Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 8, 2010

Apa Sudah Jadi Dengan RM456billion Hasil Petroleum Malaysia?

NOTA EDITOR: Sempena kenyataan Idris Jala bahawa Malaysia akan menjadi pengimpot minyak pada tahun 2011, suka saya bawa kembali artikel lama saya yang mempersoalkan kemanakah semua wang minyak Malaysia telah pergi. Ini kerana selepas Malaysia menjadi pengimpot minyak, Malaysia sudah tidak lagi boleh bergantung kepada hasil minyak sebagai sumber negara.

Hasil minyak yang berjaya dikutip oleh Kerajaan semenjak zaman Tun Hussein Onn adalah dianggarkan RM456 billion. Soalnya sekarang, kemanakah wang tersebut telah dibelanjakan?

Saya terbaca di Wikipedia, bahawa keuntungan dari hasil petroleum Norway dimasukkan dalam satu tabung bernama “Statens pensjonsfond utland, SPU” (TERJEMAHAN: Tabung Pencen Kerajaan Global). Asalnya, tabung ini bernama “Tabung Petroleum” yang ditubuhkan oleh kerajaan Norway untuk menyimpan hasil dari cari gali Petroleum di luar pantai Norway.

Setakat yang diketahui, tabung petroleum Norway ini adalah tabung pencen terbesar di Eropah serta keempat terbesar di dunia dan tabung ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil petroleum Norway.

Penerangan berkenaan dengan tabung ini dapat dibaca dibawah:

The Government Pension Fund - Global (Norwegian: Statens pensjonsfond utland, SPU) is a fund into which the surplus wealth produced by Norwegian petroleum income is deposited. The fund changed name in January 2006 from its previous name The Petroleum Fund of Norway. The fund is commonly referred to as The Petroleum Fund (Norwegian: Oljefondet). As of the valuation in June 2007, it was the largest pension fund in Europe and the fourth largest in the world [1], although it is not actually a pension fund as it derives its financial backing from oil profits and not pension contributions. As of 30 September 2009 its total value is NOK 2.549 trillion ($455 billion)[2], holding 0.77 per cent of global equity markets.[3] With 1.25 per cent of European stocks,[4] it is said to be the largest stock owner in Europe.[5]


Ertinya bagi setiap warga Norway, masa depan mereka TERJAMIN dan hari tua mereka TERJAGA kerana tabung pencen global Norway ini cukup untuk menampung keperluan hari tua setiap warga Norway.

Setiap perbelanjaan wang dalam tabung ini terdedah kepada maklumat umum kerana tabung ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Norway. Malahan, New York Times melaporkan bahawa cara kerajaan Norway menguruskan hasil Petroleum mereka menjadi rujukan kesemua negara maju di dunia ini. Berebut-rebut negara seluruh dunia mahu mempelajari cara Norway mengurus hasil petroleum mereka.

Ia juga bererti setiap warganegara Norway tahu kemana perginya hasil petroleum negara mereka. Nikmat tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Rakya Malaysia tidak tahu ke mana perginya berbillion2 ringgit yang telah didapati oleh kerajaan Malaysia semenjak tertubuhnya Petronas.

KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?

Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwas di Malaysia.

Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan.

Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion.

Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia.

Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)

Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA KEMPUNAN UNTUK MERASA WANG MINYAK MALAYSIA

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik. Kita masih kena bayar harga kereta yang mahal serta Cukai Jalan.
Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.

Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah.

Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.

Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah.
Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah.

Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia?
Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.

WANG MINYAK MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI DAN UMNOPUTRA

Bukti dan semakin banyak. Kita lihat mereka boleh anjurkan benda-benda membazir macam ”Monsoon Cup” di Terengganu. Buat bangunan-bangunan yang membazir dengan duit royalti minyak Terengganu sampai banyak bangunan yang runtuh. Tapi tu cuma secebis sahaja dari jumlah keseluruhan wang hasil Petroleum Malaysia.

Di zaman Dr Mahathir, lebih USD 100 billion duit kita hilang melalui projek2 bodoh dan membazir Dr Mahathir. Buku mendedahkan pembaziran Dr M ini sehingga sekarang tidak diizinkan dijual di Malaysia.

Di zaman Pak Lah, lagi teruk. Sikit pun kita tak tahu mana pergi duit ni?
Orang-orang kebanyakan macam kita ni adalah bangsat dan tak layak menikmati hasil Petroleum Malaysia. Hasil minyak Malaysia ni hanya untuk orang-orang elit dan UMNOPUTRA semata-mata. Orang bangsat macam kita tak layak menikmati wang Petroleum Malaysia.

KITA TAK NAK BELAJAR DARI INDONESIA KE?

Nanti bila hasil Petroleum Malaysia habis, mereka-mereka ini akan keluar dan lari dari Malaysia dengan membawa berkodi-kodi wang hasil minyak ini. Pada waktu itu, generasi masa depan Malaysia akan jadi seperti Indonesia sekarang ini.

Setelah wang minyak Indonesia habis dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau, rakyat Indonesia sekarang majoriti hidup dalam kelaparan dan kemiskinan yang begitu teruk. Bayangkan kelaparan itu telah menjadi perkara biasa kepada JUTAAN rakyat Indonesia.
Kalau nak tengok bagaimana Malaysia nanti apabila wang minyak kita dihabiskan oleh UMNO dan UMNOPUTRA, duduklah di Jakarta ini.

Anak cucu kita akan merempat dan makan sampah serta anak-anak gadis kita nanti terpaksa melacurkan diri semata-mata mahu mencari sesuap nasi. Itulah nasib rakyat Indonesia setelah habis wang minyak Indonesia dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau.

