simple strategy of taxing the hell out of the competition. Duties on packages of parts for assembly into complete cars in Malaysia are around 150 per cent. Proton is exempted from most of these."

" in the Proton's first year of production, national car sales dropped by half to 47,000. The next year was worse - 35,000."
Untuk tahun 1986/7

http://www.newint.org/issue195/proton.htm

***terbitan 1989 / catatan $ dalam matawang amerika .
Kalau tak percaya jugak you sendiri tanya Tun mamak..dia ada blog

Tulang Besi said...

Terima Kasih Khun Pana.

Saya sengaja tak nak bawak fakta tu, sebab saya nak main isu "Biar PApe Asal Gaye" dulu.

Lagi satu, kelingkupan Proton ni dah jadi maklumat umum. Bukan benda baru.

Jadi, orang yang mintak bukti ni mungkin duduk dalam tempurung 20-30 yang lepas.

Grand Marquis said...

Switzerland ada kereta nasional? Holland ada kereta Nasional? Belgium ada kereta Nasional? Canada pun takda kereta nasional. Norway takda, Ireland takda, Denmark takda, semua takda.

Macam mana dengan Australia pulak? Penduduk mereka lagi sikit tapi mereka ada jenama kereta sendiri.

Isunya bukan negara, banyak atau sikit. Isunya ialah menceburi industri berat. Hang banga sangat dengan Korea, fine. Tapi hang pernah kaji ke susah payah mereka untuk naik? Hang dah pernah kaji berapa billion korea dah rugi sebelum mereka sampai hari ini?

Itulah orang kata, mentaliti kelas ketiga. Sentiasa lihat keuntungan jangka pendek dan hanya nampak keuntungan direct aje.

Hang nak banding dengan Swiz, Holland dan denmark? Tapi isunya ialah hang nak ikut orang ke? Lagi pun kita ni orang Islam. Hang tak pernah pikir pasal umat ke? Dalam dunia ni tak de umat Islam buat. Takkan hang selama-lama nak umat Islam jadi hamba pengguna kepada orang kafir? Kalau jadi perang Islam-Kafir, tiba-tiba tak de orang kafir nak jual kereta kat umat Islam apa nak jadi?

Hang tak tau ka dalam Quran Allah S.W.T. suruh kita buat persediaan. Tapi apa maksud persediaan tu? Itulah orang kata mentaliti kelas ketiga yang memundurkan umat Islam. Hanya lihat untung dari segi dollar and cent.

Grand Marquis said...

Salahkah kita protect our own product and industry?

Apakah TB lebih suka duit kita dihabiskan untuk orang luar atau dihabiskan untuk orang kita sendiri?

Tulang Besi said...

GM TAK Ori,

Mana Australia ada kereta national.

Holden tu dah duduk bawah GM US sejak 30'an

Ford pulak semua orang tahu asal dari Henry Ford

Mana dia kereta national Australia ni?

baca ni

"The Australian government can throw $6 billion or $600 billion at these car plants, but they still won't be economically feasible," he said.

"Australia's car plants are losing money faster than a drunk at a casino and there's no feasible way of turning this around.

"The Australian car industry can re-focus on small cars, green cars, blue cars or red cars. None of this will make the slightest difference."

Mr Matthew-Wilson believes the government money would have been better spent by giving it to the affected car workers.

Tulang Besi said...

Salahkah kita protect our own product and industry?

Apakah TB lebih suka duit kita dihabiskan untuk orang luar atau dihabiskan untuk orang kita sendiri?
.

Protest our own product ke atau protect idea Mahafiraun yang gila babi tu?

Ada beza bang.

Tapi takpa, biar pape asal gaye.

Skrg negara dah punah.

Grand Marquis said...

Pokoknya Holder is still an Australian brand. Kalau nak dikirakan market, market di Australia lagi kecik.

TB kata biar papa asalkan bergaya? Saya rasa ia lebih tepat dengan orang mentaliti kelas ketiga macam TB. Sebab apa, biar wang negara keluar, biar orang kita jahil, asalkan kita dapat naik BMW.

Sedangkan mentaliti TDM ialah biar papa asalkan dapat ilmu.

Anonymous said...

One of the most stupid project by Mahathir. Because to satisfy his huge ego, he was ready to sacrifice sound economic advice.

