Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, June 27, 2010

Tulang Besi Cabar Ulama Muda Masuk UMNO Untuk Debat Terbuka

Berita adanya 40 orang ulama Muuda yang baru menyertai UMNO membuat saya . Dengan ini, Tulang Besi ingin membuat cabaran terbuka kepada ulama2 muda yang baru sahaja masuk UMNO.

Yakni, Tulang Besi mahu mencabar ulama-ulama muda tersebut berdebat secara terbuka dengan Tulang Besi.

Tajuk yang dicadangkan Tulang Besi adalah:

Perjuangan Islam Melalui UMNO: Realiti atau Fantasi

Oleh kerana senarai penuh 40 "ulamak muda" itu tidak pernah dikeluarkan, maka saya meminta mereka menghubungi saya melalui email saya di malaysiawaves@rocketmail.com

Tujuan Tulang Besi membuat cabaran ini adalah atas dasar hairan dan ingin tahu semata-mata. Tulang Besi benar-benar hairan bagaimana boleh wujud segolongan "agamawan" yang boleh mempercayai UMNO untuk mendaulatkan Islam.

Secara pribadi, Tulang Besi tidak nampak satu hujjah yang nyata untuk sesiapa sahaja memasuki UMNO atas dasar mempertahankan Islam? Baik dari sudut sejarah, politik, ekonomi, sosial dsbnya, tiada satu asas pun untuk sesiapa sahaja untuk memperjuangkan Islam melalui UMNO.

Maka, Tulang Besi berharap salah seorang dari 40 (ataupun 16) "ulama muda" yang memasuki UMNO tersebut untuk menyahut cabaran Tulang Besi ini.

Wallahualam

Tulang Besi





40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri, Abdul Rahim Sabri
Jun 25, 10, 9:31pm

Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bor
ang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Fadlan merupakan pensyarah fakulti pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 16 daripada mereka hadir malam ini.

Manakala dalam sidang media yang diadakan selepas penyerahan borang tersebut, ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi , yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya".

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Dalam sidang media itu juga, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, menjelaskan bahawa mereka akan dimasukkan melalui cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang dan selepas itu akan diserapkan ke negeri-negeri masing-masing.

Katanya kebanyakkan ulama muda yang hadir pada malam ini adalah berasal daripada Kelantan.

Tambahnya, kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana dan PhD dari universiti dalam dan luar negara.

"Mereka tidak mengancam mana-mana pihak, sebaliknya menunaikan tanggungjawab menyebarkan agama yang murni dan menyeru perpaduan," katanya.

Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap.

29 comments:

Grand Marquis said...

Ha ha... TB buat lawak antarabangsa lagi. Hari tu cabar Najib bubar parliment HS untuk pilihanraya semula, la ni nak cabar pula "ulama muda".

TB sepatutnya cermin diri dulu sebelum nak mencabar orang. Diblog ni aje pun dah terlalu banyak kali hujah dan pembohongan TB di patahkan. Juga terlalu banyak kali saya buktikan TB sama ada jahil atau tak amal banyak perkara-perkara basic dalam agama.

Sama lah macam kes TB nak mencabar kepimpinan PAS. TB ni orang yang tak de jawatan, tak de tanggungjawab dalam pas, dan tak tau apa sumbangannya, tapi ada hati nak mencorak kepimpinan tertinggi pas ikut seleranya.

La ni, TB yang tak de kelulusan agama, dan terbukti serba-serbi kekurangan dalam ilmu agama nak mencabar ulama. Memang TB sedang buat lawak antarabangsa.

Anonymous said...

Bro... ulama yg masuk UMNO ni semua ulama plastic, ulama subcon !!

Selama ni UMNO pakai label ISLAM bagi menipu orang2 Melayu, ramai dah kena tipu !!

Anonymous said...

Mereka tu aku rasa layak digelar ustaz lagi,,tak layak digelar ulamak lagi..

