Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 25, 2010

Semua Di Malaysia Menentang Judi Bola, Tidak Kira Agama, Bangsa atau Fahaman Politik

Vincent Tan telah cuba untuk mempetahankan pemberian lesen judi bola oleh Kerajaan BN kepada beliau dengan berkata:

“The Government has made it really clear that Muslims are not in any way allowed to bet with us. So my question is why are these groups so unhappy,” he told Malaysian reporters in London.
“We don't want to quarrel with them. I ask why. They know that illegal bookies are all around the country and the Government don't get any revenue,” he said.

Siapakah yang Vincent Tan cuba tipu? Penipuan Vincent Tan dibahagi kepada beberapa fasa:

1.0 Kenyataan Awang Adek dan Najib sendiri tidak menyatakan judi ini diharamkan pada orang Islam? Kalau benar ia diharamkan untuk orang Islam, saya cabar Vincent Tan untuk membawa bukti hitam putih. Tunjukkan saya satu surat dari Najib atau Awang Adek yang menyatakan judi bola ini haram untuk orang Islam? Dunia ini akan kiamat bila kita mula mempercayai cakap-cakap tokeh judi.

2.0 Saya nak tengok perkataan “Diharamkan untuk Orang Islam” tertera di atas Lesen Judi Bola yang diberikan oleh Najib Tun Razak pada Vincent Tan. Saya cabar Vincent Tan menunjukkan lesen judi bola beliau kepada khalayak ramai.

3.0 Cara terbaik untuk mengawal judi gelap adalah mengurangkan judi yang sah. Kalau kita naikkan aktiviti judi “sah” maka aktiviti judi gelap juga akan bertambah. Kalau kita guna logic Vincent Tan, maka wajiblah kita menghalalkan dadah di Malaysia demi mengawal penyalahgunaan dadah?

4.0 Vincent Tan cuba memberi gambaran kononnya dengan menghalalkan judi bola maka judi haram boleh dikawal. Masaalahnya, apa bukti yang Vincent Tan boleh bawa untuk menyokong teori beliau ini?

5.0 Vincent Tan tidak dapat menyorok tujuan sebenar judi bola diadakan yakni untuk membuat keuntungan yang berlipat kali ganda bagi tujuan mengkayakan beberapa individu dan tokeh-tokeh.

6.0 Juga, saya amat yakin, judi bola ini akan memberikan keuntungan yang banyak untuk UMNO terutamanya di dalam menghadapi Pilihanraya Umum yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Saya mencabar Vicent Tan untuk menafikan yang berikut:

1.0 Bahawa, mengikut laporan Mayban Securities pada tahun 2006, potensi untuk judi bola terutamanya sepanjang Piala Dunia adalah berjumlah RM1.7 billion. (Sila rujuk di sini untuk mendapat maklumat lebih mendalam).

2.0 Ertinya, jumlah judi yang mengalir dalam ekonomi Malaysia seharian sudah pun terlampau besar. Mengapa mahu menambah lagi dua kali lipat?

3.0 Saya cabar Vincent Tan nafi bahawa apabila orang miskin berjudi, mereka akan menggunakan wang yang sepatutnya mereka guna untuk membeli keperluan hidup keluarga mereka seperti makanan, ubat-ubatan, buku sekolah dsbnya. Ini bererti akan ramai lagi kanak-kanak yang kurang makan dan peralatan sekolah hanya kerana ibu bapa mereka berjudi? Bukankah ini satu kezaliman?

Saya juga sedih bila ada seorang pembaca saya bernama GM Tak Ori cuba membawa kenyataan Vincent Tan ini seolah-olah ianya satu bentuk kebenaran yang hakiki. Saya tak heran sebab pendokong-pendokong UMNO seperti GM tak ori ini adalah pengikut ajaran Khawarij al UMNO.

Jadi, mereka biasa menghalalkan perkara yang haram serta mengharamkan perkara yang halal.

Tulang Besi

18 comments:

Grand Marquis said...

Pertama, kenapa saya bawa kenyataan VT ni. Sebab TB kehulu dan kehilir kata kerajaan halalkan judi untuk orang Islam.

Dari awal lagi kempen TB ialah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Saya minta TB tunjuk bukti, dimanakah kerajaan pernah kata judi itu halal untuk orang Islam. Tapi TB sampai hari ni masih tak de telor nak tunjukkan bukti.

Tapi dia terus kempen, khawarij, menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang halal.

Itulah dasar kaki fitnah, tak pernah fikir pasal Tuhan bila dia fitnah orang.