Proton is a curse to Malaysia, if not for Proton, today Malaysia will be the Detroit of the East. All those big names car makers will be located in Malaysia rather than Thailand. Just imagine the jobs created, the economic off spins. Today, we are made to lag behind because of this stupid UMNO administration. Just watch how bangsa Melayu is going to suffer.

Today, look at where the electronics industries has gone to. All LED, PLASMA and LCD televisions of Japanese brands are made in Singapore, other electronics consumer goods like fridge, washing machines and what nots are made in Thailand. Are we not ashamed? These factories relocated to foreign countries because of stupid policies that made the Malays beggars and will have to depend on UMNO eternally.
Just look how many big name companies that had relocated to Indonesia after the fall of Golkar and Suharto. Melayu Malaysia bodoh! Indonesians are much smarter. UMNO Baru is best represented here with the likes of those stupid arses like tamingsari and GM tak Ori! Are you not ashamed?

Today, Malaysians are left with the burden to carry the sick Proton. Infact this is a national shame. They are unable to address the problem with the power windows for 10 years and the problem from Waja had been inherited by Persona!
Just look at the cars the Thais, Filipinos, Indonesians, Vietnamese, Cambodians are driving, let alone Singapore and Brunei.

And compare the prices they are paying for a Toyota Vios, Altis, Camry in Thailand and what Malaysians are paying. Infact their Vios are being sold at a cheaper price than the Persona. Malaysians had been made to pay for the mistakes of the BN Government for far too long. Proton should be left to fend for itself. If it cannot survive it should be sold off. There is no love lost as far as Proton is concerned to Malaysians. Look at the Koreans, Chinese and now the Indians. They make affordable cars for their citizens with the aim of penetrating the international markets. And look at the improvments of the Koreans and Chinese made cars, amazing improvements with every model launch.

Proton made cars to screw Malaysians. To be frank to those good workers in Proton, each time Proton send their requirement specs to the vendors, the end product returned to Proton are inferior sub standard products and they have to accept it because the vendors are those stupid benefactor with links to who else, UMNO Baru of course! UMNO Baru is a bloody curse to Malaysia and Malaysians must get rid of it.

It is a shame where we are as far as the car industry is concerned. We were into this industry much earlier than the Chinese and at about the same time with the Koreans! Proton, a national shame created by Mamakkutty! Just why can't genuine Malays have their leaders of their own and instead have to worship this "fascimille" tak ori?

Porah! Mamakutty! Bangkit Melayu tulen!

Tulang Besi said...

kahkahkah GM tak ori nak guna contoh Holden.

Aku nak tergelak sangat-sangat. holden ni dah tak jadi syarikat Australia semenjak 1931.

Holden ni asal syarikat buat "saddle", tempat duduk bila menunggang kuda.

Bila dia tukar jadi syarikat kereta, dia terus jadikan diri dia anak syarikat GM

Macamanapun Holden bergantung kepada GM dari segala segi termasuk "export market"

Holden bergantung kepada pasaran export GM yang paling tinggi di Middle East.

Proton nak bergantung kepada market sapa? Boleh terang tak?

Anonymous said...

Bro TB,

Proton nak gantung pada siapa? Good question.

Indonesia tak nak, Brunei tak nak, Turkey, huge losses for Proton that they dare not reveal, Timur tengah told Proton not to make a fool of Middle East, as currently the huge middle east car markets of Dubai, Qatar, Bahrain, Oman are buying 2011 models and Proton are selling 2003 models. Kah kah kah. Do you hear that GM tak ori? Iran have their own car, Saudi Arabians will never touch Proton. For your information, it will be easier to strike a lottery than to sell a Proton in Britain. Last year, 2009, Britain sold 2 units of Persona. Get it GM Tak ORI? Proton and Mamakutty can cheat Malaysians but they are nothing to the Muslims and Arab countries. You think those Arab countries will support Proton because it is made in Malaysia, an Islamic country? Porah. Infact you will be shocked to know the prices of Proton sold in Dubai and Saudi Arabia are considerably cheaper than those paid by Malaysians. That is UMNO Baru for you folks.

Just send this stinking corrupt, incompetent Government out for good come the next GE. UMNO Baru can never bring the country forward and Malaysians must know. All Malaysians must unite as one and vote PR, and if PR wins, let us take on the world economically as Satu Anak Bangsa Malaysia. Malaysians can do it. Bangkit Melayu! Bangkit Malaysians!

