Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 19, 2010

SIBU: Pujian Kepada Pimpinan-Pimpinan PAS

Tidak dapat dinafikan, PAS memain peranan penting dalam kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu. Hasil yang paling jelas adalah kenaikan undi kaum Melayu-Melanau kepada DAP yang begitu baik sekali. Tanpa kenaikan undi Melayu-Melanau ini, nescaya DAP tidak dapat memenangi kerusi SIbu memandangkan majoriti DAP yang begitu tipis (398 undi).

Hakikatnya, apabila PAS-PKR-DAP bersatu hati dan tenaga, maka kerusi sukar seperti Sibu pun PR boleh rampas. Pokoknya adalah apa pun perbezaan pendapat, harus diingat siapa musuh. Prioritas mesti diberikan kepada mengalahkan musuh dan bukannya perbezaan sesama sendiri. Manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain. Mana mungkin sentiasa aman, sedangkan lidah lagi tergigit.

Kesatuan tindakan dan strategi ini mengingatkan saya pada Pilihanraya Kecil Lunas. Apabila ketiga-tiga parti bersatu hati dan bekerja sama, maka sekuat mana BArisan Nasional pun, pasti akan kalah, inshaalah.

Mungkin itu juga faktor mengapa berlaku kekalahan pada PRK Hulu Selangor. Saya mendapat maklumat koordinasi serta pergerakan jentera tidak dijalankan dengan sebegitu baik berbanding Sibu. Kalau jentera PR Hulu Selangor sebaik di Sibu, saya yakin BN/MIC telah tumbang di Hulu Selangor.

Saya ingin memberi sepenuh pujian kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS yang bukan sahaja datang di hari akhir kempen, tetapi telah memulakan ucapan beliau dengan ucapan pembukaan dalam bahasa Mandarin.

Juga kepada SU Agung, Dr Siti Mariah, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Nizar dsbnya yang bertungkus lumus memberi kerjasama dan dokongan serta sokongan.

Juga, tidak lupa jasa Khalid Samad, Dr Siti Mariah, Mujahid dan Nizar dll yang keluar masuk gereja dan bertemu paderi2 untuk menerangkan tentang kemuliaan serta kecantikan Islam. Akhirnya, golongan paderi di Sarawak mendapat gambaran sebenar berkenaan PAS dan bukannya dari pihak ketiga (BN).

Islam itu cantik, dan kalau kita tidak terang Islam yang sebenar sesiapa pun tak akan tau akan kecantikan Islam.

Pujian juga kepada kedua-dua Naib Presiden yang bertungkus lumus pergi rumah ke rumah di Sibu.
Tak lupa juga saudara Firdaus yang mewakili Pemuda. Pemuda PAS juga memain peranan yang begitu penting di sana.

Kita juga melihat “skill” Cikgu Wan Rahim di dalam menyusun jentera pilihanraya. Saya mendapat maklumat dari orang-orang yang rapat dengan arwah Ustaz Fadzil, Cikgu Wan Rahim adalah rujukan utama Arwah di dalam hal-hal pilihanraya. Malahan, kalau dalam bab untuk tahu satu kerusi itu menang atau tidak, maka Ustaz Fadzil akan tanya Cikgu Wan Rahim dahulu. Biasanya jangkaan beliau tepat sampai ke tahap bilangan majoriti. Saya tak paham kenapa PAS Pusat tidak melantik Cikgu Wan Rahim mengetuai Jabatan Pilihanraya PAS Pusat. Beliau lebih dari layak untuk mengetuai JPP dengan pengalaman dan ilmu yang beliau ada. Rugi pada mereka yang tak sempat berguru ilmu pilihanraya.

Misal lagi satu apabila orang semua berkata undi MElayu turun kepada PAS di Bukit Gantang, Cikgu Wan Rahim sahaja yang kata tidak. Beliau kata kalau dilihat dengan jumlah undi, tidak jauh beza antara 2008 dengan waktu Pilihanraya kecil. Itu bagi saya satu petunjuk betapa hebatnya ilmu pilihanraya Cikgu Wan Rahim. Dalam analisa keputusan pilihanraya, kita kena tengok jumlah undi, bukan peratusan undi.

Maka, saya suspek undi BN yang bertambah itu tidak lebih dari undi hantu. Perkara yang sama juga berlaku di Hulu Selangor. Dari segi jumlah undi, rata-rata tidak jatuh banyak dan ada UPUdi Hulu Selangor yang jumlah undi Melayu bertambah. Namun, yang herannya undi BN/MIC pula naik mencacak-cacak. Jangan tertipu dengan peratusan bila kita menganalisa keputusan pilihanraya.