Kedua, bila TB tersepit, mulalah dia main spin kata-kata orang. Kalau solat belakang Nabi S.A.W. pun TB boleh kata bukan solat jemaah. Kalau dengan Nabi S.A.W. pun dia boleh spin korang bayangkan apa yang dia tak boleh spin di dunia ni.

Bila terdesak, dia kata cakap Awang Adek dan Najib tak kata pun judi haram untuk orang Islam.

Itulah, nak kata bodoh, bunyinya kasar, tapi itulah bahasa yang paling sesuai. TB dah pi baca secara penuh ke dokumen yang bagi lesen tu, dah kaji dan confirm kata orang Islam boleh judi ke? TB tak tau ke undang-undang Islam di Malaysia dah jelas mengharamkan orang Islam berjudi dan tak tau ke ia secara otomatik tertakluk pada semua pusat dan lesen judi?

Kerajaan bagi lesen judi, itu dosa dia orang tanggung, tapi TB fitnah orang TB sendiri bertanggungjawab. Apakah kita ni boleh mencuci dosa dengan satu dosa yang lain?

Jangan lupa, <a href="http://www.malaysiakini.com/news/87959>pas pun menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal</a> kalau mengikut standard TB. Sebab kata TB, tak de pun dalam artikel itu kenyataan PAS kata judi haram untuk orang Islam.

Anonymous said...

Takde cerita pasal Kohilal ke? Duit ahli dijudikan. Alasan diberi..nasib tak baik. Macam berjudi je bunyinya.
TB tak payah sentuh hal ini sebab memalukan diri sendiri. Sorok sorok sorok.

Kalau ada judi bola,Kohilal boleh melabur.

Tulang Besi said...

Sudah la GM Tak Ori. Aku cabar kau tunjuk lesen judi bola yang diberikan oleh Najib kepada Vincent Tan.

Ada kata tak ianya HARAM UNTUK ORANG ISLAM?

Tulang Besi said...

GM Tak Ori, dalam mempertahankan madhzab Khawarij beliau, telah bekerjasama dengan Vincent Tan dan UMNO.

SAnggup terima cakap Vincent tan bulat2.

Itu yang saya musykil sampai hari ni.

GM Tak Ori kena jawab juga mengapa nilai transaksi judi di Malaysia boleh sampai ke RM1.7billion sehari.

Grand Marquis said...

Bila TB dah kehabisan hujah, mula dia tukar arah. Mula dia cabar macam-macam dan konar ke bab lain.

Siapa boleh lupa, cabaran TB paling bodoh dalam abad ini, suruh najib bubarkan parlimen Hulu Selangor untuk buat pilihanraya semula.

Kalau hang minat nak tau sangat, pergilah tanya rakan dap kau.

Anonymous said...

E2 mandarin pariah Vincent tan PINJAM DUIT dri bank utk labur balik ke dlm salah sebuah sykt dia yg telah mendapat lesen utk judi bola..he is creating debt to avoid paying taxes!!Profit will dsalurkan to his UMNO cronies n hismelf..shareholders hisap kotek..

UMNOAPCO said...

Ulasan LEMBU GM ...

"Pertama, kenapa saya bawa kenyataan VT ni. Sebab TB kehulu dan kehilir kata kerajaan halalkan judi untuk orang Islam."

KO tanya TPM hang MAT SEMBAB .. dia
kata KENA BINCANG SEMULA.

Kalau ko pi tanya PM hang BIJAN ..
dia kata " Er$ .. Er$ .. Er$ "

Kalau ko pi tanya HURUSANI mufti
kerbau hang .. dia kata meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, 'umpama' menentang hukum Syarak..

Woi bukan UMPAMA laa. SAH menentang
hukum SYARAK tu. Aik macam bagi line nampak ...

Jadi soalan saya kat GM LEMBU..
Sapa yang beria nak beri lesen judi
untuk orang islam secara tak langsung dan kaut hasil judi ini untuk kegunaan orang ISLAM secara langsung.

A) Kerajaan ZIMBABWI
B) Kerajaan MALAYSIA ISLAM
C) Kerajaan Langit AYAH PIN

Ulasan kedua GM Lembu ..

"Saya minta TB tunjuk bukti, dimanakah kerajaan pernah kata judi itu halal untuk orang Islam. Tapi TB sampai hari ni masih tak de telor nak tunjukkan bukti."

Woi LEMBU kalau letak tanda JUDI HARAM DISISI AGAMA pun semua pi TEKAN jugak. Semua agama larang
judi laaaa. Mata tu bukak luas2
lagi laaaaaaaa.

