Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 14, 2010

Blogger Dihina, Utusan DiMulia. Hasilnya……..

Setelah Blogger dilayan seperti sampah sewaktu Muktamar, dan Utusan Malaysia ditatang seperti minyak penuh, saya telah melihat laporan-laporan Utusan Malaysia berkaitan Muktamar PAS.

Antaranya adalah:

1.0 'Tidak dapat elak bersaing sesama pakatan' - Artikel ini percubaan Utusan Meloya melaga sesama partai Pakatan Rakyat.

2.0 Pas perlu ganti nama baru - Utusan Meloya mengambil statement Zainal Kling, seorang yang bukan Melayu, yang cuba merendah-rendahkan usaha PAS merapati golongan bukan Islam.

3.0 Berubahkah dasar perjuangan Pas? - Di sini, Utusan Meloya sedang cuba untuk menyebar keraguan kononnya PAS telah lari dari landasan perjuangan dengan sikap PAS yang bekerjasama dengan DAP

4.0 PAS Perlu Jelas Pendirian - Sama seperti di atas.

Boleh dikatakan kesemua laporan Utusan Malaysia adalah fitnah atau percubaan mengelirukan rakyat berkenaan pendirian PAS.

Ertinya segala jasa baik PAS pada Utusan Malaysia telah dibalas dengan fitnah dan pembohongan dari Utusan Malaysia.

Manakala, bloggers pula telah dilayan seperti sampah oleh Ketua Penerangan dan Panitia Muktamar.

Disini kita sudah nampak mengapa kontroversi “Kerajaang Perpaduang” berlaku. Puak-puak Pro UG, yang juga menguasai pentadbiran Muktamar, adalah mereka yang tidak tahu membezakan antara kawan dan lawan.

Utusan Malaysia mereka lihat sebagai kawan walaupun telah lebih 40 tahun Utusan Malaysia memfitnah PAS. Mungkin kerana 2 tahun kebelakangan ini, apabila sesetengah kepimpinan PAS mula menunjukkan kemahuan kepada gagasan “Kerajaang Perpaduang”, Utusan Malaysia telah berhenti menyerang pemimpin2 pro UG ini.

Peluang Muktamar digunakan untuk membalas dendam kepada bloggers dengan melayan Bloggers seperti sampah.

Saya rasa lepas ni, orang seperti Ustaz Idris Ahmad dan Presiden PAS, jangan haraplah nak dapat sokongan dari Bloggers atas layanan buruk terhadap bloggers. Pergilah menegemis belas kasihan akhbar UMNO untuk mendapat liputan terhadap kamu.

Saya mencadangkan supaya mereka yang bersikap buruk terhadap Bloggers diboikot atau didedahkan perangai mereka sepenenuhnya. Mereka ini hanya akan merosakkan parti dan perjuangan Islam

Kita lihat dalam Muktamat Pemuda, giat para perwakilan Pemuda menyerang Bloggers. Namun, tiada seorang pun yang menyerang akhbar-akhbar utama yang jelas memfitnah PAS sejak sekian lama. Ertinya, para perwakilan Pemuda masih belum matang dan masih belum akil baligh. Mereka tidak dapat membezakan mana musuh dan mana kawan

Ini juga menunjukkan betapa PAS akan hancur di bawah penguasaan puak2 Terengganu dan geng Kayu yang mengelilingi Presiden kerana mereka menggunakan Presiden untuk menaikkan agenda mereka.

Tulang Besi


11 comments:

king said...

Makin lama makin terserlah kejumudan dan watak sebenar ko....

Maaf ler TB....percubaan ko utk mengajak sesetengah blogger utk undur ke belakang tidak berjaya...

Ko leh teruskan kerana ramai lagi blogger yg "matang" dan "ikhlas: dlm perjuangan ini...

Klau nakkan "balasan" dlm bentuk habuan.....pergi jer kat umno apco tu....sure dpt nye dgn syarat ko ikut telunjuk mereka...

C++ said...

Bhai TB,

Gua memang dah agak benda nih akan jadi sekali lagi ... selagi mana banyak pimpinan jenis "tak tahu di untung" ader kat atas tue... dan sikap wala' dan thiqah yang tak tentu hala... selagi itu la....

Maleh la nak cover Muktamar... buang masa jer... isi takder... banyak kosong dan retorik...

Anonymous said...

bro...lu tak sesuai jadi blogger pas.nak harapkan balasan dari pas.udahlah...luncai.hentikan tulisan lu yg tak berfaedah.

czackPY said...