BN KALAH KERANA SIKAP MEREKA YANG BENCI BUKAN ISLAM UNTUK TAMBAH UNDI MELAYU

Saya percaya, undi dari mereka yang beragama Krisitian dari golongan Cina adalah sebab utama melonjakknya undi Cina kepada DAP berbanding 2008. Lonjakan ini saya berani kata ada kaitan dengan usaha yang dilakukan oleh pimpinan2 PAS bersama para paderi dan ahli2 gereja.

Cuma yang saya nak tanya, di mana pergi beberapa pimpinan PAS yang lain, terutamanya Timbalan Presiden PAS? Takkan satu hari pun tak boleh luangkan untuk berkempen di Sibu?

Juga saya sedih kenyataan yang dibuat oleh TImbalan Mursyidul Am PAS sehari sebelum pilihanraya Sibu sebagai menyokong kenyataan Zul Noordin Al Kazzab di dalam isu Kalimah Allah. Kenyataan2 seperti itu menguntungkan UMNO.

Padahal pada ketika itu, isu yang lebih aula dan penting untuk dikomen adalah isu Judi Bola. Sehingga hari ini, baik Timbalan Presiden mahupun Timbalan Mursyidul Am mahupun Zul Noordin Al Kazzab, senyap sunyi atas isu ini.

Saya takut mereka-mereka ini akan dituduh menyokong Islam UMNO ala Khawarij yang mengharamkan benda yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Isu Kalimah Allah ini paling kuat pun khilaf, tapi isu judi bola ni takda alasan untuk mengatakan ia tidak haram.

Bukan apa, sekarang ni saya pun dah mula kurang mengkritik pimpinan PAS. Jadi, minta mereka yang dahulunya pro kepada UMNO ni berubah juga. Musuh kita adalah UMNO dan Najib Tun Razak. Maka bagi saya sesiapa dalam PAS yang masih mahu bersama UMNO, haruslah mereka keluar dari PAS atau jangan pegang apa-apa jawatan dalam parti.
Kalau mahu menguntungkan UMNO, jangan duduk dalam PAS. Senang je.

Tulang Besi

ps kalau ada pimpinan2 PAS saya tak puji tapi terlibat, saya minta maaf sebab saya berada di luar negara.


Sibu: DAP menongkah arus, Khalid Samad jadi bintang

Harakahdaily
SIBU, 9 Mei: Calon Pakatan Rakyat dari DAP terpaksa menentang arus dalam pilihan raya kecil Sibu dan mengharapkan keajaiban untuk menang dalam pilihan raya ini.

Ini kerana, mereka terpaksa menentang parti pemerintah yang kuat di negeri Sarawak ini di samping masyarakat Cina yang masih lagi percaya dengan isu seperti negara Islam yang dimainkan oleh BN di negeri ini.

"Jangan terkejut kalau di sini isu negara Islam yang sudah lapok di Semenanjung masih menjadi isu utama di kalangan masyarakat Cina di sini. Jadi peranan penceramah PAS penting untuk menjelaskan isu ini," kata seorang wartawan yang aktif menulis untuk akhbar DAP, Rocket.

Mungkin atas dasar ini, anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad antara tokoh utama yang digunakan DAP untuk berkempen bagi pihak calon mereka.

Khalid hari ini bersama-sama dengan Teresa Kok ke gereja Sacred Heart, Sibu untuk menerangkan dasar PAS. Beliau bertemu dengan para penganut Kristian di situ bersama Dr Mariah Mahmud, anggota Parlimen Kota Raja.
"Saya diberitahu, SUPP menggunakan isu PAS adalah parti eksremist di Sibu ini dalam kempen mereka, jadi saya mewakili PAS menerangkan kepada mereka, siapa dan apa perjuangan PAS yang sebenar," kata Khalid kepada Harakahdaily.

"Khalid jadi bintang kan Sibu ini," kata seorang petugas PAS, Wan Johari Wan Omar kepada Harakahdaily. Di samping itu, Khalid turut bersama Datuk Mahfuz Omar dan Dr Mariah mengiringi calon DAP, Wong Ho Leng berkempen di kawasan Melayu.(gambar)

Sebaik sahaja menang dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Khalid telah memberikan ucapan yang bersejarah dalam sebuah gereja di Shah Alam. Sejak itu, beliau sangat diingati oleh penganut Kristian di negara ini.