Grand Marquis said...

Hipokrisi muncul lagi. Holden, Australia tak de pasaran local, boleh bergantung pada pasaran export.

Malaysia, kata TB pun tak de pasaran local. Tapi kenapa proton tak boleh cuba cari pasaran export?

Mentaliti kelas ketiga lagi, orang lain buat boleh, orang kita buat tak boleh.

p.s. Today we have a good lesson about Mentaliti Kelas ketiga.

Grand Marquis said...

To Anon 3:22 PM,

What you said is true. But don't forget also many european and american brand that fail miserably else where in the world.

But my question to you is that when will the Muslim start to learn how to build car if we always carry on with this kind of mentality?

U said bangkit Melayu, bangkit Malaysia. Tapi bangkit apa? Apa yang awak nak bangkit? Bangsa lain bangkit sebab mereka menguasai ilmu dan teknologi dan banyak usaha mereka ialah melalui trial and error.

ataspagar said...

dipaksa ke atau terpaksa ke.. apa yg penting.. nampak ramai gak puak2PAS yg dok pakai kereta proton..wlaupun depa dok kutuk mcm2.. betui tak GM.. sbb proton masih antara kereta yg termurah dipasaran Malaysia la ni.. betui tak TB.. nasib baik ada kereta Proton.. kalau tak.... naik BMW je la (BAS MINI WILAYAH)

Anonymous said...

Teringat aku disama lalu, dimana ramai penyokong Mahathir amat berbangga dengan kereta nasional proton.

Kini penyokong itu telah menjadi layu kerana mereka baru sedar proton tiada kualiti. Dan kini mereka pulak mengatakan proton "kereta pakai buang". Beli mahal jual tak laku.... padan muka dia !!

Yang paling seronoknya... Mahathir sebagai tuan penasihat proton guna kereta buatan luar negeri guna duit rakyat... ahli UMNO Baru guna duit gaji beli proton chop ayam.

Aku ucapkan terima kasih kepada Tulang Besi kerana pembongkaran berani terhadap Tun Mahathir kerana selama ini pembodek dan pemgampu BN sentiasa mengatakan bahawa Tun Mahathir adalah PM yang amat berjasa kepada rakyat Malaysia...?

Grand Marquis... teruskan perjuangan kau mempertahankan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang korup.

Jika kau salah bagi fakta cerita seperti ini akan jadi senjata menikam BN dalam pilihanraya ke13 nanti....

Tulang Besi said...


But my question to you is that when will the Muslim start to learn how to build car if we always carry on with this kind of mentality?
.

When? Bukan Iran dah start ke industri kereta baru?

Kita support je lah Iran.

Indonesia pun dah mula tapi sebab Suharto korup macam Mahafiraun, kita hancur.

Negara kecik macam kita, sepatutnya tumpuan adalah "Service Economy".

Tapi Mahafiraun pegi buat AUKU, menjadikan pelajar U kita macam kucing bila tamat pengajian. Semua hopeless tak boleh harap. Nak buat apa pun takut, kecut.

Bodoh punya Mahafiraun.

Tulang Besi said...


Malaysia, kata TB pun tak de pasaran local. Tapi kenapa proton tak boleh cuba cari pasaran export?

Mentaliti kelas ketiga lagi, orang lain buat boleh, orang kita buat tak boleh.
.

Apa kao cakap ni GM Tak Ori? Proton dah cuba pasaran eksport. SEMUAA GAGAL.

Kalau ada berjaya pun, sikit je kat Mesir.

Sebab dia gagal pasaran ekspot la dia terpaksa bebankan rakyat Malaysia dengan bayaran kereta yang lebih tinggi dari harga rumah.

Bodoh bahlol punya ekonomi. Mahafiraun mana reti ekonomi. Dia ngaji doktor je.

Tulang Besi said...

sbb proton masih antara kereta yg termurah dipasaran Malaysia la ni.. betui tak TB.. nasib baik ada kereta Proton.. kalau tak.... naik BMW je la (BAS MINI WILAYAH).

Baca komen di atas ni, barulah aku paham bila orang kata "Melayu Mudah Kena Tipu"

Sikit pun penulis ni tak sedar sebab apa kereta lain semua lebih mahal dari Proton.