Bro, Tolonglah nak tegurpun jangan sampai beri ruang pada UBN.

Dari kau berkawan dgn AT , dengan PAS Reform semakan lagi.

Tetapkan sasaran kita nak lentum UBN Ngok

sunsnake@budakbalun said...

hmmm..
apsal teman takde rasa dihina pun?
takde rasa dilayan macam sampah pun?

mungkin teman bukan dikategorikan sebagai blogger PAS kot?
sebab tu teman rasa biasa je..

siapa sebenarnya yang boleh mengesahkan kita ni blogger PAS?

Anonymous said...

Kalau Ketua Penerangan dan Panitia Muktamar tidak menghargai khidmat blogger dalam perjuangan parti PAS... itu tidak menjadi hal.

Cuma ingin kita berikan sedikit kata-kata....

Sebagai pemimpin parti yang anti-blogger dinasihatkan jangan buat salah atau buat silap berkaitan dengan diri, keluarga, kerjaya dan cita-cita. Pasti ianya akan dijadikan cerita sensasi....

Ketika anda dilihat elok, kami akan tulis yang elok-elok untuk anda dalam blog kami... tapi kami akan sentiasa memerhatikan kelakuan dan kelemahan diri anda walau dimana saja anda berada.....

Blogger yang suka menulis akan sentiasa membuat ulasan memberi peringatan kepada ahli parti dan juga rakyat Malaysia dengan menunjukkan kelemahan dan kebodohan diri anda sebagai seorang pemimpin sehingga mereka menolak kepimpinan anda...

Lebih ramai yang tidak suka pada blogger yang dianggap sampah akan menjadi lebih lebih ramai pembaca memasuki blognya.....

Benarkah si luncai terjun dengan labu-labunya atau si luncai terpaksa terjun dengan "UG"nya...?

Anonymous said...

ku cuma confuse regu Presiden dan Timbalan :

Gandingan mana paling mantap jom cadangkan ramai2..

1. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ir Nizar Jamaludin

2. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Husam Musa

3. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub

4. Husam Musa dan Nizar Jamaludin

5. Husam Musa dan Salahudin Ayub

6. Salahudin Ayub dan Tuan ibrahim Tuan Man.

Projek Langgar Hadi FASA II

Anonymous said...

aku setuju sgt..

korang kene senaraikan semua pemimpin PAS yang wajar di boikot... kemudian senaraikan barisan kabinet alternatif PAS...

siapa paling layak ganti Hadi dan Nasarudin dan Mustafa ALi..

Aku cadangkan Presiden kita serah pada Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Serah kepada Nizar Jamaludin
Setiausaha Agung : Serah pada Husam Musa
Bendahari : Kekal Dr. Hatta
Ketua Penerangan : Mohamad Sabu
kETUA pENGarah Pilihanraya : Khalid Samad
Naib preisden 1 : Salahudin Ayub
Naib Prfesiden 2 : Mahfuz omar
Naib Preisden 3 : MUJAHID YUSOF RAWA
Naib Presiden 4 (muslimat) : Dr. Lo Lo

Jom Kita lancarkan kabinet bayangan PAS PUSAT!!!

Projek Langgar Hadi fasa II

Sebatang kara said...

Salam bro,

TB habaq mai,

Saya rasa lepas ni, orang seperti Ustaz Idris Ahmad dan Presiden PAS, jangan haraplah nak dapat sokongan dari Bloggers atas layanan buruk terhadap bloggers. Pergilah menegemis belas kasihan akhbar UMNO untuk mendapat liputan terhadap kamu.

Jangan angkuh bro, sebenarnya PAS tak perlukan blogger sampah macam hang bro.

Sebatang kara said...

Salam bro,

TB habaq,

Saya rasa lepas ni, orang seperti Ustaz Idris Ahmad dan Presiden PAS, jangan haraplah nak dapat sokongan dari Bloggers atas layanan buruk terhadap bloggers. Pergilah menegemis belas kasihan akhbar UMNO untuk mendapat liputan terhadap kamu.


Eh TB terperasan cam sampahlah pulak. Keciangggg. Bro, PAS tak perlukan blogger sampah cam hang bro. Sedar diri la sikit bro.

Anonymous said...

Faham betul2..yg dimaksudkan dlm muktamar hari tu adalah berhati-hati dgn bloggers-blogger yg dimaksudkan adalah blogger-blogger celaka,,blogger baik tak jadi masalah punya..

Siapa yg rasa cili dialah yg rasa pedasnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.