Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 4, 2010

Apa Salahn ya KSSB Beri Bonus?

Hairan saya. Mengapa pemberian bonus KSSB dijadikan isu? Tidakkah kita sepatutnya bersyukur di waktu keadaan ekonomi negara meruncing begitu teruk sekali, ada syarikat yang mampu memberi bonus kepada kakitangan mereka?

Sudahlah di Malaysia, kebanyakan tahap gaji lebih rendah dari kos hidup. Sepatutnya, sekiranya ada syarikat yang memberi bonus pada kakitangannya, kita rakyat Malaysia wajib menyokong. Malahan, kalau ikut saya, kerajaan Malaysia mesti memaksa semua syarikat-syarikat yang membuat keuntungan untuk memberi bonus kepada kakitangan mereka dengan kadar yang sepatutnya.

6 bulan bonus bagi 10 bulan operasi yang telah menjana keuntungan lebih 1.2 juta adalah MEMADAI bagi saya.

Adakah juak2 UMNO yang menghentam pemberian bonus ini lebih suka wang tersebut diperam dalam akaun KSSB semata-mata? Bukankah kakitangan KSSB ini juga mempunyai keluarga dan saudara mara yang pasti dapat menikmati pemberian bonus tersebut?

GAJI TINGGI MEMBANTU MENGURANGKAN KORUPSI

Di Singapura, di dalam usaha Lee Kuan Yew memerangi korupsi, beliau telah menaikkan gaji-gaji kakitangan awam di sana. Malahan, tahap gaji di Singapura adalah yang tertinggi di rantau Asia.

Namun, Singapura menduduki tempat pertama di dalam tangga negara yang paling berdaya saing seperti yang telah dinyatakan oleh IMD. Malaysia berada di tahap ke sepuluh manakala Singapura di tempat pertama.

Malahan di Singapura kerajaan mereka akan menjadi orang tengah di antara rakyat dan syarikat-syarikat dengan memastikan gaji mereka setimpal dengan kos hidup dan kos sara diri semasa.

Tidak seperti Malaysia, gaji Siswazah yang baru tamat pengajian adalah di tahap purata RM1200 sebulan. Ertinya, siswazah yang baru mula bekerja ini akan sentiasa berada di dalam hutang sehingga mereka bersara nanti.

Selepas bersara, wang tabungan EPF mereka terpaksa digunakan untuk melangsaikan hutang rumah mereka. Ini memaksa mereka terpaksa bekerja lagi untuk menampung sara hidup mereka selepas bersara.

Itu kita tak cerita lagi pasal harga kereta yang 3 kali ganda harga pasaran angkara Mahazalim dan mamak Kutty. Kereta Proton di Malaysia dijual dengan harga BMW.

Kesimpulannya, saya menyokong KSSB memberi bonus pada kakitangan mereka. Selagi ada keuntungan, mereka WAJIB beri bonus pada kakitangan mereka. Malahan, contoh yang ditunjukkan wajib diikuti oleh setiap syarikat di Malaysia.

Tulang Besi

Selcat persoal bonus kakitangan KSSB,Abdul Rahim Sabri, Jun 2, 10, 1:59pm
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mempersoalkan pemberian bonus enam bulan kepada kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam tempoh September 2008 hingga Jun 2009, sedangkan syarikat baru ditubuhkan pada Julai 2008.

KSSB adalah syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Pengerusinya, Teng Chang Khim, pada hari pertama sesi pendengaran awam membabitkan salah gunakuasa KSSB, juga mempersoalkan kewajaran pemberian bonus itu.

Menurut beliau, sedangkan pada ketika itu, syarikat berkenaan hanya mempunyai dua lombong saja yang beroperasi.
"Saya rasa syarikat besar seperti MAS (Malaysia Airlines System) atau Maxis, tak bagi (bonus) macam tu, tapi syarikat ini (beri)," tegas Teng yang juga ADUN Sungai Pinang.

Sebelum itu, Pengerusi Bukan Eksekutif KSSB, Abdul Shukor Nagor, memberitahu panel Selcat , pemberian bonus dibuat secara dua peringkat iaitu bonus dua bulan gaji pada akhir Disember 2008 dan empat bulan gaji antara Januari hingga Jun 2009.

