Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 4, 2010

Bangsa Melayu Dimalukan Sewaktu Kongress PKR

Saya sempat bercakap dengan kawan saya yang menghadiri Kongress PKR di Kota BAru minggu lepas. Antara komen awal beliau adalah perwakilan-perwakilan yang bercakap pasal jawatan dan marah pada Tan Sri Khalid sebab tak beri jawatan adalah rata-rata berbangsa Melayu.

Beliau hairan kerana perwakilan-perwakilan yang berbangsa India, Cina, Iban, Dayak tak sebut sikit pun pasal jawatan. Malahan perwakilan orang Asli dari Pahang tu bercakap lebih berfakta dan berdaya maju berbanding dengan perwakilan-perwakilan bangsa Melayu.

Rata-rata yang menaikkan isu Tan Sri Khalid tak beri jawatan, tak beri projek, tak beri itu, tak beri ini adalah mereka yang berbangsa Melayu. Saya tersentak dan pada masa itu saya merasa amat malu kerana saya pun bangsa Melayu keturunan Minang.

Nasib baiklah ada perwakilan Terengganu yang telah bercakap dengan cukup baik dan memberi peringatan yang cukup membina. Seperti yang dilaporkan oleh Poji Topeng Perak:

Lain-lain Perwakilan terutama dari Terengganu sangat-sangat membina bagi aku, dalam korang-korang dok membantai Tan Sri Khalid pasal tak bagi jawatan dan tak reject orang-orang bukan Pro Pakatan Rakyat di Selangor, Perwakilan dari terengganu tampil mengingatkan para pemerhati supaya renung balik apa yang berlaku di Terengganu akibat dari tindakan Kerajaan PAS Terengganu dulu.

Apa yang PAS Terengganu lakukan dulu masa dapat ambik alih Terengganu, sama macam apa yang kebanyakan perwakilan minta Tan Sri Khalid buat. reject yang bukan Pro Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Selangor, serah semua Jawatan-Jawatan penting pada ahli parti dan bla bla bla...

Diakhirnya apa yang berlaku di Terengganu.. ? 4 Negeri yang kita tak sangka boleh menang akhirnya menang dengan bergaya sementara Terengganu menaggung malu akibat perbuatan bodoh.

Di saat akhir pemerintahan PAS Terengganu, bukan sahaja orang bukan PAS yang dipancung, orang PAS yang bukan orang Terengganu pun dipancung sama.

Kawan saya yang pernah menjadi exco Pemuda Selangor turut menjadi mangsa apabila Pusat Pemulihan Akhlak yang beliau tubuhkan dan berjaya. Beliau dipecat kerana mahu digantikan oleh seorang Ustaz yang baru balik Azhar tapi dari PAS Terengganu.

Sedangkan kawan saya ni bangsa Jawa dan tidak berasal dari Terengganu. Tak sampai sebulan selepas beliau dipecat tanpa apa-apa alasan, Terengganu jatuh semula ke UMNO.

Di Selangor pun, konspirasi untuk menjatuhkan MB Selangor sebelum ini dipacu oleh orang-orang PAS di mana SU Politik PResiden sendiri terlibat. Takkan kita dah lupa?

Saya cukup malu dengan perangai orang Melayu. Baik dalam PAS mahupun dalam PKR, sama sahaja. Ramai yang gila jawatan. Ramai yang gila pangkat walaupun tak sedar diri tu tak layak. Tapi nak jugak pegang jawatan.

Itulah sebabnya PAS telah kalah dua kali di Terengganu. Kita tengok dalam PAS, apabila mereka lihat di Terengganu mereka dah takda harapan memerintah, mereka terus kacau PAS di Pusat. Semua nak digantikan dengan orang Terengganu sehingga PAS Pusat lebih nampak macam PAS Terengganu. Yang penting jawatan. Kerja tak penting.

Sekarang barulah kita paham kenapa orang Melayu ni lemah dan tak mampu bersaing. Semuanya nak pangkat tanpa mengira kelayakan.

Pada mereka yang kemaruk nak pangkat ni, saya cadangkan supaya ambil satu jam dalam bilik yang sunyi dan tulis kesemua kebolehan saudara satu demi satu (orang putih panggil tulis “resume”). Lepas tu baca balik dan buat keputusan. Layak atau tidak kamu memegang jawatan?