Dari dua segi, kerajaan Norway lebih ISLAM dari Kerajaan Malaysia:

a. Pengurusan dana Petroleum yang memikirkan masa depan rakyat Norway
b. Polisi penjualan arak yang mengharamkan keuntungan. Hanya untuk keperluan domestic sahaja.

Bilakan orang Melayu hendak melupakan isu remeh seperti nama Allah dan konsentrasi isu yang lebih penting: PEROMPAKAN WANG MINYAK OLEH UMNO DAN KUNCU2 MEREKA.

Sedarlah wahai orang Melayu sekelian. Kamu dah kena tipu hidup-hidup oleh UMNO semenjak Merdeka sampai hari ini.

Bangunlah wahai bangsa ku. Berhentilah dari asyik jadi mangsa penipuan. Adakah kita rela melihat anak-anak gadis kita menjadi pelacur di masa hadapan?

Tulang Besi

Oil Revenue Payments to Malaysian Government
On July 4, 2009 Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister. He said that Petronas has been paying dividends, taxes, royalties and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels. Petronas began by paying the government RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when Mahathir assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.[10] Opposition leader Lim Kit Siang urged the Barisan Nasional government to open its books on Petronas and give a full accounting of how payments from the national oil company had been spent since its inception. Lim said that previously Mahathir did not raise any issues about the misuse of funds from Petronas, set up in 1976 as the national oil company, to bail out "dubious projects”. He pointed to the infamous incident where RM2 billion was used to bailout Mahathir's son Mirzan Mahathir’s shipping concern Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) in 1998 when KPB was floundering in billion-ringgit debts with its share price falling to RM3.78 by February 1998, a fraction of its pre-financial crisis level of over RM17. He claimed that there were other occasions under Dr Mahathir when “Petronas was used as a national piggy bank” such as the RM2.5 billion and RM1 billion bail-outs of Bank Bumiputra in 1986 and 1989, aiding MAS and Proton in their financial struggles as well as to fund mega-projects such as the Petronas Twin Towers and the shifting of the federal administration to Putrajaya. Lim also demanded a full accounting of the RM15.2 billion royalty owed to the Terengganu government from 2000 to 2009, which he claims were “hijacked by the federal government when the Terengganu state government fell to PAS.[11]

11 comments:

perompak harta rakyat said...

Tapi sayang masih ramai Melayu diluar sana yang menyembah UMNO sampai mati....

Maka dengan izin Allah bila DSAI naik jadi PM Malaysia ke 7 nanti tugas pertama beliau setelah menreformasi semua ketua Pihak berkuasa / Jabatan agensi kerajaan...

adalah MERAMPAS DAN MENYITA SEMUA HARTA RAKYAT yang DIROMPAK oleh bekas pemimpin Kerajaan Bejamin Netanyahu (BN) selama lebih 50berkuasa ini dan harta-harta ini kemudian dikembalikan pada rakyat

Anonymous said...

alahai..
1.hangpa komen la isu ni!dah lenguh jari komen isu ni dulu!!
2.dah agak isu-isu yang akan dibawa ole TB ni!!isu judi oleh umno!isu proton!isu petronas!!isu umno tak islam berbanding pas!!
3.Dok ulang isu lama jee!dah lupa keeeee!!!!

Anonymous said...

Sudah masuk kocek UMNO Putrala. Apa lagi?

Baik jugalah, bangkrapkan negara dan bersama sama kita lihat macam mana penyokong penyokong UMNO yang bodoh akan hidup.

arus perjuangan said...

Tulisan anda ada logiknya teman setuju. Tetapi Orang melayu begitu sayang dengan umno susah hendak kita terangkan yg umno ni perompak harta rakyat contao bila kita bercakap dengan orang tua-tua mereka akan kata yang muda tak merasa susah masa zaman jepun itula yang mereka akan katakan sebabnya umno sudah menanam pekara-2 yang tak elok pada fikiran orang melayu itu yang susah untuk kita tembusi.

matstimketum said...

wang yang masuk ke kocek pemimpin dan kroni umno-apco! rakyat hanya dapat tempias sahaja. sanggupkah kita memdiarkan penyalahgunaan kuasa ini berlarutan?

Anonymous said...

Bagisetiap warga Norway, masa depan mereka TERJAMIN.
Eh lu ta tau masa depan Kroni Pencuri Harta Negara dah terjamin.
Tapi masa depan anak cucu kita serah kepada Tuhan saja.

Anonymous said...

apa sudah jadi dgn wang resab kita?apa sudah dgn resab emas kita?gold price shooting up!

ikan todak said...

Nak tau ke mana perginya harta-harta rakyat tu semua kena tanya sama Grand Marquis.....Dia pakar dlm bidang tu....Hahahahaha...

dino.yp@gmail.com said...

duit minyak tu bukan mak bapak kau punya. kau nak bising buat apa?

Anti dino.yp said...

dino.yp@gmail.com,ko diam rr..ko plak yang nk bising2 pehal? duit minyak tu pn bkn mak bapak ko yg punye, apsal ko nak bising plak. sebok jek. gi main jauh2 la.

Anonymous said...

Penyamun akan dilaknati ALLAH setiap yg lama memerintah akan menjadi mangli saperti Congress d India..munkin pilihanraya ke13 nanti UMNO will be history..itulah permintaan saya dn juga semua yg dh penat dgn kebejatan yg bermaharaja sekarang..we hope doomsday in the coming 13th election will be the exit door for the ruling BEEND elite..hopefully for the best and in PR we trust..insyallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.