Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 8, 2010

UMNO Derhaka Pada Sultan Kelantan?

Sultan Kelantan masih waras dan sedar. Namun, UMNO dengan jelas menghalang Sultan Kelantan terbang ke Singapura untuk mendapat rawatan lanjutan terhadap penyakit beliau.

Kalau Sultan Kelantan bukan Sultan pun, UMNO tiada hak menghalang Baginda mendapat rawatan yang dikehendaki. Kehendak Sultan Kelantan untuk terbang ke Singapura adalah kehendak Tuanku. Mengapa UMNO derhaka pada titah Tuanku?

Jelas, ini suatu tindakan "Mengata Dulang Paku Serpih". Konon berdemo menentang Zaid, tapi pada waktu yang sama melakukan derhaka terang-terang kepada kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan.

Lagi satu yang saya hairan adalah di mana PERKASA? Mengapa PERKASA diam apabila Raja Melayu terang-terang diperlakukan seperti sampah. Ku Anis terpaksa melarikan diri kerana dikasari pihak berkuasa milik UMNO.

Inikah dia sikap parti yang mengaku memperjuangkan Melayu dan Hak Melayu? Memperlakukan Raja Melayu seperti sampah. Kedua-dua PERKASA dan UMNO adalah munafik. Konon kata berjuang Melayu, tapi boleh layan Raja Melayu seperti sampah.

Kalau Sultan Kelantan UMNO boleh layan seperti sampah, apatah lagi Raja-Raja Melayu yang lain.

Ada kawan saya kata UMNO seperti mahu menghalang Sultan Kelantan dari sembuh. UMNO seperti mahu Tuanku Sultan Kelantan mangkat kerana tidak mendapat rawatan yang diperlukan Baginda. Saya rasa ada kemungkinan juga kerana beberapa cerita yang saya tak boleh dedahkan.

Tulang Besi.


Peguam: Sultan Kelantan masih waras, sedar Mei 7, 10 3:21pm

Peguam Gobind Singh Deo, seorang daripada enam peguam yang memfailkan satu writ habeas corpus hari ini atas penahanan Sultan Kelantan Tuanku Sultan Ismail Petra, menafikan laporan media bahawa baginda dalam keadaan kurang upaya.

“Setahu kami baginda masih sedar, waras dan mengetahui apa yang berlaku,” kata Gobind.

Ditanya sama ada Pemangku Raja,Tengku Muhammad Faris Petra akan dinamakan sebagai reponden, peguam kanan Raja Aziz Addruze menolaknya dan menuding tanggungjawab itu ke atas kerajaan persekutuan dan polis.

"Bagi kami, Pemangku Raja tidak relevan dalam perkara ini. Pihak yang aktif adalah polis dan kerajaan persekutuan - mereka adalah pihak yang menghalang sultan,” katanya.

Peguam Param Cumaraswamy, yang juga hadir pada sidang media itu berkata kerajaan persekutuan perlu menjawab banyak soalan.

Ditanya mengapa kerajaan persekutuan menahan sultan di Hospital Universiti Sains Malaysia in Kota Bahru, Gobind berkata, "Itu, anda perlu bertanya kepada mereka.
Kekanda sedih setiap kali Sultan Kelantan kata nak balik
May 07, 2010

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Kekanda sulong Sultan Kelantan, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra mendakwa Sultan Ismail Petra, yang mengalami tekanan darah tinggi sebelum ini, kini berada dalam keadaan stabil dan sihat.

“Tuanku sihat, keadaannya stabil,” kata Tengku Merjan.

“Tapi tekanan darahnya tak banyak beza, mungkin masih trauma dengan insiden baru-baru ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Tengku Merjan mengesyaki kesan tekanan darah berikutan kejutan insiden penahanan kenderaan baginda oleh pasukan Unit Tindakan Khas malam Selasa lalu.

“Siapa tidak terkejut main dengan bertopeng dan bersenjata begitu, kita orang sihat begini pun boleh naik darah,” katanya.

Hari ini, peguam yang mewakili Sultan Kelantan memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Dalam kejadian Selasa lalu, kenderaan membawa Sultan Kelantan bersama Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid serta anakanda ketiganya Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry ditahan di luar Istana Mahkota dalam perjalanan menuju lapangan terbang untuk ke Singapura.

Difahamkan Sultan Kelantan ke Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan.

Sultan Kelantan sebelum ini dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura selama sembilan bulan sebelum pulang awal Mac lalu.

Tengku Merjan mengulangi perasaan dukacitanya terhadap pasukan pengawal keselamatan yang ditugas mengawal tuanku di hospital bertindak menafikan lawatan kerabat ke atas tuanku sepanjang berada di hospital.