TAN SRI KHALID DIKRITIK HEBAT SEBAB…..

Tan Sri Khalid teruk kena tegur sewaktu Konvensyen PKR baru-baru ini.
Saya merujuk kepada tulisan Reformis Nora sendiri berkenaan Tan Sri Khalid tahun lepas:

Bagi Nora....kalau Khalid bersalah sungguhpun isu itu kecil sahaja maka dia sepatutnya di hukum tetapi yang merisaukan Nora adalah ini adalah hasil dari kerja orang yang mahu loncatan politik – mahu tempat dan kuasa.

Sungguhpun tindakan untuk menghapuskan rasuah tetapi menurut empunya cerita orang ini merasuah juga untuk menjatuhkan Khalid. Nazri dari GERAK dan Khir Toyo jadi alat saja untuk agenda peribadi orang ini – kata pemberi maklumat pada Nora. Waduh....PKR...PKR......siapa yang menjadi dalang dalam isu ini .....mungkin Nora dan pemberi maklumat sahaja yang tahu...mungkin juga ramai yang tahu ...tetapi klu nya mudah – ada pertubuhan gerakan reformis yang mahu ditaja untuk membuat kerja-kerja politik sebegini dan kemudian akan diberi projek – jadi orang ini bukan orang kecil juga dalam PKR...wa duh....

Tak heranlah. Ramai yang kemaruk nak jawatan, nak duit, nak pangkat lepas tu buat konspirasi nak jatuhkan Tan Sri Khalid. Bukan sebab Tan Sri jahat, tapi sebab Tan Sri nak ubah perangai orang Melayu di Selangor ni.

Tulang Besi

12 comments:

Amuraria said...

PERJUANGAN DEMI TEMBOLOK,PERUT & BAWAH PERUT ! ITU LAH AJARAN UMNO PARTI DAJAL PEROSAK NEGARA & AGAMA !

john labu said...

dan lebih-lebih memalukan orang2 itu berkopiah berjubah tapi berkehendakkan jawatan sama macam perangai umno
dan sekarang dok di pusat dengan bangga berlagak sebagai PEJUANG islam..

mahaza said...

Itu lah kelebihan orang Melayu sampai apabila Melayu yang nak tolong bangsa senditi dengan cara yang betul untuk memajukan bangsa pun kalau boleh nak diperjatuhkan dan dicantas. Kalau yang kaki ampu, bodek.... ha... yang itu bagus. Itulah apa yang aku rasa dalam kelopok kecil apatah lagi dalam kelompok yang besar. Bukan takde yang cuba himpit nak kenal dengan ADUN.... lepas tu nak kaotim... ko pi mintak sendiri lah..... ha ha ha....

faizal said...

soal politik adalah soal untuk mendapatkan kuasa untuk melakukan perubahan tetapi bukanlah perubahan yang digunakan untuk membunuh orang melayu yang tidak sealiran..jika perbuatan begitu diteruskan maka saya sendiri akan menolak PR..kerana parti yang bersahsiah tidak akan membuat begitu..

Anonymous said...

THUMBS UP @ BRO TT!!.YES!..DASAR EKONOMI BARU YG TELAH DISONGSANGKAN,DIPUTARBELITKAN OLEH MAMAK CHOOTIA HARAMJADAH MALAYALI PRETENDING TO BE MALAY TELAH MEROSSKAN ORG MELAYU..VIRUS UTK UTK JADI KAYA DGN MAIN TELOQ TELAH MERESAP KE DLM JIWA OWANG MELAYU..DATS WHY BILA BERDEPAN DGN REAL PROBLEMS,MEREKA JADI "DUH"..DUNNO WHAT TO DO..SO THEY SCREAM LIKE A MANIAC,SHOW ANGER N EGO..FOR EXAMPLE RAJA CHE GUAVA PETRA..

zakwan said...

I agree that TS Khalid deserves 2 be applauded for not bowing to pressure from greedy and opportunistic individuals within the party(ex UMNO, I guess)

The same treatment was given 2 Salehuddin Hashim who was undeserving of the party's sec gen post in the 1st place

While I agree with TS Khalid not practising cronyism and nepotism in his administration,it's best if he hires capable figures such as Shamsul Iskandar, CheguBard or Uztaz Badrul 2 some key posts in the government 2 improve the state government's performance

Hey,u hired Anwar as economic adviser
So what's stopping u?