Bang, Proton lebih murah sebab cukai yang kena pada kereta lain telah dinaikkan BERLIPAT2 KALI GANDA.

harga kereta lain tu mahal bukan sebab harganya macam tu, tapi sebab cukai.

Kalau takda cukai, sebijik Honda City baru 1.3 harga tak sampai RM35k on the road.

Buleh paham tak, bang?

Inilah masaalahnya bila jadi UMNO, otak terus beku.

Tulang Besi said...

Kalau tengok si GM TAK ORI ni, dia berbangga sangat dengan mentaliti:
"Biar Pape Asal Bergaye".

Itulah dia mentaliti Mahafiruan/UMNO. Untung rugi tak penting sebab semua duit rakyat, bukan duit dia.

Yang penting bergaye, yop.

GM Tak Ori datang dari acuan yang itu.

Hancurlah Malaysia.

Anonymous said...

To my dear GMTO,

I refer to your reply which asked, Bangkit Apa? Good question bro, but, the fact is simple, to move forward, Melayu dan Malaysians must bangkit and vote this stinking corrupt and incompetent lousy BN Government out, come the next election.

The choice is clear, vote BN and stare at bankruptcy come 2019, we did not say this, BN said this. This shows its inability to govern, and must Malaysians blindly follow this corrupt BN Government which had siphoned off, swindled the country of hundreds of billions of dollars? Bangkit Melayu, Bangkit Malaysians, let us all stand united and save the country from bankruptcy.

With regards to your comments that many Euro countries have their own cars, that was many decades ago. They know they cannot survive in this competitive world, and they sold off their companies to bigger companies. It is better to lose some money than to be dragged eternally into this fiasco because of face value. The failure in this business especially for small time car makers are like a bottomless pit. Only stupid people talk about face value in this commercial world, if the investment is not viable, stop it or sell it off, to cut losses.

Do you not feel ashamed that 26 years after assembling the first proton, we are still not able to come out with a model with a left hand drive? Is Proton seriously looking into the export market? Or they know they cannot sell 2003 models to markets that are buying 2011 models now? Considering the hundreds of billions that we had lost, do you not think that we are hopeless? We cannot compete when you do not have an international market. We are surviving because Malaysians are made to pay to ensure that Proton survives, not Proton survives because they are competitive. It is not that Proton cannot build good cars, but, it is those stupid UMNO warlords, vendors to Proton who are supplying Proton with inferior parts at astronomical prices because of their connection with UMNO Baru. For Proton to compete, UMNO Baru must fall. Until and unless this happen, Proton will always remain as it is, a manufacturer of inferior/unsafe vehicles. Just look at the turning circle of Persona, Saga, Savvy, Gen 2, I do not know what the other models are. It is like driving a 1 ton lorry, not a car.

Grand Marquis, I think it will be wise of you to wake up and fight for a better Malaysia. The situation now is bad, it is only a matter of years when Vietnam and Cambodia overtake us. We are pariahs in Southeast Asia today. Only the Government, through the spins of the MSM is making it as though Malaysia is ahead of those countries. In SEA, we are ahead of CAmbodia, Burma and Laos surely, when at one time we were only behind Singapore.

Bangkit, Grand Marquis, you can make it, be open minded and bersama sama abang TB. This abang TB certainly knows much more than we think. I still remember during the reformasi years in the late 90s, this abang TB, was standing high and hoisting a PAS flag amongst tens of thousands of Malaysians wanting change.

Abang TB, care to post that picture on this blog?

Salam Reformasi!

Anonymous said...

Who said no left-hand drive . I was in Iran 3 years ago. Found wira, persona, iswara, all left hand drive

hafiz said...

