Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 11, 2010

Agenda Kerajaan Perpaduan Akan Dihidupkan Semula oleh UMNO

Maklumat Tulang Besi dapat dari dalaman UMNO adalah usaha mewujudkan kerajaan perpaduan akan dimulakan kembali. Sesungguhnya UMNO telah berbincang dalam mesyuarat Biro Politik UMNO akan perkara ini. Mereka mahu menghidupkan semula agenda Kerajaang Perpaduang dengan PAS

Mereka telah pun menyampaikan tawaran terbaru mereka kepada PAS dan "kawan" mereka dalam PAS telah pun mendapat tawaran mereka. Yakni:

a. MB untuk Selangor, Kelantan, Kedah
b. Pemerintahan bersama di negeri-negeri lain
c. Tawaran kerusi kabinet yang lebih banyak
d. Jawatan2 lain.

Secara amnya, tawaran mereka tidak jauh beza dengan tawaran yang mereka buat sebelum ini. Tawaran ini telah pun disampaikan kepada "kawan-kawan" mereka di dalam PAS. Ini menjelaskan mengapa Hasan Ali telah berjumpa dengan Harussani di PNB Darby Park baru-baru ini.

Alasan Biro Politik UMNO kali ini adalah: Islam sedang dihina seperti yang berlaku di Sibu apabila isu Kalimah ALlah dipergunakan sewenangnya oleh orang bukan Islam

Secara mudahnya, UMNO memerlukan PAS untuk UMNO memenangi pilihanraya umum secara mudah.

MOTIVASI UMNO

Hasil dari keputusan Hulu Selangor dan Sibu menunjukkan mustahil BN dan UMNO akan dapat menarik kembali sokongan bukan Islam di Malaysia ini sebelum pilihanraya umum yang akan datang. Malahan, keputusan Sibu menunjukkan ada kemungkinan kawasan-kawasan selamat di Sabah dan Sarawak pun mungkin akan diterobos juga.
Jalan yang paling mudah untuk UMNO mengekalkan kuasa adalah melalui sokongan undi Melayu. Namun, UMNO harus mendapat sokongan lebih 70% dari keseluruhan orang Melayu yang keluar mengundi.

Dalam bahasa mudah, dari 10 orang Melayu yang keluar mengundi, 7 wajib mengundi Barisan Nasional/UMNO.

Kali terakhir perkara tersebut berlaku adalah pada pilihanraya 1974 di waktu PAS berada dalam Barisan Nasional.

Maka, usaha untuk mewujudkan kembali Kerajaan Perpaduang dengan PAS telah kembali di atas meja. Bagi UMNO, itulah satu-satunya harapan mereka untuk mengekalkan kekuasaan UMNO di Malaysia dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Kalau diadakan pilihanraya sekarang, paling tinggi yang boleh didapati UMNO adalah 60% undi Melayu. Perkara ini tidak menjamin UMNO dapat mengekalkan kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang.

Pengundi-pengundi pembangkan Melayu tidak mungkin boleh jatuh kurang dari 40% melainkan PAS menyertai UMNO dalam satu barisan atau pakatan seperti dalam tahun 1974.

HASAN ALI BERTEMU HARUSSANI ZAKARIA DI PNB DARBY PARK

Saya telah diberitahu oleh beberapa sumber bahawa baru-baru ini, Dato Hasan Ali telahpun bertemu Haramsani di PNB Darby Park. Pertemuan rahsia itu telah diambil gambarnya oleh beberapa orang yang ada di situ. Sumber-sumber saya telah melihat gambar itu sendiri dan konfirmasi pertemuan itu berlaku.

Saya tidak tau apa yang dibincangkan atau apa yang diperkatakan oleh DAto Hasan Ali. Saya mengambil sikap sangka baik dengan Dato Hasan Ali kerana mungkin pertemuan itu atas dasar mahu menjaga hati semata-mata.

Namun, ia membuktikan usaha menubuhkan kerajaang perpaduang ini akan dihidupkan semula. Mungkin Dato Hasan cuma menghadiri pertemuan tersebut untuk mendengar rintihan Haramsani semata-mata.

Saya cuma meminta Dato Hasan ke depan dan menerangkan kepada umum apa yang telah diperbincangkan pada hari itu.

Saya berdoa supaya setiap ahli-ahli PAS menentang sebarang usaha menubuhkan kerajaang perpaduang dengan UMNO.