Anonymous said...

TB,
Suhaimi al-Maniri dalam blog Dunia Bewarna Lunar: bertanyakan: Hala Tuju PKR dan PAS selepas ini...maksud Suhaimi selepas Kongress PKR.Selepas Kongress PKR dan juga selepas Muktamar PAS,minggu depan,munkin banyak hala tuju baru yang akan dirancang menjelang PRU ke13.Yang pasti(buat Suhaimi)PAS akan terus memperkokohkan jalinan dalam Pakatan Rakyat dan menutup rapat isu UG.

zakwan said...

Anon 1.18
Expect the UG issue 2 crop once again in future by elections involving a PAS-UMNO showdown

Abuzar said...

Penghujahan TB amat bagus dan TS Khalid Ibrahim telah merentasi tembok "mentaliti mengemis melayu" supaya lebih kompetitif.

Kerajaan PR perlu meroboh persepsi negatif & lemah terhadap kepimpinan melayu UMNO selama ini.

Krajaan2 dan aktivis2 PR mesti menjadi penggerak kepada revolusi mental & budaya politik bertamadun berdasarkan prinsip demokrasi, patriotik, kecekapan produktiviti, keadilan sosial dan tadbir urus yang baik.

Tahniah kepada semua MB PR, YAB TG Daot' Nik Aziz, YAB TS Khalid, YAB Lim Guan Eng, YAB DS Azizan, dan bekas YAB DS Nizar.... anda semua telah tunaikan amanah & prinsip perjuangan rakyat dengan sedaya upayanya ...

Budaya politik baru Kerajaan PR.. merimaskan mereka yang berjiwa/ mentaliti "korup & assobiyyah". Sehingga ada ahli2/ YB2 komponen PR terpaksa melompat keluar mencari "RM jutaan", menyembah najibul dan tabiat menjilat UBN "najis lama mereka itu" ....

Kepada semua MB/KM PR ... kita doakan petunjuk Illahi dan kita berserah kepada Allah segala usaha baik tersebut...

Anonymous said...

MES adalah dasar yg baik utk rakyat justeru perlaksanaan mestilah dilaksanakan oleh anggota parti yang memahami dasar tersebut agar dapat memperkukuhkan sokongan rakyat yang berterusan. Bukan dengan memberi laluan kepada parti lawan yang sudah tentu akan menggagalkan dasar Pakatan Rakyat untuk itu rahmat melimpah keluar dari negeri selangor dan rakyat dinegeri lain melihat kekemasan dan perlaksanaan dasar PR yang menyakinkan dan menyemaike negeri lain2 yang belum menang lagi. Kenapa tidak diberi ruang dan peluang utk anggota keadilan sama2 terlibat menyemarakkan dasar MES itu dikalangan rakyat terbanyak tatkala media perdana samada cetak mahupun letrik membatasi maklumat utk sampai ke peringkat akar umbi. Ini adalah pengalaman ketika PRK Hulu Selangor dan kita kritik bukan kerana jawatan atau pangkat tapi kita meminta layanan yang adil menjadi anggota keadilan bukan tiket untuk mengaut kekayaan tapi meminta padang permainan yang sama rata supaya kita dapat bersaing secara sihat. Kita tidak minta projek jutaan cuma kita minta menjadi pelaksana dasar MES itu supaya cita2 dah aspirasi MB Tan Sri Khalid dapat dicapai kita juga bukan UMNO utk mendewakan pemimpinKita kritik supaya jgn jadikan alasan kerana menjadi anggota PKR kita dilarang sama sekali utk bersaing secara adil. Sehingga pernah seseorang itu telah diarahkan oleh MB setelah berjaya dalam temuduga mendapat jawatan tapi disuruh untuk membatalkan tawaran jawatan tersebut kerana beliau merupakan timb ketua cabang PKR.

Anonymous said...

betui lah apa pengundi2 ats pagar duk kata, perangai pas & umno sama saja bila dah dapat kuasa...semua jadi beruk baru dapat bunga!

Anonymous said...

sapa boleh sangkal pendapat saya bahawa tan seri khalid tidak mengamalkan kronisme...dari kalangan kawan2nya dari guthrie dan alumni university tempat dia belajar di australia suatu ketika dahulu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.