Katanya, secara purata, seseorang kakitangan memperolehi bonus sebanyak 3.49 bulan gaji sepanjang tempoh sembilan bulan bekerja dengan syarikat itu.
Abdul Shukor berkata bayaran bonus kepada kakitangan KSSB dibuat kerana mereka bekerja keras sehingga menyaksikan syarikat itu membuat keuntungan RM7 juta pada Jun 2008.

Katanya lagi, mereka juga bekerja di industri yang mencabar dan sering-kali menghadapi ancaman dan sebagai rekod, 40 laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.
Sehubungan itu, katanya berdasarkan pencapaian tersebut, beliau merasakan pemberian bonus tersebut adalah "wajar".

Bagaimanpun Teng tidak membeli hujah itu dan berkata: “Anda adalah monopoli di Selangor, apa yang begitu susah?”
Teng juga mempersoalkan keputusan KSSB dan berkata tidak ada syarikat yang akan memberikan bayaran bonus selumayan begitu.

"Anda bekerja untuk empat bulan dan mendapat dua bulan bonus. Jadi jika anda bekerja sepanjang tahun, anda menjangkakan bonus enam bulan,” katanya.
Sementara itu, dalam pendengaran itu juga Abdul Shukor berkata selama 18 bulan beroperasi, syarikat tersebut mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.2 juta dalam bermula September hingga Disember 2008, manakala keuntungan jualan sebanyak RM30 juta pada tahun 2009.

Menurutnya lagi, mengikut laporan audit, KSSB mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sebelum cukai.

Tambahnya, dalam bulan Januari hingga April 2009, peningkatan jualan kepada RM16 juta dan pengingkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.3 juta.

KSSB setakat ini menguruskan lapan buah lombong pasir dan 28 perlombongan sungai seluruh Selangor.
Pada pendengaran awam hari ini, exco Selangor, Yaakob Sapari adalah saksi pertama yang dihadapkan ke Selcat yang memulakan perbicaran tiga harinya berhubung skandal perlombongan pasir secara haram.

Yaakob (kiri, tanpa kaca mata) diasak dengan pelbagai soalan yang dilontarkan oleh Selcat selama satu jam setengah sebelum berakhir pada 11.30 pagi hari ini.

Saksi kedua yang diminta memberi keterangan ialah Pengarah, Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Abdul Nasir Hassan.

Ahli parlimen Kapar Manikavasagam - pemimpin PKR yang mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mempunyai bukti dan senarai saksi bagi menyokong dakwaannya bahawa Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dimiliki kerajaan negeri Selangor terbabit dalam skandal itu dijadual memberi keterangannya esok.

Bagaimanapun dalam laporan semalam, difahamkan Manikavasagam tidak akan hadir kerana mendapat arahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada berbuat demikian.
Turut hadir pertama kali sebagai anggota panel Selcat hari ini ialah dua wakil rakyat Barisan Nasional.

Mereka ialah Ismail Sani, yang merupakan ADUN Dusun Tua dan Sulaiman Abdul Razak dari Permatang.

Kedua-dua mereka memulaukan sidang Selcat tahun lalu.

Anggota lain ialah Teng Chang Khim selaku Speaker, Haniza Talha (PKR-Taman Medan) bertindak sebagai timbalan pengerusi, Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).


23 comments:

Anonymous said...

jadi ko tak setuju dengan selcat lah ye....??? ko ni geng fraksi UMNO ke..>??

Anonymous said...

Memang tak salah pun....Tulang Besi hantar resume pun tak salah...lantaklah apa orang nak kata..tapi itulah mentalliti Melayu berniaga dan berfikir...cepat nak imbuhan..cepat nak pangkat..macam Tulang Besi..tak malu ke Tulang Besi kat kawan bukan Melayu Tulang Besi tu...kalau betul la Tulang Besi malu...jangan cakap je....

Anonymous said...

tak salah bagi bonus, tapi daripada bagi bonus kat pekerja yg baru servis 6 bulan. baik salurkan duit itu utk kurangkan kemiskinan kat selangor.

Anonymous said...

Bagi bonos memang tidak salah.Namun jumlahnya dan jangka masa operasi syarikat itu yang menjadi tandatanya...
Tak apalah... kita tunggu keputusan selcat...

tamingsari said...

Yg mempertikaikan pemberian bonus ialah pengerusi Selcat bukan Umno. Kena faham dulu. Pendapatan KSSB adalah milik kerajaan negeri.Meskipun demikian tetap DUIT RAKYAT. Kalau nak bagi bonus biarlah berpatutan.

