Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, June 20, 2010

Chua Jui Meng Pulangkan Kesemua Pingat Johor - Kenyataan Rasmi Media

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan Media dari Chua Jui Meng berkaitan penarikan balik pingat-pingat yang dianugerahkan kepada beliau. Asalnya pihak Istana cuma mahu Chua mengembalikan 2 pingat, tetapi Chua telah memulangkan KESEMUA pingat yang diberikan oleh Istana Johor kepada beliau. Tindakan ini sepatutnya dicontohi semua rakyat Malaysia. Perjuangan tidak patut dijual dengan harga yang murah. Orang macam Ezam Soros sepatutnya malu dengan prinsip yang dipegang oleh Chua. Betapa mudahnya Ezam Soros dan geng2 beliau menjilat ludah mereka.


Kenyataan Media Datuk Chua Jui Meng berkaitan penarikan balik Darjah Kebesaran Negeri Johor 19hb Jun 2010

Umum menyedari bahawa Setiausaha Jemaah Majlis Di Raja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramly telahpun memaklumkan kepada saya bahawa dua darjah kebesaran, DPMJ dan SPMJ telahpun ditarik balik. Saya menerima surat rasmi mengesahkan perkara itu pada 15hb Jun 2010.

Walaupun tiada alasan yang diberikan berhubung penarikan darjah kebesaran itu, saya menerimanya kerana keputusan tersebut bergantung kepada budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Saya dengan berlapang dada bersedia menyerahkan kembali pingat-pingat tersebut. Saya juga memaklumkan kepada Datuk Rahim bahawa pingat ketiga dari Johor iaitu P.I.S akan dikembalikan bersama pingat-pingat lainnya.

Saya menyedari sebaik sahaja menyertai Pakatan Rakyat, pasti berhadapan dengan pelbagai onak dan duri, justeru saya bersiap sedia untuk terus mara bersama perjuangan ini. Ramai dari rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut Perubahan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara. Makanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan yang besar, seperti pepatah yang berbunyi, "Tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali" Pendek kata, saya sebenarnya amat bertuah.

Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk mengganggu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikan tersebut, sokongan rakyat datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.

Sokongan ini menunjukkan rakyat menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian dari kerajaan Umno-Bn. Mereka juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-Bn yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini kehadapan.

Apa yang dikesalkan, mereka gagal untuk menangani isu mendasar berkaitan kemaslahatan rakyat terbanyak: kita berhadapan dengan ketirisan serta rasuah yang berleluasa, masyarakat yang terpinggir dan kebijakan ekonomi yang berat sebelah. Sebaliknya mereka meneruskan amalan politik ugut mengugut yang lapuk dan usang. Tindakan mereka ini hanya memperkukuh iltizam saya untuk bersama PR dan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua.

Saya yakin saya berada di landasan yang tepat. Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008 rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-Bn.

Datuk Chua Jui Meng



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Datuk Chua Jui Meng Press Statement on the withdrawal of Johor titles
19th June 2010


As you all already know I have been notified by the Secretary to the Royal Court of Johor, Datuk Rahim Ramly that two of my titles, the DPMJ and SPMJ have been withdrawn. On the 15th of June I received the official letter confirming it.

Though no reason was given I accept the Sultan’s prerogative and decision. I will gladly make the arrangements to send the medals back to the palace as soon as possible.

I have also notified Datuk Rahim that I have a 3rd medal from Johor – the P.I.S, and will be returning that as well.

I knew from the moment I joined Pakatan Rakyat that I had taken the road less traveled, and have been preparing myself for the struggles ahead.

Many of my colleagues have had to prove their reformist credentials by spending time in prison. I only needed to lose three of my medals, which is no great loss to me for as the saying goes: “Naked I came from my mother’s womb and naked I shall depart”.

In short I’m getting a good deal.

I am sure that by now UMNO regrets how badly they miscalculated this attempt to intimidate me. Within days of the announcement there has been a spontaneous outpouring of support from the rakyat all over Malaysia not only for myself but more so for PR.

The response tells me that the rakyat are tired of the petty and vindictive politics that have been the hallmarks of this administration, and wish to be rid of a government that is bankrupt of any real ideas to drive Malaysia forward.

Rather than deal openly with the rakyat on the bread and butter issues that face the nation: massive corruption, underserved communities, unfair economic policies, they choose instead to engage in the medieval politics of intimidation and force.

Their actions have only served to strengthen my commitment to work for a fairer Malaysia within the framework of PR, and my belief that I am standing on the right side of history.

As in football, the rakyat know when a player plays the man instead of the ball. In 2008 the rakyat gave UMNO a yellow card; the rate the government is going it will be a red card in 2012.

Datuk Chua Jui Meng

8 comments:

Anonymous said...

thumbps up @chua..syabas!!who needs anugerah frm the sultans?!lebih baik berjuang utk menyelamatkan negara dan rakyat!

Yuseri said...

Apa masalah pingat kena tarik, bukan Chua sorang sahaja yang kena malah ada beberapa individu lain juga turut terlibat.

Dan kenapa pulak dipersalahkan UMNO/BN sedangkang sultan berkuasa penuh.

Cara Chua cakap ni macam tak menghormati keputusan yang dibuat oleh Sultan Johor.

Kalau betul BN/UMNO dalang disebalik penarikkan balik pingat tu, bagaimana pula dengan individu lain yang turut menerima nasib yang sama macam Chua? Salah UMNO jugak ke?

Bengong! kenapa tak cakap korang terberak dalam seluar UMNO yang rancang lagi best nak baca.

Alahai puak ni semua benda disalahkan UMNO!

Anonymous said...

pandai jugak jugak dia bagi pepatah ek TB

"Tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali"

pape pon pingat, pangkat & harta bukan boleh bawak masuk kubur....

Anonymous said...

alahai..
1.bukan saja kena tarik balik pingat!!
2.Sepatutnya kena penghambatttt balik benua puak kapiaq harbi nii!!

Grand Marquis said...

"Tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali"

Orang Islam, kalau pergi pun aurat tetapi dijaga.

Apakah TB pun nak pergi tanpa seurat benang?

Anonymous said...

I liked the part where CJM said he sacrificed only a few medals while other Pakatan leaders had to endure prison terms..these are the qualities that will endear him well to the rakyat..

ikan todak said...

Grand Marquis ni bodoh betollah...itu perumpamaan ajelah, buat apa nak direct translation...kang gua cakap otak lu mcm keldai, lu marah pulak...apa daaa..nama je orang intelek...dah lah penyokong setia UMNO sampai mampos....

Anonymous said...

The only Datuk title that matters is when your grandchildren calls you Datuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.