Sementara itu, para pemimpin PAS yang lain sibuk berkempen di kawasan Melayu iaitu di dalam Dun Nangka.

Pagi ini, dua naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Hilir.(gambar bawah)

Turut serta adalah Firdaus Jaafar, Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS yang juga anggota Parlimen Jerai di samping para Muslimat PAS.

Kesemua mereka turut serta mengiringi calon Pakatan dari DAP, Wong Ho Leng. Selain mereka, turut mengiringi calon itu semalam adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pilihan raya kecil ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak menentang calon BN, Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron.

Dalam pada itu, nasib tidak baik berlaku kepada penyelaras pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil ini apabila Datuk Wan Abdul Rahim terpaksa berehat selepas demam.

Beliau yang terpaksa tidur sahaja selepas penamaan calon disyaki terkena serangan virus sebaik sahaja tiba di sini beberapa hari lalu.

"Memang masa nak mari pun dah tak berapa sihat," kata Wan Rahim ketika dihubungi Harakahdaily.

Namun begitu, kempen pilihan raya ini berjalan dengan lancar. Malam ini, Mahfuz dijangka memberikan ceramah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sambutan terhadap ceramah Anwar cukup baik apabila beliau mula datang ke sini semalam," kata Wan Rahim.

13 comments:

Anonymous said...

salam semua,
maaf lari sikit dari isu. PRK sibu memberi gambaran bahawa orang cina nampaknya bertekad untuk untuk merubah kepimpinan negara. selain dari keputusan yg berpihak kpd DAP kenyataan presiden MCA bahawa kerajaan BN tidak membantu orang cina walau pun hakikat sebaliknya. ini menampakkan DAP,MCA, Gerakan sama saja mengambil peluang atas persengketaan sesama melayu. mereka menghasut orang cina melalui akhbar berbahasa cina, klan2 perniagaan cina (yg kaya kerana dasar kerajaan) yang menyebabkan 70% orang cina benci BN. Ditambah pula mereka amat tahu dan yakin bahawa selagi TGNA, DSAI dan sebilangan pemimpin pas dan pkr memimpin pembangkang melayu ada, selagi itu melayu berpecah. mereka mengambil kesempatan sepenuhnya apa saja yg boleh meretakkan melayu bahkan sanggup membiayai pertubuhan islam yg diketahui menentang kerajaan. ini bukan mereka sayang pas atau pkr atau agama islam yg adil tapi mereka tak suka kerajaan membantu melayu. mereka tidak sukakan MARA, FELCRA, felda, risda, proton, sime darby, uitm, petronas dan juga jabatan2 kerajaan yg pro melayu. malah peruntukan bina mesjid pun ditegur oleh mereka. mereka amat berharap 30% sokongan melayu dalam pas dan pkr (yg naif dan mengikut apa saja)bagi merealisasikan cita2 mereka memerintah negara ini. contohnya lihat sajalah bilangan kursi parlimen pembangkang sekarang ini DAP dah melebihi pkr dan pas. apa kata kalau MCA, gerakan join mereka?.


paspros

Anonymous said...

salam semua,
maaf lari sikit dari isu. PRK sibu memberi gambaran bahawa orang cina nampaknya bertekad untuk untuk merubah kepimpinan negara. selain dari keputusan yg berpihak kpd DAP kenyataan presiden MCA bahawa kerajaan BN tidak membantu orang cina walau pun hakikat sebaliknya. ini menampakkan DAP,MCA, Gerakan sama saja mengambil peluang atas persengketaan sesama melayu. mereka menghasut orang cina melalui akhbar berbahasa cina, klan2 perniagaan cina (yg kaya kerana dasar kerajaan) yang menyebabkan 70% orang cina benci BN. Ditambah pula mereka amat tahu dan yakin bahawa selagi TGNA, DSAI dan sebilangan pemimpin pas dan pkr memimpin pembangkang melayu ada, selagi itu melayu berpecah. mereka mengambil kesempatan sepenuhnya apa saja yg boleh meretakkan melayu bahkan sanggup membiayai pertubuhan islam yg diketahui menentang kerajaan. ini bukan mereka sayang pas atau pkr atau agama islam yg adil tapi mereka tak suka kerajaan membantu melayu. mereka tidak sukakan MARA, FELCRA, felda, risda, proton, sime darby, uitm, petronas dan juga jabatan2 kerajaan yg pro melayu. malah peruntukan bina mesjid pun ditegur oleh mereka. mereka amat berharap 30% sokongan melayu dalam pas dan pkr (yg naif dan mengikut apa saja)bagi merealisasikan cita2 mereka memerintah negara ini. contohnya lihat sajalah bilangan kursi parlimen pembangkang sekarang ini DAP dah melebihi pkr dan pas. apa kata kalau MCA, gerakan join mereka?.

adf55650 said...

