Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 12, 2010

Candu Wala’ Dimain Lagi Dalam Muktamar PAS. Budaya PAS Terengganu Masuk Dalam Ucapan Dasar

Ianya disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden. Presiden dilaporkan berkata:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala' (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang "menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim".

Katanya, kesemua pemimpin tersebut - yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional - dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

"Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam," katanya.


Malahan perwakilan dari Kedah, Ahmad Izzat Shauqi dilaporkan berkata:

Sambil menekankan sudah wujudnya elemen-elemen mempertikaikan pendirian kepimpinan Hadi khususnya pandangan menerusi blog, Ahmad Izzat Shauki berkata, beliau memberikan peringatan ini sebelum keadaan menjadi serius nanti.
“Ada yang menyerang presiden menggunakan blog-blog... kita kena wala’,” katanya lagi.


Soalan saya pula, apabila para perwakilan PAS telah menolak Ucapan Dasar YDP Agung PAS, Dato Asri Haji Muda pada Muktamar PAS 1978, adakah itu satu petanda yang perwakilan PAS tidak wala’?

Bukankah Presiden PAS yang ada sekarang ini antara yang terlibat mahu menjatuhkan Dato Asri sebelum peristiwa 1978 bersama-sama Nakhaie, Mustafa Ali dsbnya?
Bukankah tindakan Mustafa Ali memimpin segerombolan perwakilan mem boo Dato Asri satu masa dahulu satu bentuk tindakan yang tidak wala’?

Dari kenyataan di atas, jelas baik Ucapan Dasar mahupun ucapan Ahmad Izzat Shauqi, mahu meletakkan taraf “maksum” pada Presiden dan kepimpinan parti.

Soalan saya yang lagi satu adalah, sebelum pilihanraya 2004, semua di dalam PAS telah wala’ kepada Presiden PAS dan tidak menentang Presiden melalui blog-blog. Mengapa PAS kalah begitu teruk sekali dalam Pilihanraya 2004?

Mungkin perwakilan Kedah, Ahmad Izzat Shauqi boleh memberi jawapan. Mungkinkah Ahmad Izzat Shauqi boleh bercakap terus dengan Allah SWT dan mengetahui dengan jitu betapa Allah SWT akan menurunkan kemenangan sekiranya kita wala' pada kepimpinan. Oleh sebab itu, seharusnya kita telah menang pilihanraya 2004 kerana kita telah wala' sepenuhnya pada kepimpinan dan menyokong keluarkan "Dokumen Negara Islam".

Bukankah dahulu pernah cakap Mursyidul Am melarang berjumpa UMNO dalam gelap telah tidak dilayan. Bukankah itu juga satu tindakan tidak wala’ kepada pimpinan juga?

Bagi saya, kita kembali pada aqidah islamiyyah yakni tiada siapa yang maksum kecuali Nabi SAW. Lain dari Nabi, mereka tidak maksum. Sesiapa sahaja boleh menegur, tidak kira dia ahli biasa atau kepimpinan

Bagi saya, cakap-cakap dari Ahmad Izzat Shauqi ini mengandungi unsur-unsur syirk kerana dalam akidah Ahlus Sunnah, hanya Nabi SAW sahaja yang maksum. Lain dari Nabi SAW boleh ditegur dan boleh diperbetulkan.

Bukankah Imam Malik sendiri pernah berkata:

Pendapat aku dan pendapat sesiapa sahaja boleh sahaja betul atau boleh sahaja salah kecuali yang datang dari tuan kubur ini (sambil Imam Malik menunding kepada kubur Nabi SAW)


Adakah Ahmad Izzat Shauqi mahu mengatakan kepimpinan PAS sekarang ini lebih hebat dari Imam Malik?

Kita wala’ kepada pimpinan selagi pimpinan berada di jalan yang betul. Apabila pimpinan tersesat, wajib kita tegur pimpinan. Kalau tidak, hasilnya yang akan menanggung bala dan kesusahan adalah jemaah sendiri.

Budaya PAS Terengganu hendak diterap dalam PAS dan platform Ucapan Dasar digunakan untuk membawa budaya PAS Terengganu yang telah menggagalkan PAS Terengganu selama ini.

Tulang Besi

ps. Masa Suyuti guna akhbar Siasah untuk memfitnah Husam Musa, tiada siapa pun yang bercakap pasal Wala’. Malahan, Suyuti tetap dibayar gaji dengan menggunakan duit PAS.
Ini semua candu yang sedang diberi kepada perwakilan PAS supaya perwakilan PAS jadi mamai dan tidak berani menegur segala kesilapan dan kemungkaran yang dilakukan oleh kepimpinan PAS.

Memang inilah sebenarnya budaya PAS Terengganu. Atas sebab inilah mereka terus menerus menghadapi kekalahan.


9 comments:

Grand Marquis said...