Ada sekor ustaz tu cium tangan Najib,,aduhh tangan lulus judi ko cium..dunia dah nak kiamat. Pak mat bela lembu cetek agama sokong Islam,orang agama tahu agama sokong thorud..dunia dah terbalik akhir zaman..

Aku sorang abang mang kite kali ni.

-besi tembaga

Hossan said...

Hey TB, what planet do you live on? UMNO contributes nothing Islamic ? Is there a level lower than "retard" in which you can be classified? I would certainly think so.

Tulang Besi said...

GM tak ori,

Dulu hang kata UMNO haram kan judi untuk orang Islam.

Tapi sampai hari ni tak bawak satu habuk bukti pun.

Masuk ni, dah dekat 50 kali hang ditangkap membohong dalam blog ni.

Grand Marquis said...

Dah bila TB buka bab judi tandanya dia dah malu. Dalam bab judi sendiri pun TB dah terang-terang kena tangkap basah.

World cup dah masuk round 2. England pun dan kena takik. Tapi lesen judi pun tak nampak lagi. Tapi TB dah sibuk jaja merata dunia kata kerajaan halalkan judi. Lepas tu ada hati nak suruh orang bagi bukti. Patutnya dia yang buat fitnah kat orang dialah yang kena bagi bukti. Orang macam tu masih ada hati nak debat dengan orang? Beban fitnah yang hang tabur tu pun dah terlalu banyak untuk hang tanggung. Memalukan aje.

Ninja-san said...

Ulama muda ni masuk UMNO kes LOAN MARA , JPA dan PTPTN kantoi tak bayar .. Najib bagi potongan 100% bila join UMNO sebagai imbuhan awal .

Bukan senang ulama muda ni balik nak cari makan kat Malaysia nie . Selain terpaksa mengikut sahaja apa yang di tawarkan.

Jika masuk untuk memperjuangkan ISLAM , adakah berada diluar UMNO , sesesorang itu sukar untuk memperjuangkan Islam secara total ?


- just my 2 kupang 3 det -

Anonymous said...

Tak payah la Tulang Besi nak berbohong...setakat 40 orang tu apa masalahnya...Malaysia kan demokrasi...beribu2 puak kafir jadi ahli bersekutu pas pun tak salah..kaki pembohong macam Tulang Besi jadi ahli pas pun tak salah...itu kan hak masing2 nak pilih parti dia....Tulang Besi pun muda jugak..tapi dah ada hati nak jadi CEO...betul tak Tulang Besi..

faizal said...

TB..kenapa ulama 40 tu tak boleh masuk UMNO..

masuk PKR boleh kot?


semakin lama saya lihat agenda PR semakin songsang dan dilihat sebagai lawak jenaka kerana memperkatakan sesuatu isu yang berbalik kepada diri sendiri..

dino.yp@gmail.com said...

karpal kata no to islamic state. apa kata hangpa TB? ada berani dengan orang kapiaq?

Anonymous said...

lantak dioranglah nak masuk UMNO.. ade ilmu tak nak amal.. sia2 je belajar.. ingat kalau 40 ulamak masuk UMNO dah boleh kata parti tuh memperjuangkan Islam ke.. nampak sangat terdesak Si UMCO nih..

Anak Perelih said...

Cuba TB baca betul betul alasan diaorang masuk UMNO... untuk memperbetul etc..dan lain lain lagi kan...

maksud diaorg, dalam UMNO tu tak betul la.. tak mantap la.. tak islamik la... sebab tu depa masuk nak memperbetul...

cuma yang boleh kita persoalkan... kalau nak basuh tong taik... kita tak boleh masuk dalam... nanti jadi macam Anwar... ditendang keluar.. terpalit habis najis UMNO.. sampai kena mandi diluar tong di Sg Buluh utk membersihkan najis UMNO tu...

Anonymous said...

TB,

Kawan kapiak kau dah terang-terang kata 'no' to Islamic state. Terang-terang dia sangkal dakwaan PAS yang DAP sedang belajar nak memahami misi perjuangan PAS. Hang tak nak ajak berbincang ke????