“Saya sendiri tak faham kenapa mereka sanggup lakukan sedemikan rupa, pertikai rawatan tuanku di Singapura hingga sanggup mencetuskan satu situasi yang boleh menimbulkan persepsi bukan-bukan masyarakat di luar sana kepada istana.

“Lepas itu nafi pula lawatan kaum kerabat tuanku sendiri, apakah halnya ini?” soalnya.

Beliau yang sebak memberitahu Sultan Ismail kerap menghubunginya minta hadir di hospital.

“Hari-hari tuanku telefon saya, tengah hari ini pun telefon minta saya pergi hospital (jumpa tuanku), namun apa boleh buat, saya tak dibenarkan masuk.

“Saya beritahu masalah itu pada tuanku, memang tuanku pun amat sedih. Saya boleh rasa suara sedih semasa bercakap, dan saya cukup sedih sekali bila setiap kali saya dengar dia cakap nak balik,” katanya menahan sebak.

Sultan Kelantan masih berada di bawah kawalan perubatan HUSM.

Difahamkan HUSM masih dikawal rapi oleh anggota keselamatan, bagaimanapun jumlah kehadiran anggota polis sudah berkurangan berbanding dua hari lalu.

Ditanya perancangan untuk memindahkan Sultan Kelantan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Tengku Merjan ada mendengar maklumat tersebut tetapi tidak dapat uruskan pemindahan itu memandangkan tekanan darah yang masih belum stabil.

Laporan awal semalam menyebut baginda dijangka dipindahkan ke HKL, namun ditangguh atasa alasan faktor kesihatan dan keselamatan.

Sehubungan itu Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad mengesahkan tuanku masih berada di HUSM.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut sebuah panel dengan 10 pakar perubatan yang dilantik Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan pemeriksaan kesihatan ke atas Sultan Kelantan.

Abdul Halim berkata kesemua pakar perubatan itu tiba di sini pagi ini untuk menjalankan pemeriksaan rapi ke atas Sultan Kelantan.

Menurutnya pakar-pakar perubatan itu tiba di HUSM kira-kira 3 petang dengan menaiki kenderaan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata pihaknya tidak pasti berapa lama pakar perubatan itu akan berada di HUSM.

Beliau berkata setelah siap, laporan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.



13 comments:

Anonymous said...

utusan meloya sembunyi kat lubang mana??

ibrahim 'perajurit melayu-umno' diam membisu???

tolong dedahkan talam dua muka ini kat kampung2. dia orang tak ada kapital dah, melainkan terus memperbodohkan orang melayu dan orang asli kat kampung untuk mendapat undi orang2 ini.

masa warga2 kampung ini 'membuka mata', masa itulah hari kiamat umno baru.

umno asal dah mati tahun 1988. ini umno baru. wajib dikuburkan juga.

i hope the raja2 melayu can really open up their eyes right now and see that no one is safe from umno baru's evil schemes. no one. not even royalty.

tuanku, bunyikan semboyan, rakyat tetap bersama tuanku dalam isu ini.

4RAKYAT

Anonymous said...

Raja2 n UBN r part of the ruling elite..both,UBN n Raja2 r not interested in democracy,good governance,accountability etc etc..all they want is to be the ruler n be "above" the rakyat..but mahalanchau malabari kerala,the demon reincarnate wanted to control everything n everyone..so he lauched his attacks on raja2 in order to make them kow tow to him..RPK has bungled extremely badly..his spins about raja2 r mostly 1/2 truths,full lies...he hismelf didnt want anwar and pkr n he,the bloggers club kowtim with the dark lord of sith ie mahataik in order tendang kelauar pak lah n to kasi naik mrx in order to satisfy the head of the raja raja..as a result of this massive failure,we now have a drooling mongoild as the peemp,whose main agenda is to berperang with Pakatan!!!!..the mongoloid is most likely behind this assasination cum coup d etat..mongoloid wants to control the states "hidden" oil fields..to do this,he needs to remove the sultan,install his crony,then lauch a massive buy out to topple TGNA n Husam Musa..and who comes to rescue the ailing sultan?all those conected with good governance,accountability,justice..in other words pakatan lah!!

note:all those loyars..raja aziz addruse,param cumarasmay linked with whom aah ;-)?

Anonymous said...

Cara yang terbaik untuk membuka mata rakyat ialah mewujudkan IT centre di setiap kampong agar berita berita tersebar di seluroh pelusok negara. Dengan yang demikian tidaklah pemikiran rakyat terbentuk dengan apa saja yang dipaparkan olih TV dan akhbar harian sahaja.
Seoga mereka yang mampu akan tolong merialitikan IT centre ini. Walau pun tiap centre hanya mempunyai 1 komputer tetapi kesan nya adalah hebat.
SATU KAMPONG SATU KOMPUTER.

Anonymous said...