Turut menerima bonus juga adalah pengarah2 syarikat dan lain2. Untung satu juta bagi 6 bulan kalau untung 2 juta bagi 12 bulan? Kakitangan kerajaan negeri Selangor tak dapat apapun. Mungkin kerana KSSB diuruskan oleh orang politik dan kroni maka ikut suka hati nak buat apa.

Kitapun ingin tau berepa bayaran yg setiap individu terima. Katakanlah gaji Rm.2000 x 10bulan=
RM.20,000 + RM.12,000(bonus 6bln)=
RM.32,000 adalah pendapatan dalam masa 10 bulan beroperasi.Ini baru gaji orang bawah. Kalau pengurusi,pengurus bersama eksekutif dan pengarah2 syarikat boleh jadi sama banyak dengan keuntungan KSSB.

Kakitangan kerajaan negeri yg kutip cukai tanah,pintu,lesen dan lain2 yg berjumlah berjuta2 tak nak bagi 6 bulan bonus ke?Nampak sangat amalan kronisme.

Anonymous said...

SALCAT cakap.... "BREAKING NEWS After three days of hearing, the committee finds that there is no evidence of graft but believes that there was mismanagement in the company."

btw.. YB Mike dedah adalah utk betulkan KSSB... dan MB Khalid tak boleh ambil tindakan direct kerana nanti ada yg lompat parti.. so sebab tu mereka setuju ianya dibawa ke selcat... so "orang porang yang berkenaan" tak boleh salahkan MB.... dan ini beza PR dari BN...

Grand Marquis said...

Kepada siapa yang tak nampak kelibat TB ni, saya tak tau la otak dia letak dimana.

Dari dulu saya kata dia ni penulis persepsi yang kerjanya spin semua isu untuk kepentingan politiknya.

Bila dia suka, dia spin yang baik-baik. Bila dia tak suka, yang baik pun dia spin jadi buruk.

TB ni sekadar hiburan untuk penyokong fanatik PR. Percayalah, hari tu dia kutuk habis proton. Kalau proton tu serahkan kerajaan PR, lepas tu rugi 50 billion pun, TB akan spin untuk nampakkan proton tu baik.

Anonymous said...

Salam to all,

Setuju dengan Grand Marqius, TB adalah pakar spin terbaik yang pernah dilahirkan dalam jemaah PAS.

Kalaulah syarikat KSSB ni adalah anak syarikat UMNO aku rasa tk cukup ruang TB hentam habisan.

Tapi disebabkan anak syarikat ini adalah PR yang punya, maka TB alih pandang isu yang penting.

-Mr.Puaka-

Tulang Besi said...


TB ni sekadar hiburan untuk penyokong fanatik PR. Percayalah, hari tu dia kutuk habis proton. Kalau proton tu serahkan kerajaan PR, lepas tu rugi 50 billion pun, TB akan spin untuk nampakkan proton tu baik.
.

Aikk marah nampak. marah lagi ke?

Takkan saya suruh GM Tak Ori terjun gaung pun nak marah?

Tulang Besi said...

Kalau nak tau kenapa Tulang Besi happy sangat dengan pemberian bonus, di bawah ini adalah salah satu teori mengapa berlakunya "THe Great Depression 1929" yang diambil dari Wikipedia.

Ia menyatakan sekiranya gaji banyak dalam tangan pekerja, nescaya kejatuhan ekonomi dunia 1929 dapat dielakkan


Inequality

Power farming displaces tenants from the land in the western dry cotton area. Childress County, Texas, 1938.

Two economists of the 1920s, Waddill Catchings and William Trufant Foster, popularized a theory that influenced many policy makers, including Herbert Hoover, Henry A. Wallace, Paul Douglas, and Marriner Eccles.

It held the economy produced more than it consumed, because the consumers did not have enough income.

Thus the unequal distribution of wealth throughout the 1920s caused the Great Depression.[29][30]

According to this view, the root cause of the Great Depression was a global over-investment in heavy industry capacity compared to wages and earnings from independent businesses, such as farms.

The solution was the government must pump money into consumers' pockets. That is, it must redistribute purchasing power, maintain the industrial base, but re-inflate prices and wages to force as much of the inflationary increase in purchasing power into consumer spending.