Dia kata, PAS/DAP bersatu sebab persamaan musuh. DAP benci UMNO pasal umno tolong ramai melayu dan islam, hang benci UMNO pasal apa pulak? Oooh, pasal hang tak kasi orang kapiak (geng kau) berjudi, minum arak.. Baguih, baguihhhh. Hang memang bijak!!

Dah minta kebenaran mereka ke belummmmm!!!! Terkincit nanti macam Dr. Hassan Ali..

Anonymous said...

alahai..
1.Terpulanglah pada mana-mana yang rasa diri dia ulama nak masuk mana-mana parti!!umno ka!Pas ka!
2.Kalau ikhlas dan benar-benar hendak perjuangkan islam!masuklah mana-mana partipun!!cuma jangan dok BIDAAHkan sesama islam sudah!!
3.Yang hang TB ni!!awatt hang dengki sangat depa nak masuk umno!!ikut suka depala oii!!
4.Yang hang masuk Pas!sapa pun tak dengki kat hang!!kalau hang rasa hang boleh tegakkan Islam melalui Pas!teruskan!!
5.Zaman cabar-mencabar!dah belalu!!zaman budak-budak!!zaman berteori dah berlalu!!sekarang orang nak tenguk islam dipraktikkan!!bukan cakap pandai jeee!!!

Anonymous said...

statement cabaran TB ini membuat kan ramai yg gelak ketawa melihat org mcm TB yg cakap dgn press pun tergagap gagap ...tu pun press yg interview sekadar dari Malaysia KINI ...belum dari reuter ker, AFP ke...TB hang jgn malukan diri sendiri....hang tu tong kosong jer...even muktamar PAS baru ni pun tidak mengiktiraf bloggers sampah mcm hang....

Serious Shepherd said...

Sewajarnya kemasukan golongan ulama ke dalam UMNO haruslah disambut baik dan bukannya dipandang serong, kerana kini semakin ramai ahli UMNO yang mampu mengendalikan sesi soal jawab agama.

Antara soalan yang boleh ditanya kepada para ulama UMNO adalah seperti berikut:

- Terangkan mengenai maksud Surah Al-Maidah ayat 44: ".. dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir."

- Apa hukumnya membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di pelabuhan negara Islam seperti Malaysia?

- Apa hukumnya mengadakan kerjasama ketenteraan dengan negara yang memerangi umat Islam di seluruh dunia?

Anonymous said...

You and rest of Malaysians are what you are today because of UMNO and TDM,not because of half bake PAS ulamaks.So be grateful.
UMNO4Ever.

Anonymous said...

kalau dah kerjanye menipu, selama2nya lah menipu.. berita terbaru mengenai 40 ulamak muda.. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27328:umno-tipu-jatuh-reputasi-ulama-muda&catid=1:utama&Itemid=50 kat sini kita boleh judge betapa licik n jahatnye UMNO nih..

Yuseri Yusoff said...

Dengan ini saya juga mencabar TB mengemukakan bukti Ezam dapat duit utk masuk UMNO.

Kemukakan juga bukti UMNO bakar gereja, dan jangan lupa bukti MP-MP yang lompat parti dapat bayaran rm2juta.

Aku baca artikel TB yang ni nak tergelak. TB pandai buat lawak, masuk senario la TB. Kahkahkahkah.

Cabar UMNO berdebat konon.. Kalao dorang sahut cabaran tu TB nak kutip derma buat beli tiket kapal terbang pulak ke?

Hahahaha.. Gaji 6x exco tapi mintak derma nak balik malaysia. Hahahah.. Kelakarlah abg TB ni.