Puji2an kepada PAS kerana membantu menyerahkan Sibu, Pulau Pinang dan Selangor kepada DAP. Puji2an begini lah yang PAS mahukan. Lepas tu meloponglah melihat anak bangsa sendiri terpinggir, rumah2 urut tumbuh bagaikan cendawan, penjualan arak berleluasa.
Dapat puji2an sudah cukup membanggakan. Dapatlah jugak ang pau setahun sekali.
Tahniah.....

LL said...

ust nasha seketui sibuk. dia pi 'botox'kan dahi, hidung & bibir dia.

Anonymous said...

Yg tak ok dan mungkin tak akan ok utk selam lamanya ialah lalang tani yindia punya olang..kasi dui siki,,air lur dah kelur,badan dah goyang..miskin kaah..kaya kaah..semua sama sama lah..

Anonymous said...

Memang benar, PAS memainkan peranan yang begitu besar dalam kemenangan ini. Kalau tidak kerana tindakan keras PKR dan PAS dalam hal undi POS, PR akan kalah!

Lagi pun di satu saluran undi Melanau yang PR dapat melebihi undi BN. Harap PAS dapat menembusi kubu kubu kuat UMNO Baru di Sabah!

Kini, Sarawak dah faham PAS, lepas ini ke Sabah. Harap PAS dapat membaiki kedudukannya dikalangan Melanau dan Melayu diSabah dan Sarawak. Ini penting untuk misi ke Putrajaya!

PAS memang tulang belakang PR! PAS adalah satu satunya parti politik yang mengamalkan Islam tulen dan benar benar membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam, bukan seperti UMNO Baru yang suka menjual maruah, bangsa dan agama Islam dan negara.

Judi bola akan menghancurkan bangsa Melayu dan agama Islam telah digadaikan oleh UMNO Baru kepada seorang tauke judi!

UMNO Baru penghianat bangsa, agama dan negara!

Anonymous said...

Tak habis-habis puak UMNO ni cerita pasal perkauman dan isu Melayu berpecah. Melayu cuma bersatu kalau semua Melayu sokong UMNO, tak gitu kawan. Berentilah sokong UMNO, marilah sama-sama orang ISLAM semua (bukan terhad Melayu je) pakat sokong dan bersatu di bawah panji ISLAM (PAS). Bukannya di bawah panji parti JUDI laknat UMNO tu.

Anonymous said...

Kalau pasal Timbalan Presiden PAS tu... tak payah sebutlah. Bukan tak tau perangai dia yang lebih suka tidor kat rumah besar dia dari turun padang berjuang untuk rakyat. Dia hanya suka kalau duduk beramah mesra minum teh dengan orang UBN. Macam dia nak bertungkus lumus berjuang utk rakyat... kirim salam saja lah... jangan haraplah.

Apalah malang PAS nih. Sebelum ini tak pernah pun PAS mendapat Timbalan Presiden sebongok dia.

Anonymous said...

TB puji TGHH? Kah kah kah. Dah taubat kot atau dah insaf? Masuk tong angkat sendiri. Dari dulu aku dah kata TGHH memang bes tapi TB tak caya. TGNA last minit pi Hulu Selangor PKR redum. TGHH last minit sampai abang DAp MENANG.kAH KAH KAH,
Pi cium tangan Hadi dan mintak maaf.

Anonymous said...

alahai..
1.dulu-sapa sokong puak kapiaq!masuk neraka!
2.Sekarang!sokong puak kapiaq harbi-masuk syurga!!
3.Tahniahla pada Pas oiii!!

Anonymous said...

Ya , tahniah PAS kerana telah merealisasikan impian DAP, masalah nya adakah DAP akan membantu merealisasikan impian PAS pula?
Adakah PAS akan jadi pari sekular & liberal yg lebih dari UMNO selepas ini? mari kita tggu dan lihat, slogan pon da berubah , negara islam da terbang , perjuangan untuk agama da deketepikan demi kekuasaan di dunia yg sementara..tahniah PAS.

Anonymous said...

engko tak ada medan kena malu sikit nak buat ulasan pon..

Anonymous said...

anon 7.50

cuba senaraikan yg DAP buat bagi melopongkan org2 melayu???
itu lebih baik daripada org melayu secara terang-terang-benderang 'terajang' org melayu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.