Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 23, 2010

Dr. Asri Gali Kubur Sendiri Kalau Masuk UMNO.

Mampukah Dr Asri memberi justikifasi dari sudut Islam terhadap polisi2 UMNO seperti berikut:

1.0 Menghalalkan judi kepada orang Islam (BUKTI: Tidak disebut dalam semua rang undang2 berkaitan judi bahawa judi haram untuk orang Islam)

2.0 Menghalalkan arak kepada orang Islam (
BUKTI: Akta Kastam tidak mengharamkan orang Islam membeli dan menjual arak)

3.0 Loteri UMNO 1951

4.0 Kelulusan 10 Lesen “Cabutan Khas” (Special Draw) oleh Najib Tun Razak sebulan selepas Najib mengambil alih kedudukan sebagai Menteri Kewangan.

5.0 MoF membenarkan orang Islam duduk sebagai Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor

6.0 Industri arak dibenarkan berkembang biak di Malaysia sehingga meraih keuntungan beratus-ratus juta

7.0 Sama dengan industry judi, yang juga meraih beratus-ratus juta ringgit

8.0 Sokongan senyap UMNO terhadap permurtadan Natrah

9.0 Masalah sosial yang semakin meruncing

10.0 Perompakan harta rakyat secara meluas oleh UMNO menyebabkan hidup rakyat tertekan dan tertindas

11.0 Korupsi yang berleluasa yang sudah tidak dapat dibendung lagi

12.0 Judi sukan yang telah diluluskan Kementria Kewangan

13.0 Penolakan Hudud dan Qisas secara terbuka oleh UMNO
dan banyak lagi kebobrokan UMNO yang saya yakin tidak pernah disokong tindakan itu oleh Al Quran dan Hadeeth. Tidak mungkin Dr Asri mampu mempertahankan UMNO dari sudut agama.

DR ASRI WAJIB BELAJAR DARI NASIB DR MASYITAH

Bagi saya, Dr Asri wajib mengambil iktibar dari tokoh2 seperti Nakhaie, Firdaus, Dr Mashitah Ibrahim, Fadzil Hanafi dsbnya.

Ke mana mereka ini dalam UMNO setelah populariti mereka digunakan oleh UMNO? Umpama setelah habis madu dihisap, sepah pula dibuang.

Saya masih ingat Masyitah sebelum 2004 dilambung tinggi dan dijadikan tokoh pujaan ramai. Masyitah berjaya membantu UMNO menang besar pada 2004. Lebih-lebih lagi, Masyitah adalah senjata ampuh bagi UMNO bagi mengalahkan Ustaz Taib Azamuddin di Baling.

Namun, hari ini, Masyitah hilang entah ke mana. Populariti Masyitah berjaya dipergunakan oleh UMNO untuk tujuan jangkamasa pendek. Apabila nama Masyitah menjadi busuk kerana UMNO itu sendiri busuk, beliau dicampak ke tepi dan terus menghilang ditelan waktu.

Adapun masjid-masjid dan surau-surau serta kuliah-kuliah agama yang majoriti dihadiri dan dianjurkan oleh penyokong2 PAS, sudah tentu tidak akan menjemput Dr Masyitah lagi kerana beliau adalah tokoh UMNO.

Kalau nak harap orang UMNO anjur ceramah agama, lagi susah la. Kalau anjur karaoke, diorang terror la.

Kesimpulannya, Dr Asri tidak mungkin mampu mempertahankan UMNO dari sudut Al Quran dan As Sunnah. Juga, setelah beberapa lama, imej Dr Asri akan menjadi hitam kerana terpalit kekotoran UMNO.

Masyarakat yang cenderung kepada agama sudah tentu tidak akan melayan Dr Asri lagi kerana rata-rata mereka yang cenderung kepada Islam cenderung kepada PAS.

DR ASRI ALAT UMNO BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA 2011/12.

UMNO cuma mahu menggunakan popularity Dr Asri bagi memenangi semula pilihanraya ke 13. Selepas pilihanraya ke 13, Dr Asri akan terpaksa berakit dan berenang sendiri kerana UMNO sudah tidak memerlukan beliau lagi, sama seperti nasib Dr Masyitah Ibrahim.