Anonymous said...

akahai...
1.Lupa sikit lagi!!
2.depa semua tu! ada minta jawatan apa-apa ka!mufti ka!presiden YADIMka!CEO ka!!!!
3.Cuma dok pening sikit!!apa benchmark yang melayakkan seseorang itu digelar ulama!
4.Ada ijazah dalam bidang agama!cakap sikit tentang agama!!boleh digelar ulama!!!
5.Contohnya TB kan ada sijil agama dari IPTA!!dia pun ulama juga ka!!

Anonymous said...

hang dengan 40 penyamun tu dari spesis yang sama. Tak yah la nak tunjuk hero konon. Duduk Indon diam-diam lagi baik...

Anonymous said...

hang dengan 40 penyamun tu dari spesis yang sama. Tak yah la nak tunjuk hero konon. Duduk Indon diam-diam lagi baik...

Anonymous said...

ya..nachibai will call for a snap election..december/november?..so,nachibai nak tunjuk dia dan umno suci dlm taik..utk menipu owang felda/kampung,dia dangle carrotlah @ ularmaks auta chootia..pendek kata ini semau fesyen show..

Anonymous said...

//Ada sekor ustaz tu cium tangan Najib//

Gerenti ada saekor dua ularmak yg akan tutoh lobang taik hantu tetek..

blogenstarz said...

Tak payahlah.Buang masa saja.
TULANG BESI hanya LAYAK berdebat dengan budak TADIKA saja.
Mana dia ada kelayakan ugama.Yang ada cuma kelayakan mencaci , memfitnah , pembohong dan berpura2....
Blog ni pun orang sponsor...... dia tu kaki POKAI !

Anonymous said...

wa kah kah... apa yang sakit hati sangat pasal ulamah muda masuk UMNO.. birakanlah perkara elok... nampak sangat mamat tb ni busuk hati....ajak debat konon.. tu aduan hang tu ape cite... wa kah..kah

Anonymous said...

Ada dua kemungkinan mereka yang menggelar diri "ulamak muda" (ustaz baru.. lebih tepat) ni "masuk" UMNO ....

1. Mereka diugut/ dipaksa/ konsiparasi..... maka "kecut hati"-tak segigih & setegar ulamak jihad sebelum ini yang keluar masuk penjara, kepungan atau tribulasi dari para kaum jahiliyyah sekular...
atau mereka sendiri "lemah hati" dengan sedar rela menjilat UMNO .....

2. Mereka ingin mendakwahkan UMNO.. insya allah bagus tukarkan UMNO assobiyah sekular kepada parti Islamik ... (dulu Anwar Ibrahim gagal Islamikkan UMNO)....
atau mereka ditugaskan untuk dakwahkan PAS seperti Ulmak Tua dalam UMNO sekarang.. mereka ditugaskan untuk menghalalkan sekularisme & nasionalisme assobiyah UMNO sekarang.. na' auzubillah...

3. Mereka masuk UMNO kerana Allah.. ok...
atau mereka masuk gerombolan UMNO kerana habuan duniawi.. tak ok la...

apa2 pun kita tunggu & lihat apa sudahnya pekerjaan mereka yang mengelarkan diri sebagai "ulamak muda" UMNO ini..

Anonymous said...

salam. buat TB.

dari amatan saya,org yg kutuk hang ni terbahagi kpd 2 .
1-pencacai umno
2-ahli pas tp fraksi UMNO(GENG UG)

chegarMD said...

ustaz2 muda 40 orang ni termasok dlm lingkaran DR asri .mereka sebenar nya terdesak dgn isu wahabi/ji.telor2 mereka dah
kecut dgn tuduhan uztaz (SB) zamihan terhadap idola mereka DR ASRI.maka jalan terbaik adalah maso
k umno.utk menyelamatkan diri dari
di isa kan oleh si hishamudin.duduk
perkara nya memang begitu.kalau alasan utk berdakwah, di mana2 saja
mereka mampu berdakwah.malah dgn ke
masukan mereka dlm umno.medan utk
berdakwah sudah jadi sempit kerana
muslim pas/pkr sukar utk mereka men
dekati nya nanti. oleh itu mereka adalah golongan yg terpaksa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.