tulang besi mentaliti bodoh..direct sound..walaupun kami tahu betapa teruknya proton nak naik sampai ke hari ini tapi itulah yg agak boleh dibanggakan kerana kita ada kereta kita dan hari ini walau x berapa bagus lg,kita dh ada enjin kita..dh masuk pasaran euro pun sekalipun kene kutuk dgn jeremy clarkson..kita tahu negara kita bnyak korupsi dan pemerintahn byk yg tak betul tapi kita kene ingt byk idea tun M yg buat malaysia dipandang dimata dunia..politik2 juga tp jgn smpai xtahu menilai mana intan mana kaca..saya ttp sokong proton n i believe 1 day proton dpt bersaing dgn jenama dunia seperti honda n toyota,mereka dulu pun amik masa jgk nk naik,bukn buka kilang je trus2 naik..lbh 30 tahun juga mereka nk jdi trkenal..starting point kita 1985..dorg starting point 1960an dh start buat kete..fikir la skit bro..aku tau kita marah kt proton sbb hrga..bantah ttp bntah tp bgga ttp bgga sbb kita ade kete mlysia..aku pakai saga 85 n waja 08..so aku tau the feel,proton mmg dh improve..org korea support kete dorg ape slhnye org kita support kete kita..ye aku tau org atasan pun pakai merc n bmw..mmg ptt dibantah sbb mereka yg ptt tunjukkan contoh pd rakyat tp sbg rkyat yg bijak kita hidup dlm negara kita,kita support lah kereta kita,mcm aku ckp tp support tetap support,bantah tetap bantah..kalau perodua aku xkisah sgt sbb dr dulu start 1994,96 kalau xsilap smpai skrg xde improvement pun..amik direct dr daihatsu,tukar nama n keluarkan facelift..mmg xde jati diri wlupun ramai yg minat perodua dr proton..just bg pendapat..

Anonymous said...

Stju,org melayu x pndai nk bca mksud tersurt dn trsirat,knpa chedet tbuhkn pr0t0n

Anonymous said...

Brapa rmai ank melayu yg keja dgn pr0t0n ,hg 2 yg b0d0h, knpa anwar pungk0q x mans0h umn0 masa dy timbaln dulu,b0d0hnya ank melayu mcm ang

alqadri ibnohasim said...

iye ke..
fakta yg anda lupa:
1.jepun dan korea beli keta dorg sbb murah dan kena bayar tunai.

2.jepun dan korea beli keta murah tp minyak mahal melampau..

3.jepun dan korea jual keta luar dgn harga yg mahal sama mcm malaysia buat.

4.mahafiraun buat proton sbg lambang kemajuan org melayu

alqadri ibnohasim said...

mmg proton susah tembusi pasaran luar sbb proton adalah buatan orang islam

Anonymous said...

blogger ni kata kenapa x support product iran? mmg bodoh dia ni dia x fikir survivality umat islam..iran tu boleh kita kata bukan islam sbb dia syiah..ko kot mana pun nak bangkang biar berpada..tgk pd blog support ulama' tp aku ingat ko hanya islam pd politik je,mcm sebilangan besar puak PAS skang yg rata2 sokong sbb politik,sama mcm UMNO pun bukn nk prjuangkn melayu sgt tp suka pd politik je..proton ni la satu2nya kereta ngara islam yg dr A-Z kita design sndiri (xtermasuk wira ko tu yg pkai enjin mitsu) dan x termasuk jgk gearbox (majoriti pmbuat kereta dunia pun xbuat gearbox,amik dr punch,jatco,getrag)..ye mmg kerajaan kita byk korup,proton pun sma tp kalau kita xstart buat kereta sndiri jdi la kita umat islam yg bergantung harap pd org bukn islam..mahafiraun yg ko ckp tu mmg jahat tp idea yg kejam dia ni la yg buat ngra islam lain lain respek pd malaysia..aku xnk komen soal kualiti sbb itu bukn mslh proton xbrjaye atau xreti buat kereta tp itu mslh vendor yg dikuasai kroni (trmasuk cina n india asal kroni) yg hasilkan part yg xberkualiti n mslh Qc lemah..10 tahun lg org mcm mahafiraun, atau kroni2 nye dh xde,kita mmpu ubah hari ini utk 10-20 tahun akan dtg..

Anonymous said...

aku baru ternampak blog ni, Tulang besi otak getah beku. aku bukan nk defend proton ke perodua ke, cuma tahun 1985 aku beli kereta 2nd nissan sunny lantai bocor rm17k.1995 aku beli ford telstar jalan mcm ketam rm24k. Lepas proton dan perodua ada baru kereta semua turun harga,budak budak muda boleh lah Tulang besi otak getah beku nak goreng be..cuba fikir positive,di US masa aku berlajar disana kereta diaorang macam kotak yapi orang US bangga , siap senggeh kat aku, cakap Proudly made in USA. masa tu orang kat Malaysia kata kete jepun tin milo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.