Sejak bila tokoh-tokoh agama dalam UMNO boleh naik ke kerusi Naib Presiden UMNO? Kalau Anwar Ibrahim yang sudah sampai ke tangga Timbalan Presiden pun boleh diperjatuhkan, apa harapan Dr Asri untuk mengubah UMNO?

Ingatlah Dr Asri. Arwah Tuan Haji Ahmad Fuad berada bersama-sama kesemua pengasas UMNO. Dan beliau sendiri ambil keputusan keluar UMNO dan menubuhkan PAS kerana tidak tahan sikap UMNO yang membenci Islam dan menyukai perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.

Ingatlah sabda Nabi SAW:

“Umatku tidak akan dipatuk pada satu lubang sebanyak dua kali"

Wallahualam

Tulang Besi

ps teringat juga kesah seorang UStaz yang popular di Utara satu masa dahulu. Kuliah beliau dihadiri ribuan manusia. Kaset2 dan CD2 kuliah beliau dijual beratus-ratus ribu. Namun, apabila beliau datang berkempen untuk UMNO/BN di PRK Indera Kayangan, jumlah kehadiran kuliah beliau turun mendadak. Dari ribuan kepada hanya beberapa ratus sahaja.

Kaset, CD semuanya jatuh dari segi jualan dan sekarang nama beliau pun telah tenggelam.

Saya tak nak namakan ustaz tersebut, tapi ramai yang tahu kesah ini.


10 comments:

bat8 said...

Tuan,

1. Bagi saya DMAZA mempunyai ilmu yang cukup membuat keputusan sendiri dlam soal ini. Jika dikira, parti mana yang lebih memerlukan beliau untuk kembali kepangkal jalan, tentunyalah UMNO(Baru).

2. Komen kita semua masih bercorak partisan berdasar parti yang kita sokong. tetapi Allah yang Maha mengetahui. Kita mempunyai satu skala untuk mengukur sejauh mana kejayaan DMAZA nanti merubah UMNO(Baru), jika beliau masuk UMNO(baru) lah!

3. Skala tersebut adalah sejarah kemasukan dan perjuangan DSAI dalam UMNO dan UMNO(Baru). Ini ukuran yang perlu dipakai bagimengkur mana-mana pejuang islam yang masuk UMNO(Baru).

4. Jika dibandingkan keduanya, DSAI semasa join UMNO dulu jauh lebih hebat ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang Islamist berbnding dgn DMAZA. DSAI dan ABIM adalah pencetus kesedaran untuk kembali kepada Islam dikalangan generasi muda pada masa itu. Dia pencetus satu fenomena.

5. Sebenarnya PAS tidak rugi apa-apa jika DMAZA joi UMNO(Baru) kerana PAS mempunyai barisan ulamak yang berwibawa dan mempunyai ilmu yang mantap untuk menghadapi DMAZA.

6. DMAZA mempunyai ilmu dan sahsiah yang baik dan kita harus bersangkabaik yang beliau tidak akan membiarkan dirinya ditunggang sesukahatioleh UMNO(Baru) untuk matlamat jangka pendek.

7. Jika beliau gagal mempertahankan prinsipnya, yang rugi adalah UMNO(Baru) dan diri beliau sendiri sahaja. PAS dan Pakatan Rakyat tak rugi apa-apa.

Dalam segi lain, saya melihat DMAZA ini lebih dekat dengan peribadi zaid ibrahim. Prisip perjuangan adalah utuh dan tidak boleh dibeli. Dalam hal ini kita bersangka baiklah. Teguh atau tidak prinsipnya kita boleh nilai nanti - sabaq je kejap.

8. Jika beliau berjaya, rahmatnya akan dinikmati oleh semua rakyat negara ini.yang terpenting, ia akan mengurangkan politiking maut atau zero sum dikalangan parti-parti melayu. Persaudaraan sesama islam melayu dapat dibina. kekuatan bangsa akan menjadi lebih padu.


bat8

Anak Perelih said...

(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

Mengapa Kerajaan BN Berbohong?

http://drmaza.com/home/?p=1165

casper c said...

Tiada penjelasan yg patut diterima pasal UMNO itu parti puaka, satu-satunya organasasi terulung "Melayu makan Melayu".