Yang menghalalkan HARAM JADAH nie
ialah KERAJAAN UMNOAPCO YAHUDI LAHANAT yang hang dok menelan AYAQ KENCING dan NAJIS BABI depa untuk
MENGHALALKAN semua tu kat sini.

Sapa yang Menghalalkan yang haram nie .. ??

A) HANG
B) TB
C) AYAH PIN
D) UMNOAPCO
E) ROBERT MUGABE

Hang akan sedar bila Negara nie kena lelong.

Anonymous said...

Salam,

GM saya tak lupa cabaran TB mengenai Hulu Selangor tempoh hari.

Isu skrg TB cakap UMNO cuba menghalalkan judi, namun ini semua hanyalah spin TB, sedangkan kerajaan sudah cakap malah di kedai-kedai judi pun tertera judi haram utk Islam. Jadi atas dasar apa TB cakap UMNO cuba halalkan judi? Ini pun jelas dan nyata penulisan TB berdasarkan presepsi peribadi TB. Bukan berdasarkan fakta sedia ada.

Adakah dengan memberi lesen supaya kegiatan judi haram yang berleluasa sepanjang berlansungnya Piala Dunia dapat di kawal, bermakna kerajaan cuba menghalalkan judi buat masyarakat Islam? malah Vincent Tan semalam mengeluarkan kenyataan mengatakan masyarakat Islam tidak boleh terlibat sama sekali dengan judi bola.

Pihak PR sekarang kekeringan isu untuk dimainkan utk memburukkan kerajaan, sebab itulah apa kita perhatikan sekarang penulisan TB semuanya diselitkan dengan judi bola, judi bola.

Apa isu KOHILAL TB taknak tulis? rm45juta rugi tu? taknak ke TB yang arif dalam ekonomi kononnya memberi sedikit ulasan mengenai isu KOHILAL? Kenapa semua artikel TB sekarang mengulas mengenai judi bola sahaja?

Kalau nak menghukum biar adil. Walaupun saya juga tidak bersetuju dengan kerajaan meluluskan lesen judi. Tapi usahlah TB menghentam mengikut emosi sendiri dan spin fakta mengatakan UMNO cuba menghalalkan judi buat masyarakat Islam. Sebab satu apa pun saya tak pernah dengar pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan orang Islam boleh berjudi bola.

Ini semua hanyalah omongan kosong TB.

Mr.Puaka

Grand Marquis said...

Satu perkara yang semua penyokong PR ni sama, iaitu suka mencarut dan menggunakan bahasa kasar. Kalau kita baca komen, awal 2-3 ayat dah start mencarut, kita tau mesti penyokong PR. Entah kenapa orang ni juga beria-ia nakkan Islam.

Kata UMNOAPOCO
Jadi soalan saya kat GM LEMBU..
Sapa yang beria nak beri lesen judi
untuk orang islam secara tak langsung dan kaut hasil judi ini untuk kegunaan orang ISLAM secara langsung.


Jawapannya ialah:
JIKA JUDI DITERIMA MAJORITI CINA DAN DIBENARKAN OLEH AGAMA MEREKA, MAKA PAS AKAN MENGKAJI SEMULA KETETAPAN TERHADAP ISU ITU " - Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar : Nanyang Siang Pau 17 Januari 2001

Tulang Besi said...


JIKA JUDI DITERIMA MAJORITI CINA DAN DIBENARKAN OLEH AGAMA MEREKA, MAKA PAS AKAN MENGKAJI SEMULA KETETAPAN TERHADAP ISU ITU " - Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar : Nanyang Siang Pau 17 Januari 2001
.

Skrg ni orang Cina dan India sendiri tolak judi. Apasal UMNO pegi lulus?

Sila jawab, wahai GM Tak Ori.

cina@selangor said...

sudahlah tulang besi

balik-balik pakai ketuanan islam

balik-balik kata semua bantah judi

tau tak berapa estimate judi di malaysia?

kalau semua bantah judi, tiada jumlah estimate yang banyak itu

kamu patut kata semua orang-orang PAS sahaja yang bantah judi

boring betul hujah kamu. sudahkah kamu bertanya kepada saya? Saya ini sokong judi sebab mengikut budaya dan agama saya memang judi ini OK.

Jadi jangan membuat kenyataan liar. PR mesti jatuh pada PRU akan datang kerana PAS tipu pengundi cina, india dan lain-lain.

UMNOAPCO said...