The economy was overbuilt, and new factories were not needed. Foster and Catchings recommended[31] federal and state governments start large construction projects, a program followed by Hoover and Roosevelt.

pertiwi said...

From what I have read, the Selangor government company Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. has been very generous to its senior management but not so with its rank and file although what its senior people say indicates that it's the blokes at the bottom who should be given more. But the bottom-line is that so far it's been one shitty situation simply because the company has shown that it is not able to deliver what is expected of it.

john labu said...

sori la nak cakap.. GMTO memang bodoh dan bongok..
menyemak mata tiap2 kali entry baru keluar dgn ulasan GMTO yg bangan..
tak abih2 hentam TB.. kalau pandai, ulas la isu dalam entry bukannya merapu, atau
atau lu bukak blog sendiri TENGOK boleh ke kejeniusan otak umno GMTO itu menyumbang kpd minda pembaca.. berani??

kirim salam je laaa..

john labu said...

kita setuju dgn SPRM atau selcat kalau betul.. sebaliknya bila depa salah.. bukan membuta tuli.

bahkan kita juga akan setuju dgn UMNO bila depa betul... tetapi setakat ini HARAM depa ni tak pernah betul.. jadi macamana nak setuju???

KSSB bagi bonus bagus la.. kalau boleh banyak lagi syarikat yg UNTUNG bagi bonus!
KSSB adalah syrikat baru, pekerja nya adalah orang yg bertanggung jawab memberi keUNTUNGan pd KSSB, mereka layak waima 12 bulan sekali pun..
LEBIH LAYAK dari bonus yg diberikan pd pekerja syarikat rugi spt PERWAJA dan PROTON
sebelum ini tiada yg persoal pemberian bonus oleh syarikat rugi PROTON yg CEO nya menerima jutaan ringit sebagai penghargaan kerana pandai merugikan syarikat..
jadi mengapa persoal KSSB.. semata-mata kerana ia sebuah syarikat kecil milik k'jaan selangor? jaki? taklih tengok orang lain senang?

Lihatlah pd pekerja2 di malaysia yg rata-rata tak cukup pendapatan.. setidak2nya menjadi pendorong utk bekerja lebih kuat, amanah, tidak rasuah seperti mana
yang ditunjukan oleh syarikat dan pekerja kerajaan umno selangor sebelum ini yg pemalas, tidak amanah, perasuah dsbg

apa guna syarikat untung million atau billion.. syarikat takda anak bini, yg ada anak bini adalah pekerja.. jadi
jadi untuk siapa untung yg banyak itu.. untuk CEO? untuk dua tiga kerat pengarah yng bangang??

tanpa pekerja yg boleh membawa KEUNTUNGAN negara dan negeri tidak akan membangun.. PRU13 juga tidak akan menang..
jadi elok la bagi bonus banyak2 kalau UNTUNG.. kalau rugi bagi EHSAN!!

Anonymous said...

KSSB bagi bonus tu bagus....
tapi agihan bonus tu yang perlu ADIL ..kalau tidak ada Keadilan .. rakyat tak tenteram.
Kumpulan elit kaut untung berganda.....
katakan...
Pegawai2 tinggi: bonus 6 bulan dari gaji RM 12,000 = RM 72,000.00
Pekerja2 bawahan: bonus 3 bulan dari gaji RM 2,000 = RM 6,000.00 saja!

Bila masa PR/PKR nak kurang jurang kemiskinan rakyat marhaen, khususnya diSelangor?

Grand Marquis said...

john labu,

Cakap banyak dengan orang macam korang ni memang tak guna. Akai orang ni hanya guna untuk spin bagi nampak PR betul dan UMNO nampak tak betul.

Hang cakap selama ni HARAM UMNO tak pernah betul. Ok la, kalau macam tu, Kerajaan UMNO hantar TB pi belajarkan Kansas city pun tak betul. Tu yang akhirnya jadi orang macam TB. Hang pulak ada berani ka mengaku belajar kat mana?

Anonymous said...

Aduh, Grand Marquis Tak Ori,

Kalau Proton diserah kepada PR, it will instantly be sold off, to make sure that Malaysians do not have to endure this sickening shame any longer. Enough is enoughla!

Do you not feel ashamed that this is what we can produce after 25 years and tens of billions drowned? This is the kind of blind followers like GMTO that make UMNO proud and Malaysia sick!
The solution is throw out UMNO Baru in the next election, and its followers will wake up.