The best thing is nachibai n mahataik dah terperangkap in thier own game..kahkahkah..nachibai issue bon to finance his war against pakatan,n to teach Pakatan a further lesson(in case Pakatan somehow takes over the country),sapu our currency plus gold reserves,kasi bankrup our negara so dat when pakatan takes over,they will have "no money" to recontruct,rehabilitate our country..kihkihkih..but,pakatan not bodo..they too have launched thier counter attacks,n suddenly....kes in france pasai pembelian kapal yg tak boleh selam dah ON!...n nachibai must bayar balik to the bon holders pulak..kahkahkah..dui negara dah sapu(for thier exit strategy),so he terpaksa arah stuff Petronas 'U R FIRED"..mengarah Jabtan hasil dlm negeri pi korek korek akaun2 towkey,in in order to cari badly needed $$$ becos kalau implement GST ,dan kasi naik itu % rates,rakyat akan naik angin!!(n Pakatan pulak awai awai dah launch anti GST kempen..hehe)...the resistance frm Pakatan is so great,nacibai has to spend billions more just to get a tiny drop of hollow victory..kesian nachibai n mahataik..lontaran boomerang mereka dok tibai mereka..kahkahkahkah..

Anonymous said...

The Federal Government will not intervene in the Kelantan palace crisis because it is strictly a state and family matter, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.

Najib said the best way for the problem to be resolved was through consultation and negotiations among the parties involved.

“We hope the health of Kelantan’s Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra will be given utmost priority in finding a proper solution,” he said to reporters after opening the branch meetings of the Pekan Umno division at the party’s building here yesterday.
THE STAR

kahkahkahak..tak nak interve becos,all the jari telunjuk is poiting at ya!!who is the mastermind behind this fumbling,bumbling plot to topple the Sultan..None other than Najib Tun Razak n Mahathir!!..

JebatModen said...

TB. lam hal baik ko diam. ko xtaw aper. bab dalaman pas, aku sokong ko nyer tindakan. tp lam hal ni tidak sama sekali. jangan disebabkan yg jadi peguam kepada tengku temenggung tu haziq pillay dan gobin, ko igt polis jer yg salah. aku rasa ko patut diam. xpun ko call poji tanya apa sebenarnya yg berlaku. aku malas nk ulas panjang2, karang xpasal2 aku yg kena masuk 'dalam'. tu arahan YAM pemangku sultan. sapa la yg sanggup tgk ayahanda sndiri yg kegeringan ditidakkan hak utk mendapat rawatan dan dibawa kehulu kehilir oleh mereka yg berhati busuk, yg hanya mempunyai kepentingan peribadi semata2. nasib baik tindakan berani YAM pemangku sultan dapat menyelamatkan sultan daripada terus dizalimi. dah berapa ramai doktor dihalang utk merawat tuanku al-sultan? yg ada hanyalah ahli terapi jer yg berada di istana. padahal tuanku sultan masih lagi memerlukan rawatan. sungguh busuk hati mereka yg sanggup memperlakukan sedemikian rupa hanya kerada kuasa. aku tabik kpd puak2 polis dalam hal ini kerana berani bertindak sedemikian utk menyelamatkan sultan.

teringat dialog leman dan pak usu lam citer dongeng.

pak usu: "wei leman, ko nk lari drpd kes bodyguard abg kau kena tembak, ko lari sorang. xpayah duk usung ayah ko yg sakit tu kehulu kehilir. jgn babitkan ayah ko skali lam hal nih. ko mmg hati busuk. dh la x bagi ayah ko terima rawatan drpd doktor2 pakar. alih2 hari ni ko nk bawk ayah ko prgi trima rwtn di negeri gabon yg jauh disinun. porrrah. busuk la ko nih. sedorlah sket ko tu anak no 3. hahaha...."

leman: tp pak usu, mak nk leman yg gntikan tempat ayah. mak x stuju dgn abg long....."

pak usu: ciitt! kecik2 dh gila jawatan ko ni leman.

Anonymous said...

The raja raja should realise that, they r the ones who will also benefit if the country is governed according to universal principals of equality n justice..its already mentioned in the holy quran..they should know waat..yes?the failure to see that "oh the times they r a changin" has cost many monarchs their place..during the vedic times,life ,society was based on the 4 prime powers of Brahman/Sat Cit Ananda that governs the 4 corners of the supreme/paradise/plateu,..its these 4 supreme powers that represents the class system of ancient india/bharat..and it was the the world's 1st socialist kingdom.. even the king has to listen to the shudra..and a shudra or a woman was allowed to become a rishi/seer/sages..the warrior(the pure power aspect of the suprem),the seer/sage/rishi(the supreme wisdom),the merchent(the supreme beauty n harmony),and the worker(the suprem engineer..the one who suffers the most..the one with infinite patience that does work to perfection)..each "representative" has its role to play..if any any of the 4 fails to fulfill its role..life,society,nation becomes chotic,a mess,disharmnoy etc etc...

in islam,the 4 suprem powers r the 4 archangels..all those 4 supreme powers r actually 1..they are always together ,never ever separated....the numerical symbol for it is 4..the 4 corners of kaabah,is the symbol of the 4 supreme powers of the 1 kaabah..its symbolic but it true and it real..VERY REAL!!..and that's why,islam is a very very dynamic dharma..its meant for those who wish go beyond heaven n hell..its meant for anyone who wants to conquer n divinise the earth..its meant for anyone who wishes to surrender perfectly/totally/spontanuosly his or her mind,life,ego,vital,physical to the supreme..