Time to wake up my Malay brethren - UMNO pembawa malang dan masyarakat Melayu akan papa dan lemas kalau UMNO dibiar mentadbir.

Sekian lama memerintah, tak kan ahli masyarakat tak tahu UMNO itu sial dan jangan pula nama Islam diheret bersama utk mempertahankan parti UMNO.

Raja-raja Melayu boleh UMNO kadamkan(tak mengapa) tetapi jangan dibenarkan Islam diguna pakai UMNO sebagai perisai.

Salam buat semua.

Anonymous said...

maza nie byk kes2 dimahkamah syariah...mgkn jln pintas utk settle umco beri tekanan pada maza dan terpaksala mamat tu joint umco..
lagi pun bila umco tahu yg maza beri kata dua samada joint umco atau pas, sudah pasti umco bank-in supaya mamat tu tak joint pas...
takan org berilmu agama bodoh sgt spai tak tahu nak bezakan...

Yuseri Yusoff said...

maza nie byk kes2 dimahkamah syariah...mgkn jln pintas utk settle umco beri tekanan pada maza dan terpaksala mamat tu joint umco..
lagi pun bila umco tahu yg maza beri kata dua samada joint umco atau pas, sudah pasti umco bank-in supaya mamat tu tak joint pas...
takan org berilmu agama bodoh sgt spai tak tahu nak bezakan...

------------------------------------

Kasi bukti la brader. Kan tk pasal-pasal ko merangkak mati esk2 nak mintak maaf dgn Dr.Asri tu.

Ini dah kira satu fitnah besar kepada Dr.Asri kalau nak bercakap bagi bukti la.


1.0 Menghalalkan judi kepada orang Islam (BUKTI: Tidak disebut dalam semua rang undang2 berkaitan judi bahawa judi haram untuk orang Islam)
-----------------------------------


Ni lagi satu jenis tk faham bahasa. Kau pergi cek kat belakang tiket toto,magnum,3d dia tertera jelas "JUDI HARAM DI SISI AGAMA ISLAM".

Tak habis-habis syok sendiri TB ni, patutlah trafik kat blog TB skrg semakin jatuh.

Nak cakap pasal judi kenapa ko tk ulas sekali berapa lesen judi anwar kasi semasa dia menjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan? nak cakap sebab Mahathir arah jugak?


6.0 Industri arak dibenarkan berkembang biak di Malaysia sehingga meraih keuntungan beratus-ratus juta

-----------------------------------

Nik Aziz sendiri pernah meluluskan 8 lesen arak sepanjang dia memerintah Kelantan. Kenapa ko tknak sangkal Nik Aziz?

Anyway bawak kat saya hadis yang mengatakan Haram sesuatu negara di bangunkan dengan hasil cukai judi dan arak.

zakwan said...

The pundits are saying that Dr MAZA is the next Anwar Ibrahim
If that's true, at the slightest hint of disloyalty, the UMNO warlords will concoct another sodomy conspiracy on Dr MAZA and hav him dishonorably sacked from the party just like Anwar Ibrahim

Tulang Besi said...


Ni lagi satu jenis tk faham bahasa. Kau pergi cek kat belakang tiket toto,magnum,3d dia tertera jelas "JUDI HARAM DI SISI AGAMA ISLAM".

Tak habis-habis syok sendiri TB ni, patutlah trafik kat blog TB skrg semakin jatuh.
.

Kalau orang Islam beli jugak, lesen judi tu kena tarik balik tak?

UMNO MEMANG BENGONG said...


Nik Aziz sendiri pernah meluluskan 8 lesen arak sepanjang dia memerintah Kelantan. Kenapa ko tknak sangkal Nik Aziz?
.

Mana ada Kerajaan Negeri boleh keluar lesen arak, bro?

Lu mimpi ke?

Anonymous said...

Dear TB

Dr Asri,to me is a very wise person. I do not believe at all that he will join UMNO.So relaxlah brother...(he!he!he!)

My only concern is whether Dr Asri being blackmail? As you know UMNO is capable of doing anything including murder. So it got to be something. So TB, maybe you could check with your contacts.

Take care.


Mei

Anonymous said...

Asri's anak masuuuk UMNO..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.