Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 5, 2010

UMNO Bila Nak Buat Sistem Tender Terbuka?

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), menuduh Kerajaan Penang tidak telus dalam sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan PR setakat ini.

Soalan saya pada Datuk Azhar, UMNO sendiri adakah mereka mengamalkan sistem tender terbuka? Adakah Dato Azhar muka tak malu menuduh orang lain sedangkan diri sendiri kotor sehingga ke akar umbi?

Sebelum nak marah pada Kerajaan Penang, Dato Azhar patut menyoal parti dia sendiri. Yakni, bilakah UMNO sendiri hendak melaksanakan sistem tender terbuka? Rasanya Dajjal keluar nanti pun, UMNO tidak akan laksana sistem tender terbuka.

Macamlah UMNO kritik PAS tak laksana hudud. Dia sendiri kalau nak laksana hudud, alamat kena tunggu beberapa hari sebelum kiamat lah baru UMNO nak buat hudud. Mustahil parti yang rasmi kilang arak Guiness di Sungai Way akan laksana hukum syariah Islam.

MUSTAHIL. MUSTAHIL.

Lepas disoalnya UMNO, barulah dia ada hak menyoal kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jangan ikut resmi ayam jantan, Encik Azhar. Berkokok sekampung, tapi ekor penuh tahi.
Jangan buat malu orang Penang. Kalau nak kelentong pun, jangan sampai orang tahu.

Tulang Besi

BN: Sistem tender terbuka Pulau Pinang tak telus
Mei 4, 10 4:33pm


Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) hari ini mempertikai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam pemberian beberapa tender yang didakwanya tidak telus.

Beliau mendakwa tindakan itu langsung tidak menggambarkan kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

"Bagi tender satu projek di Taman Perindustrian Batu Kawan, ada lima syarikat yang memohon tender itu.

"Tetapi syarikat yang berada pada kedudukan kelima yang dipanggil oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk rundingan," katanya ketika membahaskan usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown, hari ini.

Selain itu, Azhar mendakwa bagi projek Bukit Jambul Country Club, tender diberikan kepada syarikat Taiyo Resort (KL) Bhd walaupun terdapat beberapa syarikat lain yang disenarai pendek.

"Terdapat syarikat yang mempunyai keupayaan dan telah membuat keuntungan besar tidak dipilih, sebaliknya kerajaan negeri memilih syarikat yang mempunyai masalah kewangan," katanya.

Sehubungan itu, Azhar meminta kerajaan negeri mendedahkan minit mesyuarat berhubung pemberian tender bagi projek itu.

Azhar turut mempertikaikan manifesto DAP yang yang menyatakan bahawa setiap syarikat yang mendapat tender bagi projek bernilai lebih RM10 juta, perlu memberi sumbangan.

"Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa?" katanya.

- Bernama


12 comments:

UMNOAPCO said...

Dah tak dapat tender ... meroyan puak2 UMNOAPCO LAHANAT. Mamak Riezal padukang dah kayo rayo ... huhuhu

Melayu UMNOAPCO P.Pinang terpingir. Pi lah mintak kat mamak padukang yang sapu bersih semua tender tertutup semasa mata hangpa terbuka luas.

Piraaahhh masa tu mata hangpa semua dok ada celah telok Mamak Padukang tu. Kalau sorru miss .. pi lah mintak kat Ahmad Ismail yang 2X5 dengan mamak padukang tu.

Bukan apa ... sipolan2 yang dok makan atai angin dah melingkop.. dok bagi tekanan kat ketua pembangkang nak suruh bail out ... kah kah kah.

Ingat LGE nie macam Sukun ker ?? Boleh
Pergi Jahanam... hu hu hu hu

Anonymous said...

umno kata hang jahat,
hang kata umno lagi jahat,

tak abis2 memang tb ni tahap mat yeh je..

Pengundi H/Selangor said...

UMNOAPCO,

Kau jangan nak kutuk UMNO dengan perkataan APCO lagi, bos kita dah ditempelak oleh kawan-kawan yahudi dia di US. Susah besok nak dapat sponsor untuk PRU 13.

Kita saja yang bodoh nak labelkan APCO itu yahudi, sebenarnya tak ada kena mengena pun. Sekarang bos kita kat Eropah tengah terkedu seribu bahasa. Dah tak nak balik kot???? Kalau aku, baik duduk kat sana daripada merengkok dalam penjara....Hidup Anwar! Hidup Anwar!!!(dalam penjara).

Anonymous said...

dah dah dah... tok sah dilayan si bahlol tuuuuu! dah dia bahlol buat apa dilayan, nanti sendiri pun boleh dijadi bahlolnya.

Anonymous said...

alahai...
1.Cis!puak kapiaq harbi ni!kata tender terbuka!kontrak kecik-kecik kelas F tender terbuka!!dapatla duatiga kupang pada kontraktor melayu yang jual lesen pada puak kapiaq tu!!
2.Kontrak besaq!kelas A!berjuta-juta!tak terbuka!!
3.Bodoh sungguh puak yang dewakan puak kapiaq harbi ni!!
4.Guan Eng!Umar Abd Aziz!!apala tak dak akai puak melayu dan islam macam ni!!

Tinta Hitam said...

Bias ala UMNO ni.Ckp tak serupa bikin.Nasib baik ada lagi org melayu yg IQ dia tak berapa standar masih percaya kat UMNO.Cuma species ni semakin pupus tahun demi tahun

Anonymous said...

UMNo memang dah buka tender terbuka..so buka now,whole Malaysia is in danger..APCO dah masok,Goldman Sachs dah masok,USS Nimitz dah masok..and now,satu palace coup d etat sedang berlaku di kelantan..and we keep on preaching bout moral,Gandhism n non violence,all sorts of intellectual pondanism..

Anonymous said...

Org tak faham..hukum hukum moral,etika hanya sesuai utk seketika utk manusia ahaja..where got moral laws dlm tumbuh tumbuhan,alam semesta dsb?Pi meditate on Al Quran,Vedas..langsung talak moral laws...apa yg wujud adalah laws/prinsip2 of Brahman/Allah yg waaay above,beyond our logic..dan di malsyia para jwartawan,para blogger asyik dok bla bal pasai moral laws..some r even discussing bout bill shankly n liverpool..f*Kin nuts!!

Part Timer said...

Baru hari ni dia sedar kena ada kontrak tender terbuka..Sebelum ni, tutup sokmo kot? hahahah

Anonymous said...

Looks like Indonesia might come under financial terrorists attacks..their finance minster ,a reformist has been removed,and rupiah is falling against wang pisang aka USD...

yunus said...

This is what UMNO/BN's contribution to us orang melayu.After 52 years,our contractors still could'nt compete in the open market.To me,90% of them can't even be considered as contactor,perhaps word"Agent Contractor" is more appropriate. How to call them contractor if after years in the field they still don't have a single basic machineries i.e tractor,lorry and so,let alone high tech ones. Worst of all knowledge may it be technical,cost mgmt etc.What often we hear is their extravagance lifestyle,scandal etc similar to their political master. Let this be a lesson to all of us so that we change our way of thinking and doing things. If we can stand and compete in education,sports etc so can we in other field. Now is the time to bury UMNO/BN's doctrine once and for all,otherwise we will be the in the next 50 yrs.

teropong said...

tender terbuks...kartun punya cerita.ketua bahagian umno lah yang dok bolot projek...tender terbuka pun macam wayang kulit je.kroni dia yang kenyang.puak lain tengok mata putih je la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.