Mereka bukan orang baik dan mereka telah banyak kali menipu rakyat dan orang Islam di Malaysia ini. Sudah tiba masanya PAS berusaha mengganti UMNO dan bukan menyelamatkan UMNO.

Tulang Besi

6 comments:

Anonymous said...

aha..asan ali tu dah bankrupt.there must b a reason why he bermati matiaan berkempen di HS...raja petra sar..ur 2007 failed scam masih berjalan kah?TGHH..what say u?berpeluk dgn umno is same as kissing zionist's arse..u like that?if that's the case,might as well buang da serban n replace it with kipa n join the rest of the arab world who r all pondans n gholams of neo con zionist amerika..

zakwan said...

It's interesting to note that for any coalition parties to win the federal government, they need to win majority of parliamentary seats of Sabah and Sarawak

Back at March 8, BN remains in power due to seats won by their component parties across the South China Sea,most candidates who won are of Chinese, non Muslim Bumis and Dayak lineage

In other words, for BN particularly UMNO to continue propagating their archaic Ketuanan Melayu ideology and for their brand of "Islam" to flourish as well as their Malay privileges to be safeguarded ,they need the votes of the Sabahans and Sarawakians, most of them uninformed and kept in the dark
Most of them, non Muslims

So, it's pretty ironic that UMNO who claims that Islam will be wiped out should Pakatan takes over, seriously needs the non Muslim votes to stay in power

It doesn't matter if Pakatan grabs 70% of Malay votes in the Peninsular
As long as Sabah and Sarawak plays their role as BN's fixed deposit, Putrajaya remains a dream

Anonymous said...

BENAR! YANG SEBAIKNYA HASAN ALI MESTI MENJELASKAN KENAPA PERTEMUAN DGN HARUNSANI DIADAKAN. INI DISEBABKAN HARUNSANI DIKENALI SEBAGAI BROKER UMNO UNTUK MEMBELI PERJUANGAN PAS.
JIKA PERTEMUAN TELAH DI ADAKAN, ADAKAH PERTEMUAN TERSEBUT UNTUK JUAL BELI PERJUANGAN, ATAU ADAKAH PERTEMUAN BIASA HANYA UNTUK BERBESAN?.
JIKA PERTEMUAN BERKAIT DGN PARTI, ADAKAH HASAN ALI MENDAPAT IZIN DARI PARTI?.
Kami ahli Pas sedang memerhati.

Anonymous said...

atau harussani dah bekerat rotan dgn UMNO sebab kes judi bola... dan APCO Israel....

Anonymous said...

kalaulah betul2 serious nak islam jadi landasan perjuangan, janganlah berjumpa dgn umngok secara curi2...

haramsani tu tahulah kami semua camana orang yang bergelar mufti ni. terbalik dgn zul kulim, haramsani ni melayu first, islam second. atapun dgn lebih tepat, dia ni umno baru first, melayu second, islam 3rd.

malu hassang ali sekarang kena bongkar. pasal kerajaan perpaduang ataupun kejar pangkat/kuasa semata2, ini terserahlah kpd beliau. hanya dia aje yang tahu. let him answer to his god. but some of us mere mortals would like to know now. right now.

tapi hassang ali ni kan ahli politik, kalau nak kejar kuasa pun bolehlah i faham. tapi, yang ni buat curi2 jumpa, ini bukan atas dasar nama islam.

and dont tell me i cannot speak about islam just bcos i am not a muslim. i am talking about the basics of being a decent human.

if you wanna have an clandestine affair with umngok pasal kuasa (not for islam, only for power), cakap terang2. declare your intention. orang mungkin akan respect you more. tapi ni bukan....

jangan busukkan nama islam demi 'perjuangan' (habuan) kau sendiri. islam has nothing to do with being a menteri besar or a menteri kabinet. islam is....for example, like tgna. he is islam. to me, he is islam.

those geng perpaduang?? they are not fit even to be call a muslim, let alone leaders.

keji, sungguh keji.

4RAKYAT

Anonymous said...

UMNo needs money..money is in the hands of the chinese..its money frm the chinese that funds umno laknat..shortage of money will kill umno..and thats wat apenin now!!hehe..apasai si raja berook of sarawak cakap nak ban vincootia tans football kasino?sebab cina n thier group of billioanires dah tak sokong umno/ubn!..hahahaha..so asan ali..hang tarpaksa fk urself lah..kahkahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.