Kita wala’ kepada pimpinan selagi pimpinan berada di jalan yang betul. Apabila pimpinan tersesat, wajib kita tegur pimpinan. Kalau tidak, hasilnya yang akan menanggung bala dan kesusahan adalah jemaah sendiri.

Masalahnya ialah siapa yang nak tentukan pemimpin itu betul atau salah? Orang macam TB ke?

Jangan lupa juga hadith akhir zaman, akan keluar banyak as-saghir, iaitu orang awam yang sibuk mengeluarkan fatwa tentang urusan umat. Mereka ni sesat dan menyesatkan orang lain.

Korang pikir sendirilah, nak ikut fatwa orang macam TB atau Haji Hadi.

Tulang Besi said...

Apa la bengap punya GM Tak Ori. Yang menentukan benar atau tidak adalah HUJJAH?

Jangan jadi macam kao, jenis lembu kena cucuk hidung.

Masuk keluar kampung maki IMF tapi bila tanya apa dia IMF buat salah, tak tau nak cakap.

PAsal main ikut je cakap pemimpin kao. Takda lansung nak tengok hujjah, taat membuta tuli.

tamingsari said...

TB ngan GM tak habis2 nak gaduh. Agaknya ko bedua kalau berjiran pening kepala ketua kampong. Lain kali TB sediakan ucapan Hadi.

ikan todak said...

Grand Marquis memang champion bab-bab wala' ni...contohnya, dia mmg teramat wala' kpd UMNO dan semua perdana menteri Msia..kita patut mencontohi perangai "mulia" Grand Marquis ini...itupun, kalau kite nak lingkupkan negara kite lah...ha ha ha ha ha..

Grand Marquis said...

Hujah? Ha ha... masalahnya ialah atas ukuran apa nak tentukan hujah itu benar?

Semua orang pun boleh kata dia ada hujah. Itulah hang kena baca hadith pasal as-saghir betul-betul. As-saghir ni adalah orang-orang yang mengaku hebat dengan hujah, padahal dia sebenarnya adalah jahil. Hujahnya nampak macam hebat, tapi tersemat kesesatan. Itulah dia menyesatkan orang-orang yang jahil kerana terpesona dengan hujah as-saghir.

Tulang Besi said...

GM tak ori, kau apa tau pasal hujjah?
selama kao kat sini, mana pernah kau bawa hujjah.

Semua benda kao bawak, merapu tak tentu hala.

Sebab kao tak dapat beza mana hujjah dan mana merapu. Bagi kau sama je.

Lepas tu nak cover diri sendiri gunalah perkataan2 Arab macam As Saghir la. Benda tak wujud, diada2kan.

Anonymous said...

NegAra ini FEUDALCRACY..semua telah difeudalisedkan..syer of okonomi,power,n oso WALA..

Anonymous said...

candu wala.... taat setia mbuta tuli tak bolih....

Anonymous said...

ORANG BODOH....


para pmbaca blog budiman sekalian...

PERTAMA KALI, sya pn manusia yg jahil n kurang juga ilmu.. tp di sini sna nk kongsikn sedikit ilmu sy kpd anda semua...

1st) Ilmu wala' (taat) ialah satu ilmu yg sgt luas... pa yg korang ckp kn skg nie x smpai pn 1% dr ilmu wala' yg ad... korang leh merujuk kpd kitab2 agama, the best kitab agama ialah dlm bahasa Arab... tp klau x pham bahasa Arab, bleh la bca2 buku Melayu.. tp diharap jgn gunakan buku itu sbg bkti untuk ber HUJJAH..kerana dlm undang2 untuk penelitian ILMU.. ia TIDAK DITERIMA!!!! faham??? tp kalau memang buku asal ditulis dalam bhasa melayu, boleh la diterima.. tp the BEST is ARAB.. so...

sya nk tnya TB n semua yg kurang jelas tntang wala' nie..
a)anda tahu BAHASA ARAB??
b)pernah ka anda membaca buku2 tentang wala' tanpa di terjemah dlm bahasa lain?? (baca buku dlm bahasa asal buku itu ditulis)
c) klau pernah baca.. berapa buah?? berapa tebal buku tu?? smpai 200 m/s x??

so, klau anda x mememuhi kriteria2 ini, seboleh2 nya JGN terlalu EKTSRIM dgn apa yg anda faham skg...

2) SIRAH;

sewaktu Saidina Umar Alkhatab di tabalkn sebagai khalifah kedua, penduduk Islam wktu menyatakan ba'aih setia dan patuh kpd beliau... adakah ini tidak dinamakan sbg wala'??
kalau umat Islam dulu, x wala' kpd pemimpin kepada mereka perlu ikrar wa'la (patuh dan taat setia) dgn manusia (Umar Al-khatab)? dgn bersaksikn ALLAH...

so.. pk2 kn la... sy msih bodoh ag.. klau sy berslah or masih kurang perjelasan.. tu kelemahan saya sbg msih byk ilmu sya kurang(bodoh)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.