"Satu perkara yang semua penyokong PR ni sama, iaitu suka mencarut dan menggunakan bahasa kasar. Kalau kita baca komen, awal 2-3 ayat dah start mencarut, kita tau mesti penyokong PR. Entah kenapa orang ni juga beria-ia nakkan Islam."

LEMBU nie .. kalau suruh JALAN dia
takkan JALAN kena tibai baru JALAN.
Jadi Hang kan LEMBU PAWAH , orang
cakap elok2 hang PEKAK BADAK !!
Jadi kena tibai laaaa LEMBU.

Memang penyokong PR beria-ia nakkan ISLAM dari MELAYU PLASTIK macam hang. Tarbiah cara kasar untuk MUNAFIK & FASIK macam hang.

Anonymous said...

mandarin pariah vincten tan thinks he can rattle the underworld betting syndicate by using police force..greasy haired moron cina tak taukah,si musang himself is major partner of the crimninal underworld?dia tak taukah,mata mata lepas bersara jadi "protector" of the underworld bizniz..plus the underwold betting syndicate is way more connected,more powerful,than the greasy haired mandarin pariah..

Anonymous said...

now is the time sell berajaya stocks..make profit folod by aggressive naked short selling just like wat the boss springsteen sang a long time ago "i am goin down down down..down down down..woah baba lubba down DOWN down.."

tamingsari said...

TB, satu dua kerat cina dan india cakap kau kata semua. Kalau betul suruh DAP bawa usul dalam parlimen mintak Kerajaan tarik balik semua lesen lesen judi. Suruh Anwar Jub ketua pembangkang bawa usul.

Pakatan Rakyat ambil pendirian membatalkan semua lesen-lesen premis yg ada kaitan dgn judi arak dan lain2 maksiat. Kalau benar DAP dah boleh ikut PAS. Kalau betul PKR setuju dan kalau Pas BNAR-BENAR ikhlas berjuang atas nama islam. Apa yg terjadi gimik politik nak tunjuk terror konon.

Yg betul terror adalah pemuda Umno Seputeh. Umno/BN parti yg memerintah bantah keras. Perkasa yg dikaitkan dgn Umno pun berani bantah kerajaan.

Macam wayang kulit. Bagai nak gila patong berlaga dilayar putih,dibelakang DAP jadi tok dalang.

Anonymous said...

Vincent tan dan puak puak UMNO kata judi tu bukan untuk ortang Islam.... nampak sangat mereka ni penipu kerana kalau kita lalu depan kedai Sports Toto... kita akan lihat ramai orang Islam yang beli nombor... dan penyokong UMNO pun ramai yang beli... tak pecaya... cuba tengok gambar ni....

http://3.bp.blogspot.com/_89UhOoTDa98/SyWM2JpvgYI/AAAAAAAAAis/OOCUznZG-Tc/s400/Orang+Melayu+Berjudi+2.jpg

Grand Marquis said...

Hang percayalah cina tu anti judi. Bagus ada orang sebut pasal saham. Kalau betul mereka ni anti judi, saham Genting tu tentu tak jadi blue chip.

benciopportunist said...

saya cina. kebanyakan orang berpendirian bahawa jika judi yang berlesen tidak wujud, maka judi haram akan berleluasa=anngappan ini adalah SALAH. Tahukah kamu bahawa nombor-nombor lucky dikeluarkan oleh SYARIKAT VINSETAN pada setiap malam( sabtu, ahad,rabu,kadang kala selasa akibat bn mau untung banyak)? Oleh itu, semua judi haram 4d menjadikannya sebagai nombor-nombor lucky mereka juga.
Ini bermaksud,jikalau tidak wujudnya judi 4d berlesen, maka tidaklah wujudnya judi 4d haram kerana mereka takde rujukan.
nombor-nombor lucky 4d ini selalunya disiarkan di suratkhabar cina.
Terdapat penjual judi 4d haram di pekan saya, dan di kalangan mereka yang membeli adalah orng melayu selain cina dan india. Kebanyakan orang melyu yang beli, dari segi kelihatan dan kepakaiannya, merka merupakan golongan miskin. Mereka hanya mengharapkan judi mungkin kerana gaji yg rendah atau tamak.
Saya cina, saya benci judi kerana judi itu tidak membawa apa-apa faedah dan jika menang pun,judi tidak akan menjadikan kita kaya(dari sudut pandangn sy yg bukan islam).
Bukan semua cina suka berjudi, ini bukan budaya kami. jikalau benar benar ini budaya cina, maka sy anggap sendri sebagai bukan cina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.