Anonymous said...

Allah created the Throne to show His Power. It is carried by four angels, and on the Day of Judgment, it will be carried by eight.
(Isra And Miraj)

Sees a vision 'in which four beings appeared at the four comers of an immense plateau' and spoke to her. Sri Aurobindo identifies them as the Vedic Gods Mitra, Varuna, Bhaga and Aryaman. Visited by an artist friend, Johannes Hohlenberg, who takes a photograph of Sri Aurobindo in standing profile and also paints his portrait in oil.
(THE MOTHERS TIMELINE)
1914 Apr-1915 Feb

Anonymous said...

Yes, neither Barisan Nasional nor Pakatan Rakyat should get a two-thirds majority in parliament. Whoever forms the government should be reduced to a simple majority. And we should be allowed to change governments every two or three terms. And there must be a third force in Malaysian politics that can play the role of kingmaker and be instrumental in the change of government every two or three terms.
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31711:latest-on-the-uk-elections&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085

I say man..once again rpk is hallucinating(cant blame him oso..its a natinal penyakit) ..who the hell would b the 3rd force?he n his band of pub n bistro bums?the royalties?who..siapa?actually UK is finished..its dead,f*ked up..Labor ke,torries ke,kedua dua same sh!t..they too buy votes,do all sorts of corrupt things,as a result,british economy dah habis,finito..trillions of debt which the country tak boleh bayar..like usa,they too pumping money to keep the econmy artificiallty alive..in the end,they cannot stop thier swan dive into the abyss..browen,cameroon,klegg,magarani erijabeth tak boleh bikin apa apa lagi..

Anonymous said...

We have absorbed too much of western models and as a result,we too suffer similar problems like them..wall street hachoo,we jadi gabra,n start sneezing too2 sneeze..look @ those models..they r collapsing right b4 our e..not a sign of life anymore in them..the reason is,they have failed to recoginse divine substance in science,life,economics..their everyhing is primitive compared to the profound discoveries that occured in asia(Iran,India,China,middle east)..we have to get rid off our neo colonialsm hang over..cicrcumtances will force us to trace back,rediscover divine elements/forces/substance in order to cari jalan jalan penyelesaian..

Anonymous said...

Supreme=Sat(Absolute Existence) Cit(Supreme Consciousness) Ananda(Bliss)

All the 4 supreme power as represented by the 4 arch angels comes frm the supreme conciousness..all the 99 attribute of Allah are actually represented by the 4 powers..everything is based on those 4 powers(they r the prime building blocks,blue print of everthing)..but thers is also other mysterious powers..

[Yusufali 76:20] And when thou lookest, it is there thou wilt see a Bliss and a Realm Magnificent..

Bliss/Ananda/Delight..it has been declared,the power of bliss can cure anything,n bridges the gulf between the lowest n the highest..but its way too powerful,way too magnificent,n we r not 'ready yet" for receiving the full dosage of pure waves of bliss..love,compassion r part of bliss..if we look at ourselves closely,we can see that all the attributes of the suprem r oredi in us and also in everything..wisdom,love,compassiion,and we exist..we r real..but,we r in the "mid world",the world of ignorance..and the misson of all the prophets was to get rid of our ignorance,to unmask our latent divinity..that's all..we cannot run away frm this fact..even a batu is divine..silent,inert/eternal,its alive n colorul too..and it can heal..that's the symbol of existence,an aspect of the trinity of the supreme..thats the the meaning of the blackstone..

Anonymous said...

setuju dengan jebatmoden....

Semua org boleh nampak yang dalam kes ni, Tg Fakhry dan Tg Anis memperguna Sultan utk kepentingan diri.. Tg Fakhry utk settle kes dia dengan Manohara... Tg Anis.. kes dengan Isteri Sultan no 2... dan Tg Faris seorang yang lebih baik dari Tg Fakhry... Tg Faris seorang yang beragama dan lebih dekat dgn TGNA.. Tg Fakhry lak seorang playboy....

Anonymous said...

Semau dah jadi haprak..its about money & power..nachibai dunno wat to do anymore..setaip rancangan back fire..including this palace coup..a

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.