GMTO, wake upla

Anonymous said...

Ampm 1:36.

Kual je proton? Aku ingat kalau PR menang mereka akn perbaiki pengurusan. Kalau macam itu juallah semua yg ada. Pemimpin ambil komisen.

Anonymous said...

Nampaknya adalah benar khabar angin iaitu tauke judi Cina adalah pemimpin sebenar Malaysia. Beliau lebih berkuasa dari PM, Agung, dan UMNO Barua langsung tak boleh buat apa apa.

Mana dia Perkasa, semua majlis agama Islam, UMNO Baru? Ptuuuiii bela bangsa, agama dan negara!

Semua munafik, semua cakap tak serupa bikin, semua pengikut Islam Khawarij! Mana maruah mufti mufti? Mengapa muslimin dan muslimat perlu mengikut fatwa mereka? Dengan begitu terus terang, Quran yang suci telah menyatakan Judi itu Haram, tetapi UMNO baru memberi lesen judi kepada tauke judi cina. Tidak sebarang protes dari pihak agama hingga kini. Adakah judi halal?

Ada baiknya jangan ikut fatwa fatwa mufti mufti seperti ini, lebih baik mengaji bersama ustaz ustaz PAS. Ini Agama ini, mana boleh diputar bulitkan begitu saja? Hingga kini, hanya PAS yang bantah dengan sekeras kerasnya pihak yang mempertikai ajaran Agama Islam. Dalam keadaan dimana agama di permainkan untuk kepentingan wang ringgit, adalah baiknya semua muslimin dan muslimat, bersama samalah kita bersama PAS.

Grand Marquis said...

Saya hairan, dimanakah orang PR, khasnya PAS yang kononnya memperjuangkan isu palestin. Mana pergi media PR, khasnya harakah. Takkan dok depan komputer spin cerita aje.

June 5, Kuala Lumpur: The Perdana Global Peace Organisation (PGPO) demands the unconditional and immediate release of all peace activists, humanitarian aid workers and crew members aboard the Rachel Corrie that was illegally seized and forcibly towed at gunpoint to Ashdod by the Israeli Defense Forces (IDF).
The Malaysian delegation consists of Member of Parliament, Nizar Zakaria, PGPO members Shamsul Akmar, Matthias Chang and Ahmad Faizal Azumu as well as two members of the press, Halim Mohamed and Jufri Judin from TV3.
They are joined on board by former United Nations Assistant Secretary General, Dennis Halliday, Nobel Prize Laureate, Mairead Maguire, Derek and Jenny Graham from the Free Gaza Movement and documentary film maker Fiona Thompson.

jiwakita said...

salam....

tertubuhnya KSSB ini hanya semata
untuk mengenyangkan segelintir pendokong dan penyokong parti,ia dibuat atas pertimbangan politik kepartian semata-mata...apa dosa
dan apa salah penjawat awan mengurus
dan mengutip hasil pasir sebelum ini
dibuat oleh pihak PTG dan PBT sedang
hasil negri lebih tinggi dari KSSB?


Nasib staf KSSB lebih untung dari
pegawai PBT kerajaan negri?
Di mana hak dinafikan oleh penguasa
kerajaan negeri!!

Anonymous said...

TB, selcat kata KSSB ada salah urus, hang kata apa salah kasi bonus..hang faham ka apa makna salah urus? persoalan bukan hitam atau putih, tapi nilai moral dalam GLC kepunyaan PKR.

Anonymous said...

alahai...
1.Tak dak salahnya pemberian bonus 6 bulan tu!TAPI nampaq ganjil sikitla nooo!!
2.Tak dak salah KSSB tu!TAPI kalau yang report ada penyelewengan tu puak PKR juga!!ganjila sikit no!!
3.Samalah juga nooo!Puak AJK Disiplin Umno kata!!tak dak rasuah wang dalam pem ilihan depa dulu!!SELCAT juga kata KSSB tak salah!!
4.Yang pasti!!rasuah ada merata-rata dalam pemilihan umno!rasuah juga ada merata-rata dalam KSSB!!Itu jeee!!!!!
5.Yang seronoknya!!pasiaq selangoq diguna untuk pebesaq pulau Singapura!!

TEROPONG UMMAH said...

Bagi bonus ada rule juga. Bukan ikut suka hati. Ianya berdasarkan prestasi setahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.